Jom Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles dan Menangi Hadiah Tunai Bernilai RM20,000!

Mac 25, 2020 3 Comments
Jom Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles dan Menangi Hadiah Tunai Bernilai RM20,000!
Rasanya ramai kot yang dah mula kebosanan berada di rumah! Serba-serbi tak kena dah. Tak tau nak buat apa..

Apa kata korang join teka perisa misteri kerepek Pringles baharu edisi terhad ni. Jom cabar diri kita!  Mana tau tekaan kita tu tepat! Dapat hadiah tunai RM20,000. Banyak  tu..bukan sikit-sikit tau. Ciktie dah cuba dah Pringles Edisi Terhad ni..

Jom Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles dan Menangi Hadiah Tunai Bernilai RM20,000! 

Semua orang sukakan kejutan yang menyeronokkan terutama dengan kehadiran makanan ringan (snek). Semestinya kita terbayangkan snek Pringles yang menjadi kegemaran ramai di pesta mahupun keramaian. Cukup dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepeknya yang unik dan disusun bertingkat-tingkat. Setiap kepingannya sungguh rangup dan tidak berminyak pada jari ataupun di mulut. Kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. Sama ada kita mengidamkan snek dengan perisa hebat atau sesuatu yang agak masam dan pedas.

Teka dan menang

Ciktie

Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminatnya snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Ia hanya boleh didapati dalam masa yang terhad iaitu mulai 1 Mac. Didatangkan dalam tin putih, membolehkan kita meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!

Tempoh Peraduan "Meneka Perisa Misteri" 

Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia. Perisa Misteri ini boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020. Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah yang dapat meneka Perisa Misteri dengan betul akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 !

Ciktie

"Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sepanjang dekad yang lalu, kami kekal sejati dengan jenama kami, "Sekali anda makan, keseronokannya tidak akan berhenti!" Inilah sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek sungguh menyeronokkan bagi seisi keluarga," kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara.

"Kini terdapat lapan perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti Keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa hanya untuk masa terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa memakannya, kerana itulah Pringles yang sebenar! Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga, serta mendapat ganjaran untuk "meneka" perisa dengan betul. Walaupun jika anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!" kata Sanjib.

Ciktie

Cara Menyertai Peraduan "Meneka Perisa Misteri"

Mudah je caranya
  • BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
  • Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
  • Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!
Ciktie

Petunjuk (KLU) Peraduan "Meneka Perisa Misteri Pringles"

Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri ini, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya. Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan untuk dapatkan petunjuk ataupun tips untuk membantu korang "menyelesaikan" misteri meneka perisa ini dengan betul!

So, apa tunggu lagi jomlah dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran "Guess the Flavour" sekarang untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM20,000!

Untuk info lanjut mengenai peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, boleh layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau ikuti Pringles Malaysia di Facebook: @Pringles Malaysia.

Mengenai Pringles

Dalam masa 40 tahun, Pringles telah berkembang menjadi makanan ringan sensasi di peringkat global. Ianya pertama kali dicipta pada tahun 1966 di Amerika Syarikat dan dilancarkan secara rasminya di seluruh negara pada tahun 1975. Pringles dengan pantas telah menjadi sensasi di seluruh negara yang didorong oleh bentuknya yang unik seperti pelana yang disusun bertingkat-tingkat di dalam bekas silinder dengan ikon Mr. P. Kerepek Pringles yang ikonik kini dijual di 140 buah negara dan boleh didapati dalam lebih daripada 140 perisa ikonik.

Ciktie

Diwujudkan untuk meningkatkan pengalaman menikmati makanan ringan melalui keseronokan sambil bermain. 

Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com

Mac 21, 2020 9 Comments
Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 di Mialiana.com bermula pada 11.00 pagi 21/3/2020 sehingga 11.00 pagi 22/3/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2020.

** jom support Mia Liana....

Sajian Enak Hellmann’s dengan tiga perisa eksklusif Sos Salad Baru

Mac 15, 2020 5 Comments
Sajian Enak Hellmann’s dengan tiga perisa eksklusif Sos Salad Baru

Sajian Enak Hellmann’s dengan tiga perisa eksklusif Sos Salad Baru

Pertengahan bulan November yang lalu, Hellmann’s telah meraikan ketibaan rasminya di Malaysia dengan pelancaran tiga sos salad baru. Ianya diperbuat daripada ramuan sebenar bagi menampilkan yang terbaik kepada sajian makanan mudah dan enak. Dicipta khas untuk menambahbaik keenakan rasa salad yang dihidangi.

3 Variasi Sos Salad Baru Hellmann’s

3 varian sos salad itu adalah:-
  • Roasted Sesame
  • Smoky Thousand Island 
  • Smoky Caesar 


Sentiasa berusaha untuk menyajikan kenikmatan makanan terbaik, Hellmann’s jenama perasa terkenal ini berterusan mencabar tanggapan salah bahawa pemakanan sihat selalunya membosankan dengan hidangan salad yang tidak mempunyai sebarang rasa. Dengan menggunakan ramuan sebenar, sos salad Roasted Sesame dari Hellmann’s yang dirumus khas untuk memberikan rasa bijan panggang yang lebih kaya bagi meningkatkan rasa salad. Mengikut konsep yang sama, Hellmann’s juga menggabungkan rasa smoky yang unik kepada sos salad Thousand Island dan Caesar untuk menghasilkan hidangan salad yang lebih mengujakan dan beraroma.

“Hellmann’s terkenal di seluruh dunia kerana kami menggunakan ramuan sebenar untuk mencipta rasa yang enak dan berkualiti. Bagi Hellmann’s, keutamaan kami adalah untuk menyajikan detik makanan sebenar yang mengujakan bagi rakyat Malaysia. Walaupun sos salad Hellmann’s bukan hidangan utama di dalam sesuatu juadah, ia adalah tambahan sempurna untuk meningkatkan rasa sesuatu sajian - menjadikan sesuatu hidangan biasa kepada luar biasa’’ kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever Malaysia. 

Kerjasama dengan La Juiceria Superfoods

Sebagai sebahagian daripada usaha jenama untuk mengubah hidangan biasa kepada luar biasa, Hellmann’s menjalin kerjasama dengan kumpulan kafe makanan sihat tempatan, La Juiceria Superfoods untuk mencipta bersama menu salad yang sihat lagi lazat seperti Asian Duck Salad, Super Protein Caesar Salad dan Avocado Kale Quinoa Salad untuk rakyat Malaysia. Kolaborasi strategik ini dicetuskan menerusi usaha Hellmann’s untuk menggalakkan pemakanan lebih sihat selain memberi inspirasi kepada para rakyat Malaysia untuk menambahkan keterujaan dalam waktu makan masing-masing bersama Hellmann's.



Harga

Nikmati rasa enak Hellmann’s hari ini dengan memilih sajian sos salad baru Roasted Sesame, Smoky Thousand Island dan Smoky Caesar di semua pasar raya utama, pasar raya besar dan laman e-dagang seperti Lazada dan Shopee dengan harga runcit yang disyorkan iaitu Rm9.00 setiap botol 210ml.

Tiga salad baru ciptaan Hellmann’s bersama La Juiceria Superfoods ini juga boleh didapatkan dengan harga RM21.90 setiap satu di semua kedai La Juiceria Superfoods, termasuk platform penghantaran makanan GrabFood mulai 29 Februari 2020 lagi.


Untuk maklumat lanjut atau berita terkini mengenainya, boleh layari

Facebook



Barisan Menteri Kabinet Baru 2020

Mac 14, 2020 2 Comments
Barisan Menteri Kabinet Baru 2020
Alhamdulillah, sejarah dah tercipta negara kita telah ditadbir oleh Yang di-Pertuan Agong dibantu Perdana Menteri Interim beberapa hari yang lalu tanpa mana-mana menteri kabinet. Akhirnya awal bulan ini, barisan menteri kabinet yang baru telah dilantik.

Pelantikan Perdana Menteri Ke-8

Sebelum ini  Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir Mohamad telah meletak jawatan pada 24 Februari 2020. Seterusnya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baru selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan (sehingga perdana menteri baru dilantik dan Kabinet dibentuk).

Atas nasihatnya juga semua barisan menteri kabinet ketika itu dibatalkan, sehinggalah pada 1Mac 2020 yang lalu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8. Barisan menteri kabinetnya yang baru seterusnya diumum pada 9 Mac  yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada semua barisan menteri dan kabinet yang baru. Selamat bertugas dan semoga dapat laksanakan amanah ini sepenuhnya. In Shaa Allah, Aamiin.


Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Barisan Menteri Kanan & Timbalan Menteri

1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

2. Menteri Pertahanan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

3. Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

4. Menteri Pendidikan
Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri  

Menteri Kewangan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi

Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

Tugas-tugas Khas
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Binti Yazid

Parlimen dan Undang-Undang
Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith

Hal Ehwal Agama
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary

Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

Menteri Alam Sekitar
Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan
Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga
Datuk Seri Rina Mohd Harun
Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Dr Abd Latiff Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara
Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan
Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai Senator)

Sumber : BH Online


Rahsia Sejati Kaum Wanita Dengan ProCare Rahsia Puteri

Mac 11, 2020 1 Comment
Rahsia Sejati Kaum Wanita Dengan ProCare Rahsia Puteri
Oo..o..ingatkan bila sudah mai on time dapatlah jumpa doktor pun on time jugalah mengikut temujanji. Sekali hahaha ambil ko dah dekat sejam menunggu saje. Tapi takpe! Sementara menunggu no giliran ni dipanggil. Ciktie nak bagitau satu rahsia penting kaum wanita ni. Memang korang patut tau sangat tau, Rahsia sejati kaum wanita untuk tampil lebih segar dan yakin.

Rahsia Puteri Feminine Wash, Rahsia Sejati Kaum Wanita

Rahsia Kebersihan Wanita Sebenar | Rahsia Puteri Feminine Wash 

Rahsia Puteri Feminine Wash! Merupakan penjagaan khas untuk pembersihan bahagian intim wanita! Amat penting bagi membantu mengimbangi kelembapan PH semulajadi bahagian tersebut. Ketidakseimbangan bahagian ini boleh menyebabkan jangkitan kuman, kegatalan, keputihan dan juga penghasilan bau yang kurang menyenangkan.

Dan sebab itulah juga kenapa bahagian ini tidak digalakkan dibasuh atau dicuci menggunakan sabun ataupun mandian biasa.

Ciktie.com

Produk keluaran ProCare ini diformulasikan secara semulajadi dengan gabungan 5 ekstrak herba seperti kacip Fatimah, manjakani, daun sirih, Lobata dan bawang putih yang bertindak dengan 3 langkah :-
  1. Melindungi (Protect) - melindungi daripada jangkitan dan kekeringan bahagian intim. Mencegah bau yang kurang menyenangkan. Mengurangkan keputihan.
  2. Memulihkan ( Revitalize) - menganjalkan kulit secara semulajadi
  3. Menyegarkan (Refresh) - mengurangkan kekeringan bahagian intim bagi memastikan kebersihan dan kesegarannya.



Rahsia Puteri Feminine Wash, Rahsia Sejati Kaum Wanita

Kelebihan Puteri Feminine Wash

  • Melindungi  daripada jangkitan dan kerengsaan bahagia intim
  • Seimbangkan ph  kelembapan bahagian intim
  • Mengurangkan keputihan
  • Menyahkan bau yang kurang menyenangkan
  • Memulih serta menyegarkan bahagian intim
  • Bersifat anti radang
Ciktie.com

Rahsia Kebersihan Wanita Sebenar | Rahsia Puteri Feminine Wash

Cara menggunakan

Langkah 1
Basahkan bahagian intim

Langkah 2
Picitkan ProCare rahsia Puteri Feminine keatas tapak tangan

Langkah 3
Basuh bhgn intim dengan lembut dan biarkan selama 30 saat sebelum dibilas sehingga bersih.


Rahsia Puteri Feminine Wash, Rahsia Sejati Kaum Wanita


Harga

Hadir dalam 2 packaging yang berbeza iaitu :-
30ml - Rm15
100ml - Rm43

Untuk pakej istimewa 100ml dan 30ml, hanya rm50 je..



Untuk korang yang ingin menambahkan pendapatan, boleh hubungi YSP Industries (M) Sdn Bhd di talian +60124954288




Untuk info lanjut layari

Website
https://www.pro-care.com.my

Facebook 
ProCare

Instagram 
@procaremy





Yg HALAL boleh MENJADI yang HARAM.

Mac 11, 2020 2 Comments
Yg HALAL boleh MENJADI yang HARAM.
Kadang-kadang kita terlalu ghairah terutamanya bila bab makan ni. Pantang betul orang jemput makan atau orang buat makan-makan mulalah berangan nak tapau. Nak bungkus bawa balik sikit haha. Niatnya satu je. Dah tak kena masak dah. Tapii itulah kadang-kadang caranya tak berapa nak kena. Kita terlupa minta izin tuan rumah 😭😭

Tertarik dengan apa yang yang dikongsikan officemate dalam group wassap office ni. Ciktie kongsikan pula ianya dekat sini supaya tak mudah lupa. Moga-moga ianya menjadi ingatan buat diri ini yang selalu leka. In Shaa Allah, Aamiin

Yg HALAL boleh MENJADI yang HARAM.

Saya pernah dengar satu pesanan seorang; ketika itu kami di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang kamu mahu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis...

Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis.

Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal, jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Tiada seorang pun yang terlepas. Di dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut.

Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat.

Begitu juga ibubapa yang sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yang sakit, mak ayah kata dia redha tetapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut.

Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua, di akhirat juga akan dituntut kelak.

Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu.

Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur.

Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri.

Di dunia ini jika suami membiarkan isteri-isteri dan anak-anak mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak-anak akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut.

Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tidak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan. Maka di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut hak kepada kita.

Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangatn ingat di alam maya ni, Allah Taala tak hitung amalan kita. Apa saja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab.

Seorang perempuan beragama Islam yang mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan-kawan yang menegur dia untuk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yang tidak menutup aurat tu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawan yang tidak menegurnya.

Kredit : Selamat Asrolafandi Mas



Taman Tema Dinasour, Kota Bharu !

Mac 08, 2020 2 Comments
Taman Tema Dinasour, Kota Bharu !
Hari ini hari terakhir dah kot Taman Tema Dinasour dekat sini - Tambatan DiRaja, KB selepas dibuka 21 Februari lalu. Selepas ini kalau sesiapa nak tengok dinasour bolehlah ke Pantai Geting, Tumpat ye.. Nanti pergilah malam ye. Barulah nampak lebih real dan berbaloi.

Sebenarnya ini cerita 2 minggu lepas. Masa tu kebetulan dapat cuti so tunaikan ajelah janji yang telah dibuat dengan si kakak ni. Mana tahan hari-hari duk menagih janji.

Taman Tema Dinasour, Kota Bharu !

Kalau ikutkan hari tu sebenarnya dah sampai sana dalam pukul 4 lebih camtulah cuma masa tu, taman tema dinasour ni tak buka lagi. So, pergilah tempat lain dulu sebelum patah balik ke sini.



Nasib baik masa sampai tu masih ada parking depan-depan tu. Taklah kena jalan sangat. Lepas bayar tiket terus ajelah masuk. Rm 30 untuk 2 orang dewasa dan sorang kanak-kanak. Percuma untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah.


Masuk-masuk je alahaii tapi mungkin disebabkan ciktie pergi harinya masih siang. Suasana ianya tanpa lampu-lampu tak meriah sangat. Mungkin !! Sesiapa yang dah pergi sebelah malam boleh jelaskan kemeriahan suasana dan keadaannya ye. Mesti lagi lawa ni.




Nasib baik jugalah dah singgah pameran 3D dekat Muzium tu awal-awal. Kakak pada awalnya teruja nak sentuh dan tengok dinasour tu tiba-tiba seram campur terkejut kot tiba-tiba je dinasour tu ada bunyi  dan bergerak-gerak hikhik. Jenuh suruh duduk dekat nak snap gambar taknak. Tapi bila dah tengok ramai budak yang sebaya dia pergi dekat. Akhirnya ok dengan sendiri dah. Siap minta nak naik atas dua-dua dinasour tu lagi. Cuma yang dekat bawah tu ciktie tak bagi..nanti tah pukul berapa la boleh balik bila dia dah naik tu.





Kira oklah juga taman tema ni. Boleh bawa anak-anak bersantai sambil-sambil berkenalan dengan jenis-jenis dinasour terdapat di sini. Nama mengenainya pun ada dipamerkan berdekatannya tu. Tapi ciktie takdenya nak ingat satu-satu namanya tu. Cukuplah setakat tengok orang kata..











So, dah tertunai dah janji nak bawa kakak tengok dinasour..






Tahan Instant Hijab Untuk Wanita Aktif

Mac 04, 2020 1 Comment
Tahan Instant Hijab Untuk Wanita Aktif
Selesa sangat kenakan tudung instant hijab yang satu ni. Memang lain dan berbeza dengan instant hijab yang pernah ciktie cuba. Daripada mula-mula terima sampailah sekarang, memang selalu sangat menjadi pilihan untuk dipakai. Sebabnya tak lain tak bukan ia membantu untuk bersiap dengan lebih cepat. Sebaik disarungkan terletak elok je di kepala. Material kainnya pun diperbuat daripada 90% polyster dan 10% lagi dari spadex. Fabrik yang sesuai untuk aktiviti lasak. 

Tahan Instant Hijab Untuk Wanita Aktif Masa kini



Sebenarnya ciktie ni cukup cerewet sikit bab-bab tudung ni terutamanya jenis instant. Semacam aje rasa bila memakainya bukan tak pernah cuba. Cuba tapi tak berapa selesa dan confident untuk digayakan. Terasa macam bukan diri sendiri pun ada. Serba tak kena je rasa terutamanya pada bentuk mukanya tu. Haa sebab itulah ciktie lebih selesa kenakan tudung bawal aje kemana-mana dan apa jua keadaan. Sanggup lambat iron tudung dulu daripada kenakan tudung instant macam orang lain.



Tapi instant tudung keluaran PTT OUTDOOR ini cukup berbeza. Selain berkualiti tinggi! Lembut, tak mudah renyut, tak kena iron. Awning tak keras, design pun lawa, labuh menutupi dada dan bahu. Ia sebenarnya direkabentuk untuk wanita aktif bersukan yang tidak memerlukan banyak masa untuk bersiap. Simple dan cukup memudahkan.


Dihasilkan dari fabrik yang berkualiti tinggi. Kainnya jenis ringan. Baik untuk penyerapan peluh, mudah kering, mudah digayakan dan fleksibel fleksibel ke pratikal ye untuk pelbagai kegunaan seharian terutamanya untuk aktiviti harian dekat luar. Tidak terhad untuk aktiviti bersukan sahaja sebenarnya Tahan Instant Sports Hijab ni. Kalau kita nak keluar ke pasar..pasaraya, bersantai, berkebun pendek kata kemana saje. Tapi setakat ini ke office je ciktie belum pakai lagi. Lain-lain tempat dah..awal-awal hari tu risau juga kot-kot k.o hehe sekarang tengoklah kita dah jatuh hati dah 😍😍


Tahan Instant Sports Hijab

Tips Memilih Tudung Untuk Wanita Aktif Bersukan Atau Aktiviti Lasak Dengan Tahan Instant Sports Hijab 

  1. Berkualiti dan material kainnya jenis sejuk tidak panas. Ringan dan cepat kering (baik untuk penyerapan peluh dan tidak memerangkap bau).
  2. Selesa dan mudah dipakai serta digayakan. Sarung dan terletak elok bila dipakai. 
  3. Labuh dan menutup aurat. Melepasi dada.
  4. Pratikal ! Sesuai untuk semua keadaan. Boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti luaran tidak terhad untuk satu-satu kegunaan sahaja.
  5. Harga mampu milik.
  6. Rekabentuk moden dan menarik. Boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama.


Hadir dengan 3 colour yang berbeza iaitu Green, Gray dan Blue. Direkabentuk untuk wanita aktif dalam sukan tetapi menutup aurat. Ciktie memang recommended sangat instant hijab ni dekat korang. Nak hadiahkan buat seseorang pun sesuai ni. Sekarang ini ada promosi lagi daripada harga asalnya, Rm79 tu.

Untuk info lanjut korang boleh layari

Like Us