Semakan status pengesahan penempatan kemasukan Darjah 1

Oktober 03, 2023

Dah keluar dah keputusan permohonan Darjah 1 ! Tahniah kepada adik-adik kita yang bakal memasuki alam persekolahan seisi 2024 / 2025. Tahniah juga diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat tempat di sekolah yang diingini dan kepada yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat sehingga 30 Oktober 2023.

So, apa lagi dah boleh cetak dah surat penempatannya tu. Nanti jangan buat-buat lupa kena bawa bersama juga surat ini masa daftar sekolah anak Februari tahun depan tu.

Semak Daftar Darjah 1

Semakan status pengesahan penempatan kemasukan Darjah 1

Jom sebarkan maklumat kepada ibubapa /penjaga yang telah memohon kemasukan darjah 1 bulan Mei hari tu, status pengesahan penempatan dan permohonan kemasukan Tahun 1 telah boleh dibuat mulai 01 Oktober melalui sistem idME


Macamana nak check, nak semak mohon Darjah 1 itu mudah aje cumanya pengesahan penempatan itu kena buat  secara online. 

Tak boleh tunggu-tunggu, lewat-lewat nanti ia boleh menjejaskan urusan pihak sekolah ataupun boleh membatalkan tawaran penempatan ni. Kesian budak-budak itu nanti dibuatnya terbatal betul. Kita juga yang penat, jadi jangan lambat-lambat kan terlepas tarikhnya.


Bagi siapa yang tak tahu macamana cara nak semak, semak status permohonan darjah 1 ? Ok, jom kita tunjuk cara nak buat camne.

Cara semak status pengesahan penempatan permohonan darjah 1

Daftar Darjah 1, Semak Darjah 1

  • Seterusnya klik Permohonan Kemasukan dan links biru Rendah Tahap 1

Daftar Darjah 1, Semak Darjah 1

Semak Darjah 1, Daftar Darjah 1

  • Klik surat tawaran untuk melihat surat penempatan
  • Seterusnya klik butang pengesahan penempatan. Butang rayuan akan dipaparkan sebaik pengesahan penempatan dibuat.

Daftar Darjah 1


Haa kalau ikut camtu ajelah. Mudah kan.

Yang ini pula contoh surat tawaran penempatan Darjah 1

Surat Penempatan Persekolahan Darjah 1

Apapun jangan lupa tarikh penting dibawah ni ye

Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1

Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Oktober 2023 

Tempoh rayuan : 1 Oktober hingga 30 Oktober 2023 

 Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 30 Oktober 2023 

 Tarikh keputusan rayuan : *akan dikemaskini 


Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com