Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP !

Disember 30, 2020 4 Comments
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP !

Dengan peningkatan kes COVID-19 semakin hari di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, semestinya kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah.


TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021.


Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP ! 

Jom Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat 


Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik. 


Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal. 



Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini. Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil dan terjejas mata pencarian.



Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu.


TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan. 


“Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.” 



TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang. Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain.


“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan,” kata Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li.


Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19. 


“Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa,” kata Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.


Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online. 

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133. 


Cerahi Kehidupan Bersama TOP 




 

Cara mudah dan cepat semak baki ASB melalui handphone tanpa install Aplikasi ASNB !

Disember 26, 2020 7 Comments
Cara mudah dan cepat semak baki ASB melalui handphone tanpa install Aplikasi ASNB !

Wow! Camni lagi mudah. Tak perlu susah-susah nak kena log masuk ke website MyASNB ataupun install MyASNB dulu nak tahu baki semasa ASB cumanyaaa untuk bawa keluar duit daripada akaun ini rasanya masih lagi sama kot 🤔🤔 iya ke masih sama. Tak berapa pastilah yang ini. Siapa yang tahu boleh tolong jawab kot.. kalau tak kena tanya pakar juga la yer.


Cara mudah dan cepat semak baki ASB melalui handphone tanpa install Aplikasi ASNB ( MyASNB App ) !

Yang mudah yang simple. Siapa tak mau kan?? Lagi mudah lagilah kita nak. Ini Ciktie la.. korang mungkin tak kot 😄😄


Sebenarnya sebelum ni memang tak tau pun cara yang ni. Ini bila dah tahu dan dah cuba, menjadi. Kita sharing is caring la pula yer. Cuma untuk step topup tu ciktie tak cuba lagi. Kita tampal aje dekat sini dulu. Nanti ok sikit kita tengok semula macamana. Apa-apapun, thanks Jesselton Sabah 😃


Ok, mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu caranya yang ni. Jadi pada yang belum tahu macam ini caranya yer


Cara check / semak baki ASB online melalui Maybank2u

LANGKAH 1

Log masuk ke MAYBANK2U macam biasa. Masuk users dan katalaluan.

Klik pada bahagian 'Account' apabila skrin macam ni akan keluar.

check (semak) baki ASB online melalui Maybank2u


LANGKAH 2

Seterusnya pilih WEALTH !  

check (semak) baki ASB online melalui Maybank2u

LANGKAH 3

Scroll terus sampai ke bawah dan klik VIEW  untuk melihat baki akaun ASNB kita.

check (semak) baki ASB online melalui Maybank2u

Dah selesai cara check baki ASB melalui Maybank2u ! Tak payah nak install apps ASNB di handphone untuk semak baki ASB dah! Lagi cepat dan mudah..tak susah-susah nak portal 

>>Tips mudah semak baki ASB tanpa app MyASNB<<

Cara transfer wang daripada akaun Maybank ke akaun ASNB 

Kiranya ini sambungan kepada langkah di atas yer ✌️


LANGKAH 4

Klik pautan ataupun tulisan Huruf besar berwarna biru (nama)

transfer wang daripada Maybank ke ASNB

Seterusnya klik simbol titik 3 bertindih diikuti dengan Make transfer 
-> simbol 3 titik bertindih -> Make transfer

transfer wang daripada Maybank ke ASB

transfer wang daripada Maybank ke ASNB
 
isikan semua maklumat pada ruangan yang disediakan sebelum klik button agreed dan transfer

transfer wang daripada Maybank ke ASB

transfer wang daripada Maybank ke ASB

Seterusnya ini langkah untuk top-up pelaburan ataupun masukkan duit dalam akaun ASB ! Langkah yang ini Ciktie tak cuba lagi..

Cara Tambah Simpanan / pelabuhan dalam akaun ASB Melalui Maybank2u


LANGKAH 5
klik butang kuning dekat bawah tu (rujuk gambar di bawah). 

Tambah Simpanan / pelabuhan dalam akaun ASB

Seterusnya pilih dan klik butang TOP UP untuk membuat penambahan simpanan / pelaburan ASNB.

Tambah Simpanan / pelabuhan dalam akaun ASB

Masukkan nilai yang dikehendaki. 

Tambah Simpanan / pelabuhan dalam akaun ASB

Dah siap !! senang aje kan..
Semoga bermanfaat korang ✌️


Cara mudah dan cepat semak baki ASB melalui handphone tanpa install Aplikasi ASNB, Cara Tambah Simpanan / pelabuhan online  dalam akaun ASB Melalui Maybank2u, Cara transfer wang daripada akaun Maybank ke akaun ASNB 

Sinopsis Drama Misteri Mona Arahan Amor Rizan

Disember 25, 2020 4 Comments
Sinopsis Drama Misteri Mona Arahan Amor Rizan

Finally habis juga drama penuh misteri ni. Walaupun cuma 8 episode! Episode yang cukup pendek bagi ciktie tapi dia punya jalan cerita tu. Memang terbaiklah. Puas hati sangat!! Tahniah buat semua pengarah, penerbit, pelakon, krew atau siapa-siapa yang terlibat dengan drama MISTERI MONA ni.


Tak sangka Dr Nedeem tu fahmi rupanya pandai korang teka yer yang bercita-cita nak jadi doktor tu. Rupanya jadi doktor dekat klinik khayalan bilik bawah tanah rumahnya sendiri. Patutlah masa mula-mula Farah kerja tu dia tak bagi masuk ke situ. Misteri rupanya bilik tu. 


Trauma dan tekanan penyebab penyakit mental

Drama arahan Amir Rizan ini mengetengahkan dua pesakit mental, kesan daripada trauma zaman kanak-kanak mereka. Seorang mengidap Skizofernia (skizo) akibat daripada trauma kakak dan ibunya bunuh diri. Manakala seorang lagi mengidap Dissociative Identity Disorder atau Split Personality (did), trauma kakaknya mati dibunuh dihadapannya. 

 

Kalau kita sendiri pun tak dapat nak bayangkan macamana nak hadapinya, nak teruskan hidup. Selalu kemana-mana berdua tiba-tiba seorang mati ditikam didepan-depan kita pula. Memang trauma yang amat la. Nak-nak pula bila kita memang bergantung harap padanya pula.


Bila sokongan dan rawatan yang sepatutnya tidak diperolehi, akibatnya bertambah kroniklah jadinya. Kasihan kedua-duanya tapi sedihlah drama ni. Ia memaparkan macamana kasih dan sayangnya seorang suami yang berusaha melindungi isterinya tu.


Sinopsis Drama Misteri Mona Arahan Amor Rizan 

Mengisahkan seorang wanita, Anom (Janna Nick) yang mengidap penyakit mental yang kronik akibat daripada kisah silamnya. Dia sering berhalusinasi tentang seorang wanita yang menghantuinya. Untuk membantu mengawal kondisi halusinasinya itu, suaminya Dr Nadeem (Redza Rosli), telah memberinya ubat tetapi kerana pekerjaannya sebagai doktor yang terlalu sibuk menyebabkan dia terpaksa mencari 'caregiver' untuk menjaga dan memastikan isterinya sentiasa mengambil ubat mengikut masa yang ditetapkan.


Farah (Elisha Sandha)  pula merupakan bekas lepasan graduan. Terdesak untuk mendapatkan perkerjaan setelah sekian lama menganggur dan nyaris-nyaris nak dihalau keluar dari rumah sewanya. Merupakan  seorang gadis yang jujur dan rajin. 


Layanan baik serta sifat Anom yang lembut lembut menyebabkan dia jatuh kasihan dan berusaha menjaga Anom sebaik mungkin meskipun pernah dimarahi teruk oleh Dr Nadim kerana kesilapannya tidak memerhati betul-betul Anom mengambil ubat. Anom yang menyenangi Farah dari hari pertama Farah berkerja mula bercerita tentang kisah silamnya.

Misteri mona

Walaupun Anom tidak lagi meninggalkan ubatnya, dia tetap diburu oleh bayangan misteri seorang wanita. Dia juga seringkali lupa tentang wanita itu setiap kali tersedar dari tidur.


Suatu hari, dia menjumpai gambar ultrasound di dalam kotak yang disembunyikan oleh Dr Nadeem. Dia mula merasakan bahawa dia sebenarnya pernah mengandung. Dia cuba memberitahu Farah, tetapi Farah menjadi ragu-ragu dengan kata-kata Anom apatah lagi Dr Nadeem sentiasa berpesan agar tidak mempercayai kata-kata dan cerita isterinya itu. 


Selain dibayangi wanita misteri, Anom juga sering terdengar bunyi-bunyi aneh di atas loteng rumahnya seperti bunyi rantai besi dan juga suara seorang wanita. Kerana sering terganggu dia berusaha sendiri untuk memastikan apa yang berada di situ. Farah yang ketika itu sedang memasak berlari ke atas apabila terdengar suara Anom menjerit memanggil seseorang. Dia kehairanan apabila mendapati Anom memberitahu yang dia baru sahaja 'melepaskan' seorang perempuan yang bernama Mona yang terikat disitu.


Ikmal, kawan Farah yang bekerja di hospital swasta seringkali skeptikal apabila mendengar cerita Farah mengenai kisah Anom dan Dr Nadeem. Suatu hari dia cuba membantu Farah untuk memeriksa kandungan ubat yang dibekalkan untuk Anom. Setelah mengetahui kandungan ubat itu, dia merasakan nyawa Farah dalam bahaya.


Ketika itu Mona mula memunculkan diri dihadapan Farah. Dia mula berbual dan bercerita mengenai kisah silamnya dengan Anom. Namun Farah cuma diam memerhati seolah ada sesuatu yang sentiasa bermain dalam fikiran. Sebelum dia pulang, Mona sempat mengugutnya untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai dirinya itu.


Farah menjadi semakin tidak selesa apatah lagi bila mengetahui kandungan ubat Anom yang mempunyai dos yang tinggi itu. Untuk mengurangkan kegusarannya dia akhirnya memberitahu Ikmal bahawa Mona yang dijumpainya itu sebenarnya adalah diri Anom sendiri. 


Tindakan Ikmal seterusnya pergi berjumpa dengan Dr Uwais akhirnya telah membongkarkan semuanya. Dua-duanya pesakit Dr Uwais.


Mula-mula tu berbelit-belit jalan ceritanya akhirnya terjawab juga siapa Mona sebenarnya? Dia adalah aku tapi aku bukan dia! Kisah masa lalunya menjadikan siapa dia masa kini. Dalam tak sedar semua dah terjadi.. 





 

Kenapa kening asyik bergerak-gerak ??

Disember 22, 2020 8 Comments
Kenapa kening asyik bergerak-gerak ??

2/3 menjak ni, gemar betul kening sebelah kanan ni bergerak-gerak. Orang kata akan bertemu dengan orang yang disenangi  🤔🤔 Tapi ada juga pendapat mengatakan akan mengalami kesukaran ataupun kesusahan, sebelum datangnya kebahagiaan. Dan jika kening sebelah kiri pula yang bergerak orang kata akan memperolehi rezeki ataupun mendapat wang camtulah.


Sejauh mane kebenarannya pun tak pastilah. Yang pasti memang tak selesa jugalah dibuatnya ni. Kerap sangat kot !Try jugak lah sentuh taknak bagi bergerak. Berhentilah juga sekejap. Dan gara-gara nak tahu sebab disebaliknya tu, adalah juga tanya encik Google ni. Tapi takdelah nak ambil serius pun jawapan en.google ni. Percaya lagilah jauh.. Cukup sekadar penyedap rasa aje. Ialah boleh dikatakan majoriti orang yang ditemui disenangi kot kan 😙😙 tapi kalau ada lagi yang lebih disenangi tu tak tahulah kan. Lain orang lain layanannya. Mungkin itu jugalah yang membezakan kita untuk lebih disenangi kan.


Kening asyik bergerak-gerak ? Kenapa yer

Maksud disebalik anggota badan bergerak-gerak

Maksud Kening Bergerak

👀 Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi. 

👀 Alis Kiri bergerak– akan mendapat wang. 

👀 Kelopak Mata Kanan di atas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan. 

👀 Kelopak Mata Kanan di bawah bergerak – akan mendapat kesusahan. 

👀 Kelopak Mata Kiri di atas bergerak – akan mendapat kebaikan. 

👀 Kelopak Mata Kiri di bawah bergerak – hendak menangis. 

👀 Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh. 

👀 Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan. 

👀 Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta. 

👀 Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati. 

👀 Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.


Tapi mungkin juga pergerakan ini  sign disebabkan terlalu mengadap komputer. Stress..penat nak siapkan sesuatu ataupun apa-apa aje hingga menyebabkan ketegangan otot sekitar mata kan. Apapun fikir yang baik-baik aje semoga yang baik-baik itu jugalah yang datang mendekat. 


Tapi kalau yang sebaliknya pula yang datang, harap-harap diri ini mampulah bersabar dan menerimanya dengan positif. Hadapi dengan tenang..In Shaa Allah, semoga semua akan ok. Tapi kalau tak harapnya orang sekeliling tabahlah hadapi kerenah diriku ni yang macam-macam kan 😜 






Jadual Gaji Penjawat Awam Tahun 2021

Disember 11, 2020 5 Comments
Jadual Gaji  Penjawat Awam Tahun 2021

Dah keluar dah ianya pun.. sebelum ini dah tengok dah jadual yang member sorang tu share. Mati-mati ingatkan tarikh pembayaran gaji untuk bulan Januari tu 5hb! Kemain awalnya gaji tapi rupanya bukan.  Kalau tak mahunya habis duit gajinya dulu tu sementara nak tunggu gaji bulan seterusnya tu.


Jadual Gaji  Penjawat Awam Tahun 2021

Pekeliling pun dah keluar ! siapa yang belum cetak tu bolehlah ambil kat sini je 


Surat Pekeliling Akauntan Negara Bilangan 5 Tahun 2020 : Jadual Pembayaran Emolumen Tahun 2021 




4 Daerah Di Kelantan Dilanjutkan tempoh PKPB sehingga 20hb dan Larangan Rentas Sempadan Dibenarkan

Disember 10, 2020 1 Comment
4 Daerah Di Kelantan Dilanjutkan tempoh PKPB sehingga 20hb dan Larangan Rentas Sempadan Dibenarkan

Alhamdulillah, walaupun bukan keseluruhan negeri Kelantan diisytiharkan pkpp minggu lepas tetapi sekurang-kurangnya ada perubahan positif ke arah itu. Negeri lain pun sama walaupun masih ada lagi yang terpaksa bersabar dan terus bersabar untuk memastikan rantaiannya mampu diputuskan. In Shaa Allah, kita mesti menang walaupun saban hari ada je penambahan kes pandemik Covid-19 ini.


4 Daerah Di Kelantan Dilanjutkan tempoh PKPB sehingga 20hb dan Larangan Rentas Sempadan Dibenarkan

Risau memanglah risau. Siapa tak risau kan..risikonya dijangkiti dan menjangkiti tu ada nak-nak kita tak tahu dengan siapa kita berhubung setiap hari tu, dari mana tapi itulah sampai bila kita kena berkurung camtu aje. Perut perlu juga diisi sampai bila nak harapkan bantuan datang camtu je. 


Tiada lagi sekatan jalan raya melepasi sempadan negeri atau daerah

Cuma macam konpius sikitlah apabila kebenaran rentas negeri ataupun daerah ini sudah dibenarkan kecuali bagi kawasan yang diisytiharkan sebagai PKPD. Mesti mereka yang berada di zon merah akan memasuki kawasan zon hijau. Begitu juga mereka yang berada di zon hijau kan? Lainlah kalau kawasan yang dikelilingi kawat besi dan dikawal rapi oleh abang-abang keselamatan kita tu. Kita nak melaluinya pun risau



Tapi apa yang pasti, bermula 7 Disember 2020 tiada lagi sekatan jalan raya ataupun keperluan untuk mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis dahulu untuk merentasi daerah ataupun negeri seperti sebelum ini. Sedikit sebanyak perkara ini telah melegakan hati banyak pihak terutamanya mereka yang telah lama tidak berjumpa termasuklah ciktie sendiri. Sudah boleh pulang ke kampung berjumpa mak ayah, sanak saudara ataupun menziarahi sesiapa sahaja selagi tempat itu bukan diisytiharkan sebagai PKPD! Nak pergi bercuti, tenangkan fikiran pun dah boleh dah. Cumanyaaa sudah bersediakah kita untuk menerima kunjungan mereka yang sebelum ini berada di zon merah?? Cukup bersediakah kita untuk menerima sebarang kemungkinan selepas ini.


Sesuatu bakal terjadi samada ianya sesuatu yang mengembirakan ataupun sebaliknya. Ianya juga tidak akan terjawab sekiranya kita tidak mencuba. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah terus pratik dan sentiasa berwaspada setiap masa. Jaga keselamatan diri sendiri dan amalkan selalu 3w dalam menjalani kehidupan normal baru kita setiap hari setiap masa. Elakkan berada di tempat yang sesak, penjarakkan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka serta hanya keluar jika perlu.


Dalam kita mengamalkan normal baru dalam kehidupan kita, marilah kita sama-sama membantu menjana kembali ekonomi dengan menggunakan produk tempatan. Saling menyokong dan menggunakannya. Apa orang kata sama-sama support bisnes orang-orang kita. Kalau bukan kita yang nak tolong beli..tolong guna siapa lagi. Cukup ramai yang terkesan dengan pandemik covid19 ni. Tak dapat banyak kita bantu..dapat bantu sikit-sikit pun dah kira ok.



4 Daerah Di Kelantan (Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas) Dilanjutkan tempoh PKPB sehingga 20hb 

Perincian penuh PKPB mengikut negeri

1) Kelantan: PKPB tamat kecuali Machang, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah. 

2) Kuala Lumpur: Diteruskan sehingga 20 Disember 

3) Putarajaya: PKPB tamat 

4) Selangor: Diteruskan sehingga 20 Disember, kecuali Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. 

5) Negeri Sembilan: PKPB tamat kecuali Seremban dan Port Dickson. 

6) Pulau Pinang: PKPB tamat kecuali Mukim 1 Barat Daya dan Mukim 1 di Timur Laut. 

7) Perak: PKPB tamat kecuali daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong. 

8) Johor: PKPB di Mersing tamat 6 Disember, PKPB Kota Tinggi dilanjutkan sehingga 20 Disember, PKPB di Johor Bahru, batu Pahat dan Kulai diteruskan sehingga 19 Disember. 

9) Sabah: PKPB diteruskan sehingga 20 Disember 

10) Wilayah Persekutuan Labuan: PKPB tamat 


Update : PKPB di 4 Daerah di Kelantan - Kota Bharu, Machang, Tanah Merah & Pasir Mas ditamatkan !



Tiada lagi had kapasiti menaiki kenderaan

Selain tiada lagi sekatan jalan raya, kerajaan baru-baru ini juga telah membenarkan kita menaiki kenderaan mengikut kapasiti seat penumpang. Haa tiada lagi had kapasiti penumpang sesebuah kenderaan seperti sebelum ini. Semoga dengan sedikit kelonggaran yang diberikan ini tidak mematahkan semangat kita untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan sekaligus sama-sama memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dalam negara kita. In Shaa Allah, aamiin.



Jika hari itu, kita telah hampir nak berjaya tetapi sekarang tidak bermakna kita dah gagal. Jangan alpa dan jangan biarkan kesilapan kita berulang kembali. Sama-sama kita berusaha. Kita jaga diri kita sendiri. 


Buat semua penduduk di Selangor terutamanya harap terus tabah dan bersabar. Besar betul dugaan anda tahun ini. Dengan penambahan kes pandemik covid19 yang terus mencanak naik ditambah pula dengan masalah ketiadaan bekalan air. Sesungguhannya mereka yang pernah mengalaminya aje mengetahui keperitannya macamana. Kami hanya mampu melihat dan mendoakan yang terbaik aje dari jauh. Semoga terus diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapinya. In Shaa Allah, semoga usaha kita semua tidak sia-sia. 





Like Us