Tarikh Penangguhan Urus Niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN)

November 30, 2019 3 Comments
Tarikh Penangguhan Urus Niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN)
Tarikh Penangguhan Urus Niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN)

Ciktie

Dimaklumkan bahawa segala urus niaga Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional akan ditangguhkan mulai 18 Disember ini sehingga 1 Januari 2020. Ianya akan mula beroperasi semula mulai 2 Januari itu nanti.

So, kepada korang yang ingin melakukan apa-apa transaksi yang melibatkan ASB ataupun ASN bagi tahun ini boleh melakukannya sebelum tarikh berkenaan ye.



Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-8 Tahun 2019

November 25, 2019 6 Comments
Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-8 Tahun 2019
O..o.. surprise betul ni. Bukan setakat surprise untuk peserta GV je malam ni tapi semua penonton GV juga terkena kejutan ni. Daripada 8 minggu bersiaran dilanjutkan ke 11 minggu! Minggu depan yang sepatutnya menjadi minggu Final dah tak jadi final lagi laa. Woww memang gempak betul GV musim ni. Apapun tahniah diucapkan kepada kesemua peserta GV malam ini. Tiada penyingkiran untuk minggu ini.


Tahniah juga buat kumpulan One Nation Emcees kerana berjaya bangkit dan memberi saingan kepada peserta lain πŸ‘πŸ‘Berikut merupakan senarai lagu minggu ke-8 untuk peserta Gegar Vaganza musim ini. 

Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-8

1. Hady Mirza - Malaikat (Hazama)
2. Naqiu Boboy - Percayalah (Siti Nurhaliza)
3. One Nation Emcees - Anak (Carefree)
4. Noorshila Amin - Samar Bayangan 
5. Jatt - Sejuta wajah
6. Roy - Seniman Menangis (Ismail Haron)
7. Nurfatima - cubalah untuk setia (Kris Dayanti)
8. Sham Visa - Separuh Aku ( Noah)
9. Wann - Wajah rahsia hati (Fauziah Ahmad Daud (Ogy)






Telah Dibuka | Permohonan Menduduki Peperiksaan KPSL 2020

November 24, 2019 2 Comments
Telah Dibuka | Permohonan Menduduki Peperiksaan KPSL 2020
Jadual Peperiksaan KPSL untuk tahun 2020 dah keluar dah. Permohonan untuk mendudukinya pun dah dibuka. So, tiada alasan terlepas pandang lagilah untuk apply tahun depan ni. Kalau tahun sebelum-sebelum ini boleh je alert tup-tup dibuatnya tahun ni tak perasan. Sedar-sedar je hari kejadian dah hahaha memang melampau sangat rasanya. Nak kata sibuk tu memang tak laaa

Telah Dibuka | Permohonan Menduduki Peperiksaan KPSL 2020 

Btw, untuk tahun depan kita take note awal-awal. Catat siap-siap dekat kalendar tu bila tarikh peperiksaannya tu tiadalah terbabas lagi. Dan pada mana-mana penjawat awam yang juga ingin menduduki peperiksaan ini, bolehlah berbuat demikian sekarang sementara talian tidak sibuk. Ciktie pun dah mohon..anda pula bagaimana

Untuk membuat  permohonan korang boleh layari pautan >> https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ <<

Ciktie

Jadual Peperiksaan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020

Korang juga boleh dapatkan Jadual Peperiksaan KPSL ataupun jadual peperiksaan untuk penjawat awam sepanjang tahun 2020 ini melalui pautan https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/ ini




Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com

November 23, 2019 3 Comments
Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com
Hushh..lega ! Akhirnya berjaya juga update blog setelah berhari-hari sepi tanpa berita haha. Sebenarnya bukan tiada idea nak update cuma itulah kekangan masa yang tidak begitu mengizinkan. Biasalah hujung-hujung tahun peranan kerja hakiki memerlukan tumpuan yang lebih berbanding sebelumnya. Ditambah pula dengan telatah si anak buah berdua tu bila dah sampai di rumah. Betul-betul mencuit hati. Itu yang boleh sampai terabai si blog kesayanganku ni 😬😬

Tapi terabai sekejap je kot. Now, i come back and i want to join giveaway akhir tahun hasrulhassan.com ! Siapa yang tak join lagi boleh join cepat. 30 penyertaan pertama akan dimasukkan ke dalam bloglist Hasrulhassan.com So, tunggu apa lagi jomlah kita join

Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com

Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com

Hasrul Hassan! Siapa yang tak kenal dengan blogger full-time sejak dari tahun 2010 ni. Rasanya ramai yang sudah mengenali siapa sebenarnya gerangan pemilik blog Hasrul Hassan.com ataupun lebih dikenali dengan HH ni. Tapi bagi siapa yang tak tahu dan nak tahu, boleh rujuk pautan >>Tersenarai Dalam 100 Blog Pilihan HH<< ciktie pernah kongsikan info tentang siapa HH ini sebelum ini. Memang blogger otai ini tau..

Ciktie suka baca entri di blognya itu. Banyak info dan tips-tips berguna yang dikongsikan bukan setakat untuk blogger tapi untuk bukan blogger pun banyak yang dikongsikan antaranya contohnya tips kekeluargaan, tempat-tempat menarik, gaya hidup, panduan dan cara nak tambah side income.. tips affiliate menerusi blog pun ada. Tapi selalunya ciktie lebih suka tentang panduan ataupun tips menulis blog la. Sesekali sempat juga pratik apa yang disampaikan tu.

Kena pula panduan dan cara penyampaiannya pun mudah difahami. Beliau pun jenis yang tak kedekut ilmu. Kalau kita tanya apa-apa mesti dijawabnya. Blognya pun bukan saje kemas dan mesra pengguna, SEO tapi juga cepat loading. Itu yang kita suka. Cuma itulah, sekarang macam dah lama tak blog-walking ke sana. Masa blog-walking ke sana pun lebih silent reader je sebenarnya πŸ™ˆπŸ™ˆ

Tapi apapun memang kagum sangat dengan semangatnya tu. Walaupun bergelar house husband sepenuh masa tapi beliau begitu konsisten berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Memang terbaiklah HH !! 




Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-7 (Semi-final) Tahun 2019

November 18, 2019 9 Comments
Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-7 (Semi-final) Tahun 2019
Ada 2 minggu je lagi sebelum GV musim ini melabuhkan tirainya. Jadi untuk minggu ke-7 iaitu minggu semi-final senarai lagu peserta GV adalah seperti berikut

Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-7 (Semi-final) Tahun 2019

  • Hady Mirza - Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
  • Naqiu Boboy - Rampas (Akim & The Majistret)
  • Jatt - Sumpah (Naim Daniel)
  • Nurfatima - Patah Seribu (Shila Hamzah)
  • Roy - Hayat (Hael Husaini)
  • Sham Visa - Pergi (Aizat) 
  • Wann- Terlalu Memuja (Wani Hasrita) 
  • Noorshila Amin - Vroom Vroom (Nabila Razali)
  • One Nation Emcees- Bila Rindu (Ruffedge)

Bertemakan caras, semua lagu best-best dan terkini semuanya tu.


SNM Bloglist Batch 1

November 17, 2019 3 Comments
SNM Bloglist Batch 1
O..o.. sempat lagi kan ciktie nak join segmen SNM ni. Dah last-last baru boleh join. Kebetulan masa ini aje yang free pun. Sambil-sambil layan GV sambil-sambil membalas kunjungan rakan blogger. Tapii dalam duk membalas nak juga join segmen simple ni walaupun memang dah bersarang dah nampaknya blogku ni. Lagipun syaratnya tiadalah susah pun.

SNM Bloglist Batch 1


Yang bestnya lagi, semua penyertaan akan dimasukkan ke dalam bloglist blog SNM sehingga hujung tahun ini. Haa siapa yang nak sempat lagi nak join ni. Nak join klik je banner atas ni ye




SINOPSIS DIA YANG AKU CINTA SLOT SAMARINDA TV3

November 17, 2019 3 Comments
SINOPSIS DIA YANG AKU CINTA SLOT SAMARINDA TV3
Ada drama baru lagi tau lakonan si Sharnaaz Ahmad tu. Tapii kali ini gandingannya bukan dengan si cantik manis Nelydia Senrose macam selalu tu. Tapi dengan heroin lain la. Heroinnya yang ini pun tak kurang manisnya juga. Suka tengok lakonan tu dalam Drama Semusim Rindu tu walaupun dia cuma memegang watak sebagai adik si Ben dalam drama tu.


Syerinie Myra ! Pelakon baru berusia 18 tahun yang berasal dari Sabah. Kalau nak tahu inilah sebenarnya heroin baru si Sharnaaz yang bakal menghiasi slot Samarinda di TV3 yang turut bergandingan dengan Luqman Hafidz, dalam drama yang diadaptasi dari novel Dia Yang Ku Cinta karya Indah Hairani arahan Along Kamaludin!



Drama 15 episode ini turut dibintangi oleh Watie Sadali, Zila Bakarin, Ruminah Sidek dan ramai lagi la..

Sinopsis Dia Yang Ku Cinta

Cempaka Amna (Syerinie Myra) dan adiknya Iman Idham merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid (Arash Mohamad). Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid dan Puan Marhanna (Catriona Ross) apabila ibu kandung mereka meninggal dunia. Kecewa dan terasa dikhianati setelah dimadukan menyebabkan kedua-dua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Mahanna dan mereka kerap diseksa dan dimaki hamun walaupun mereka hanya melakukan kesalahan kecil sahaja.

Puan Marhanna mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Lara Andrew (Siti Khadijah Halim) dan Hafiz Andrew (Luqman Hafidz)! Lara Andrew mempunyai sikap yang sama seperti ibunya tapi berbeza dengan abangnya yang begitu baik dan amat menggambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini. Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati.


Tidak tahan didera menyebabkan Chempaka Amna mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah. Walaupun berasa berat hati hendak meninggalkan adiknya yang OKU namun dia berazam untuk kembali mengambil adiknya semula pada suatu hari nanti.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Luqman (Sharnaaz Ahmad), seorang jurutera yang menjadi pujaan kakak tirinya tanpa diketahuinya telah memberi tapak untuk dia lari daripada sengsara yang dialami sekian lama. Dan pertemuan ini sebenarnya telah menimbulkan perasaan di hati Luqman.

Dia Yang Ku Cinta

Tapii pertemuannya dengan Lana Andrew secara tidak sengaja di galeri lukisan secara tidak langsung telah menimbulkan konflik percintaan diantara mereka bertiga, namun cinta di hati Hafidz Andrew telah memaksa dia kembali berdepan dengan Mahanna dan Lara Andrew.

Nak tahu apa jadi seterusnya?? Kenalah tengok dramanya ni ye.



Nikmat Kepedasan Sebenar Sweet Chilli Fish Burger McDonald !

November 08, 2019 9 Comments
Nikmat  Kepedasan Sebenar Sweet Chilli Fish Burger McDonald !
Ceritanxa dah basi dah tapi baru nak up. Macam inilah jawabnya. Tunda punya tunda last-last masuk draf macam itu je. Tapi apapun nak juga update pasal Sweet Chilli Fish Burger McDonald ni. 

Nikmat  Kepedasan Sebenar Sweet Chilli Fish Burger McDonald !
Bukan senang tau nak curi masa hari tu nak keluar makan burger ni. Kebetulan kerjaan dekat pejabat pun tengah banyak. Officemate pun tengah sibuk dengan kerjanya juga tapi sebab dah teringin sangat. Keluar jugalah tengahari tu. Nasib baiklah McD tu dekat area sekitar ini je. Kalau tak hmm mungkin tak selalu juga  boleh makannya pun.


Sampai je dekat kaunter McD tu, teringin juga nak cuba nasi lemak dia tu. Lagipun officemate dah cuba dah. Siap bagitau sedap lagi. Kena sangat gandingan nasi lemak ianya tu dengan ayam goreng. Pedas tapi sedap ! Berbaloi jugalah katanya.

Tapi gara-gara nak cuba benda baru. Terus order Sweet Chilli Fish Burger ini. Guna aplikasi McD dapatlah jimat sikit. Ambil set ianya tu sekali dengan aiskrim. Cuma kebetulan  air oren ke apa tu takde! Boleh pula lupa nak bagitau airnya itu tukar kepada air Milo. Haaa gara-gara gandingan air gas dan benda pedas, tak pepasal 2 hari jugalah perutku ni meragam a.k.a sakit perut hahaha 


Apapun,  not bad jugalah rasanya tu. Ada rasa pedas-pedas juga sikit tapi tiadalah sepedas ayam goreng dia tu. Tekstur dia pun ok. Taklah  lembut sangat. Boleh diterimalah. Yang aiskrim tu je bagi ciktie tak berapa nak gemar sangat. Takmau topeng karamel atasnya tu. Manis sangat bila digabungkan bersama aiskrim. Yang itupun next time kalau nak order ataupun ambil set ianya, ciktie kena bagitau tak mau topeng tu.



Burger ikan McDonald's


So, itu ajelah pendapat ciktie tentang Sweet Chilli Fish Burger McD tu. Kalau teringin boleh cuba tapi kalau tak boleh ambil ayam goreng dia tu. Yang 3 kali atau extra pedas tu ciktie tak cuba lagi macamana pedasnya tu. Mesti korang dah cuba kan..




#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge

November 07, 2019 2 Comments
#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge
Kempen 11.11 dah bermula dah tapi kita masih lagi sibuk dengan tugasan harian. Masih lagi tak cukup tangan. Tapi takpa minggu depan kita happy. Kita boleh cuti ramai-ramai gitu..

Sanggup masukkan tangan dalam kotak penuh serangga…

Bayangkan anda perlu mengambil sesuatu dari sebuah kotak tanpa mengetahui isinya, membuat teh tarik sambil mencangkung atau menghirup sup tomato yang ditambah dengan sos tabasco. Sanggupkah anda lakukan semua itu demi wang? Apatah lagi, untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik? 


Selebriti-selebriti seperti Elyana, Farahanim Razak, Rita Dato' Sosilawati, Lia Natalia, As’ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Sarah Hildebrand, Fahrin Ahmad, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Sophia Liana serta bintang-bintang gimnastik negara Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Amy Kwan sanggup menyahut cabaran-cabaran ini untuk meraih dana bagi Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge. 

#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge

#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge ialah kempen kebajikan pertama Shopee yang berusaha sedaya upaya untuk meraih dana yang akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan. Dana turut akan digunakan untuk penyelidikan serta perkhidmatan sokongan oleh MAKNA. 



Saksikan selebriti-selebriti ini menjerit dan menggelabah dalam pertunjukan amal yang akan disiarkan secara langsung di Shopee Live pada jam 9 malam, 11 November yang boleh ditonton melalui telefon pintar anda. Sokong bintang-bintang pujaan anda serta berikan kata-kata galakan untuk menguatkan semangat mereka melalui ruangan komen. Selain itu, pertunjukan ini boleh ditonton melalui Astro Prima SD (Saluran 105) dan Prima HD (Saluran 121).

Anda juga boleh memainkan peranan anda untuk menyokong perjuangan menentang kanser dengan menghulurkan sumbangan. Mudah sekali untuk anda menderma dari serendah RM5 hanya dengan beberapa klik di sini – https://shopee.com.my/shopeemakna


Kempen 11.11 Big Sale Terbesar Shopee memberikan penjimatan sehingga 90%... Jadi, bolehlah dermakan wang yang anda jimat kepada MAKNA. 

#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge akan diadakan sempena 11.11 Big Sale Shopee, bermula sekarang hingga 11 November. Kempen beli-belah ini kembali dengan promosi tanpa tandingan dan menawarkan lebih banyak cara untuk membeli-belah dalam talian tanpa mengeringkan poket anda:
  1. Penghantaran percuma ke seluruh negara dengan perbelanjaan minimum RM11
  2. Pulangan tunai harian sehingga 111% 
  3. Beli sebuah Toyota Vios dengan hanya RM1
  4. Tuntut baucar menarik sekarang untuk digunakan pada 11 November dari 12 pagi hingga 2 pagi, 12 tengah hari hingga 2 petang, dan 8 malam hingga 12 pagi.
  5. Jualan Kilat Harian Shocking Sale sebanyak 9 kali pada 11 November dengan tawaran serendah RM1
  6. Menangi ganjaran, baucar dan Shopee Coins dengan permainan dalam aplikasi seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Shopee Quiz, Shopee Lucky Egg, Voucher Together-Gether, dan gunakan kemenangan itu untuk mengurangkan kos pembelian seterusnya. 


Sambil kita bergembira merebut pelbagai tawaran dan diskaun sepanjang 11.11 Big Sale ini, janganlah kita lupa untuk membantu mereka yang memerlukannya.

Senarai Lagu Gegar Vaganza 2019 Minggu Ke-5

November 04, 2019 4 Comments
Senarai Lagu Gegar Vaganza 2019 Minggu Ke-5
Gara-gara terjebak dengan status yang  di up dalam FB. Tak pepasal layan dah #GegarVaganza2019 malam ni ☺️☺️. Best pula persembahan kesemua 11 peserta yang bertemakan haa tepuk ni. Semua lagu best-best, seronok pula layan. Nyanyian kumpulan Kool yang terkeluar minggu inipun best juga walaupun Dato' Ram komen  ianya bersepah.


Untuk minggu depan tugasan bertemakan 'Curahan hati'.. Kalau ikutkan banyak lagu best juga tu. Takpa sempat nanti kita layan. Tak gituuu

Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-5

1) Benci Bilang Cinta - Jatt
2) Can't fight the Moolight - Nurfatima
3) Crazy Little Thing Called Love - Roy
4) Luluh - Hady Mirza
5) Makhluk Tuhan Paling Seksi - One Nation Emcees
6) Terima Kasih Cinta (Afgan) - Sham Visa
7) Diambang Wati (Wings) - Naqiu Boboy
8)  Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu (Uji Rashid) - Wann
9) Jutaan Purnama (Alyah) - Feeza
10) Semakin (Siti Sarah) - Noorshila Amin







Piala Malaysia 2019 Milik JDT

November 03, 2019 5 Comments
Piala Malaysia 2019 Milik JDT
Tahniah JDT! Berjaya merangkul Piala Malaysia sekaligus menutup tirai perlawanan untuk musim ini dengan menewaskan Kedah 3-0. Terr tengok juga sebenarnya perlawanan ni sambil-sambil duk scroll facebook. Tapi tengok gitu-gitu ajelah sebab dua-dua berbisa. Dua-dua team kuat..tapi ciktie lebih suka team Kedah sebenarnya la walaupun Laksa Johor lebih sedap ☺️☺️


Menang kalah adat permainan! Kalah hari ini, musim depan boleh cuba lagi. Tak gitu team Helang Merah. Dan sempena meraikan kemenangan skuad Johor Darul Takzim malam tadi, Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan cuti Peristiwa hari ini selaras dengan peruntukan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Perlepasan Am 1951 (Akta 369).

Woww, cutilah korang hari ini. Selamat beristirehat ye semua.. 



My Ping in TotalPing.com