Sinopsis Mael Totey The Movie Terbitan Syahmi Sazli Production

Julai 11, 2021 Add Comment
Sinopsis Mael Totey The Movie Terbitan Syahmi Sazli Production

Ehhh..ehhh main pula lah cerita ni. Tahun lepas nak tengok punya pasal sanggup langgan ni. Biasa layan drama pendek Yoe dan Asif dekat YouTube sekali masuk Astro, mestilah nak tengok nak-nak pula bila preview ianya dekat facebook tu tak putus-putus. Lagilah excited kan.


Bagi sesiapa yang masih lagi tak tahu dan tertanya-tanya apakah maksud perkataan Totey dalam movie yang telah berjaya mendapat Rm 2.56Juta dalam masa 4 hari tu. Mai sini kita gtau ye.


Maksud Perkataan Totey dalam Mael Totey The Movie

Perkataan totey tu sebenarnya sekadar gelaran aje tak ada kena mengena dengan apa-apa pun. Biasalah sejak kita kecil sampailah sekarang asal nama Mael aje mesti orang combine dengan Totey. Macam Mael 2 singgit dalam Ipin & Upin tu jugaklah. Nak bagi mudah ingat.


Makna Perkataan Totey Dalam Mael Totey The Movie


Sinopsis Mael Totey The Movie Terbitan Syahmi Sazli Production

Mengisahkan Mael (Syahmi Sazli) seorang lelaki lurus bendul yang dikecewakan oleh gadis yang disukainya secara tidak sengaja yang ditemui ditempat dia bekerja. Yaya (Aween Ismail) telah mengenakan syarat supaya Mael boleh speeking English terlebih dahulu sekiranya betul-betul menginginkannya. Syarat itu sebenarnya sekadar untuk melepaskan dirinya sahaja. Baginya agak mustahil Mael yang lurus bendul itu berjaya memenuhi syaratnya itu. 




Untuk memenuhi syarat yang dikenakan, Mael telah belajar dengan seorang teacher ni, Teacher Siti (Emaleen Minhad) yang juga sudi menerima kekurangan dirinya seadanya selepas dikecewakan oleh Yaya. Tetapi lain pula dengan Si Mael ni. Termakan hasutan Si Yaya yang ingin kembali semula kepadanya menyebabkan dia sanggup meninggalkan isterinya tanpa mengetahui isterinya itu sedang mengandung. Yaya yang sebenarnya cemburu dan dengkikan isteri si Mael yang lebih cantik dan melebihinya sanggup melakukan apa sahaja untuk meruntuhkan rumahtangga Mael dan isterinya sehingga dia sanggup merancang untuk mengugurkan kandungan Teacher Siti.  Camtulah lebih kurang.


Apa yang boleh disimpulkan dekat sini tiada jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu. Dengan keinginan dan tekad, segala yang mustahil, tidak mustahil juga untuk digapai serta hargailah apa yang kita ada sebelum kita betul-betul kehilangannya. Dah hilang hmmm gigit jari ajelah lepas tu. Nak menyesal pun takdak guna dah. Kalau dapat peluang lagi kira rezeki la kan 🤔🤔


Oklah cukup setakat ini dulu. Hingga jumpa lagi yer..


My Ping in TotalPing.com