Taman Tema Dinasour, Kota Bharu ! - Ciktie Dot Com

Breaking

Sunday, March 8, 2020

Taman Tema Dinasour, Kota Bharu !


Hari ini hari terakhir dah kot Taman Tema Dinasour dekat sini - Tambatan DiRaja, KB selepas dibuka 21 Februari lalu. Selepas ini kalau sesiapa nak tengok dinasour bolehlah ke Pantai Geting, Tumpat ye.. Nanti pergilah malam ye. Barulah nampak lebih real dan berbaloi.

Sebenarnya ini cerita 2 minggu lepas. Masa tu kebetulan dapat cuti so tunaikan ajelah janji yang telah dibuat dengan si kakak ni. Mana tahan hari-hari duk menagih janji.

Taman Tema Dinasour, Kota Bharu !

Kalau ikutkan hari tu sebenarnya dah sampai sana dalam pukul 4 lebih camtulah cuma masa tu, taman tema dinasour ni tak buka lagi. So, pergilah tempat lain dulu sebelum patah balik ke sini.



Nasib baik masa sampai tu masih ada parking depan-depan tu. Taklah kena jalan sangat. Lepas bayar tiket terus ajelah masuk. Rm 30 untuk 2 orang dewasa dan sorang kanak-kanak. Percuma untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah.


Masuk-masuk je alahaii tapi mungkin disebabkan ciktie pergi harinya masih siang. Suasana ianya tanpa lampu-lampu tak meriah sangat. Mungkin !! Sesiapa yang dah pergi sebelah malam boleh jelaskan kemeriahan suasana dan keadaannya ye. Mesti lagi lawa ni.




Nasib baik jugalah dah singgah pameran 3D dekat Muzium tu awal-awal. Kakak pada awalnya teruja nak sentuh dan tengok dinasour tu tiba-tiba seram campur terkejut kot tiba-tiba je dinasour tu ada bunyi  dan bergerak-gerak hikhik. Jenuh suruh duduk dekat nak snap gambar taknak. Tapi bila dah tengok ramai budak yang sebaya dia pergi dekat. Akhirnya ok dengan sendiri dah. Siap minta nak naik atas dua-dua dinasour tu lagi. Cuma yang dekat bawah tu ciktie tak bagi..nanti tah pukul berapa la boleh balik bila dia dah naik tu.





Kira oklah juga taman tema ni. Boleh bawa anak-anak bersantai sambil-sambil berkenalan dengan jenis-jenis dinasour terdapat di sini. Nama mengenainya pun ada dipamerkan berdekatannya tu. Tapi ciktie takdenya nak ingat satu-satu namanya tu. Cukuplah setakat tengok orang kata..











So, dah tertunai dah janji nak bawa kakak tengok dinasour..






No comments:

Post a Comment

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************