Semak Lokasi Mengundi

Oktober 30, 2022 2 Comments
Semak Lokasi Mengundi

Semak Lokasi Mengundi | Ok, dah tahu dah lokasi mengundi PRU 15 tu nanti. Masih lokasi yang sama pada PRU 14 yang lalu. Cuma adakah masih sorang lagi menbuang undi dekat sana?? Itu tak confirm lagi. Nak kena semak, check untuk orang lain juga ni.


Ehhh korang pun tak semak lagi ke?? Ooo.. tak tau tersenarai atau tak dalam senarai yang layak mengundi. Ok-ok tak pe. Korang boleh semak dekat >> SINI << Pastikan maklumat betul ye



Semak Lokasi Mengundi

Cara semak lokasi mengundi 

Klik pautan ini https://mysprsemak.spr.gov.my/

Semak Lokasi Mengundi

Pilih Semak Daftar Pemilih

Masukkan no.kad pengenalan & Captcha

Semak Lokasi Mengundi

Paparan maklumat akan dipaparkan


Semak lokasi yang dipaparkan dengan lokasi di pdf untuk mengetahui lokasi tempat tersebut.



Semak Lokasi Mengundi Mengikut Dun


Sebelum tibanya hari mengundi 19 November 2022 tu, macam biasa ada beberapa perkara yang perlu diambilkira dan dikemaskini. Nanti tiadalah haru biru dan kalut bagai bila menjelang hari tu.

Pastikan dokumen diri dibawa bersama semasa mengundi aka menbuang undi. 

Kenapa membuang undi ye ?? Siapa ada jawapan..jawab²


Benda yang paling penting bila PRU ni, pastikan kita kenalpasti siapa calon yang akan berkhidmat di kawasan kita tu. Takdelah menyesal dikemudian hari. Nak tunggu 5 tahun pula tu nak mengubah bukan satu jangkamasa yang pendek. Boleh tungang terbalik jugalah kan. Jadi buatlah pilihan dengan bijak.


Oklah nak sambung semak lokasi mengundi kejap ye.


Update **

Ehhh ehhhh sekarang auto ia keluar lokasi tempat kita mengundi tau ! Guna phone je taak perlu nak cari-cari dah lokasi dekat pdf tu. 

Klik https://mysprsemak.spr.gov.my/ kemudian pilih Semak Daftar Pemilih 

Tak pun direct pilih Semak Daftar Pemilih


PRU 15, Semak Lokasi Mengundi, Tempat Mengundi




Best Water Pump Review Malaysia

Oktober 19, 2022 Add Comment
Best Water Pump Review Malaysia
Have you experience low water pressure at your own home in Malaysia? Over the years, this is a common occurrence but especially prominent for those residents which are living in an older landed property. It is inevitable facing low water pressure can be very frustrating and dreadful when you just want to take a warm shower after a long day of work. 


In turn, this can even lower the standards of living and damper your mood. However, this low-pressure issue can be easily overcome by installing high quality water pumps to improve the existing water pressure of your house. As a brief introduction, a water pump is an electromechanical device which acts as a hydraulic system to improve the water pressure through the piping.


Grundfos CM3-4PT,Panasonic A-130JACK,Grundfos Uni-E CM3-5


Lucky for you, we have got you covered by reviewing some of the best water pumps which are available in the market for you to consider before purchasing a water pump.


Best Water Pump Review Malaysia

Grundfos CM3-4PT Automatic Home Pressure Booster Water Pump

In looking for the best water pump in Malaysia, there’s one brand that is impossible to miss out which is Grundfos which is known for manufacturing high-quality water pumps for residential and commercial settings over the past 5 decades. Today, we would focus on a water pump suited for residential purposes which is the Grundfos CM3-4PT which is an incredibly reliable and durable pump.


Furthermore, this water is equipped with a pressure tank which would assist in smoothing the water flow. This water pump is invented to release about half of its water capacity into the pneumatic tank to increase the water pressure without relying on switching on the pump. So, this further enhance a smooth flow of water when you are using it.


Besides this, this water pump is capable of achieving a water pressure which is approximately between 18-38 PSI at 500W of power. This water pump has a built-in sensor which could automatically switch off if it senses a drastic water pressure difference which makes it super convenient to use.


However, this particular water pump is quite high maintenance because you would require to service it twice or once a year depending on your usage. Regardless, frequent maintenance has its advantages as well because it ensures high-pressure to be delivered to you every single time.


Panasonic A-130JACK Auto Water Pump

If you looking for a budget-friendly option, look no further because this energy-saving water pump is just for you. This water pump may seem very small in size but it saves space and economical because it only uses a maximum of 125W for your entire household.


Panasonic has been a household brand for a wide range of electrical devices which includes water pump for many decades. Hence, we shall introduce you the A-130JACK Auto Water Pump model which is easy to install and very user-friendly.


This water pump is equipped with impeller and a brass case cover which acts as an additional layer of protection against high temperatures and friction. This water pump also comes with a safety feature which is the thermal protector which can go up to 130 degrees Celsius to prevent any unwanted overheating. As such, this enhanced the durability and extend the lifespan of the water pump. 


However, this water pump is not waterproof and must be kept away from direct sunlight. For this particular reason, this water pump is more suitable to be use indoors rather than outdoors.


Grundfos Uni-E CM3-5 Automatic Variable Speed Booster Pressure Water Pump

If you are searching for a water pump that you can control the water pressure, then this Grundfos Uni-E CM3-5 may be for you because it comes with automatic variable speed booster. 


Furthermore, this water pump is equipped with an inverter motor which allows you to gain full access of the water pressure up to approximately 2.5 bar via their settings. This level of water pressure is safe and optimum which would prevent any premature pipe leaking issues. 


The automatic variable speed booster also functions by eliminating any possible water hammering that may cause any unfavourable surge of water pressure. This water pump also comes with safety mechanisms such as the in-built automatic start or stop function. As such, we can assure you this water pump is energy-saving, reliable and durable for your daily usage.


However, the downside of this water pump is that it may not conducive for a big family because it is only able to channel to 2-3 outlets of showerhead at a given point of time.


Betul Ke ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik No.1 Di Malaysia

Oktober 09, 2022 Add Comment
Betul Ke ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik No.1 Di Malaysia

Pertama kali sebenarnya dengar nama aplikasi pembelajaran kelas online ReLY ini. Sehari dua ini ianya asyik lalu-lalang aje dekat wall media sosial kita tu. Mula-mula tu takdelah faham sangat tapi bila di tengok betul-betul tu barulah tahu apa ke benda sebenarnya Aplikasi ReLY ni.


ReLY Education Is Life


Rupanya Rely merupakan aplikasi pembelajaran online (education) untuk murid-murid tahap 1 dan 2, iaitu darjah 3, 4, 5 dan 6. Ok juga kalau budak fatma tu boleh ikuti kelas ni. Mungkin boleh tambahkan pemahaman belajar dia. 

Walaupun online tapi kualitinya standard dengan pembelajaran secara bersemuka. 

ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik, Education, Rely, Rely Aplikasi,

Betul la ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik No.1 Malaysia

Kesian juga budak-budak sekarang ni. Sesi persekolahan diorang padat sangat, dari pagi sampailah ke petang. Ciktie yang tengok je pun rasa dah penat. Tapi memang faham sangatlah kenapa sesinya itu terus disambung macam tu. Kita dulu pun pernah sekolah kan ? Nyata-nyata kalau dah sampai rumah memang kirim salam ajelah nak pergi semula tu.

Apa Kaitan Fly High Education Centre dengan ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik

Berbalik kepada ReLY Aplikasi Kelas Online ni. Kalau nak tahu aplikasi ini sebelum ni lebih dikenali dengan 'kelas online' atau basa mudahnya tusyen online. Ianya merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Syarikat Fly High Education Centre (FHEC), syarikat terawal mengadakan kelas online (pembelajaran atas talian) iaitu dalam bulan Feb 2020 berikutan sesi persekolahan secara bersemuka tidak dapat dibuat disebabkan Covid-19.


Daripada kelas online ia telah dinaiktaraf ke aplikasi dan telah dilancarkan secara rasminya pada 07 September 2022 di Hotel DePalma Shah Alam. Kelasnya pun dah bermula awal bulan Oktober baru ini. 


Apa yang menariknya ReLY - Aplikasi Pembelajaran Kelas Online Terbaik ?

Kenapa ReLYedu - Aplikasi Pembelajaran Kelas Online jadi pilihan dan sebutan ??

  • Terdiri daripada barisan tenaga pengajar berpengalaman
  • Suasana pembelajaran yang kondusif, sesuai dengan peredaran masa (secara live dan rakaman diberikan secara percuma)
  • Boleh akses di mana-mana sahaja, ikut kesesuaian masa pelajar (cuti sekolah pun boleh)
  • Boleh pilih subjek dan cikgu 
  • Maklumat dan info terkini menepati silibus KPM dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Nota serta soalan boleh dimuatturun bila-bila masa
  • Komimen pihak pengurusan, respon segera


Dengan memiliki barisan pengurusan yang komited, ditambah pula dengan barisan penasihat yang juga merupakan tenaga pengajar utama, ciktie yakin ReLY mampu mencapai sasarannya menjadi satu-satunya aplikasi pembelajaran atas talian no.1 Malaysia. 

Bukan calang-calang barisan penasihat akademik dia orang ni tau, terdiri daripada guru-guru cemerlang (role model), tenaga pengajar tv, guru didik, penulis serta penganalisis soalan popular upsr, penceramah dan mempunyai kepakaran dalam subjek masing-masing tu.


4 subjek yang ditawarkan :

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik

Untuk mewujudkan lebih pemahaman murid-murid, ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik ataupun RelyEdu menawarkan 3 pakej pembelajaran iaitu pakej mampu milik, fokus dan juga icon guru.

KONTES SEO : ReLY – Aplikasi Pembelajaran Online Terbaik, Rely, Aplikasi Rely, Kontes SEO, Pembelajaran Rely, realy, aplikasi pembelajaran

KONTES SEO : ReLY – Aplikasi Pembelajaran Online Terbaik 

Ok, sebenarnya sekarang ni Fly High Education Centre dengan kerjasasama ReLY sedang menganjurkan kontes SEO. Seo faham-faham ajelah ye. Ciktie pun last minit join ni, 11.59 kejap lagi dah close dah. Kalau ikutkan syaratnya mudah je nak join tapi dah hujung-hujung juga dapat info. Kita try ajelah.

KONTES SEO : ReLY, Rely, Aplikasi Rely, Kontes, SEO

Hadiah

Tempat PERTAMA – RM500 (X1)

Tempat KEDUA – RM400 (X1) 

Tempat KETIGA – RM300 (X1) 

Tempat KEEMPAT sehingga SEPULUH: 100 (X7)


Untuk info lanjut, korang boleh layari Www.relyedu.com ataupun www.flyhighedu.com.my 



ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik, KONTES SEO ReLY, SEO, ReLYEDU






Cara Menyimpan Duit Paling Bijak Dan Mudah

Oktober 08, 2022 1 Comment
Cara Menyimpan Duit Paling Bijak Dan Mudah

Sejak akhir-akhir ni banyak betul nak guna duit. Harga barang pun banyak yang dah naik. Si Hitam kesayangan pun dah pandai meragam. Memang terasa sangat nak-nak selepas pandemik covid-19 ni. Nasib baiklah juga kita ni jenis suka selitkan duit poket. Adalah sikit buat tambah-tambah mana yang terdesak.


Kerja kerajaan dan bujang terjejas pun terjejas juga ke ??

Mungkin bagi sesetengah orang, apalah terjejas sangat orang kerja kerajaan, makan gaji. Tiap-tiap bulan duit masuk. Bujang pula tiada komitmen anak. Nak kena fikir belanja susu, pampers, belanja sekolah anak-anak. Amboii, sesedap rasa aje bercakap. Tapi jangan ingat orang bujang ni tiada komitmen lain. Nak senaraikan satu-satu memang jenuhlah. Pendek kata tiap-tiap orang ada komitmennya masing-masing. Yang dah kahwin dengan komitmen dah kahwinnya dan yang bujang dengan kehidupannya sendiri. 



Komitmen dan tanggungjawab kita memang lain-lain tapi ianya bukan penyebab kena mengeluh. Ini tak cukup itu tak cukup. Ciktie sebenarnya respect sangat dengan adik ciktie sorang ni. Walaupun cuma bisnes sendiri, kecil-kecilan online jual tudung. Dengan income tak menentu dan bergantung kepada berapa yang mampu dijual. Ada tu langsung tak masuk tapi dia bijak menabung. Diam-diam masuk akaun.

Cara Menyimpan Duit Paling Bijak Dan Mudah

Pepatah 'Simpan dulu baru belanja' memang tepat. Cumanya kebanyakkan dari kita ni belanja dulu baru simpan. Patutnya sebelum nak berbelanja tu fikirkan dulu untuk apa? Sekadar memenuhi kehendak ataupun memang dah keperluan. So, tiadalah kita terlebih bebelanja. Dapatlah juga menabung.

Tak kata pada sesiapa, ciktie sendiri pun liat bab menabung, menyimpan ni. Cumanya adalah beberapa tips cara simpan duit gaji cara mudah dan gerenti berjaya yang telah dan pernah ciktie cuba. Mungkin korang yang  jenis liat macam ciktie boleh cuba tips ini.


6 Tips Menyimpan Wang Paling Bijak Dan Mudah

Asing Akaun Gaji dan Akaun Simpanan

Asingkan siap-siap masuk akaun bank yang susah nak buat keluar. Macam ASB dan Tabung Haji, tapi jangan pula kita link ke mana-mana akaun bank. Tak pasal-pasal dari tak boleh bawa keluar asyik ketirisan berbelanja aje tabungan korang tu masuk akaun bank. Biarkan aje ianya camtu sehingga kita betul-betul terdesak memerlukannya.


Selesaikan Hutang

Ok, yang ini wajiblah !! Memang kena bayar dan usaha langsaikan juga. Tak kiralah hutang tu banyak ataupun sedikit. Dengan bank ataupun orang perseorangan. Tertungak ke macamana. Kena usahakan juga orang kata. Zaman sekarang ini kalau tak berhutang, macamanalah nak survive. Jadi sebolehnya cuba selesaikan hutang yang kecil-kecil dulu.

Alhamdulillah, setakat ni ciktie konsisten lagi. Mampu bayar dengan amaun yang ditetapkan setiap bulan. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan cepat habis. Bolehlah tambah satu lagi koleksi. Dan dapatlah ciktie tambah satu lagi koleksi kegemaran ni.

Guna Tabung


Guna Tabung *Susah Nak Keluarkan atau Untuk Kecemasan 

Sebolehnya guna tabung yang susah nak keluarkan isi dalamnya. Tunggu ia penuh baru keluarkan. Dan yang penting juga bukan jenis tranferans (nampak isi dalam). Kalau tak aishhh jenuh menyabarkan diri. 

Tapi ciktie ada 2 tabung simpan duit ! Satu yang ni dan satu lagi untuk kecemasan ataupun untuk keperluan segera. Awal-awal tu konsisten ikut jadual simpan duit, simpan ikut colour oren dan hijau. Lama-lama janji masuk ajelah. Dah tak berapa nak konsisten dah ikut warna. Itu yang ada termasuk syiling sekali ni.

Tapi kadang-kadang tu ciktie suka selitkan duit celah-celah laci ataupun bawah lipatan kain. Lipat-lipat pastu selit aje. Nak ambil pun mudah 🤭🤭


Beli Emas

Yang ni rasanya ramai yang berminat. Ciktie pun dah ada buat. Awal-awal dulu cuma beli emas 1gram dengan officemate aje tapi sekarang dah beralih ke barang kemas sejak-sejak dah menetap dekat kampung ni. Memang rambang mata tengok design barang kemas ni. Macam-macam ada, jenis lipan, mesin, tapak gajah, bangle, pandora macam-macam lagi la.

Beli labur emas

Beli dinar

Barang kemas ini selain kita boleh pakai sendiri, ia juga boleh dibuat pelaburan. Boleh jual ataupun pajak sekiranya perlukan duit. 

Simpanan Online (Kutu Online Online Maybank)

Cara yang ini macam kita main kutu (Create Goal Maybank). Bezanya kita main sorang-sorang dan masukkan dalam akaun sendiri. Bila dah cukup jumlah dalam masa tertentu yang kita tetapkan, duit itu terus masuk akaun bank. Tak perlu susah-susah nak kena kira ataupun bawa ke bank untuk deposit. 


Tambah Pendapatan Sampingan

Walaupun dah ada kerja tetap tiada salahnya kalau kita nak tambah income. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja hakiki, rasanya tiada siapa yang kisah. Paling mudah, kita boleh join mana-mana affiliate yang kebanyakkan tidak memerlukan modal. Cuma kongsikan link yang diberikan dan kita akan dibayar komisen. Tiadalah kita buat kerja sia-sia. Tapi yang paling best kalau join program affiliate luar negara kita akan dibayar komisen dalam usd. 

Tapi bukan semua affiliate ini percuma tau. Ada jugalah affiliate yang memerlukan kita membeli produk diorang tu dulu. Kena baca dan fahami terma serta syarat yang ditetapkan dulu.

Berblog ataupun buat blog juga merupakan satu cara buat duit online juga. Ia bukan sahaja boleh memberikan wang sampingan, malah boleh dijadikan sebagai pendapatan tetap melalui iklan ataupun affiliate yang di masukkan di dalamnya tu. 



Ok, ini ajelah antara tips menabung duit di rumah yang pernah ciktie cuba sehingga setakat ini. Mungkin korang juga boleh share cara korang pula macamana. Kalau nak harapkan duit lebih memang tiada kesudahan. Sampai bila-bila tak akan lebih, kita yang kena bijak mengurus.


Bagaimana Cara Kira Simpanan Pelaburan Guna Saving Calculator Online ?

Cara Kira Simpanan Pelaburan Guna Saving Calculator Online

Jom ketahui cara pengiraan simpanan menggunakan saving calculator online  dengan cepat dalam tempoh masa yang kita inginkan.

Caranya mudah je kita cuma masukkan jumlah permulaan yang diingini kemudian masukkan kadar faedah bersama dengan tempoh masa untuk melabur. Masukkan  sekiranya ingin 

Untuk membuat pengiraan deposit sekaligus tanpa urus niaga berulang, masukkan jumlah yang kita ingini atau pengeluaran secara berkala. Pilih "Never" pada kekerapan transaksi, tambahkan nilai berapa deposit yang diinginkan pada pada Deposit setiap kitaran.  

Cara Kira Simpanan Pelaburan Guna Saving Calculator Online

Automatik ia akan menunjukkan jumlah wang yang akan disimpan sebelum cukai pendapatan, jumlah cukai pendapatan yang perlu di bayar & jumlah baki wang yang bernilai dalam terma sebenar selepas mengambil kira inflasi. Mudah aje kan.

Semoga bermanfaat korang..




My Ping in TotalPing.com