Mihun Sup Special Bandung Cincau !

September 30, 2019 8 Comments
Mihun Sup Special Bandung Cincau !
Cincau Bandung atau Bandung Cincau ye 🤔🤔 Tak kisahlah janji dapat airnya warna pink. Tak gitu

Berbaloi jugalah keluar makan tengahari kemarin tu. Dapat pekena mihun sup Special dan Bandung cincau. Bandung Cincau lah kot sebab air bandungnya dekat bawah kan ✌️✌️Memang terangkat sangatlah cuma tang airnya tu. Kalau kita nak manis sikit lagi la 😅 baru rasa sedap sikit tapi rupa dah menarik dah. 

Ciktie

Mula-mula tu memang tak berniat pun nak keluar tapi gara-gara member dah call bagitau dah gerak. On ajelah walaupun masa tu memang ada je kerjaan yang nak dibuat. Nak di print but it's ok pandai-pandailah kita ejas kan

Keluar-keluar tempat biasa yang kitorang lepak di Pantai Dasar Sabak tutup. Tapi kedai sebelahnya tu buka. Kira terus kesana ajelah memandangkan dah sampai. Walaupun dah banyak kali datang sini, sekalipun tak pernah nak masuk kedai ni. Entah nape mungkin sebab tak ramai orang kot. So, kira kemarin tu sesi mencubalah ni.

Ciktie

Ciktiedotcom

Boleh tahan sedap juga mihun sup dia ni. Bagi ciktie dah cukup rasa dah, tak perlu nak tambah apa-apa dah kecuali kalau korang jenis yang makan pedas. Yang lain bagi ciktie dah tip top dah tapi tak taulah korang. Selera kita kan lain-lain. 

Dari segi harga pun ok je rasanya. Order 4 mee sup special, 5 Bandung Cincau, goreng-goreng dah lupa dah ambil berapa semua sekali dalam rm 30 ++ camtu lah.






Sinopsis Cemburu Seorang Perempuan

September 29, 2019 8 Comments
Sinopsis Cemburu Seorang Perempuan
Tak sabar nak tunggu cerita ni ditayangkan. Hari tu dengar cerita ianya akan ditayangkan penghujung bulan September. Ini dah hujung dah nak masuk bulan Oktober dah pun hehe. By the way sabar menunggu ajelah ianya ditayangkan.

Drama 20 episode arahan Eyra Rahman ini diadaptasi dari novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hazneza menampilkan Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong sebagai peneraju utama dan turut dibintangi oleh Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Mior Darwish. Pasangan suami isteri Fauzi Nawawi, Lisdawati pun ada juga tau.

Ciktie

SINOPSIS CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

Zikri (Amar Baharin) dan Dhiya (Amyra Rosli) sebenarnya telah berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya bukan dari keluarga yang berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Ciktiedotcom

Zikri kemudiannya berkahwin dengan orang yang dicintainya iaitu Emilia (Emma Maembong). Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia disahkan tidak boleh mengandung lagi. Untuk mengikat kasih sayang Zikri kepadanya, Emilia telah meminta Dhiya untuk mengandungkan anak dari benih mereka sebagai bukti keikhlasan persahabatannya.

Atas dasar menolong dan sayangkan Zikri, Dhiya bersetuju menjadi ibu tumpang kepada anak-anak mereka. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Keakrapan dan keikhlasan Dhiya menyebabkan Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.


Semasa ketiadaan Zikri, Emi telah bertindak untuk menghapuskan Dhiya. Insiden itu menyebabkan dia dan 2 anaknya meninggal. Dhiya lumpuh, kedua-dua tangannya kudung dan wajahnya cacat. Zikri benar-benar teruji, Dhiya bukan lagi seperti sebelumnya. Tapi not bad lah. Happy ending ! Akhirnya Dhiya dapat juga melahirkan zuriat dari darah dagingnya sendiri. Hidup bahagia disamping suaminya.

Macam biasa aje sinopsisnya tu kan tapi sebenarnya penuh liku. Nak tahu apa yang  sebenarnya tu kenalah tunggu cerita ni ditayangkan. Tak sabar nak tengok gandingan 3 nama besar tu




5 Benda Wajib Ada Bila Travel Bersama Anak Kecil Ataupun Baby

September 24, 2019 10 Comments
5 Benda Wajib Ada Bila Travel Bersama Anak Kecil Ataupun Baby
Travel bersama keluarga bukanlah perkara yang mudah terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil berumur setahun kebawah. Percutian bersama anak yang masih kecil mestilah dilakukan dengan teliti supaya semua orang yang berada dalam perjalanan itu berasa gembira dan enjoy. Ibu bapa pun tiadalah berasa stress sepanjang percutian.

Berikut adalah  5 benda yang mak-mak wajib bawa ketika travel bersama baby atau anak kecil supaya mak yang handle anak tak panik dan stress.

5 Benda Wajib Ada Bila Travel Bersama Anak Kecil Ataupun Baby

1) ALAT HIBURAN, TOYS ATAU EDUCATION TOY MUDAH TRAVEL

Ketika sediakan barang perjalanan, jangan lupa bekalkan satu atau dua toys untuk anak bermain ketika flight atau sepanjang travel. Untuk membantu mak supaya anak tenang dan tenteram sepanjang percutian, mak boleh bekalkan gadget  seperti Ebookku Islamic, Buku Islamic Berbunyi dan Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz Shop. Gadget seperti ini akan membuatkan anak leka explore sesuatu yang baru beserta berilmu dan menghiburkan. 


Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz Shop ini juga dapat membantu menenangkan anak dengan fungsi white noise untuk baby bawah usia sebulan, lullaby (lagu dodoian anak) ketika letih ingin tidur serta terdapat fungsi butang alunan bunyi pantai yang mendamaikan. 



Bukan itu sahaja, terdapat butang surah-surah terpilih buat peneman anak ketika travel. Jika anak peminat tegar kartun Omar Hana, ibu bapa harus dapatkan Islamic Audio Device ini dari Mama Zie Kerlazz Shop kerana ada beberapa lagu hits dari kartun Omar Hana untuk hiburkan hati anak sepanjang perjalanan ibu bapa bercuti.

FB/IG: Mamazie Kerlazz
Contact: 018-3962999

2) MAKANAN BAYI KHAS UNTUK TACKLE PICKY EATERS KETIKA TRAVEL

Ha..baby bila lapar atau tak makan on time kadang-kadang boleh menyebabkan diorang ni restless time travel atau holiday.

Tapi kadang-kadang nak travel dengan anak yang cereewet makan ni bukannya senang. Habis semua makanan diorang memilih dan reject untuk makan. Sampai stress kepala kita fikir nak bagi anak kita makan apa kan?

Jadi kita nak suggest mana yang ada anak cerewet makan dari 6 bulan sampai 3 tahun untuk try travel dengan Baby Sadoo.

Baby Sadoo ni merupakan makanan baby yang khas untuk tackle selera anak cerewet makan dari 6 bulan sampai 3 tahun tanpa tambahan garam, gula & pengawet tau. 


Baby Sadoo ni dibuat khas oleh bekas jururawat berdaftar yang pernah bekerja hampir 7 tahun bersama Sime Darby Medical Center. 

Apa yang kita suka dengan Baby Sadoo ni sebab dia lengkap dengan nutrisi. Dalam 1 botol tu dah siap dah carbohydrate, protein dia, fiber dia, callorie dia.  So waktu travel senang, para ibu atau mak-mak cuma perlu panaskan je Baby Sadoo ni. Tak sampai 1 minit dah boleh terus suap anak makan kat mana-mana je termasuklah bila diorang lapar dalam kereta, flight, train, atau time tengah janjalan menikmati pemandangan percutian pun boleh.

Lagipun bagi Baby Sadoo ni best sebab menu dia menarik dan sedap-sedap dari bahan semulajadi dan senang tak payah nak tambah apa-apa dah dan tak payah nak pening fikir nak masak apa untuk anak cerewet makan ni time travel.

Memang sangat praktikal untuk kita yang nak travel dengan anak cerewet makan untuk bawak Baby Sadoo yang food on the go ni. 


Botol dia ni pun selamat untuk nak panaskan terus dalam microwave atau water heater. Botol pun jenis botol kaca yang berkualiti. Tak delah kita nak risau tindak balas kimia dari botol ni pindah ke makanan baby atau apa masa panaskan tu. Yang penting baby suka sangat makan dan sekali makan kadang-kadang tak cukup sebotol 😂

Senang aje travel dengan Baby Sadoo ni. Panaskan, terus suap je makanan sihat, berkhasiat, sedap dan lengkap nutrisi untuk baby cerewet makan kita. Tak payah nak tambah apa-apa dah dalam Baby Sadoo yang 'Complete Meal' ni. Senang sangat.


Haa kalau nak tahu Baby Sadoo ni jugak merupakan antara Makanan Bayi No. 1 di Malaysia yang khas untuk tackle selera anak cerewet makan tau dan terbukti mempunyai hampai lebih 3000 testimoni dari ibu-ibu yang mempunyai masalah anak cerewet makan, bantu ibu bekerjaya yang tak sempat sediakan makanan bayi sihat dan berkhasiat untuk anak-anak dirumah atau bekalan ke rumah pengasuh dan bantu memudahkan mommy yang nak travel bersama anak picky eaters ni.

Dah ramai para ibu kat Malaysia pilih untuk travel dengan Baby Sadoo yang convenient for travelling ni. Recommended sangat sebab senang, Panaskan je sebotol Baby Sadoo, tak payah nak tambah apa-apa dah, boleh terus suap baby makan makanan bayi yang 'complete meal' . 

Kalau mommy nak dapatkan Baby Sadoo atau berminat untuk apply for agent reseller boleh Follow 👇

FB / IG: Baby Sadoo HQ

3) IZLIYAH KITCHEN BABY FOOD

Ok, yang ini sekiranya bayi sudah boleh makan. Jangan lupa bawa bekalan makanan instant yang sihat buat mereka. Instant di sini bermaksud mudah disediakan tetapi sihat kerana tidak mengandungi bahan terlarang yang belum mampu ditapis oleh usus bayi anda.


Izliyah Kitchen menyediakan makanan bayi yang mudah disediakan ketika travel. Pastinya memudahkan kerja para ibu tatkala travel. Tidak perlu membawa periuk nasi dan segala bahan mentah untuk dimasak atau perlu prepare awal2 dari rumah sebelum mula travel.

Produk izliyah telah diiktiraf dengan sijil HALAL dari JAKIM. Produk ni juga tidak sama sekali mengandungi bahan pengawet dan gula sintetik. 


Terdapat beberapa jenis makanan bayi di Izliyah Kitchen iaitu:-
  • Bubur (ada bubur kasar dan bubur halus)
  • Biskut (ada pelbagai perisa seperti kurma,kismis dan pisang)
  • Serbuk perasa (ada serbuk ayam, serbuk bilis, serbuk sayuran dan serbuk buahan.

Ke semua di atas adalah mesra travel kerana amat mudah untuk disediakan. Konsep penyediaan bubur segera dengan hanya bancuh air panas tetapi sihat dan bebas bahan pengawet.

FB/IG: 
Contact: 017-772 3571

4) PENEYELAMAT ANAK DARI BATUK & SELESEMA

Kasihan sangat bila tengok anak kecil tercungap-cungap susah nak nafas, sebab hidung tersumbat atau berkahak teruk. Tak lalu makan dan muka pucat bila jadi macam ni. Malah, jika tak dirawat, ia boleh mengancam nyawa!

So kita nak ingatkan para ibu dan mak-mak untuk always standby benda wajib ni ketika travel dengan anak kecil.

Ramai juga yang tanya. Ada ke sapuan bayi yang boleh bantu rawat masalah ni secara semulajadi? Jawapannya ADA! Gunakan jer sapuan bayi Mamz. Paling penting Mamz ni ada pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dibuat dari bahan semulajadi Habbatus Sauda. Memang elok untuk bayi. 


Mamz Spray merupakan penawar bagi masalah utama bayi seperti masalah berkahak, masalah selsema dan masalah batuk. Sesuai digunakan oleh bayi seawal dalam pantang sehingga berusia 6 tahun. 


Mamz Spray juga sangat sesuai digunakan sebagai sapuan harian bayi walaupun telah sihat bagi menggantikan minyak telon. Sapukan selepas mandi agar antibody bayi semakin kuat dan sapukan sebelum tidur agar bayi tidur lebih lena.



Kalau ibu-ibu nak tau lebih lanjut mengenai Mamz ni boleh je terus ke 
www.mamz.com.my  atau boleh juga lihat kt https://www.facebook.com.my/MamzOfficialHQ . Testimoni Testimoni yang dah guna Mamz ni pun da beribu dah. kalau nak baca testimoni tu klik jer link wasap bawah ni.

FB/IG: 
Contact: 019-6449092
Website: www.mamz.com.my

5) SNACKS & BISKUT SIHAT UNTUK ANAK KECIL

Rush Baby Food menjadi pilihan utama ibu-ibu yang mengutamakan #BMF dan yang terbaik untuk bayi mereka tetapi cepat mudah dan pantas. 


Bubur bayi segera keluaran Rush Baby Food dalam bentuk flakes beras semakin mendapat permintaan tinggi kerana ianya yang hanya perlu dibancuh dengan air panas sahaja. Bila-bila masa sahaja boleh disediakan sama ada di dalam kereta, train, flight, tepi pantai dan sebagainya. Rasanya yang sedap dan harum seakan ibu baru lepas memasak diatas dapur membuatkan bubur bayi Rush Baby berbeza dari yang lain. 

Terdapat dua pilihan iaitu beras putih dan beras perang. Bancuh flakes sahaja pun dah licin bayi makan apatah lagi jika di tambah dengan Serbuk Buah Mango, Serbuk Ayam atau Serbuk Purple Sweet Potato yang juga dikeluarkan oleh Rush Baby Food. Tabur-tabur je dah siap, tak perlu masak pun. Senang kan?

Bukan sahaja bubur malah Rush Baby juga ada menyediakan Biskut bayi dengan nama Bone Broth Cookies. Mula diperkenalkan pada November 2017, ianya terus menjadi bualan mulut ibu-ibu yang lebih prefer Homemade Babyfood. Apa yang istimewanya tentang biskut bayi ini, salah satu kandungan di dalamnya ialah Chicken Bone Broth.

Banyak khasiat dan manfaat yang boleh didapati daripada Chicken Bone Broth dan ternyata ianya sangat bagus untuk perkembangan bayi seperti yang dinyatakan oleh Dr Suriyakhatun merupakan Doktor Perubatan Homeopathy. Kelebihan lain yang ada pada biskut bayi ini ialah tidak terlalu gebu dan tidak mudah hancur. Seawal 7 bulan bayi dah boleh mencuba Bone Broth Cookies ini walaupun belum ada gigi. Terdapat 3 pilihan rasa iaitu kurma yang menjadi best seller, kemudian apricot raisin dan yang terakhir adalah avocado cheese.

Ketiga-tiga biskut bayi ini diadun menggunakan bahan yang berkualiti seperti unbleach flour, anchor unsalted butter, puree buah sebenar, tepung jagung dan juga Chicken Bone Broth.


Yang baru merancang percutian atau yang tengah bercuti boleh je dapatkan Makanan bayi keluaran Rush Baby Food ini daripada agen-agen berdekatan anda atau dari butik-butik baby terpilih seperti Tateh, One Baby World, Yons dan banyak lagi. Boleh juga layari terus Facebok dan Instagram Rush Baby Food HQ untuk dapatkan info lebih lanjut.

Contact: 0199559334

Ok, itulah 5 benda wajib yang para ibu ataupun mak-mak kena bawa bersama apabila travel bersama baby atau anak kecil.  


Jom Ke Bangkok Dengan Singapore Airlines

September 22, 2019 16 Comments
Jom Ke Bangkok Dengan Singapore Airlines
Jom kita travel lepasi sempadan utara negara masuk ke negara jiran yang satu tu. Lagipun Thailand pun salah satu destinasi travel yang tidak kurang best juga kalau difikirkan ni. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dan dilawati tau.

Jom Ke Bangkok Dengan Singapore Airlines


Sebelum itu, ciktie nak kongsikan bagaimana nak book Singapore Airlines Malaysia air ticket tanpa perlu menyusahkan diri kita sangat. Haa jangan tak tahu sebenarnya ada cara yang kita boleh buat untuk dapatkan harga terbaik dari ladang ni. Traveloka adalah salah satu platform khas untuk traveller mencari dan buat comparison harga-harga flight dan hotel. Walaupun korang naik Singapore Airline, korang boleh jer guna Traveloka ni. That’s why ciktie nak citer apa yang ada kat Singapore Airlines ni. Jom kita  sama-sama ambil tau jenis-jenis seat yang korang boleh book nanti.

Jenis-jenis Seat Singapore Airlines 

Dengan economy class korang boleh dapat seat yang selesa, sebab ruang kaki tu agak luas jugak jadi sesuailah untuk korang yang ada kaki panjang. Selain tu korang boleh layan entertainment dengan KrisWorld. Makanan pulak korang boleh order yang standard dan kalau korang ada special request, korang kenalah bagitau awal-awal dekat pihak diorang sebelum flight.


Next premium economy class, korang boleh dapat seat yang lagi luas dari economy biasa. Korang jugak boleh caj phone sebab dah disediakan USB port. Dari segi makanan pulak korang boleh order special untuk meal korang sebelum 24jam flight korang.


Lepas tu Business class punya seat lagi best tau, sebab seat boleh tukar jadi katil. Sangat syok kalau korang travel jauh-jauh cuma bajetnya lebih tinggi sikitlah tapi takde lah jauh beza. Makanan pulak memang awesome dan korang boleh order 24 jam sebelum flight ikut kesukaan korang. Haa best kan.



Tapi tak boleh lawan First class. Yang ni paling mewah sebab korang akan dapat seat yang lagi luas dari business class. Siap ada full breakfast kalau korang flight sebelah pagi.

Ok, sekarang macamana korang nak cari cheapest flights to Bangkok? Mula-mula sekali lepas korang bukak apps tu korang cuba cari Singapore Airlines dan dekat situ korang boleh nampak segala info yang ada tentang airlines tu. Singapore Airlines ni antara yang terbesar kat Asia Tenggara ni. Diorang boleh pergi ke lebih kurang 62 destinasi setakat ni. Banyakkan? So macamana pula nak buat booking tu.

Traveloka

Korang pergi je dekat search flight dan isikan info yang diperlukan especially date yang korang nak pergi. Sebab dari situ korang boleh dapat harga yang murah. Biasanya lepas korang click search korang akan dapat tengok list of flights yang ada dan yang paling murah ada kat atas. Dengan menggunakan filter, korang pilih Singapore Airlines. Dari situ korang boleh tengok Singapore Airlines yang available.

Giant Swing ataupun Buaian Gergasi ini bukanlah buaian di taman permainan yang boleh korang ayunkan, kerana yang ada hanyalah tiangnya sahaja yang kelihatan seperti pintu gerbang yang tinggi. Tapi kalau bukan buaian kenapa dinamakan buaian? Mestilah ada sebabnya bukan?

Ciktiedotcom

Sebenarnya Giant Swing ini pada zaman dahulu pernah digunakan untuk menjalankan majlis keagamaan selepas musim menuai padi. Dalam setiap kumpulan terdapat 3 orang peserta yang akan cuba mengimbangkan badan mereka pada sebuah papan yang sempit dan salah seorang daripada mereka akan dilantunkan sehingga ke ketinggian 25 meter dari paras tanah untuk cuba menangkap sekantung beg yang diisi dengan duit syiling perak menggunakan gigi mereka. Tapi majlis ini telah menyebabkan banyak kematian sehingga diharamkan oleh King Rama VII pada tahun 1932. Lihatlah dengan lebih dekat buaian ini dan bayangkan bagaimana permainan ini diadakan, seram sejuk rasanya.

Buaian Gergasi di Bangkok

Muzium Thailand

Koleksi barangan pameran yang terdapat di Bangkok National Museum ini bukanlah sikit. Dikatakan antara yang terbanyak di Thailand, mana tidaknya muzium ini merupakan satu-satunya muzium di Thailand sehinggalah ke pertengaharan tahun 1970-an. Muzium ini mula dibuka oleh King Rama V untuk mempamerkan kesemua pemberian oleh ayahnya. Antara yang terdapat di muzium ini adalah batu-batu permata, pakaian, topeng Khon, senjata, emas, seramik, ukiran kayu, alat muzik dan banyak lagi.

Ciktiedotcom

Ciktiedotcom

Ciktie

Di samping ini, tapak muzium ini juga mempunyai nilai klasiknya juga kerana ia dibina di dalam kawasan istana lama. Wang Na yang dibina pada tahun 1887.

Ciktie

Ciktiedotcom

Walaupun, korang tidak dibenarkan untuk menangkap gambar dalam galeri-galeri muzium ini. Percutian ini pasti korang tidak dapat lupakan tau. Tak percaya?? Moh kita pergi


ETIKA IS LOOKING FOR TWO POTENTIAL MILLIONAIRES IN SEPTEMBER!

September 19, 2019 7 Comments
ETIKA IS LOOKING FOR TWO POTENTIAL MILLIONAIRES IN SEPTEMBER!
ETIKA IS LOOKING FOR TWO POTENTIAL MILLIONAIRES IN SEPTEMBER!

  • 10 finalists were selected in August to battle it out for the first millionaire crown of the contest
  • 1 finalist walked away with RM10,000 cash prize and 9 finalists were also rewarded with RM1,000 cash prize at the final stage of the contest

In conjunction with its nationwide “Botol-botol Menang Sejuta” contest, Etika Sdn Bhd (“Etika”), one of the most prominent Halal beverage companies in Malaysia, reached out to 10 shortlisted finalists in August and rewarded them with total cash prizes of RM19,000! Ongoing till the end of September (30th September, 2019), the stakes heighten in the remaining contest period as Etika continues to search for two more lucky millionaires in September where they stand a chance to walk away with RM1 million cash prize each. All contestants had to do is to buy participating products, look under their white bottle caps and redeem the codes in Boost! 

During the grand finale, the 26 year-old technician from Johor, Siti Nur Athira, walked away with RM10,000 cash prize as a reward for passing the first round of eliminations. All the other 9 finalists were also rewarded with RM1,000 cash prize.  


In an effort to reward their loyal consumers for the support they have received over the years, Etika is giving out more generous incentives for every purchase. Specially-packaged with white bottle caps during the campaign period, each bottle cap consists of a unique code which is redeemable in Boost, the leading digital e-wallet in Malaysia.

“Etika has always been a brand about the people. We invest our time into what matters to our fans and consumers the most. We look at consumer trends, habits, preferences and denote how we can best connect with our fans, such as a reward program. Housing over 18 Malaysian favourite brands, Etika aims to give back to our nation through spreading good vibes throughout our consumer experience journey. With “Botol-botol Menang Sejuta” contest, we want to reward our fans to thank them for their long-standing support for Etika in our  journey thus far,” said Santharuban T. Sundaram, Senior Vice President of Marketing and Alternate Business at Etika Sdn Bhd.


Counting smiles and dreams 
Siti, who has been actively participating in many giveaway contests in the recent years,  finds herself overjoyed to be a lucky winner of RM10,000 cash prize. In fact, the grand prize from “Botol-botol Menang Sejuta” contest is by far the biggest prize she has ever won in her entire life! 

“I feel incredibly lucky to pass through the elimination round and making it to the final stage was just overwhelming. The mechanics are so simple. All you have to do is to grab your favourite Etika drink from the store and you may just be a bottle cap away from your millionaire dream,” shared Siti. “I’m glad that I could still get RM10,000 cash prize despite being eliminated in the second round. Not only that, my mum and I could enjoy many rewards from the Boost redemptions. I’m going to share the prize with my family because this is a team effort,” continued Siti.


Other shortlisted finalists were also delighted to find themselves walking away with RM1,000 cash prize. One of the shortlisted participants, Kartiny Binti Kamaludin (57 years old) from Kedah, shared her happiness after the event: “I’m still grateful because I bagged home RM1,000 cash prize! I read about this contest on the newspaper and immediately enrolled all my family members to join. Each of us made at least 20 redemptions on Boost – but I was the lucky chosen one.” 

Kartiny also shared her strategy to make it to the finale: “I strongly encourage everyone to try their luck because all you have to do is to drink, look under the bottle cap, and redeem. For my family and I, we try to buy from many different locations – a variety of stores and hypermarkets, both in Kedah and Kuala Lumpur.”

Two more eligible winners to walk away with RM1 million cash prize!
From now till 30th September 2019, Etika is still on the lookout for two more eligible winners crowned to be the next two millionaires. All you have to do is to buy any of your favourite Etika beverages ranging from Pepsi, 7UP, Mountain Dew, Mirinda, MUG, Revive Isotonic, Tropicana Twister, Lipton, Calpis or Kickapoo with a white bottle cap during the promotion period.

After purchasing any of the brand’s bottle, you would have to look under the white bottle cap for a unique code. Next, key in the Boost Redemption Codes in your Boost account. The reward embedded in the unique code will be immediately credited into each account – a maximum of twenty (20) credits rewards can be redeemable throughout the contest period. The more codes each account redeems, the higher the chance of eligibility to be one of the shortlisted finalist in the upcoming final event to bag home RM1 million cash prize! For proof of purchase, don’t forget to retain the original white bottle cap. 

Time’s ticking till the end of “Botol-botol Menang Sejuta” campaign. Are you ready to be the next millionaire? 

For more information about the contests, kindly visit www.etikaholdings.com/campaigns.


Prego Sos Pasta Terbaharu | Prego Mac & Cheese Pasta Sauce

September 18, 2019 6 Comments
Prego Sos Pasta Terbaharu | Prego Mac &  Cheese Pasta Sauce
Super leleh !! Wow dah lama tak makan pasta ni. Teringinlah pula malam-malam macam ni. Tambah-tambah pula ada sos Prego terbaharu pula sekarang ni. Korang dah cuba ke sos prego terbaru yang ni? Amacam rasa dia ok tak..

Prego Sos Pasta Terbaharu | Prego Mac &  Cheese Pasta Sauce 

Macam-macam nama panggilannya ni, makaroni dan keju! Mac & cheese atau Maccheroni al formaggio! Walau apa jua nama panggilannya, kombinasi pasta, keju meleleh dan sos putih ini ternyata sukar dilupakan. Makaroni dan keju! hidangan mengenyangkan yang digemari ramai. Sesuai sangat digabungkan dengan makaroni, pasta, spaghetti ataupun pelbagai jenis mee. Ternyata ianya pilihan popular waktu makan dan melibatkan pelbagai jenis proses penyediaan dan sos enak disampingnya.

Walaupun penyediaan sosnya mengambil banyak masa dan agak leceh. Golongan kaum hawa sentiasa menyediakannya untuk keluarga. Selalunya, mereka akan meluangkan sejam untuk masak dua atau tiga hidangan ringkas. Selain menjadi lebih kreatif ketika memasak, kami juga akan mencuba pelbagai resipi baru dan dengan apa jua cara asalkan dapat memuaskan hati orang yang tersayang.

Prego Super Leleh

Dan hari ini, 53.5% kaum wanita lebih dikenali sebagai sumber figura yang amat penting dalam mengembangkan ekonomi dan menjadi teraju penting dalam dunia pekerjaan. Kekangan masa yang dihadapi menyebabkan  mereka terpaksa mencari jalan penyelesaian yang mudah untuk menyediakan makanan buat keluarga tersayang.

Peneraju sos pasta di pasaran Malaysia, Prego merupakan jenama dari Campbell Malaysia, syarikat mutinasional terkemuka yang menawarkan penyelesaian menerusi Prego Sos Pasta Makaroni & Keju yang pekat dan enak.

Prego Sos Pasta Terbaharu

Menurut  Pengarah Urusan Campbell South East Asia Sdn. Bhd. mengenai Prego Sos Pasta Makaroni & Keju, May Lim

Para Ibu di luar sana tahu bahawa tiada yang dapat menandangi masakan di rumah. Mereka sering tercari-cari cara untuk menyediakan hidangan yang mengenyangkan namun, senang untuk dimasak buat keluarga tersayang. Mereka lebih suka masakan yang senang dan cepat dimasak serta mempunyai rasa yang lazat. Prego Sos Pasta Makaroni & Keju menawarkan para ibu pilihan yang mudah untuk masak dalam masa yang singkat.

Pada zaman kini kita bukan sahaja mencari makanan yang mengenyangkan malah boleh menjimatkan masa para ibu dan pengguna di luar sana agar mereka dapat menyediakan hidangan yang segar dan pada masa yang sama mencipta momen indah bersama Prego

Bak kata orang, bila ada keperluan di situ ada jalan dan sebagai seorang ibu, mereka perlu sentiasa kreatif dan inventif. Prego Sos Pasta Makaroni & Keju dicipta untuk memberi peluang untuk para ibu bereksperimentasi dengan masakan kerana ianya cukup versatil dan menawarkan kepelbagaian yang tidak terhad. Mereka berpeluang memenuhi keinginan untuk bereksperimentasi dengan cita rasa barat dan pada masa yang sama mengembirakan hati keluarga dengan pelbagai masakan berasaskan sos Prego.

"Kami percaya yang mudah tidak semestinya tidak berkualiti atau kurang sedap. Tahun demi tahun, kami berjaya membuktikan bahawa walaupun produk kami boleh didapati dalam bentuk pelbagai pek, kami sentiasa berdaya saing di dalam industri makanan. Prego Sos Pasta Makaroni & Keju ini dihasilkan dengan teliti demi memastikan rasanya kekal asli" ujar May Lim lagi. 

Prego Sos Pasta Makaroni & Keju menawarkan cita rasa terbaharu untuk masakan sekeluarga di rumah. Ia boleh diperolehi di pasar raya besar dan pasar raya seluruh negara dengan harga yang cukup berpatutan, iaitu RM6.49 je setin.



Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com

September 18, 2019 12 Comments
Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 September 2019, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga hari esok, 11.30 pagi 19 September 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2019.

** jom support Mia Liana....


Ada Apa Dengan 16 September setiap Tahun

September 17, 2019 4 Comments
Ada Apa Dengan 16 September setiap Tahun
Haii, assalamualaikum dan selamat beristirehat korang. Tak terlambat kot untuk ucapkan Selamat Hari Malaysia buat korang semua. Tak lupa selamat pengantin baru juga buat mereka yang bergelar raja sehari hari ini dan selamat ulang tahun pada mereka yang mana tarikh ulang tahunnya jatuh pada hari ini. Tahniah dan semoga kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan sentiasa menjadi milik kita semua. In Shaa Allah, Aamiin.

Ada apa dengan 16 September ??

Seronok ye masing-masing  bila masih  lagi berpeluang habiskan masa dengan keluarga tersayang lagi semalam tu. Sepatutnya entri ini dah publish dah semalam tapi tah macam mana terbawa ke hari ini. Hmm dah habis dah cuti percuma untuk bulan ni. Lepas ni, siapa nak cuti free lagi kena mohon cuti sendirilah pula ye. Jangan buat-buat lupa pula ye. 16 September bukan sebarang cuti tau.. disebalik keseronokan dan ketenangan kita meluangkan masa bersama keluarga tu tersembunyi sesuatu didalamnya iaitu

Ada apa dengan 16 September

Hari Penubuhan Malaysia

Kalau nak tahu, 16 September telah diisytiharkan sebagai cuti umum seluruh Malaysia pada tahun 2010 sempena Hari Penggabungan Tanah Melayu, Borneo Utara (sekarang dikenali Sabah dan Sarawak) dan Singapura membentuk Persekutuan baru mengganti Persekutuan Tanah Melayu/Malaya pada tahun 1963. Iaitu sebelum Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.  Kiranya macam simbolik ataupun hari memperingati penubuhan Hari Malaysia. Awalnya bukan semua negeri dalam Malaysia ini yang mengumumkan 16 September ini sebagai cuti umum.

Kalau tak silap, penubuhan Malaysia telah dirancang pada 01 Jun 1963 kemudian ditangguh kepada 31 Ogos 1963 untuk membolehkan ianya disambut bersama dengan hari kemerdekaan kali ke-6 tapi sebab ada beberapa isu berkaitan bantahan dari Indonesia dan Filipina menyebabkan ianya terbawa ke 16 September tahun yang sama.

Hari Angkatan Tentera Malaysia

Kewujudan Hari Angkatan Tentera Malaysia adalah sama dengan tarikh Hari Malaysia. Tahun 1933 telah dijadikan sebagai tahun tertubuhnya Angkatan Tentera Malaysia setelah mengambil kira penubuhan awal pasukan tentera pada tahun tersebut yang merupakan pasukan tentera peneraju negara.

16 September

Susur-galur Angkatan Tentera Malaysia boleh diimbau dari penubuhan rasmi Tentera Darat. Pembentukan Malaysia pada 16 September 1961 menyaksikan kerajaan telah merombak pembentukan ketiga-tiga cabang perkhidmatan di bawah Angkatan Tentera Persekutuan yang kini tertakluk di bawah Akta Angkatan tentera (1972). Kerajaan juga telah mempersetujui agar Hari Angkatan Tentera disambut pada hari dan tarikh yang sama setiap tahun sempena penubuhan Malaysia.


So, inilah antara 2 hari penting dalam kalendar kita rakyat Malaysia untuk bulan ini. Semoga keamanan dan keharmonian yang dikecapi berkekalan. Aamiin.





Lirik Lagu Hutang by Floor 88

September 10, 2019 9 Comments
Lirik Lagu Hutang by Floor 88
Dah 2/3 kali dah dengar lagu ni. Kebetulan on the way pergi kerja tu, lagu ni ke udara. Layankan ajelah mula-mula tu ingatkan lagu apa la tapi bila dah dengar betul-betul best juga. 

Lagu minta hutang ! Korang dah dengar ke. Alahhh yang liriknya tu ada zamzam ala kazam tu. Takpa-takpa kalau tak tahu, bawah ni ciktie share lagu dan liriknya ye. Jom layan sementara anak-anak buah ni dengan mak ayahnya dekat bawah. Dah naik atas berebut phone pula dengan aciknya hikhik


Lirik Lagu Hutang by Floor 88

Kau nak cepat kaya
Macam jual unta
Tapi kau sendiri
Malas nak usaha
Cerita sana sini
Gebang kau merata-rata

Pantang depan mata
Ada saja cerita
Tipu belit kawan
Dah macam ular sawa
Bila dah tahu kau lari berbatu
Macam kau nampak hantu

Cerita zaman dulu
Pak kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya

Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Alakazam)

Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana

Buai laju-laju buai sampailah pokok sena
Duit tu beribu semua entah ke mana
Memanggil Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa
Rampo ngiseng semar tilem

Solo solo
Solo solo
Solo solo

La la la la la la la la
La la la la la la la la

Cerita zaman dulu
Pak kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya

Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Ram-pang-pang)

Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana

Buai laju-laju buai sampai pokok sena
Bayar hutang itu takut nanti kau merana
Memanggil Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa
Rampo ngiseng semar tilem

Rampo ngiseng semar tilem






Tips Travel Pilihan Orang Ramai Dengan ARBA Travel & Tours Pakej Pelancongan Mesra Muslim

September 08, 2019 8 Comments
Tips Travel Pilihan Orang Ramai Dengan ARBA Travel & Tours Pakej Pelancongan Mesra Muslim
Alahaii seronok pula tengok pakej travel yang ditawarkan ARBA Travel & Tours dekat Semporna ni. Berpeluang island hopping di 7 pulau cantik. Rare pula tu di Mabul, Kapalai, Gusungan, Bohey Dulang, Tatagan, Matabuan dan Sibuan. Nanti bolehlah snorkeling dan ambil gambar puas-puas sambil-sambil feeling tengok sunset dan sunrise camtu. Driver guide ARBA Travel pun orang tempatan yang berpengalaman dengan pulau. I like this ! Biru hijau kehidupan. Penuh dengan keindahan alam semulajadi.


Harga pun berpatutan. Dah termasuk dengan pakej penginapan atas air, makan minum, land dan boat transfer semua dah. Macam ni memang nak kena ambil ni. Bagi korang yang suka dan gemar bercuti ciktie memang cadangkan korang ambil pakej jimat dengan ARBA Travel & Tours ni.


Tips Travel Pilihan Orang Ramai Dengan ARBA Travel & Tours Pakej Pelancongan Mesra Muslim

Kenapa ARBA Travel & Tours bukan agensi travel yang lain??

ARBA Travel & Tours merupakan sebuah agensi pelancongan mesra muslim yang menawarkan pakej travel dengan harga yang berpatutan dan itinerary yang menarik ke serata tempat luar dan dalam negara. Aktiviti yang disusun pun tidak akan mengganggu waktu kita solat.


Antara tempat menarik yang ditawarkan ARBA Travel & Tours termasuklah ke New Zealand, Jepun, Korea, Turki, negara-negara Eropah dan banyak lagi. Dalam negara pula seperti ke Langkawi, Kundasang, Pulau Perhentian, Pulau Redang. Mana lagi ye 🤔🤔 haa Kuching, Sarawak pun ada. Untuk servis runner visa China murah dan servis runner visa murah Australia pun ada juga selain perkhidmatan pakej umrah.



Latar Belakang ARBA Travel

Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh graduan luar negara dan telah mendaftar dengan Kementerian Pelancongan. Merupakan agensi pelancongan yang berkembang dengan cepat di Malaysia iaitu bermula dengan 3 orang seterusnya berkembang dan sekarang ia telah mempunyai 50 orang pekerja secara sepenuh masa.

Ia menawarkan macam-macam pakej. SUPER JIMAT, BUDGET, PREMIUM!! Pilih je pakej mana yang kita rasa berpatutan dengan bajet kita. Nak yang murah dan fleksibel, kita boleh pilih pakej super jimat. Nak yang selesa dengan hotel dan perkhidmaran yang lebih lengkap, kita boleh pilih pakej premium. Dan, kalau nak yang lagi murah dengan servis lengkap pun ada juga. Pilih je pakej jenis budget.

Untuk lebih penjimatan, kita boleh joined Tour & Private Tour sekiranya kita mempunyai ahli bilangan group yang ramai. Dua orang pun dah boleh join tour ni. Kedudukan lokasi hotelnya pun strategik. Ia memberi kita peluang untuk menginap di lokasi yang membolehkan kita menikmati night life di waktu malam.



Susunan tempat ataupun aktiviti yang dilakukan pun berdasarkan pengalaman dan kajian penelitian yang telah dibuat bukan sekadar menjadi orang tengah yang menawarkan perkhidmatan pelancongan semata-mata. Lagipun  kebanyakan staff ARBA Travel sendiri pun terdiri daripada graduan luar negara dan mereka lebih mengetahui dimana lubok atau tempat menarik yang sepatutnya dilawati. Yang tidak ditawarkan oleh agensi lain, tempat shopping yang menawarkan harga sesuatu barang lebih murah.


Haa satu lagi yang menariknya tentang ARBA Travel ni, ianya satu-satunya agensi berlesen yang tidak akan membawa kita ke tempat yang bukanreal attraction’ ataupun  ‘Tourist Trap’ iaitu tempat paksa beli. Tempat ni kalau kita perasan biasanya kita  akan dikumpulkan di dalam bangunan dan terpaksa mendengar ceramah jualan tentang jed, ubat, ginseng atau sebagainya tu. Memang tak seronoklah, dalam kita nak seronok bercuti nak tenangkan fikiran, nak melihat tempat orang, tempat menarik tup-tup kita terpaksa menghadap benda-benda macam itu.

Tapi apa yang lebih menarik sebenarnya dalam masa yang singkat, setelah 3 tahun penubuhan ARBA Travel ini, ia telah dianugerahkan “Top 30 SME in Malaysia“ daripada 1.2 juta SME Malaysia  pada tahun 2017. Ini secara tidak langsung telah menambahkan lagi keyakinan kita terhadap kecekapan pengurusannya. Mana tak yakinnya ARBA Travel merupakan satu-satunya travel agensi yang terpantas menerima pengiktirafan ini berbanding SME lain yang secara puratanya mengambil masa sekurang-kurangnya 15 tahun untuk tersenarai dalam Top 50.



Beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat (9.45 pagi sehingga 3.45 petang) kecuali cuti umum.

Jadi kepada korang yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan muslim Arba Travel & Tours, bolehlah layari sesawang Arba Travel & Tours.

Website 
Instagram 
Facebook 
Alamat 
ARBA Travel & Tours 
ARBA Travel & Tours Sdn Bhd (KPK/LN 7886)
K-3-01, Conezion
Persiaran IRC3, IOI Resort City
62502, Putrajaya

Telefon 
+603-8687 4950


My Ping in TotalPing.com