3 Website Popular Untuk Menguji Kelajuan Blog

Mei 31, 2018 5 Comments
3 Website Popular Untuk Menguji Kelajuan Blog
3 Website Popular Untuk Menguji Kelajuan Blog | Hai, assalamualaikum dan selamat tengahari korang. Tengah buat apa tu?? Masih duk terfikir-fikir lagi ke nak masak apa untuk berbuka petang nanti ke?? Atau hari ini korang berbuka kat luar je. Wahhh seronoknya sesekali dapat berbuka kat luar tu kan. Dapatlah rehat sekejap untuk hari ini tu. 

Tapi tengahari ini ciktie taknak cerita pasal menu berbuka atau buffet ramadhan ke apa. Cuma nak kongsikan 3 website popular yang banyak digunakan oleh ramai orang untuk menguji tahap kelajuan blog ataupun website. Selain menguji kelajuan, ketiga-tiga website ini juga memberikan kita cadangan untuk memperbaiki tahap kecekapan blog kita tu. Iyalah kalau kita sendiri tengok loading slow mulalah kita nak tekan button close tu. Jadi dengan adanya platform camni sedikit sebanyak kita pun boleh memperbaiki apa yang patut sekaligus ia mampu meningkatkan kehadiran pengunjung mengunjungi blog kita.

3 Website Popular Untuk Menguji Kelajuan Blog yang dimaksudkan itu adalah seperti kat bawah ni. Hanya dengan memasukkan url blog kemudian klik button sebelahnya itu untuk dapatkan keputusan. Senang je kan ?? Selamat mencuba korang
GTMetrix

Pingdom Tool

Google Pagespeed




Government dapat bonus raya Rm400

Mei 30, 2018 4 Comments
Government dapat bonus raya Rm400
Government dapat bonus raya Rm400 | Alhamdulillah, terjawab sudah pertanyaan berkaitan pemberian bonus oleh kerajaan baru kepada penjawat awam tengahari tadi. Mula-mula tu ciktie dapat info kerajaan baru bagi Rm850 untuk penjawat awam dan rm550 untuk pesara melalui perkongsian Whatsapp. Tapi sebenarnya info itu tak betul. Nasib baiklah tak percaya bulat-bulat haha.


Dalam duk cari info sahih berkaitan bonus tu akak dekat office bagitau PM duk tengah umum. Apa lagi semua bertepek depan tv la nak dengar sendiri hikhik

Alhamdulillah, dapat juga rm400. Banyak sikit tu tak kisah la. Janji dapat dari tak merasa langsung betul tak?? Untuk Pesara kerajaan pula akan dapat rm200. Yang rm400 ni bukan semua dapat tau. Hanya untuk Gred 41 dan ke bawah je. Bayaran bila ia akan dibuat tak sure lagi tarikhnya ye. Yang pasti sebelum raya


Untuk penjawat awam di Negeri Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang ini tahniah ciktie ucapkan. Bonus demo-demo lebih rm100 la dari kita-kita ni. Diorang dapat rm500. Alhamdulillah, syukur ! Rezeki kita semua sambut raya tahun ini. Untuk lain-lain negeri ciktie tak dapat info lagi ye. 

Haa untuk penerima BR1M pula bayaran akan dibuat pada 6 Jun 2018. Juga sebelum raya. Yang ni ciktie dah update dah dekat entri ni

>> Pembayaran BR1M dibuat sebelum raya 
>> Tarikh pembayaran BR1M sebelum raya
>> Nama baru mengantikan BR1M

Cuma untuk bonus government tu tak pasti lagi tarikhnya. Untuk yang negeri Kelantan tu sumber tu bagitau dalam masa terdekat ini dengarnya.



Resepi kuih viral kerbau guling negeri Kelantan

Mei 29, 2018 7 Comments
Resepi kuih viral kerbau guling negeri Kelantan
Resepi kuih viral kerbau guling negeri Kelantan | Makkaiii macam-macam la nama kuih negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Kerbau Guling ! First time juga la ciktie dengar nama tu. Mula-mula orang viral tu ciktie sendiri pun tak boleh nak agak kuih apa  hehe sampailah ciktie tengok kawan lama ciktie share dekat IG. Ohhh kuih itu ke.. pernah la juga makan. Tapi kalau tak silap namanya koleh hitam bukannya kerbau guling hikhik

Koleh hitam

Tapi tak kisahlah apa-apa janji ia boleh dimakan ye. Hitam ia tu sebenarnya menggunakan serbuk arang tau ! 


Resepi Kuih Viral Kerbau Guling Negeri Kelantan
Bahan
250gm tepung beras
200gm gula
150 gm tepung jagung
1/2 sudu teh kapor makan
3 sudu besar tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Tempurung bakar (ambil air hitamnya & tapis. Sebelum itu pastikan tempurung itu bersih ye)
Air 1 liter setengah (bergantung pada kepekatannya)
Secubit garam

Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. kacau biar sebati dahulu baru buka api. 
  • Dah sebati buka api gas, kacau perlahan-perlahan & api sederhana. Kacau sampai likat.
  • Sediakan loyang saiz 8..sapukan minyak terlebih dahulu padanya & tuangkan tepung ke dalam loyang tadi. bila dah sejuk potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang digaulkan bersama sedikit garam..
  • dah siap

Info :-
Tempurung yang dah siap dibakar tu kena tumbuk..kemudian masukkan air tapis guna kain tau.optional boleh gunakan serbuk arang yang ada di jual dekat kedai bakery

Resepi: Tengku Zaharah 

Ada Apa Dengan BolehCompare.Com

Mei 29, 2018 3 Comments
Ada Apa Dengan BolehCompare.Com
Iya ! Ada apa sebenarnya dengan website BolehCompare.Com ini?? Macamana sebenarnya ia itu. Macam menarik je nama website ini. Macam nak compare kan ia dengan sesuatu. Tapiii apakah itu hehe banyak pula intro berkaitan soalan yang bermain-main di fikiran bila melihat nama website ini kan. Sebenarnya ada banyak yang kita tidak tahu tentang website ini. Dengan website ini juga sebenarnya kita boleh buat duit tau..

Buat duit dengan bolehcompare

Ok.. tak maulah membebel panjang-panjang hari ini.  Kalau korang nak tahu, BolehCompare.Com ini merupakan website yang menawarkan perkhidmatan perbandingan secara percuma untuk semua telco utama di negara kita, insurance, broadband, bank mahupun peranti pintar. Ia bukan saje membantu kita membuat perbandingan dari segi harga tapi juga tawaran yang bakal kita terima. Kelebihan dan kekurangan sesuatu produk itu juga akan dibuat perbandingan. Ia secara langsung dah membantu kita membuat pilihan yang tepat dan menjimatkan masa. Lagipun setiap kategori produk dan perkhidmatan yang ditawarkan itu sentiasa terkini. Pendek kata sentiasa di update.

Contoh paling simple macam sekarang ini, banyak website-website telco yang menawarkan pakej internet yang menarik. Kadang-kadang tu buat kita taktau samada nak still dengan telco yang sediada ataupun nak tukar ke telco yang lain. Bayaran yang dikenakan lebih kurang sama tapi tawaran yang diberikan itu yang kadang-kadang menyebabkan kita confused untuk memilih. Kalau ciktie ada kalanya tu terpaksa berfikir banyak kali dan ada kalanya langsung tak fikir dah.. buat tak tahu haha..nak buat camne. Semua menarik !! Nak pilih pun serba-salah jadinya. Kan pilih jadi camni tak pilih kan rugi haha

3 Langkah mudah yang ditawarkan BolehCompare.Com
  • Pilih kategori/jenis produk yang ditawarkan
  • Bandingkan produk tersebut dan buat pilihan yang terbaik
  • Isi borang dan diorang akan membantu kita macamana nak mohon
Lagipun website ini mesra pengguna. Dengan phone pun kita boleh layarinya. Kita pun tidak perlu susah-susah buka website banyak-banyak untuk buat perbandingan. Hanya dengan satu website didalamnya telah tersedia semuanya. Bukan satu dua kategori produk yang disediakan tapi lebih kurang 3 atau 4 kategori juga la. Kita hanya perlu pilih je. Masa dan tenaga pun tiadalah terbuang sangat.

Lagipun susah juga nak cari website yang membuat perbandingan dengan mengabungkan banyak benda camni. Biasa kita jumpa sesetengah website yang membuat perbandingan mengikut kategori produk atau jenis perkhidmatan je kan.

Buat duit dengan bolehcompare

Antara kategori/ jenis produk yang boleh dibuat perbandingan dan yang terdapat dalam website ini adalah :-

Telco
  • Kita boleh membuat perbandingan diantara broadband, postpaid plan (Phone Bundle) dan juga postpaid plan (Sim Only)

  • Dekat sini kita boleh pilih terus jenama mobile phone, jenis telco, data kuota, bayaran bulanan, harga phone, kapasiti device mahupun tempoh kontrak bagi postpaid plan (Phone Bundle)
  • Bagi sesiapa yang mementingkan komitmen bulanan ataupun data kuota tentukan saje pilihan yang dikehendaki nanti website ini akan senaraikan semua jenama telco yang terdapat padanya. Kemudian pilih dan isikan borang sebelum ianya dihantar ke dalam sistem.
  • Antara tawaran menarik yang terdapat  pada kategori ini :- 
pakej menarik  yang ditawarkan oleh TM

Kalau ambil pakej ini dekat rumah pun ok juga kan

  • Dekat sini juga kita boleh dapatkan maklumat lengkap mengenai beberapa plan broadband dari pembekal yang berlainan samada dari segi kontrak, harga, kuota ataupun kelajuan sesuatu pakej plan broadband yang disediakan.

Bank
  • Ok, yang dekat sini pula kita boleh membuat perbandingan antara credit Card, home loan dan juga personal loan.
  • Kemudahan kalkulator EMI disediakan untuk personal loan dan home loan bagi memudahkan kita membuat pilihan berdasarkan jumlah amaun pinjaman yang kita ingini dan berapa lamakah tempoh bayaran itu dibuat.

Insurans
  • Medical insurance dan motor insurance juga boleh dibuat perbandingan dekat sini. 


  • Dekat sini juga kita boleh membandingkan manfaat yang berlainan dalam pelan yang perlu kita bayar setiap tahun.
  • Bukan itu saja, untuk renew insuran kereta pun kita boleh buat dekat sini. Caranya mudah je iaitu :- 

  1. Layari website BolehCompare.Com (Renew Insurance) dan klik RENEW NOW
  2. Kemudian isikan borang yang disediakan untuk Quotation For Car Insurance Renewal


Macamana nak buat duit dengan BolehCompare.Com  
Senang je sebenarnya nak buat duit dengan website ini. Korang promote takpun invite je kawan korang. Sambil-sambil buat biskut raya itupun duit boleh masuk tau tapiii sebelum itu kenalah daftar dulu ye πŸ˜† Tak daftar camne nak promote kan

Cara Daftar Bolehcompare.com
  • Buka link ini :--> SINI
  • Lengkapkan semua maklumat yang diminta. Isikan setiap field yang disediakan.
  • Pada ruangan kosong di Declaration of Applicant (Pengesahan oleh Pemohon) anda perlu tandatangan dekat ruangan itu !
  • Tandakan tick pada ruangan 'I have read, understand & agree to comply with terms & Conditions.' sebelum button submit registration.

Tak sampai dalam tempoh 24 jam pendaftaran berjaya dilakukan. Tapi sekiranya dalam tempoh 24 jam korang belum terima apa-apa pengesahan melalui e-mail. Sila hubungi 010-2585888 untuk dapatkan bantuan.

Cara buat duit
  • Buka website BolehCompare.Com
  • Klik pada menu utama, pilih 'Promote Now'
  • Kemudian pilih mana-mana kategori yang anda ingin kongsikan pada submenu bawah kategorinya

  • Sebaik saje paparan seperti dibawah dipaparkan. Klik 'Promote Now'

  • Seterusnya pilih laman sosial yang anda ingin kongsikan. Sesiapa yang berminat akan klik pada button 'I'm interested Sign Me Up' seterusnya mengisi borang yang disediakan.
  • Pilih Submenu 'Leads' seterusnya klik pada 'Leads Status' untuk melihat proses dan menyemak status permohonan mereka.

  • Dan untuk melihat komisen yang anda dapat, sila pilih 'Sales' !

Dah siap !! Amacam senang je kan. Jadi korang tunggu apa lagi ?? jom la sama-sama buat duit dengan BolehCompare.Com. Malas nak scroll panjang-panjang klik je >> SINI <<






Kenapa keluar perkataan berulang-ulang

Mei 29, 2018 6 Comments
Kenapa keluar perkataan berulang-ulang
Kenapa keluar perkataan berulang-ulang | Alahaii stress pula awal pagi ni. Penat menaip entri pun belum habis. Tup-tup masa preview banyak perkataan berulang-ulang pula yang keluar nasib baik juga belum publish lagi. Dah jadi berantai-rantai perkataan itu pula. Habis semua perkataan lain jadi perkataan itu !!

Sape pernah alami masalah camni ye?? Camne nak buat ? Atau memang perkataan ini tak boleh guna?? Kalau tak boleh nak tukar dengan ayat apa mewakili perkataan ni?? Dah la masuk kali ini dah 3 kali taip entri yang sama ni huhu 


Terpaksalah screen shot perkataan ni ! Tak sanggup nak biarkan entri dengan ayat berantai ni



Pembayaran BR1M dibuat sebelum raya

Mei 27, 2018 9 Comments
Pembayaran BR1M dibuat sebelum raya
Pembayaran BR1M dibuat sebelum raya | Tahniah pada korang terutamanya siapa yang menerima BR1M ! Kalau diikutkan jadual asal pemberian BR1M memang akan dibuat pada bulan Jun dan Ogos kan?? Tapi disebabkan kerajaan pun dah bertukar. Jadi ramai yang tertanya-tanya apakah status bantuan itu sebelum ini.


Tapi sekarang semuanya dah terjawab bila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melalui akaun Twitternya memberitahu pembayaran ianya akan dibuat bulan Jun sebelum raya aidilfitri. Alhamdulillah, syukur. Berpeluang lagi korang merasa bantuan ini. Ciktie pun tumpang gembira meskipun ciktie tak dapat hehe.

Sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan diteruskan lagi dibawah kerajaan Pakatan Harapan menggunakan nama lain. Dan ianya akan dikaji semula bagi membolehkan penerima yang selayaknya menerima. Semoga kalian  yang menerima selayaknya terima. In shaa Allah, aamiin

>> Update - 30 Mei 2018 <<

>>TARIKH PEMBAYARAN BR1M <<
Alhamdulillah, tahniah kepada semua penerima BR1M. Tengahari tadi PM kita dah umumkan dah tarikh pembayarannya ini. Ia akan dibuat pada 6 Jun 2018. Tiada lagi BR1M ye yang ada hanyalah Bantuan Sara Hidup Kepada Rakyat ye

Nama Baru BR1M





Berblog dekat pejabat boleh ke

Mei 26, 2018 10 Comments
Berblog dekat pejabat boleh ke
Berblog dekat pejabat boleh ke ? | Hai, assalamualaikum dan selamat petang semua. Selamat berhujung minggu dan juga selamat menunaikan fardu asar ! Masa-masa camni kaum ibu semestinya masih lagi sedang sibuk dekat dapur kan. Menu apakah yang bakal menjadi santapan seisi keluarga berbuka malam nanti. Apapun menunya selamat menyediakan hidangan ye πŸ˜†πŸ˜†

Sambil-sambil berblogwalking, ciktie tertarik dengan satu perkongsian ini. Perkongsian itu lebih kepada persoalan sebenarnya. Cuma jawapan kepada persoalan itu yang ciktie nak kongsikan dekat sini.

Sekadar hiasan

Kadangkala kita lupa ataupun mungkin kadang-kadang kita buat-buat lupa. Zaman sekarang ini kat mana-mana boleh dikatakan semua orang membuat kerja sampingan. Tapi ada juga yang tak buat pun. Sambil-sambil kita buat kerja sampingan dekat pejabat contohnya kita terguna peralatan dari sana tanpa kebenaran ataupun mendapatkan keizinan dari majikan ataupun big boss kita dulu. O.o.. sebenarnya itu adalah satu kesalahan tau. Walaupun kerja sampingan yang kita buat itu tidak langsung menjejaskan prestasi kerja kita dekat pejabat. Tapiii acamner nak minta keizinan nak guna komputer nak taip entry ni waktu lunch ye huhu segan juga bila orang tau kita berblog ni atau korang rasa camne??

Itu ajelah yang ciktie nak kongsikan petang ini. Sehingga jumpa lagi di entry seterusnya. Bye..




Keriangan berterusan dengan Carrie junior Funtime Wipes

Mei 25, 2018 1 Comment
Keriangan berterusan dengan Carrie junior Funtime Wipes
Sejak dari zaman belajar lagi jenama Carrie Junior ini telah berjaya mendapat tempat dalam hati kita sekeluarga. Tapi masa itu kita lebih suka dapatkan set yang kecil-kecil itu je. Senang nak bawa ke mana-mana. Tapi sejak dah ada anak buah ini lagi-lagilah jenama ini menjadi pilihan. Nak-nak budak kecil Fatma tu. Kalau dulu kita guna untuk diri sendiri je tapi sekarang apa yang kita punya pun dah jadi dia punya hikhik Sedap bau ia. Wangi dan sweet-sweet buah gitu.

Keriangan berterusan dengan Carrie junior Funtime Wipes

Carrie Junior merupakan sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 20 tahun dan sekarang ianya telah menjadi jenama utama penjagaan kanak-kanak di Malaysia. Tahniah Carrie Junior !!

Selain mandian, bedak dan shampoo, Carrie Junior juga telah memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes yang boleh digunakan oleh setiap orang seisi keluarga tak semestinya baby je. Kalau dulu memang kita ingat wipes ini hanya sesuai untuk baby je hikhik ingat baby ingat wipes tapi sebenarnya tak. Kita-kita yang dah besar ini pun boleh guna.

Keriangan berterusan dengan Carrie junior Funtime Wipes

Sekarang setiap kali nak keluar rumah memang kita akan pastikan bawa Carrie Junior Funtime Wipes ini bersama nak-nak kalau bawa budak kecil ni keluar. Dia kalau tak makan dalam kereta memang tak sah. Jadi penyelesaian terbaik bawa  je pek Carrie Junior mudah bawa dan digunakan ini. Rasa pun lebih bersih dan tidak melekit selepas digunakan.

Keriangan berterusan dengan Carrie junior Funtime Wipes

Lagipun biasalah budak-budak kalau tak duduk setempat main pun bukan budak namanya. Jadi sebagai satu permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih penggunaan Carrie Junior Funtime Wipes pada anak-anak kecil sebegini amatlah digalakkan. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada sesetengah keadaan dimana kita sukar mendapatkan air ataupun sabun ! Jadi dengan adanya Carrie Junior Funtime Wipes ini ia membantu kita menghadapi keadaan itu. Lagipun amalan menjaga kebersihan ini seharusnya dipupuk sejak anak-anak masih kecil lagi betul tak??

Keriangan berterusan dengan Carrie junior Funtime Wipes

Hadir dengan dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries. Dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.  Ia juga bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan produk ini mengandungi kelembapan yang tinggi. Memang sangat sesuai pada kulit baby yang sensitif dan halus itu.


Smoothie berries

Cheeky Cherry

Kedua-dua pek Carrie Junior ini boleh didapati dengan pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual dengan harga rm7.30 (Semenanjung) / rm7.70 (Sabah & Sarawak). Untuk pek keluarga yang mempunyai 80 helai pula dijual dengan harga rm9.00 (Semenanjung) / rm9.30 (Sabah & Sarawak)





Bagaikan Mimpi

Mei 23, 2018 7 Comments
Bagaikan Mimpi
Bagaikan Mimpi | Ia dah muncul ! Dah pun keluar ! Alhamdulillah, rasa macam tak percaya πŸ˜„πŸ˜„ cuba kelip-kelip mata sekali lagi haah la betul. Memang dah ada, bukan lagi mimpi.

Mesti korang pun pelik sebenarnya apa yang ada ?? yang tetiba muncul ini. Korang perasan tak apa yang lainnya dekat blog ciktie dua tiga menjak ni?? 

Hahaha oklah tahu korang pun tengah puasa ni. Jadi ciktie bagitau ajelah ye. Kesian pula tengok korang terkebil-kebil camtu kan. 

Sebenarnya blog ciktie dah lulus AdSense dah. Orang lain punya dah lama lulus, kita pula baru je dapat. Tapi tak kisahlah itu yang kalau korang perasan iklan itu sedang menari-nari dekat blog ini sekarang. Lulus tak sampai seminggu pun lepas ciktie masukkan kod ia. Mula-mula ingat ko sebab masukkan kod itu melalui phone hari itu lepas itu phone pula tiba-tiba buat hal. Tapi alhamdulillah, tak sangka kalau dah rezeki kan. Tapi kalau bukan rezeki buatlah macamanapun tetap camtu juga hasilnya. It's ok sekurangnya kita sudah berusaha ke arah itu kan πŸ˜†

Btw terima kasih adsense sebab dah muncul dekat sini. 




Wordless : Sekadar Renungan

Mei 23, 2018 Add Comment
Wordless : Sekadar Renungan
Wordless : Sekadar Renungan | Dah lama rasanya blog ini sunyi tanpa wordless ! Awal kemunculan blog ini dulu suka sangat buat wordless. Asal je jumpa apa-apa perkataan ataupun ayat yang kita suka mesti akan masuk senarai wordless ni.. 


Tak faham, terangkan
Tak betul, nasihatkan
Tak tahu, tunjukkan
Tak jelas, jelaskan
Tak mampu, usahakan
Tak percaya?? Renung-renungkan

Samalah dengan ayat yang ini !! Dah lama dalam simpanan sebenarnya. Cuma sekarang baru sempat nak update kat sini. Setiap bait ayat ia betul-betul mempunyai makna dan erti yang tersendiri. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat beramal




Amaran buat semua penjawat awam

Mei 23, 2018 4 Comments
Amaran buat semua penjawat awam
Amaran buat semua penjawat awam | Alhamdulillah, meriah betul wallpaper media sosial sorang-sorang dengan cerita kedatangan Menteri Pertahanan yang baru - YB TUAN HAJI MOHAMAD SABU pagi tadi. Terima kasih korang semua sudi share program yang berlangsung tadi. Ramai betul yang turut serta mengalu-alukan kedatangan Menhan baru ni. Nak-nak tengahari tadi ada program pengagihan bubur lambuk bersama beliau ye. Lagilah meriah !! Bestnya siapa yang dapat bubur lambuk tu. Ciktie dah dekat 4 tahun tak merasa bubur tu. Sedapnya kalau taruk serunding daging makan masa sahur tu panas-panas tu. Cam gini πŸ‘ rasanya

Cerita Pagi Tadi
Selamat Datang MEHNAN BARU
#YBTUANHAJIMOHAMADSABU
MENTERI PERTAHANAN
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
#22MEI2018

Sebenarnya hari ini turn ciktie kena balik lambat. Lambat sikit je ! Sama macam tahun sebelum ini juga. Sepanjang bulan puasa ni, 2 orang akan balik lambat mengikut giliran yang telah ditetapkan. Kalau tak silap setiap orang akan merasa balik lambat dalam 5 kali ke sorang. Jadi, in Shaa Allah tiada masalah la.
Slip gaji untuk bulan ini sudahpun keluar ! Alhamdulillah, pergerakan gaji tahunan pun dah masuk dah ! Gaji lagi 3 hari tapi masalahnya gaji untuk bulan depan tu #bulanjun dapat awal ! Dapat awal habis pun awal la kan hikhik jadi kat sini ciktie nak bagi warning buat semua penjawat awam. Berbelanjalah secara berhemah. Jangan nanti terpaksa ikat perut pula. Lama juga tu nak tunggu gaji seterusnya masuk. Jadi jangan macam-macam ye. Raya-raya juga tapi jangan lebih-lebih ye πŸ˜…πŸ˜…

Dekat sini juga ciktie nak kongsikan sekeping dua gambar program yang berlangsung sempena menyambut kedatangan Menteri Pertahanan dan pengagihan bubur lambuk tadi. Meriah betul kita tengok.. sumber gambar adalah dari media sosial warga MINDEF.


Mohamad Sabu









Rahsia External Hardisk Boleh Tahan 10 Tahun

Mei 22, 2018 7 Comments
Rahsia External Hardisk Boleh Tahan 10 Tahun
Rahsia External Hardisk Boleh Tahan 10 Tahun | Siapa masih lagi tercari-cari tips yang membolehkan External Hardisk milik kita itu boleh tahan lebih lama? Ok kat sini ciktie nak kongsi beberapa tips itu ye! Tips ini pun ciktie dapat dari member lama ciktie kat Kuala Lumpur sana tu. Semoga bermanfaat semuanya ye..

Rahsia External Hardisk Boleh Tahan 10 Tahun
  • Pastikan hanya guna 1 komputer sahaja untuk menyambung External Hardisk itu. Tapi kalau tak boleh cukuplah hanya menggunakan maksimum 4 biji komputer sahaja.
  • Biasanya External Hardisk mempunyai wayar penyambung (1 bahagian belakang dan 2, bahagian depan. Kepala ke apa orang panggil yang tu, untuk sambung ke power supply dan sebelah lagi kita sambung untuk proses data). Sambungkan kedua-dua wayar External Hardisk bahagian kepala itu kepada komputer walaupun sebenarnya kita hanya guna satu sahaja iaitu untuk proses data.
External hardisk

  • Jangan sesekali defragment external hardisk tu. Dan jika komputer sedang defragment jangan sambungkan ia kepada external.
  • Jangan terlalu kerap format external hardisk. Kalau terkena virus cukup sekadar scan virus ataupun hantar kedai untuk buang virus itu..
  • Cabut sambungan External Hardisk dengan prosedur yang betul. Tunggu sesaat dua dulu selepas prosedurnya selesai sebelum mencabut sambungan external.
  • Jangan on komputer dengan external hardisk yang masih bersambung!
  • Jangan terlalu kerap sangat menyambung External Hardisk. Lebih baik kalau kita guna pendrive dari komputer lain dan kemudian pindahkan ia ke dalam external hardisk melalui komputer yang biasa digunakan.

Sekian, bye !!

Domino’s Launches Together-gether Fund In Honour of Unsung Heroes

Mei 20, 2018 1 Comment
Domino’s Launches Together-gether Fund In Honour of Unsung Heroes
Domino’s Launches Together-gether Fund In Honour of Unsung Heroes | As we welcome the special month of Ramadan, Domino’s once again celebrates good deeds and kind souls with the introduction of its latest initiative, the Together-gether Fund. Committed by its stand to give back to those who has contributed and sacrificed for the benefit of others and in line with its promise in enriching the lives of those around them, the Fund was launched recently as a dedication to the Unsung Heroes.

From left,  Mr. Lex Low,Mr. Palanikumar, Mr. Ahmad Faizal, Mr. Shamsul Amree, Ms. Linda Hassan, Mr. Mahadir, Mr. Kuan Chee Heng and Nurses & Doctor from Hospital UMRA.

The Together-gether Fund is a platform created by Domino’s to join hands with their customers as every purchase of the Ramadan Combos will contribute towards pizzas which will be accumulated and contributed to groups of Unsung Heroes. From May 17, 2018 to June 3, 2018, when customers purchase any of the Ramadan Combos namely the Ssamjeang Buddy Combo or Ssamjeang Super Combo, a slice of pizza is contributed to the fund. Every six slices of pizza make up a complete Regular pizza.

Shamsul Amree, Senior General Manager, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore said, “Beyond great discounts and fantastic deals, we are presenting our customers with an opportunity to join hands with us and extend their good deeds, especially for Ramadan. These Unsung Heroes are selfless individuals who sacrifice, serve and contribute to their families and communities, going beyond what is needed for the benefit of others and they are truly our inspiration and the epitome of devotion and service. We are very excited to share with you our Together-gether Fund which will see an accumulation of pizzas through customers purchase towards the Unsung Heroes and a number of charity homes.”


“The Unsung Heroes initiative is one that is very close to our hearts. For this bulan puasa, we thought long and hard about creating a platform for us to join forces with our dear customers – all for a good cause. We hope with the support of all Malaysians, we aim to accumulate more than 3,000 boxes of pizzas in the three-week period through this fund initiative which then will be distributed to more than 10,000 Unsung Heroes and underprivileged children during the Ramadhan Raya period,” said Linda Hassan, General Manager, Marketing, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore.

At the launch of the Together-gether Fund, individuals in society who have helped the community through their own personal efforts as well as groups of special individuals who truly place their duties and responsibilities before themselves, were invited for a sumptuous dinner and were presented with a token of appreciation from Domino’s Pizza. Among the Unsung Heroes who were acknowledged include Doctors and Nurses of Hospital UMRA, Firemen from Kota Anggerik Fire Station, Mr.Lex Low, the kind barber, Mr. Palani Kumar and his group of volunteers, Mr. Kuan Chee Heng, the founder of Community Policing Malaysia as well as Encik Ahmad Faizal, the inspiration behind the Unsung Heroes initiative. Caretakers and children of Rumah Titian Kasih and Rumah Amal Kasih Bestari were also invited as part of the launch.

Mr. Kuan Chee Heng (middle), founder of Community Policing Malaysia, recognized for his contribution to alleviate the financial burden of the poor and needy via various initiatives.

Mr. Lex Low (middle), the kind barber who gives free hair cuts and hair cut classes to the orang asli community.



It was all smiles for Domino’s guests that night as one of Domino’s Unsung Heroes, Encik Mahadir, Firemen from Kota Anggerik Fire Station said “I am very touched that there are organisations out there who still recognise us and our work. My job as a fireman is definitely challenging but being here and knowing that Domino’s is celebrating us and our contribution to the community is heart-warming. Thank you, Domino’s, for your support and care.”


Besides those who were present during the launch, Domino’s also acknowledged a group of close to 700 Malaysia Airlines Berhad (MAB) engineering and airport ground operations workforce. A special pizza spread was delivered to them to recognise their efforts and hard work in ensuring that MAB aircrafts are maintained and airport operations services standards meet safety requirements to provide comfort to the passengers.

Ahmad Zamzury Abu Bakar, Senior Manager, Strategy - Market &amp; Business Development of MAB said, “This is the first time a company has reached out to us to recognise our unsung heroes. It is a great gift for them to be acknowledged as many often forgets the dedication that goes into ensuring that every nut and bolt is checked and secured before a passenger steps foot on the flight as well as ensuring aircraft departs and arrive on schedule. A big thank you to Domino’s!”


A special pizza spread was delivered to the Malaysia Airlines Berhad (MAB) engineering and airport ground operations workforce to recognise their efforts and hard work in ensuring that MAB aircrafts are maintained and airport operations services standards meet safety requirements to provide comfort to the passengers.

In line with Domino’s promise to provide value while giving back to the Unsung Heroes, customers can enjoy two Ramadan combo deals as part for the Together-gether Fund which are the Ssamjeang Buddy Combo and the Ssamjeang Super Combo. Priced at RM39.90, the Ssamjeang Buddy Combo includes 1 Regular Ssamjeang pizza, 1 Ayam-Haseyo, 1 Garlic Twisty Bread and 2 cans of soft drinks; while the Ssamjeang Super Combo, priced at RM59.90 comprises of 2 Regular Pizzas, 1 Ayam-Haseyo. 1 Cheesy Mozzarella/Cheddar Stix and 1 bottle of 1.5L soft drink.


Aimed at providing great deals for customers to share delicious meals with friends and family, customers can enjoy the Super Tuesday deal every Tuesday. Personal pizzas priced as low as RM3.90 for self-collect online orders and RM4.90 for over- the counter orders. Available in all pizza flavours (classic and first-class surcharges apply) and Banana Kaya 6”.

Super Tuesday deal every Tuesday

We can call Domino’s at 1-300-888-333 or log on to its website at www.dominos.com.my to place their orders. For latest updates, please visit Domino’s Pizza Malaysia’s Facebook at https://www.facebook.com/DominosMY/ or Instagram at https://www.instagram.com/dominosmy/.





Like Us