Nikmat Kepedasan Sebenar Sweet Chilli Fish Burger McDonald !

November 08, 2019
Ceritanxa dah basi dah tapi baru nak up. Macam inilah jawabnya. Tunda punya tunda last-last masuk draf macam itu je. Tapi apapun nak juga update pasal Sweet Chilli Fish Burger McDonald ni. 

Nikmat  Kepedasan Sebenar Sweet Chilli Fish Burger McDonald !
Bukan senang tau nak curi masa hari tu nak keluar makan burger ni. Kebetulan kerjaan dekat pejabat pun tengah banyak. Officemate pun tengah sibuk dengan kerjanya juga tapi sebab dah teringin sangat. Keluar jugalah tengahari tu. Nasib baiklah McD tu dekat area sekitar ini je. Kalau tak hmm mungkin tak selalu juga  boleh makannya pun.


Sampai je dekat kaunter McD tu, teringin juga nak cuba nasi lemak dia tu. Lagipun officemate dah cuba dah. Siap bagitau sedap lagi. Kena sangat gandingan nasi lemak ianya tu dengan ayam goreng. Pedas tapi sedap ! Berbaloi jugalah katanya.

Tapi gara-gara nak cuba benda baru. Terus order Sweet Chilli Fish Burger ini. Guna aplikasi McD dapatlah jimat sikit. Ambil set ianya tu sekali dengan aiskrim. Cuma kebetulan  air oren ke apa tu takde! Boleh pula lupa nak bagitau airnya itu tukar kepada air Milo. Haaa gara-gara gandingan air gas dan benda pedas, tak pepasal 2 hari jugalah perutku ni meragam a.k.a sakit perut hahaha 


Apapun,  not bad jugalah rasanya tu. Ada rasa pedas-pedas juga sikit tapi tiadalah sepedas ayam goreng dia tu. Tekstur dia pun ok. Taklah  lembut sangat. Boleh diterimalah. Yang aiskrim tu je bagi ciktie tak berapa nak gemar sangat. Takmau topeng karamel atasnya tu. Manis sangat bila digabungkan bersama aiskrim. Yang itupun next time kalau nak order ataupun ambil set ianya, ciktie kena bagitau tak mau topeng tu.



Burger ikan McDonald's


So, itu ajelah pendapat ciktie tentang Sweet Chilli Fish Burger McD tu. Kalau teringin boleh cuba tapi kalau tak boleh ambil ayam goreng dia tu. Yang 3 kali atau extra pedas tu ciktie tak cuba lagi macamana pedasnya tu. Mesti korang dah cuba kan..




Share this :

Previous
Next Post »

9 ulasan

  1. Cuba dah tieee,, kalo pedas sikit x pe, .. eskrim mcd x leh masok sangat nape manis samgat eskrim diooo

    BalasPadam
  2. alahai menggodanya. teringin nak makan ni jenuh la pi ke bandar sg petani. hahaha

    BalasPadam
  3. Mungkin cuti sek ni nak gi McDee Kok Lanas. Sygnya x de di TM x mcm KFC yg ada di semua jajahan...

    BalasPadam
  4. Kalau mcd suka ayam dia...x loya brbanding kepci hehe

    BalasPadam
  5. pernah dah rasa. best la juga tapi sos dia macam sikit kan.


    blog ciktie.com telah masuk dalam BlogList
    https://www.aimanabdullah.com/2019/11/senarai-bloglist-aimanabdullahcom.html

    BalasPadam
  6. aduh menggodanya tengok. harap2 dapat lah kami cepat2 pi rembat mcd ni, hehehee

    BalasPadam
  7. Lama tak makan McD tetiba ada menu baru..
    Next time boleh cuba tapi ayam pedas juga tetap menjadi pujaan hatiku.. ;)

    BalasPadam
  8. hohooo sweet cili. pedas maneh ye.. akak x penah try lagi ni

    BalasPadam
  9. Alahai..belum cuba lagi..skang pun ada keluar yang baru kan..cendawan tu.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Like Us