Pan Mee Goreng Perisa Ayam Penyek

Oktober 31, 2023 1 Comment
Pan Mee Goreng Perisa Ayam Penyek

Wahhh Vit's ada keluaran baru la, Pan Mee Goreng Pedas Perisa Ayam Penyek ! Kita suka yang pedas-pedas ni tapi hari ni tak sempat lagi nak cuba Pan Mee ni.

Macamanalah rasanya gabungan Pan Mee dengan perisa Ayam Penyek yang cukup terkenal di Indonesia ni. Mesti best kan ! Sepertinya dah terbau-bau dah perisa ayam penyek tu.


Vits

Pan Mee Goreng Perisa Ayam Penyek

"Aromatic Melange" 

The Fusion East Javanese and Chinese Flavors of Mesmerized by the unique taste profile, intriguing blend of the strikingly Pan Mee and Indonesia's famous Ayam Penyet, crispy fried chicken cooked with aromatic spices. 

Concept: "Aromatic Melange" becomes a symbol of cultural harmony and culinary innovation redefines the boundaries of culinary artistry, demonstrating how to seemingly disparate cultures can unite to form something truly extraordinary. 

Pan Mee Goreng Perisa Ayam Penyek

A Pan Mee Instant Noodle Ayam Penyet that bridges the cultural gap, captiving taste buds, and fostering a greater understanding among diverse communities.

Pan mee goreng ayam penyet appears to be a combination of two Malaysian dinines "Pan Mee" and "Ayam Penyet." 


Pan Mee Goren,g Perisa Ayam Penyet Recipe 

Ingredient

a) Pan Mee Goreng Ayam Penyet 

c) Paste and seasoning Ayam Penyet d) Garnishing (Fried shallot)


Method: 

1) Boil pan mee ayam penyet for 3 minutes until soft 

2) Drain the boiled of instant pan mee 

3) Add the seasoning paste of ayam penyet 

4) Add garnishing 

5) You can also add on minced Chicken, Minced meat, poached edd and Pak Choy Vege 

6) Mix well and ready to eat Enjoy!


Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

Oktober 08, 2023 2 Comments
Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2023 di MiaLiana.com bermula pada 2.00 petang 8/10/2023 sehingga 11.59 malam 11/10/2023. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada  13 Oktober 2023.

** jom support Mia Liana....


GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE BY SYAFIQA HATTA (First Giveaway)

Oktober 06, 2023 1 Comment
GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE BY SYAFIQA HATTA (First Giveaway)

Lamanya kita tak join GA!

Camne nak join kalau blog pun tak sempat nak buka kan. Tapi in shaa Allah sekarang sempat dah nak mencelah masuk sini. Rindu masa-masa terluang dapat update cik blog ni dulu. 


GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE BY SYAFIQA HATTA (First Giveaway)

Sebenarnya dari semalam lagi nak join GA ni. Sebabnnya mudah je syaratnya tu. Cuma copy paste dan ajak kekawan join sama. Pemenang  di pilih secara random dan akan dihubungi melalui email. Bila tarikh tutupnya tu tidaklah dibagitau lagi tu.

So korang, jom ramai² join GA ni support first GÀ Syafiqa Hatta ni.

 


Apakah yang pemenang bakal terima nanti? 

1. Square gift box berwarna hitam dihiasi ribbon merah 

2. Sehelai tudung bawal chiffon Darena Scarf 

3. Sebotol Inai Sahara berserta 2 buffer (pengilat kuku) 

4. Apollo layer cake 

5. Cloud 9 

6. Gula-gula

5 Menu Burger Paling Padu Di #KBBSTEAK

Oktober 05, 2023 1 Comment
5  Menu Burger Paling Padu Di #KBBSTEAK

KBB Steak ! Sebenarnya dekat mana KBB Steak ni?? Kitanya tak berapa nak familiar sangat namanya tu. Agak-agak apa yang special dekat situ ye?? Mesti harga makanannya pun mahal kan.

First impression camtulah biasanya kan


KBB Steak

#kbbsteak atau juga dikenali dengan KBB Burger & Steak.

Dah namanya burger and steak. Mestilah femes gan burger gan steak kan. Kalau nak tahu dekat sini aje ada 15 menu burger. Tapi kita certa 5 ajelah ye yang selalu jadi pilihan customer dekat situ. Selebihnya tu korang kena terjah sendiri KKB Steak. Steak pula tak usah cakap la. Bagitau je nak yang mana; Wagyu, Angus, Dry Aged, Butter Dry Aged, Lamb ? Bab harga, kalau dibandingkan dengan burger gourmet.. ia boleh dikatakan berbaloi! 



Cawangan KBB Steak

Mempunyai 2 cawangan, satu dekat Kota Bharu berhadapan dengan JKR dan satu lagi dekat Kuala Terengganu, Jalan Sultan Zainal Abidin. Jangan risau tak susah pun ke KBB Steak tu. Kita boleh guna map je. Staff diorang semua friendly. Itu yang seronok sebenarnya. Tak segan nak bertanya.

Cawangan yang dekat Kota Bharu tu baru je selesai renovate. Berwajah baru dilengkapi dengan Oven Arang Josper yang digunakan untuk memangang steak. Berharga rm100K ++ yang pastinya memberikan experience baru buat pengemar steak. Restoran yang mengutamakan keselesaan pelanggan ini cukup bersih dan kemas. Tempat premium, parking pun banyak.


5  Menu Burger Paling Padu Di #KBBSTEAK

Kenapa burger yang paling padu ?? Tak lain tak bukan kerana ianya selalu jadi pilihan kebanyakkan customer KBB Steak. Dengan burger yang sangat lembut serta juicy. Patty homemade dibuat sendiri menggunakan 100% daging segar yang berkualiti. Tebal dan tak guna mayonis. Harga yang berpatutan dan mampu.

  1. Wagyu Burger 
  2. Wild Burger
  3. Double Meat Extreme
  4. Ultimate Wet
  5. Kambing Bakar
#KBBSTEAK


5  Menu Burger Paling Padu Di #KBBSTEAK

Tengok gambar aje dah meleleh air liur. Tak tertahan untuk nikmatinya tu. Sekali rasa gerenti nak lagi. Tak caya jom cuba sekarang. Untuk makluman lanjut boleh layari sesawang berikut 

Alamat 
  
                KBB Burger & Steak Kota Bharu
                No 2713 Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu,
                Kelantan.
                No : 0102581001
                Operating Hours: 12.00PM – 11.00PM (Daily Open) 
    
                KBB Burger & Steak Terengganu
                Lot 4063, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung,
                20000 Kuala Terengganu, Terengganu
                No : 0102541001
                Operating Hours: 12.00PM – 11.00PM (Daily Open)


Semakan status pengesahan penempatan kemasukan Darjah 1

Oktober 03, 2023 Add Comment
Semakan status pengesahan penempatan kemasukan Darjah 1

Dah keluar dah keputusan permohonan Darjah 1 ! Tahniah kepada adik-adik kita yang bakal memasuki alam persekolahan seisi 2024 / 2025. Tahniah juga diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat tempat di sekolah yang diingini dan kepada yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat sehingga 30 Oktober 2023.

So, apa lagi dah boleh cetak dah surat penempatannya tu. Nanti jangan buat-buat lupa kena bawa bersama juga surat ini masa daftar sekolah anak Februari tahun depan tu.

Semak Daftar Darjah 1

Semakan status pengesahan penempatan kemasukan Darjah 1

Jom sebarkan maklumat kepada ibubapa /penjaga yang telah memohon kemasukan darjah 1 bulan Mei hari tu, status pengesahan penempatan dan permohonan kemasukan Tahun 1 telah boleh dibuat mulai 01 Oktober melalui sistem idME


Macamana nak check, nak semak mohon Darjah 1 itu mudah aje cumanya pengesahan penempatan itu kena buat  secara online. 

Tak boleh tunggu-tunggu, lewat-lewat nanti ia boleh menjejaskan urusan pihak sekolah ataupun boleh membatalkan tawaran penempatan ni. Kesian budak-budak itu nanti dibuatnya terbatal betul. Kita juga yang penat, jadi jangan lambat-lambat kan terlepas tarikhnya.


Bagi siapa yang tak tahu macamana cara nak semak, semak status permohonan darjah 1 ? Ok, jom kita tunjuk cara nak buat camne.

Cara semak status pengesahan penempatan permohonan darjah 1

Daftar Darjah 1, Semak Darjah 1

  • Seterusnya klik Permohonan Kemasukan dan links biru Rendah Tahap 1

Daftar Darjah 1, Semak Darjah 1

Semak Darjah 1, Daftar Darjah 1

  • Klik surat tawaran untuk melihat surat penempatan
  • Seterusnya klik butang pengesahan penempatan. Butang rayuan akan dipaparkan sebaik pengesahan penempatan dibuat.

Daftar Darjah 1


Haa kalau ikut camtu ajelah. Mudah kan.

Yang ini pula contoh surat tawaran penempatan Darjah 1

Surat Penempatan Persekolahan Darjah 1

Apapun jangan lupa tarikh penting dibawah ni ye

Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1

Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Oktober 2023 

Tempoh rayuan : 1 Oktober hingga 30 Oktober 2023 

 Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 30 Oktober 2023 

 Tarikh keputusan rayuan : *akan dikemaskini 


My Ping in TotalPing.com