Selamat Hari Raya Aidiladha

Julai 31, 2020 7 Comments
Selamat Hari Raya Aidiladha
Alhamdulillah, semuanya dah selamat ke kampung halaman. Walaupun masing-masing dengarnya mengambil masa yang panjang untuk tiba. Terpaksa menghadap jalan yang sibuk tu. Akhirnya keceriaan dapat berkumpul bersama tersayang hari ini terlaksana jua.


Boleh dikatakan riuh rendah tiap-tiap rumah hari ini. Dengan berebut nak mandinya..nak bersiap solat raya..siapkan hidangan di atas meja kemudian sesi ziarah menziarahi jiran tetangga. Pendek kata raya haji kali ini cukup besar maknanya buat semua. Iyalah sebelum ini terpaksa sambut raya di perantauan. Terpaksa video call aje dengan insan tersayang. Kali ini terubat sikit orang kata tapi awas kita masih lagi dalam pkpp ! Covid-19 masih lagi ada. Jangan sesekali kita alpa nak-nak bila dah berkumpul ramai-ramai macam sekarang ini. Sentiasalah berwaspada dan patuhilah SOP yang dikeluarkan #kitajagakita Jangan sia-siakan apa yang telah kita semua lakukan sepanjang tempoh pkp ini. 

Pada mereka yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman. Selamat hari raya ciktie ucapkan. In Shaa Allah, cuti persekolahan nanti bolehlah slow-slow balik pula. Hilangkan rasa kerinduan dihati meskipun orang tersayang telah tiada. 

Raya inipun ramai yang buat korban nampaknya tu. Khemah pun banyak je kat depannya tu. Oklah sampai sini dulu kali ini. Hingga jumpa lagi korang. Ingat, no salam-salam ok ✌️






Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Yang Diadaptasikan dari Novel Karya Siti Rosmizah

Julai 23, 2020 3 Comments
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Yang Diadaptasikan dari Novel Karya Siti Rosmizah
Berjaya juga habiskan novel 1061 page ni. Penangan drama 7 Hari Menyintaiku 2 karya Siti Rosmizah ni memang semacam sampaikan kita pun sanggup beli novelnya ni. Tak sampai 2 hari dah habis dah bacanya pun. Sedih juga la ceritanya pun walaupun asyik gaduh je memanjang. Tapi last tu happy ending juga.

Macam korang juga, ciktie tak nafikan sikap Mia yang tak pernah berubah ni benar-benar bikin geram. Cepat sangat panas. Suaminya pun alahai baik sangat kot. Ada ke encik suami camni dekat luar ni?? Kalau ada memang bertuah sangatlah siapa yang dapat tu.

Apapun, secara keseluruhannya oklah juga jalan ceritanya pun. Ia mengisahkan tentang konflik dalam sesebuah  kekeluargaan. Konflik antara menantu dan mentua. Yang mentuanya pun dok usahlah masuk campur. Ni tak ! Dahla dua-dua taknak mengalah..dua-dua nak tunjuk hebat. Kita dekat luar yang tiada kena mengena ni pula yang panas hati hahaha. Rilex..cerita ajepun.


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Yang Diadaptasikan dari Novel Karya Siti Rosmizah

Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Rancangan hebat Puan Hayati mengatur strategik menyebabkan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya.

Dia berjaya melaga-lagakan Mia Adriana dengan Mak Leha. Ditambah pula dengan berita yang disampaikan Syakila (Faye Kusairi) yang juga tak kurang hebatnya. Mia kembali kepada perangainya yang lama. Angkuh, sombong dan mementingkan diri sendiri.


Semuanya bermula apabila Nadia (Jaja Iliyes), adik khuzairi memutuskan pertunangannya dengan Dr. Zaidi  (Bil Azali) kerana terpengaruh dengan hasutan  Puan Hayati iaitu ibu Mia. Desakan dan tekanan dari Dato' Johari pula menjadi menyebab kenapa Helmi  (Syazwan Zulkifly) menceraikan Sofi (Wan Sharmila).  Bagi Dato' Johari, Helmi tidak sepadan dan setaraf dengannya.  Dia ingin mengawinkan anaknya itu dengan Sharif, anak orang kenamaan yang selalu membantunya mendapatkan projek besar.  Sikap dia dan kakaknya yang mementingkan wang ringgit masih lagi tidak berubah.

Hilang segala rasa hormat Mia Adriana selama ini terhadap orang yang paling disanjungnya apabila mamanya menuduh Pak Samad (Kazar Saisi) cuba menodainya. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana. Kehadiran anak angkat arwah Makcik Roziah, Nurul Ain (Wafariena Roslan) mengeruhkan lagi keadaan kerana Mak Leha berkenankan gadis itu. Baginya gadis itu begitu sempurna dimatanya sehingga sanggup mengetepikan kebahagian anak sendiri. Pelbagai cara dilakukannya untuk memisahkan Mia dan anaknya. Helmi cuba menyedarkan Mak Leha akan agenda tersirat Nurul Ain.


Suatu hari dek tercabar dan terasa dengan kata-kata isterinya, Khuzairi bersetuju untuk berkahwin dengan Nurul Ain dengan syarat, Mia perlu ada semasa majlis akad nikahnya sebelum dia mengizinkan Mia pergi dari sisinya. Mia yang ketika itu sudah menerima apa yang ditakdirkan bersetuju untuk pergi  pada hari pernikahan suaminya tanpa membawa anak-anaknya kerana baginya khuzairi hanya terpaksa bersama dengan dia demi anak-anak sepertimana yang dicanang oleh mak mentuanya.

Namun ada sesuatu yang sebaliknya berlaku. Dalam tempoh menunggu hari pernikahan, sesuatu telah terjadi dan Mia telah menjadi penyelamatnya. Ini menyebabkan Mak Leha dihimpit rasa bersalah. Tambahan pula Nurul Ain bukan seperti yang diharapkan. Seluruh keluarga semakin kasihan dengan nasib Mia. Kalau nak tahu kahwin tak khuzairi dengan Si Nurul tu korang kenalah tengok kesudahan cerita ni. Kalau rasa tak sanggup nak tunggu korang boleh je dapatkan je novel ni sekarang..

Tapi rasanya baik korang tunggu je..

Kursus Korban & Perkaitan Dengan Ibadah Korban

Julai 21, 2020 2 Comments
Kursus Korban & Perkaitan Dengan Ibadah Korban
Kursus pertama dalam tahun ni ! Inipun dari semalam asyik berdolak dalik nak mai ke tak nak. Last-last sampai juga bukit cina hari ni gara-gara kotak hitam. Risau dah tadi kot-kot terlambat sampai tapi banding orang lain kitalah yang last hehe. Segan pula sampai-sampai my boss pun dah sampai.


Kursus Korban & Perkaitan Dengan Ibadah Korban

Kursus hari ni disampaikan oleh Ustaz Naim bin Md Ghazali dari Pejabat Mufti Negeri Kelantan mengenai Ibadah Korban.



Ibadah Korban
Korban juga dikenali sebagai Udhiyyah ataupun ad-Dhuha yang bermaksud ketinggian matahari. Disembelih pada waktu itu.
Ibadah paling lama. Telah berlaku dari zaman Nabi Adam a.s lagi

Haiwan yang biasa menjadi korban :-
  • Unta
  • Lembu
  • Kerbau
  • Kambing
  • Biri-biri

Hukum sunat muakkad ! Dituntut kerana sentiasa dilakukan oleh Rasulullah saw kepada individu.

Apabila seseorg buat korban maka terlepaslah semua ahli keluarganya.

Korban menjadi wajib apabila seseorang itu bernazar ataupun berniat.

Siapa yang layak berkorban
Orang islam ( tidak wajib pada yang bukan Islam) tapi sekiranya seseorg yang bukan Islam menghadiahkan lembu kepada yang Islam. Boleh je orang Islam menggunakan lembu itu untuk membuat korban. Sebab lembu itu telah menjadi haknya. Tapi janganlah  dibuat korban niat atas orang yang bukan Islam.

Mana lebih elok lembu betino atau lembu jantan?? Mana-mana boleh. Tidak memudaratkan.

Betul ke setiap orang kena buat korban 7kali untuk menyamai seekor lembu?? 

Syarat haiwan korban
Haiwan ternakan (al-An'am).
Melebihi umur yang ditetapkan 
Selamat dari kecacatan

Waktu paling afdal buat korban
Selepas solat raya  (selepas berlalunya tempoh masa kira-kira 2 rakaat dan 2 khutbah yang pendek selepas naiknya matahari hari raya korban)

Daging korban diberi pada org bukan Islam
Boleh cuma lebih baik kalau diberikan pada yang Islam.

Banyak lagi sebenarnya perkongsian yang disampaikan dalam kursus ni cuma ini ajelah yang sempat kita taip kat sini. Free-free nanti kita sambung lagi. 

Haaa pada korang yang buat korban ataupun mana-mana ahli keluarga yang buat korban tu, bermula malam ni jangan potong kuku ye.















PG Mall Platform E-Dagang Tempatan Milik Malaysia

Julai 17, 2020 4 Comments
PG Mall Platform E-Dagang Tempatan Milik Malaysia
Haiii korang.. lamanya ciktie rasa tak bersiaran dari sini. Sebelum ini paling lama pun dua tiga hari je tapi kali ini. Hmm tak mengapalah.

Kali ini Ciktie nak perkenalkan satu platform membeli belah atas talian (e-dagang) yang menawarkan pelbagai pilihan produk dalam satu bumbung. Ia mempunyai lebih 30 Offical Store seperti Panasonic, Samsung, Huawei, Lenovo, barangan keperluan dapur, keperluan diri, baby dan banyak lagi. Barangan kemas seperti rantai, anting-anting, gelang juga ada. Pertama kali ciktie jumpa platform yang boleh dikatakan mempunyai semua koleksi dalam satu rangkaian. Biasa yang ciktie jumpa untuk koleksi barang kemas ia menggunakan platform lain dan terpisah diantara koleksi keperluan dan kehendak yang lain.

Tapi platform ini cukup berbeza! Seronok pula scroll nengok koleksi barangan dalam website PG Mall ianya ni. Sebenarnya ciktie pun baru je tahu pasal website ini. Asyik lalu lalang aje post mengenainya di walpaper sosial media tu. Itu yang sampai boleh terpengaruh sama ni. Tapi kira oklah benda yang baik memang elok sangatlah dikongsi bersama kan.


PG Mall Platform E-Dagang Tempatan Nombor 1 Milik Malaysia

Siapa yang dah tahu apa itu platform PG Mall. Tahulah apakah ianya ini. Bagi siapa yang belum tahu tu haaa mai sini ciktie nak kenalkan korang dengan platform e-dagang No 1  di Malaysia. Satu-satunya platform e-dagang tempatan. Ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. Sehingga sekarang platform ini telah dilawati oleh ramai pengunjung.

Platform yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) dan telah disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. Ini amat diyakini dan dipercayai. Buktinya ia tersenarai diantara 3 top ranking dalam iPriceinsight yang sering di kunjungi pelanggan internet. Lebih menjimatkan masa, belanja dan penghantaran pun cepat. Boleh direct berbelanja menggunakan komputer ataupun telefon bimbit. Nak mudah nak senang kita download je App Play Store.


Koleksi barangan yang terdapat di PG Mall adalah :-
1. Kecantikan dan kesihatan
2. Barangan kanak - kanak dan bayi
3. Fesyen wanita
4. Fesyen lelaki
5. Barangan elektrik
6. Aksesori elektronik
7. Barangan rumah
8. Dapur & Peralatan makanan
9. Rumah & gaya hidup
10. Travel & Sukan
11. Keperluan dapur
12. Automotif & motosikal
13. E-ticket / Baucer


Tawaran Menarik Yang Ditawarkan Oleh PG Mall

Super Shocking Sale

Tawaran mengejutkan seperti ini amat dinantikan oleh setiap orang setiap hari. Umpama happy hour ternanti-nanti apakah barangan dan koleksi manakah yang terpilih yang menawarkan harga yang cukup rendah, cukup terbaik diskaun bermula dengan RM 1 dalam tempoh masa yang cukup terhad.


Antara jenama yang terpilih yang terdapat dalam Super Shocking Sale adalah :-
Tefal
Khind
Vinnfier
G2000
Sokano
BEAUTON KOREA
Revlon
Dan banyak lagi barangan berjenama yang terkemuka

Jadi korang jangan lupa sentiasa peka dengan Super Shocking Sale untuk dapatkan lebih penjimatkan.

ANTARA PROMOSI LAIN YANG DITAWARKAN

Hot Day Sales


Pelbagai koleksi pilihan menarik yang ditawarkan dengan harga terendah. Diskaun sehingga 80% setiap hari. Mempunyai 3 slot setiap hari iaitu pada jam 10 pagi, 4 petang dan 9 malam.

Loveyou 3000


Ini juga merupakan satu lagi tawaran ataupun promosi yang ditawarkan oleh platform ini. Dengan setiap pembelian bernilai RM30 ke atas, kita layak untuk menyertai kempen Love You 3,000 untuk memenangi hadiah RM 3,000.

Senarai pemenangnya bakal diketahui pada setiap 15hb dan 30 hb setiap bulan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk unuk menangi hadiah istimewa itu setiap kali kita berbelanja di PG Mall. Semakin banyak kita berbelanja semakin tinggi peluang kita untuk menang !

ConsuMerchant Concept

Sebagai menghargai mereka yang menggunakan platform ini, kita akan diberikan ganjaran tunai berterusan melalui program Forever Cash Back sehingga 3.5% !


Belanja, Kongsi & Dapat
Ganjaran ini hanya akan diperolehi apabila refferral link yang kita kongsikan dengan rakan-rakan, keluarga ataupun sesiapa sahaja berjaya. Semakin banyak kita berbelanja ataupun refferral link kita menjadi rujukan semakin banyak pulangan tunai yang kita perolehi.

Setiap orang yang membeli di PG Mall layak menyertai kempen Shop, Share & Earn. Melalui kempen ini, kita boleh berkongsi pautan rujukan kita kepada orang lain dan akan mendapat pulangan tunai sebanyak 0.5% dari jumlah pembelian per transaksi

Klik https://pgmall.my/consuMerchant-concept untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai refferral link dan cara mendaftar secara percuma di PG Mall.

Platform E-Commerce PG Mall Untuk Semua 

Jadi tunggu apa lagi. Jomlah berbelanja secara bijak di PG Mall sekarang. Untuk info lanjut korang boleh layari

Website

Facebook


Instagram


#PGMall #onlineshopping #shopping # MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Supershockingsale #Hotdaysale # Loveyou3k


Patutlah viral !! Sedap rupanya NANAS GORENG ni

Julai 05, 2020 14 Comments
Patutlah viral !! Sedap rupanya NANAS GORENG ni
Adoiii terliur pula bau aroma nasi kukus kak na kubang Kerian ni. Tapi kalau beli tapau bawa balik siapa nak makan nasi dan lauk yang dah dimasak kat rumah tu. Membazir lagilah jawabnya kalau beli ni. Hmmm takpalah kita ambil bau ajelah nasi kukus. Nextime mai sini lagi kita tapau awak bawa balik.

Inilah jadinya kalau tak makan siap-siap sebelum keluar. Nak cepat..gaduh-gaduh keluar hidupkan kereta sempat jamah nanas goreng je. Walaupun bagi ciktie makan buah nanas fresh-fresh camtu lagi sedap tapi bila dah goreng camni ia tak kurang sedapnya juga. Rasa masam-masam manis camtu. Sedap! Nak-nak pula kita goreng spicy lagilah mabelles. 


Patutlah viral !! Sedap rupanya NANAS GORENG ni

Siapa yang jenis kurang gemar makan buah nanas, buah nenas fresh camtu mungkin boleh cuba nanas goreng ni. Bagi ciktie ianya alternatif lain untuk membolehkan kita menikmati buah ini sebenarnya. 


Kelihatan tak ubah seperti goreng pisang kan??


Resepi Mudah Nanas Goreng Viral tu

Bahan-bahan untuk goreng nanas

1 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk cili *boleh lebihkan jika nak
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula 
1 sudu kecil kapur makan
Setengah cawan air 

Cara membuatnya

  • Campurkan kesemua bahan kecuali tepung beras. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian barulah masukkan tepung beras. Kacau lagi sehingga sebati
  • Seterusnya masukkan air sedikit demi sedikit (seperti bancuhan untuk goreng pisang, goreng keropok) sehingga bancuhan tidak kelihatan agak pekat dan tidak juga kelihatan cair. Kiranya melekat elok pada nanas.
  • Panaskan minyak
  • Celup ataupun masukkan nanas yang telah dipotong ke dalam acuan dan masukkan dalam kuali satu per satu. 
  • Biarkan seketika *jangan  masak terlalu lama.
  • Angkat dah boleh dihidangkan ..


Sebenarnya kalau korang terasa terlebih rajin. Takmau bancuh sendiri aduannya ni pun boleh je. Korang dapatkan je tepung bestari tu. Haa goreng je guna tepung tu. Sedap juga tau nak-nak guna tepung bestari yang pedas tu. Perghhh dap-dap





Like Us