Cara lindungi website dari Malware

Mac 31, 2018 2 Comments
Cara lindungi website dari Malware
Cara lindungi website dari Malware |Hari ini seharian diisi dengan aktiviti kemas rumah je bersama si kecil. Sampah dah siap sapu, sawang pun dah buang, kain pun dah kering. Dah siap lipat dah pun! Pokok bunga pun dah semai yang lain dah tadi.  Cuma tinggal giliran buang sampah je lagi rasanya esok tapi tak tau lah kan

Terasa penat juga bila sesekali buat kerja serentak camni setelah lebih 3 minggu tak buat hehe sekarang ini nak rest kejap sebelum masuk tidur. Kalau ikutkan hari ini nak blogwalking sebenarnya tapi nampaknya tak sempat ☹️☹️ Dan disebabkan tak sempat nak blogwalking tu ciktie cara nak check blog kita diserang Malware ataupun tidak. Ada atau tidak ia dekat blog! Atau dalam erti kata lain cara scan blog / website. Dengan sucuri.net senang je nak check tu.

Mula-mula klik >>sini<< ataupun pergi je dekat https://sitecheck.sucuri.net

Lepas tu masukkan url blog dekat dan tekan scan website. 


Bila ia dah habis scan, ia akan paparkan result tu! Mudah je kan 😆😆


Dekat sucuri.net ni, kita bukan saje boleh scan malware tapi boleh juga cleanup dan monitor blog sekali. Apapun semoga entri ini bermafaat untuk kita semua. In Shaa Allah, aamiin


Cabaran Bebas Jerawat Dalam Masa 2 Minggu Bersama Eucerin ® Proacne Solution A.I Clearing Treatment

Mac 30, 2018 5 Comments
Cabaran Bebas Jerawat Dalam Masa 2 Minggu Bersama Eucerin ® Proacne Solution A.I Clearing Treatment
Alahaiii naik pula cik jerawat ni !! Geram pula nengoknya. Biasanya kalau naik sekejap je dah ok tapi kali ni ianya seperti mahu menapak ke dekat muka ni. Mulalah tangan ni gatal-gatal nak picit 😅 Tapi bila dah picit, lain pula jadinya..

Bila berdepan masalah macam ni #jerawat dan #radangkulit kita akan sedaya upaya mencari dan memcuba  pelbagai tips ataupun produk untuk menghapuskannya.  Namun sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kerengsaan. Bagi mengatasi masalah ini ciktie telah menyahut cabaran bebas-jerawat menggunakan produk Eucerin®  dalam masa 2 minggu iaitu ProACNE Solution A.I Treatment. 

Cabaran Bebas Jerawat Dalam Masa 2 Minggu Bersama Eucerin ® Proacne Solution A.I Clearing Treatment

Eucerin® ProACNE Solution A.I Treatment merupakan produk terbaru yang berbentuk pelembap untuk kulit berjerawat. Ia bertindak mengurangkan jerawat komedon seperti bintik-bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu dalam masa 2 minggu tanpa mengeringkan kulit. Ia juga bertindak mengawal kerengsaan untuk kulit lebih sihat dan licin.



Formula Eucerin® ProACNE Solution A.I Treatment terdiri daripada :
  • 10 % Hydroxy Complex, kombinasi 3 ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (Asid glikodik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui kulit muka, membersihkan pori, mengurangkan bakteria yang menyebabkan jerawat serta menanggalkan sel kulit mati;
  • Licochalcone A, merupakan bahan anti radang yang boleh mengurangkan kemerahan pada wajah;
  • Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 merupakan pelembab yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit serta melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Minggu pertama ciktie menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I Treatment ini kulit terasa sedikit pedih. Mungkin ketika itu ia sedang bertindak balas terhadap kulit. Selepas itu dah ok,  dah tak pedih dah selesa je guna. Ok, walaupun tak ketara sangat perubahannya tu, Ciktie perasan bintik-bintik hitam pun dah semakin pudar. Kulit pun terasa lebih lembut dan cerah. Pori-pori kulit pun dah semakin mengecil 😆😆 itu baru 2 minggu ciktie menggunakannya kalau lagi lama rasanya ia lagi ok!




Ia boleh juga digunakan pada malam hari. Baunya yang tak kuat, wangi je dan teksturnya yang lembut dan sifatnya yang mudah meresap terus ke dalam kulit memang mudah sangat digunakan. Penggunaan secara konsisten ini bukan sahaja dapat mengurangkan dan menghalang pertumbuhan jerawat baru tetapi juga mampu mengurangkan parut jerawat, bintik-bintik hitam, mengurangkan bengkak jerawat tetapi ia juga dapat mengekalkan kelembapan kulit dan membersihkan pori-pori kulit yang tersumbat.

Dengan keputusan yang memberangsangkan ini, ciktie mengajak korang semua untuk mencuba sendiri produk Eucerin® ProACNE Solution A.I Treatment ini. Sekarang ini sedang berlangsung Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 hari. Untuk menyertainya korang hanya perlu mengikuti 2 langkah mudah ini je.


Langkah Pertama 
Ambil gambar kulit muka korang pada hari pertama dan juga hari ke 14 selepas penggunaan selama 14 hari.



Langkah Kedua 
Poskan gambar 'sebelum dan selepas' korang dan kongsi pengalaman korang menggunakan produk ini di Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE


Dan  pemenang berpeluang memenangi hadiah yang sangat lumayan iaitu :-

Hadiah Utama 
Produk Eucerin bernilai RM 5,000

Tempat Kedua
Produk Eucerin bernilai RM 2,000

5 Pemenang Bertuah
Produk Eucerin bernilai RM 1,000 setiap seorang


Selain Eucerin® ProACNE Solution A.I Treatment ini terdapat juga pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang daripada senarai produk penjagaan komprehensif ProACN*. Ia boleh diperolehi di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62.

* Sebelum ini Eucerin® ProACNE ini lebih dikenali sebagai Eucerin® DermoPURIFYER.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY




Tips Mudah Memiliki Kulit Flawless Bersama Snow Crystal

Mac 29, 2018 8 Comments
Tips Mudah Memiliki Kulit Flawless Bersama Snow Crystal
Tips Mudah Memiliki Kulit Flawless | Memiliki kulit wajah cerah berseri dan flawless memang menjadi idaman setiap insan tak kira lelaki ataupun perempuan yang sentiasa mementingkan penjagaan kulit. Ia bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan diri tapi juga mampu menarik perhatian orang. Kira macam bonus la ! 

Tapi untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah berseri, flawless, tona sekata, glowing  itu bukanlah sesuatu yang mudah. Macam-macam tips atau petua yang kita usaha untuk mengetahuinya.  Berusaha untuk ikut, jaga dan yang paling penting konsisten mengamalkannya bagi mendapat dan mengekalkannya hasilnya kan??



Berikut ini adalah beberapa tips yang boleh  ciktie senaraikan untuk memiliki kulit wajah flawless, gebu, tona sekata lagi awet muda. Sebelum itu ciktie nak bagitau korang tentang satu produk ni. Ianya bukan ubat! Bukan juga suplemen tapi merupakan makanan tambahan. Basically ia adalah  baik untuk kesihtan kulit, juga untuk mencerahkan, awet muda dan gebu iaitu Snow Crystal keluaran Elldora



Tips Memiliki Kulit Wajah Flawless

  • Cuci muka ! Jangan sesekali skip apatah lagi tidur bersama makeup tu. No..no..
  • Skrub ! Satu minggu 2kali seelok-eloknya la untuk menanggalkan sel mati.
  • Banyakkan minum air kosong dan kurangkan minuman berkarbonat, berkafein tu! Maksimum 8 gelas setiap hari tapi kalau lebih lagi ok. Baik untuk sistem pencernaan dan dalaman kita
  • Dapatkan tidur dan rehat yang cukup
  • Jangan stress-stress ok!
  • Jaga pemakanan! Banyakkan makan buah, sayur dan kurangkan makanan manis; dan yang penting
  • Amalkan pengambilan Snow Crystal (SC) by Elldora !





Snow Crystal (SC) by Elldora
Diformulasikan dari gabungan 22 bahan semulajadi yang terpilih termasuk L-Cystiene, Collagen dan Vitamin C yang mampu bertindak mencerah dan melindungi kulit dengan 12 kesan terbaik (total 12 effect).

Membantu mengurangkan masalah dan melembapkan kulit wajah. Juga membantu mensekatakan rona wajah agar kulit nampak lebih segar dan berseri. Memang sesuai untuk lelaki mahupun perempuan.



Kunyah-kunyah je dah cantik! Tak susah dan tak perlu nak bancuh semua tu sebab ia berbentuk tablet. 100% menggunakan bahan semulajadi, tanpa bahan terlarang apatah lagi berbahaya, keluaran bumiputera muslim, selamat dan amat berkesan digunakan. Dah dapat kelulusanan dari KKM dah !!



Bahan Snow Crystal (SC)
  • L-Cystiene - komponen penting untuk pertumbuhan rambut, kuku dan kulit.
  • Collagen - bertindak sebagai anti penuaan, membantu pengeluaran elastin yang menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan anjal.
  • Mangosteen - anti radang, anti oksidan.
  • Vitamin C - bertindak meremajakan dan melindungi kulit dari tindak balas kimia yang berbahaya.
  • Astaxanthin - memusnahkan ejen radikal untuk pemutihan kulit.
  • Aloe Vera - mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan melembapkan kulit.
  • Rice Bran - menghidratkan kulit dan melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya.
  • Bird Nest - bertindak sebagai anti oksidan dan anti penuaan. Juga bertindak mengatasi kulit kering dan kusam serta memutihkan kulit, 
  • Sakura - melembapkan kulit dan membantu meningkatkan keanjalan kulit dan pemutihan.
  • Premix Mineral - menghadkan sinaran UV ke dalam kulit.
  • Green tea - melindungi kulit daripada sinaran UV, membaiki dan membantu kulit kering, minyak dan jerawat.
  • Olive leaf - sebagai anti penuaan dan meningkatkan testur kulit.
  • Mixberries - antioksidan, anti penuaan, mengurangkan bintik hitam, menghidrat kulit dan mengurangkan keradangan kulit.
  • Promegranate - menghasilkan sel-sel kulit baru.
  • Applephenol - anti radang, anti oksidan dan memutihkan kulit.
  • Papaya - melawan bintik hitam dan jerawat.
  • Tomato  -  kaya dengan antioksidan, melembapkan kulit dan pengawalan kulit berminyak serta jerawat.
  • Lychee - mengurangkan bintik hitam dan memudarkan jerawat dan memperbaiki tekstur kulit.
  • Isomalt - rendah kalori dan indeks glisemik, menyokong kesihatan usus.
  • Strawberry- mengelakkan pembentukan radikal bebas dan memutihkan kulit.
  • Dextrose - memberi tenaga (karbohidrat) untuk badan, bebas lemak dan kolesterol.
  • Premix Vitamin - komponen penting dalam struktur kulit dan memodulasi fungsi biologi.




Kalau nak tahu ciktie sendiri pun sedang mengamalkan pengambilan SC ni ! Rasa ia sedap, gabungan lychee dan strawberry. Ciktie ambil 2 kali sehari.. sebiji sebelum breakfast dan sebiji lagi sebelum tidur! Kesannya dapat dilihat seawal 2 minggu (7-14 hari). Kalau sebelum ini tak cukup tidur wajah kepenatan dan keletihan itu memang jelas kelihatan. Kusam je nampak, nak tepek bedak pun hmmm camtu la. Semacam je rasa tapi sekarang tak lagi ! Tepek bedak pun semudah abc je. Tak perlu nak berlama-lama depan cermin dah.


Wajah keletihan dan kepenatan itu pun dah tak ketara sangat. Pori-pori kulit pun dah semakin mengecil. Pigmentasi pun macam dah ada perubahan. Kulit pun dah semakin cerah dan tak kering sangat dah. Lepas solat pun lebih confident pakai bedak debu Johnson's tu.



Satu botol Snow Crystal ni mempunyai 60 biji. Kira cukup-cukup sebulan untuk stok pengambilannya. Harga untuk sebotol SC ni Rm 79.90 (semenanjung) Rm82 (sabah Sarawak). Untuk maklumat lanjut korang boleh layari sesawang berikut

Elldora Empire
~ Inspire Your Desire ~ 

FB: Elldora Beauty HQ
IG: Elldora Beauty HQ

HOTLINE: 019- 227 1077




 Testimoni Snow Crystal (SC) 







Selain SC, tak lama lagi produk elldora Majestic Touch Treatment Foundation dan Dermalic Skincare akan berada di pasaran. Dengan bantuan Doktor perubatan dan chemist, maka terhasillah produk elldora yang diformulasi khas untuk mereka yang inginkan produk selamat & natural yang mampu merawat, memutih, meremajakan dan mencantikkan kulit. Tak sabar nak tunggu tu





















Terpilih sebagai top commentor di Blog Fiezasani

Mac 28, 2018 8 Comments
Terpilih sebagai top commentor di Blog Fiezasani
Alhamdulillah, berpeluang lagi sekali ciktie bergelar top commentor untuk bulan Februari! Kalau bulan Januari yang lalu dah  terpilihsebagai top komentator untuk blog Starlavenderluna.Blogspot dan Seindahcerita.blogspot tapi kali ini peluang itu datang dari blog www.fiezasani.xyz pula. Terima kasih kak Fieza! Hadiah tu dah selamat sampai ke tangan ciktie dah. Ciktie suka sangat!


Tak sangka boleh terpilih sebenarnya ni! Sebabnya bermula bulan Februari hari tu sampailah sekarang ciktie tak berapa sihat dan asyik sibuk je. Blogwalking pun mana-mana blog yang tinggalkan komen jelah..itupun tak sempat nak scroll bloglist yang banyak-banyak tu. Dah alang-alang korang dah baca entri ni apa kata singgah blog kak Fieza pula..


Kalau nak tahu kak Fieza ni sukakan sesuatu yang Beauty!  Itulah sebab kenapa dekat blog kak fieza banyak bercerita tentang kecantikan. maCam biasa ciktie pinjam header ye kak fieza !! 







Hadiah Peribadi hanya di Printcious

Mac 26, 2018 7 Comments
Hadiah Peribadi hanya di Printcious
Sekarang ni masih cuti sekolah lagi kan. Apa yang pasti sekarang ni masih lagi musim orang kahwin! Buntu kadang-kadang nak hadiahkan apa dekat  pasangan mempelai. Pinggan mangkuk?? Sudu garpu? Peralatan dapur? Kain pasang?? tudung?? Hmmm yang paling unik bagi ciktie setakat ini adalah tong gas hehe sebenarnya ciktie lebih gemarkan sesuatu yang unik dan cute. Tapi biasanya yang unik ni perlukan pulus yang lebih kan 🤔🤔 tapiii kalau dekat sesawang Printcious ianya tak perlu nak risau! Macam-macam kategori hadiah ni ada. Siap ada offer lagi sekarang ni..

Dan sempena ulangtahun my sis hujung bulan ni ciktie dah siapkan satu hadiah ni! Kira Birthday gifts idea la. Harapnya dia suka la. Itupun baru minggu lepas ciktie order



Inilah hadiahnya tu! Cantik tak?? Ini ciktie gtau korang dulu ni jangan pula nanti korang gtau dia dulu. Kalau tak hmmm tak surprise la. Sebenarnya ada banyak gifts made with photo di Printcious ni. Sampai rambang mata juga la nak pilih hehe.. Mula-mula tu ciktie ingatkan nak bagi dia puzzle. Nak letak gambar dia satu keluarga tapi disebabkan dalam phone ni gambar dia sekeluarga tak ada, tukar ambil mug je. 

Sebelum ini ciktie ada kongsikan cara nak order cushion dekat Printcious ni tapi itu melalui pc! Rupanya Printcious ni ada cara lebih mudah lagi nak order hadiah ni. Guna phone je! Lagi mudah, senang pun senang. Ada yang nak tau camne tak 😆😆

Cara order mug by phone
Layari sesawang www.printcious.com dan pilih klik Create colour mug


 Klik create now


Masukkan gambar / apa-apa teks yang korang nak kemudian tetapkan saiz tu --> Done


Kat sini kita boleh tengok macamana kedudukan imej/teks yang kita masukkan tu. Kalau dah ok --> Add to Cart ! Tapiii kalau nak buat pindaan ---> Edit My Design Again

Kat sini juga kita boleh pilih warna bahagian dalam mug dan pemegangnya.


Masukkan maklumat shipping address


Buat pembayaran! Ada 2 cara pembayaran tu samada secara online atau ATM ---> Next



Ok, dah siap !! Sabarlah hati menunggu hadiah peribadi ini sampai.  

If you are looking for best pin badges for college , don’t forget to contact them. 

Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, prom nite photo booth is your best entertainment.”

WEBSITE
 https://www.printcious.com/my

FACEBOOK

INSTAGRAM




Makan-makan kat Hotel Crown Garden

Mac 25, 2018 4 Comments
Makan-makan kat Hotel  Crown Garden
Sebenarnya event ni dah lama dah ! Hujung tahun lepas..bukan hujung juga la dalam bulan 11 lagi bendanya, 29.11.17 tapi memandangkan sebelum ini tak sempat nak publish. Jadinya dengan rasminya hari ini ciktie publish kannya !

Makan siang

Tak ada salahnya kalau kita nak bagi rewards dekat diri sendiri pun kan?? Nak tunggu kita dapat rewards dari orang lambat sangat! Korang sendiri pun tak moh bagi jadinya semua team ciktie kat office mengambil keputusan untuk sesama bagi rewards tuk diri sendiri selepas memasing penat work hard bagi menjayakan sasaran kerja tahunan. Event makan-makan ini bukan sahaja untuk meraikan kejayaan team melaksanakan tugas semata-mata tapi ia juga disekalikan dengan sambutan ulang tahun dan juga jamuan perpisahan diantara kami.


Dah terkurang sorang team kami. Ok..kerja tetap kerja walaupun penat kan. Tapi ada ke kerja tak penat 🤔 kalau lepak je tak buat menda pun penat juga kan. Biasalah kerja time kemuncak tu memang memenatkan tapi bila dah lepas tu ushhh terasa lega yang amat!


Oklah takmau cerita bab kerja. Sekarang ciktie nak ajak korang cuci mata je.. Menunya banyak lauk tapi tak sempat nak snap satu-satu! Dah lapar sangat masa tu ..

Stand

Hotel  Crown Garden





Hotel  Crown Garden



Selfie time!! Sebelum tu kalau korang nak tahu kat mana letaknya Crown Garden Hotel Jalan ni korang boleh guna maps je ye. Ciktie lupa cara camne nak masukkan maps dekat blog. Bila dah tahu nanti ciktie update balik 

Dan kalau korang nak tahu apa-apa maklumat berkaitan hotel Crown Garden ni layari je sesawang website diorang di www.crowngardenhotel.com Tapi ini bukanlah siaran berbayar ye! Just sharing is caring je kot-kot lepas ni ada pihak diorang nak bagi diskaun guna dewan ke nak bagi ciktie review produk diorang ke! Siapa tahu kan 😆😆

Sairus

Shaz

Tini

Rainusah

Wan










Like Us