OKU BUKAN HALANGAN UNTUK BERJAYA - Ciktie Dot Com

Breaking

Wednesday, May 1, 2019

OKU BUKAN HALANGAN UNTUK BERJAYA


Hii, assalamualaikum dan selamat tengahari  korang. Kejap ada kejap takde pula ciktie 2/3 menjak ni. Tak ubah macam biskut pula gamaknya hikhik. Btw, sempena Hari Pekerja hari ini, ciktie nak kongsikan sikit tentang suara hati disebalik kejayaan insan istimewa ini. Bukan calang-calang orangnya ni walaupun dia tidak sesempurna kita dan berstatus OKU. Berkat usahanya yang tidak pernah jemu dan dorongan dari keluarga. Tengoklah sekarang dia mampu berjaya dan hidup sukses. Mampu beli apa yang diingini, makan apa yang dihajati, tanggung family sediakan kediaman serta travel ke mana saje walaupun tidak dilahirkan dalam keluarga kaya.


OKU BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA

Dilahirkan cacat dan hanya mampu menggerakkan 3 jari, Khairul Nizam - pengasas Jamumall membuktikan ianya bukan alasan untuk berjaya. Berbekalkan semangat dan keinginan yang kuat untuk berubah, dikala usianya menjangkau 30 tahun beliau telah berjaya mempunyai syarikat dan membina platformnya sendiri iaitu JamuMall.com



Mengimbas kembali detik  kejayaan yang dikecapinya ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia mengambil masa bertahun-tahun, bukan sesingkat dua. Kalau  bukan kerana keazaman dan keinginan yang kuat memang boleh give up. Kenapa ciktie bagitau camtu?? Kita yang sempurna sifat pun kadang kala berkeluh-kesah bila berhadapan dengan kekurangan dan sedikit kesukaran. Bayangkan jika kita yang berada ditempat beliau. Semua benda mengharapkan bantuan orang. Makan bersuap, mandi diuruskan, duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga. Bukan untuk sehari dua, seminggu tetapi untuk bertahun-tahun lamanya. Rasanya memang kita dah give up tahap maksimun dah untuk teruskan kehidupan.



Khairul Nizam yang bangkit dan membuktikan kehidupan paling terbaik adalah atas dasar bersyukur dengan nikmat pemberian Allah dan tidak mensia-siakan ingin memberikan  manfaat kepada orang lain dan mahu 1 dunia nampak dirinya (dengan hanya 3jari) mampu berikan kebahagiaan kepada keluarga dan senyuman pada orang luar.



Menurutnya lagi, seandainya dia sempurna boleh berjalan, berlari dan melompat pastinya dia akan menggunakannya untuk beri manfaat kepada orang lain. Tidak dinafikan ada betulnya juga apa yang dikatakannya itu kebanyakan dari kita tidak mahu berubah. 1001 alasan, mudah give up serta inginkan kerja yang senang/mudah. Taknak hidup susah dan lebih memilih kehidupan susah tanpa ada kerja atau usaha yang lebih. Bahkan ada  tu ego hingga sanggup berhenti kerja, menganggur dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling mereka susah.



Jom ikuti luahan hati Saudara Khairul Nizam


Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak ia membantu kita meningkatkan lagi motivasi dan menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus bangkit dan berjaya dalam kehidupan ataupun apa-apa bidang yang diceburi.

Untuk makluman lanjut mengenai Saudara Khairul Nizam, korang boleh layari

12 comments:

  1. sangat memberi inspirasi kepada ku yg sempurna ini...

    ReplyDelete
  2. Kisah hidup beliau wajar dijadikan contoh untuk dijadikan inspirasi agar terus berjaya

    ReplyDelete
  3. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    ReplyDelete
  4. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  5. semangat macam ni yang perlu kita ikut..

    ReplyDelete
  6. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  7. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  8. Insan yang hebat....semangat yang kental untuk berjaya

    ReplyDelete
  9. insan hebat dan saya amat mengkagumi beliau...

    semoga saudara Khairul Nizam terus sukses menerajui jamumall

    ReplyDelete
  10. Kisah yg begitu memberi inpirasi ni

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************