Selamat menduduki SPM 2020

Februari 21, 2021 Add Comment
Selamat menduduki SPM 2020

Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia buat semua calon SPM 2020. Good luck and all the best !


Selamat menduduki SPM 2020

Cara pembelajaran semasa penularan pandemik Covid19

Selepas hampir 14 bulan mengikuti pembelajaran, akhirnya sampai juga ke penghujungnya. Pertama kali SPM diadakan pada awal tahun dan pertama kali juga pelajar tingkatan 5 mengikuti pembelajaran tahunan terpanjang dalam sejarah persekolahan negara kita kot, 14 bulan dan yang paling singkat secara bersemuka iaitu 4 bulan je gara-gara penularan pandemik covid19. Selebihnya belajar secara online melalui skype, Google classroom dan Google meet. Memang bukan sesuatu yang mudah. Buktinya ciktie sendiri pun baru beberapa kali je cuba menggunakan Google meet dan skype tu. Itupun terkial-kial lagi. 


SPM


Ciktie percaya mesti ada yang seboleh-bolehnya adik-adik kita ni nak segera peperiksaan ini diadakan supaya debaran didada akan segera berakhir. Apapun ciktie mengharapkan adik-adik kita yang bakal memasuki dewan peperiksaan yang bermula esok telah bersedia dan mampu menjawabnya dengan semampu yang boleh walaupun tidak berpeluang menguji kemampuan diri melalui peperiksaan percubaan seperti abang-abang dan kakak-kakak kita sebelum ini.


Setiap orang mempunyai cabarannya yang tersendiri. Jangan jadikan pandemik ini sebagai alasan untuk kita terus melangkah yer. Bye the way, good luck yer ✌️





Sinopsis | Melastik Ke Hatimu

Februari 15, 2021 4 Comments
Sinopsis | Melastik Ke Hatimu

Berjaya juga marothon drama melastik ke hatimu ini. Gara-gara tertengok sekejap hari tu terus jatuh hati. Haa ambik ko sekali jalan 13 episode terus! Orang tengah cuti katakan tak tau nak buat 😅 


Sweet ngat dek pon duo ore tu. Rugi jugok dok tengok. Nok pulok cik Limoh gitu pulokk. 


Sinopsis Melastik Ke Hatimu

Mengisahkan Haura (Janna Nick), seorang gadis kilang yang 'gangster' la kononnya tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahu bermenantukan orang kaya. Dia bercinta dengan Naim (Hafidz Roshdi) tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.


Ketidakhadiran Naim dihari pertunangan mereka menyebabkan Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad (Andi Bernadee), seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Walaupun Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilangnya kerana sikapnya yang tidak mengendahkan orang tetapi sebenarnya dia menyimpan perasaan dalam diam pada Haura. 



Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura manakala Haura pula berusaha mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Walaubagaimanapun, Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura. Ditambah pula dengan karenah Naim sendiri yang tidak memahami dirinya. 


Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang tersimpan rapi selama ini. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memandang rendah terhadap Ziyyad. Alahaiii Mak Limah betul la. Masa kawan tu senang, sesenang dia je meminta nak buat itu ini. Bila kawan ni sengket mulalah hahaha. Fatin tu pun sama. Anak harapan katakan tak pepasal kena tipu. Hehe nak kata padan muka pun kesianlah pula kan.



Apapun cerita ni memang best! Tak semestinya anak yang degil dan melawan cakap itu tak elok. Keterlaluan ke apa.. mungkin secara kasar nampak ia. Gemar memberontak tapi kadang-kadang mak ayah ni kena juga fahami kehendak dan perasaan mereka. Bukan senang-senang sesuatu perkara itu terjadi. Kena pula kalau kita ni gemar membeza-bezakan mereka. Belum tentu yang berjaya ke menara gading tu akan menjadi harapan kita selamanya. 

 

Yang jelas belum tentu betulnya.. 






Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis Karya Shahrulezad Mohameddin

Februari 07, 2021 4 Comments
Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis Karya Shahrulezad Mohameddin

Haaa terjawab dah! Mika (Isaac Iman) itu juga sebenarnya bukan anak Ean dan Ruhaila. Azlan itu hanya pak sanggup atau hanya dijadikan kambing hitam untuk menutup aib Ruhila sekeluarga je. Terdesak dan merasa dipermainkan menyebabkan Ruhila sanggup meminta Azlan mengawininya. Kebetulan pula si Azlan itu masih lagi menyimpan perasaan dan hati terhadapnya. Bertambah- tambah pula dengan desakan tak habis-habis dari maknya, Cik Salmah tu. 


>> Takdir Yang Tertulis >> 

Terbuta dengan cinta sendiri, Si Azlan sanggup melakukan apa sahaja supaya dia tidak kehilangan Ruhila sehingga sanggup bersekongkol dan berkomplot dengan rancangan jahat Cik Salmah dan Hakim, peguam syarikatnya untuk membolot harta dan menyingkirkan Juweta, isteri pertamanya itu dalam diam. 


Takdir yang tertulis


Peluang hadir saat dia merasa sangat dimalukan ketika membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta sebagai Ketua Pegawai Operasi.  Satu pertengkaran besar berlaku menyebabkan dia bernekad untuk bercerai  ditambah pula dengan tindak tanduk Juweta selama ini yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami dan mereka seringkali tidak sefahaman, saling bertelingkah.


Selepas itu sedikit demi sedikit rahsia yang tersimpan sekian lama mula terbongkar. Bermula dengan mengesyaki Azlan curang dan mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. Diam-diam Juweta mengikut langkah Azlan keluar dari rumah. Terasa  dikhianati, Juweta nekad untuk memecat Azlan tetapi setibanya dia di pejabat, dia dikejutkan dengan kehadiran peguam syarikat yang terlebih dahulu menyampaikan khabar buruk.


Ean dan Mika


Kesian Juweta. Tapi mungkin ini juga kifarah terhadap tindak tanduknya sebelum ini. Sombong, bongkak, angguh dan berlagak tu. Nasib baik Ean itu betul-betul move on dan sanggup membantu bukan seperti Hakim, mulut aje move on. Dalam hati 1001 rancangan jahat telah dirancangnya. Memang penangan dimalukan dikhalayak ramai. 


Cik Salmah lakonan hebat Didie Alias ini pun tak kurang hebatnya juga. Sanggup lakukan apa saja walaupun terpaksa melukakan hati anak menantunya asalkan impian dia untuk hidup mewah dan kaya terlaksana. Aishhh memang seorang pendendam yang berjaya la dia ni. Zaman silam menjadkan dia begitu tamat !


Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis Karya Shahrulezad Mohameddin 

Mengisahkan perkenalan dari zaman kolej. Ruhila (Datin Elvina Mohamad) dan Juweta (Nad Zainal) merupakan sahabat baik. Begitu juga Azlan (Nazim Othman) dan Ean (Alvin Chong). Juweta menaruh hati kepada Azlan manakala Azlan, kawan baik Ean menaruh hati kepada Ruhila tanpa mengetahui Ruhila itu sebenarnya pasangan Ean. 


Juweta dan Ruhila


Perselisihan mereka mula tercetus apabila Azlan menghantar rombongan melamar Ruhila walaupun ketika itu dia telah mengetahui status Ruhila. Dia cuba mengambil kesempatan disebabkan Cik Salmah, mak Ruhila tidak menyukai Ean tetapi atas nasihat dan kerana Ruhila juga, Azlan menerima Juweta sebagai pasangan hidupnya. 


Walaupun telah berkahwin, perasaan Azlan terhadap Ruhila tetap juga tidak berubah. Suatu hari Ruhila meminta Azlan mengawininya dan menyembunyikan status perkahwinan mereka. Sepanjang perkahwinan mereka itu jugalah, Azlan asyik diasak oleh mak mertuanya.


Azlan dan Ruhila

Nak tahu apakah kesudahannya? Haa lagi berbaki 6 episode rasanya drama ini. Jangan lupa sama-sama kita saksikan adakah berjaya Ean membantu Juweta mendapatkan semula haknya? Apakah respon Azlan bila mengetahui Mika itu sebenarnya bukan anak kandungnya dan Ruhila sendiri tidak pernah mencintainya.



Like Us