Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat lakonan hebat Elvina Mohamad dan Azlee Khairi, Ikmal Amry, Izzendra

Mac 19, 2022 5 Comments
Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat lakonan hebat Elvina Mohamad dan Azlee Khairi, Ikmal Amry, Izzendra

Perghh akhirnya berjaya juga marothon cerita ni. 3 malam berturut-turut layan drama tangkap leleh ni. Boleh dikatakan setiap episode la wajib ada scene menitis air mata punya. 


Tapi kesian jugalah dekat si Tuah tu asyik kena sindir dengan adiknya, Si Teja (Izzendra) tu. Memang la semuanya berpunca dari dia tapi bila dia dah sedar, dah berubah dan masih lagi dalam proses nak kuatkan diri untuk sembuh, dia pula asyik disindir. Biasalah kita kalau dah buat silap, memang sebolehnya taknak orang yang kita kita rapat, yang kita sayang ulangi kesilapan kita tu. Tapi benda tu orang tak nampak. Diorang cuma nampak kita kongkong kebebasan dia je.

Derhaka Cinta Jebat

Drama 26 episode  arahan Ejump terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini menampilkan Azlee Khairi dan Elvina Mohamad sebagai teraju utama dan dibantu oleh Ikmal Amry, Mimi Ernida, Izzendra.


Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat lakonan hebat Elvina Mohamad dan Azlee Khairi, Ikmal Amry, Izzendra

Drama yang diadaptasi dari Novel Derhaka Cinta Jebat karya Cik Tet ini mengisahkan Aishah Humairah (Elvina Mohamad) yang berkahwin dengan Jebat Zulkefnain (Azlee Khairi) setelah kecewa dicurangi kekasihnya, Tuah Iskandar (Ikmal Amry) tanpa dia mengetahui niat sebenar Jebat mengawininya  hanya untuk membalas dendam diatas kesengsaraan adiknya sahaja. Bijaknya Jebat mengatur rancangan sehingga dalam masa yang singkat Aishah mula jatuh cinta kepadanya.


Perkenalan yang berakhir dengan perkahwinan yang disangka dapat membantu melupakan kisah silamnya rupanya permulaan penderitaan sebagai isteri yang paling malang ciptaan Jebat untuknya (menjadi tahanan di rumah suaminya sendiri). Dengan bantuan Inara (Mimi Ernida), Jebat yang sememangnya seorang yang panas baran, cepat marah serta ego berhasil melukakan hatinya. Tanpa usul periksa dan peluang untuk dia menjelaskan perkara sebenar, Jebat terus menerus menjatuhkan hukuman kepadanya. Aishah dituduh curang semasa menjalinkan hubungan cinta dengan adiknya sehingga menyebabkan adik kesayangannya ditimpa musibah.


Aishah semakin kecewa, walaupun telah berusaha untuk menjelaskan perkara sebenar dan pelbagai cara dilakukan untuk meraih cinta Jebat. Bahagia yang diharapkan tetapi penderitaan dan kesengsaraannya yang diterima daripada suami yang dicintainya sepenuh hati. Terlalu kecewa dan terluka menyebabkan dia mengambil keputusan pergi meninggalkan Jebat. Dan ketika kebenaran mula terungkap, Jebat pula mula bernasaran dan menyesal dengan apa yang telah dilakukannya. Walaupun mengakui dirinya memang sudah menyintai  isterinya tetapi disebabkan ego, dia menangkis perasaan itu jauh-jauh dan tidak mahu Aishah mengetahui kebenaran hakikat itu. Dia tersepit diantara janjinya dengan keluarga untuk melunaskan dendam dan kasihnya kepada Aishah.


Bila dah jadi macam tu, jenuhlah nak mencari dan mengambil hati insan yang dicintai tu semula. Dan disebabkan cemburu dia asyik salah faham ajelah. Suka buat kesimpulan sendiri hingga melukakan hati orang yang disayangi tanpa mengetahui kedudukan sesuatu perkara. 


Tapi last happy ending juga la cumanya apasal screan akhir tu Camelia pergi rumah diorang ye 🤔






 

Panduan Lengkap Cara Beli Rumah Pertama !

Mac 13, 2022 5 Comments
Panduan Lengkap Cara Beli Rumah Pertama !

Impian untuk memiliki rumah kediaman sendiri memang impian setiap orang termasuklah ciktie sendiri. Siapa tak teringin ada rumah sendiri kan boleh deko-deko, boleh ubahsuai, boleh lepak dekat mana-mana sudut nak-nak pula bagi pasangan yang dah berkeluarga. Tapi untuk memilikinya ada beberapa panduan yang perlu kita ketahui dan ambil perhatian sebelum proses pembeliannya dapat dilakukan dengan lancar terutamanya dari segi komitmen kewangan la. 

Taknaklah nanti bila nak buat tiba-tiba sangkut separuh jalan kan.

Beli Rumah

Oklah bagi korang yang pertama kali nak beli rumah, sudah semestinya blur macamana cara beli rumah pertama ni. Ditipu pemaju, rumah terbengkalai, rumah dibeli rosak dan tidak memenuhi spek yang memang antara mimpi ngeri yang menjadi ketakutan mereka yang ingin membeli rumah.

Panduan Lengkap Cara Beli Rumah Pertama !

PERINGKAT PERTAMA : SEBELUM PEMBELIAN 

#1 Kemampuan Kewangan 

Pastikan kita benar-benar bersedia dan mampu dari segi kewangan. Kerana sepertimana yang kita ketahui untuk membeli rumah, kita perlu bayar bayaran pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah tersebut disamping beberapa kos-kos lain yang perlu disediakan. Antara kos yang terlibat itu adalah kos guaman, duti setem, kos dokumentasi. 

Pendek kata kita kena sediakan bayaran tanpa mengetepikan 10 peratus pendahuluan itu. Tapi ini tidak bermakna kita hanya layak tengok je.

Kelayakan pendapatan gaji kasar

Berapa gaji minimum yang layak kita beli rumah pertama? Rm3000 atau rm4000? Atau bagaimana ? 

Untuk beli rumah, ramai pakar kewangan menasihati ansuran bulanan tidak boleh melebihi satu pertiga (⅓) daripada pendapatan isi rumah.

Katakan kita mempunyai jumlah pendapatan kasar gabungan dengan pasangan sebanyak RM12,000. Buat pengiraan ⅓ jumlah pendapatan tersebut dan kita akan dapat RM4,000. Ini bermakna ansuran rumah pertama kita mestilah tak lebih dari RM4,000. 

Kalau nak periksa kelayakan pinjaman, korang boleh klik 》 kalkulator 

Cara Beli Rumah Pertama

#2 Pemilihan rumah 

Setelah yakin dengan kemampuan  kewangan kita, barulah proses carian rumah dilakukan mengikut bajet kemampuan kita. Taknaklah nanti kita terpaksa menanggung bebanan hutang yang melampau pula.

Sebaiknya cari rumah yang mempunyai kejiranan yang baik, kawasan strategik, mempunyai jaringan penganggkutan ataupun berdekatan dengan tempat kerja ataupun macamanana.

Sebelum itu, pastikan juga tujuan pembelian rumah itu untuk didiami sendiri ataupun sebagai aset pelaburan. 

Kita boleh kunjungi ekspo hartanah ataupun bertanya kepada ejen pemaju /ejen hartanah yang diyakini. Ataupun induvidu perseorangan yang menjual rumah ataupun ejen menjual rumah lelong.


PERINGKAT KE-2 : SEMASA PEMBELIAN  

Ok, selepas dah jumpa rumah kediaman yang dikehendaki, bersesuaian dengan bajet. Langkah seterusnya buat pembelian.

#1 Fahami dokumen perjanjian jual beli rumah 

Pembelian rumah akan melibatkan dokumen perjanjian jual beli diantara penjual dan juga pembeli. Ianya adalah legal document menggunakan ayat perundangan. 

Amat penting untuk kita menggunakan khidmat peguam sendiri berbanding khidmat peguam yang disediakan penjual/pemaju untuk membolehkan kita mendapatkan penerangan yang lebih jelas serta mengelakkan sebarang penipuan yang tidak diingini.

Fahami dokumen perjanjian jual beli rumah dan pinjaman perumahan. 

Letter of Offer to Purchase (dokumen jual beli rumah) merupakan dokumen rasmi yang diperlukan untuk memberitahu kita nak beli rumah tersebut. 

Butiran mengenai rumah tersebut seperti no. lot, jumlah pembelian, saiz rumah, pelan lantai, jenis bangunan terkandung didalamnya. 

Sales and Purchase Agreement (SPA) bermaksud Perjanjian Jual Beli. SPA ini penting sebab ia menyatakan kesemua terma dan syarat untuk pembelian rumah. 

Dokumen pinjaman perumahan atau loan agreement pula, ia adalah persetujuan diantara kita dengan pihak bank. Tiga perkara penting yang terkandung di dalamnya adalah jumlah pinjaman, kadar faedah dan tempoh pinjaman. 

Dan pastikan sebelum membuat loan agreement ini, periksa terma dan syarat pakej pinjaman sebab setiap pakej adalah berlainan dan kompleks.


#2 selesaikan bayaran secara berperingkat 

Ok, sekiranya rumah masih dalam pembinaan, kontraktor ataupun pemaju akan menuntut bayaran mengikut kadar siap rumah tersebut. Jadi kita sebagai pembeli, kena pastikan bayaran kepada pemaju diselesaikan dalam masa 21 hari selepas tuntutan bayaran diterima dan disahkan.

Biasanya tuntutan bayaran ini akan dibuat terus kepada pembiaya (bank). Sebagai pembeli, kita kena pastikan bayaran dibuat dalam masa yang ditetapkan.

Dan kita sebagai pembeli juga boleh dikenakan denda lewat bayar sekiranya bayaran tidak dilakukan dalam masa yang ditetapkan. 


#3 Buat Bayaran Kepada Pembiaya (Bank) Apabila Diminta

Walaupun rumah masih belum siap tetapi pihak pembiayaan pinjaman (bank) boleh meminta bayaran seperti mana yang dipersetujui dalam dokumen perjanjian pembiayaan pinjaman perumahan. 

Ini kerana ada bank (pembiaya) yang hanya kenakan bayaran atas kadar faedah/ keuntungan.

Ada juga bank (pembiaya) yang meminta bayaran penuh setiap bulan. Dan ada juga bank (pembiaya) yang memberi penangguhan bayaran sehingga tempoh tertentu. Tapi apa yang penting, apabila diminta untuk membuat pembayaran, kena bayar kepada bank (pembiaya).


Untuk memudahkan dan mengelakkan sebarang masalah, pastikan segala dokumen bayaran dan lain-lain dokumen berkenaan berkenaan disimpan dengan baik.


PERINGKAT KE-3 : SELEPAS PEMBELIAN 

#1 notis milikan kosong dan sijil perakuan siap & Pematuhan

Apabila rumah telah siap dan sebelum membolehkan kita mendiami rumah tersebut kita kena pastikan kita perolehi semua kunci pintu rumah (pintu utama dan pintu bilik), Surat serahan kunci atau notis milikan kosong /notis of vacant possession (VC) dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan /Certificate Of Completion & Compliance (CCC).


CCC merupakan perakuan yang mengesahkan kediaman atau bangunan kita layak dan selamat untuk diduduki. Ianya dikeluarkan oleh arkitek, jurutera dan atau pelukis pelan bangunan yang berdaftar dan disokong oleh pihak berkuasa tempatan sebagai badan penyelia.

Panduan Cara Beli Rumah Pertama


#2 memeriksa rumah

Selepas terima Notis Pemilikan kosong, kita perlu segera mengambil kunci rumah dalam masa 14 hari daripada tarikh makluman.

Periksa setiap kunci sama ada padan dengan semua pintu pada rumah yang dibeli ataupun tidak. Pada masa yang sama periksa keadaan rumah sekiranya terdapat kerosakan, kecacatan atau ketidakpatuhan spesifikasi awal seperti dalam perjanjian.

Tanda, ambil gambar dan hantar notis kepada pemaju/penjual dengan segera dan pastikan mereka membaiki kerosakan tersebut dalam masa 30 hari selepas notis itu dihantar. 

Ini kerana dalam tempoh 24 bulan selepas notis milikan kosong, adalah menjadi tanggungjawab pemaju/penjual untuk membaiki kerosakan atau menanggung kos pembaikan (sekiranya dibaiki oleh pembeli berdasarkan syarat-syarat tertentu).


#3 Serahan lewat

Bergantung kepada terma yang ditetapkan dokumen S&P, menjadi tanggungjawab pemaju atau penjual untuk menyiapkan rumah dan menyerahkan milikan kosong dalam masa 24 bulan (hartanah hakmilik individu) atau 36 bulan (hartanah hakmilik strata) kepada pembeli. 

Jadi sebagai pembeli, kita perlu memastikan pemaju atau penjual mematuhi tempoh tersebut. 

Jika berlaku kelewatan, kita sebagai pembeli boleh menghantar notis kepada pemaju/penjual dan juga kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).


Kita juga boleh menuntut bayaran denda pada kadar 10 peratus setahun daripada harga beli, dikira dari hari ke hari, mulai dari tarikh luput penyerahan pemilikan kosong sehingga tarikh sebenar pembeli mengambil pemilikan kosong rumah yang dibeli.

Dan sekiranya pemaju/penjual gagal menjelaskan bayaran denda itu, kita boleh failkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan kes akan didengar dan diputuskan dalam tempoh 40 hari daripada tarikh pemfailan.


Nampak remeh aje kan? Tetapi sekiranya apabila kita dah fahami sebenarnya tidak seremeh mana pun proses pembelian rumah pertama ni. Yang penting kita tahu komitmen kewangan kita macamana dan dapatkan panduan yang sebaiknya.










My Ping in TotalPing.com