Kenapa kening asyik bergerak-gerak ?? - Ciktie Dot Com

Breaking

adsense 7hb11

Selasa, 22 Disember 2020

Kenapa kening asyik bergerak-gerak ??


2/3 menjak ni, gemar betul kening sebelah kanan ni bergerak-gerak. Orang kata akan bertemu dengan orang yang disenangi  πŸ€”πŸ€” Tapi ada juga pendapat mengatakan akan mengalami kesukaran ataupun kesusahan, sebelum datangnya kebahagiaan. Dan jika kening sebelah kiri pula yang bergerak orang kata akan memperolehi rezeki ataupun mendapat wang camtulah.


Sejauh mane kebenarannya pun tak pastilah. Yang pasti memang tak selesa jugalah dibuatnya ni. Kerap sangat kot !Try jugak lah sentuh taknak bagi bergerak. Berhentilah juga sekejap. Dan gara-gara nak tahu sebab disebaliknya tu, adalah juga tanya encik Google ni. Tapi takdelah nak ambil serius pun jawapan en.google ni. Percaya lagilah jauh.. Cukup sekadar penyedap rasa aje. Ialah boleh dikatakan majoriti orang yang ditemui disenangi kot kan πŸ˜™πŸ˜™ tapi kalau ada lagi yang lebih disenangi tu tak tahulah kan. Lain orang lain layanannya. Mungkin itu jugalah yang membezakan kita untuk lebih disenangi kan.


Kening asyik bergerak-gerak ? Kenapa yer

Maksud disebalik anggota badan bergerak-gerak

Maksud Kening Bergerak

πŸ‘€ Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi. 

πŸ‘€ Alis Kiri bergerak– akan mendapat wang. 

πŸ‘€ Kelopak Mata Kanan di atas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan. 

πŸ‘€ Kelopak Mata Kanan di bawah bergerak – akan mendapat kesusahan. 

πŸ‘€ Kelopak Mata Kiri di atas bergerak – akan mendapat kebaikan. 

πŸ‘€ Kelopak Mata Kiri di bawah bergerak – hendak menangis. 

πŸ‘€ Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh. 

πŸ‘€ Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan. 

πŸ‘€ Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta. 

πŸ‘€ Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati. 

πŸ‘€ Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.


Tapi mungkin juga pergerakan ini  sign disebabkan terlalu mengadap komputer. Stress..penat nak siapkan sesuatu ataupun apa-apa aje hingga menyebabkan ketegangan otot sekitar mata kan. Apapun fikir yang baik-baik aje semoga yang baik-baik itu jugalah yang datang mendekat. 


Tapi kalau yang sebaliknya pula yang datang, harap-harap diri ini mampulah bersabar dan menerimanya dengan positif. Hadapi dengan tenang..In Shaa Allah, semoga semua akan ok. Tapi kalau tak harapnya orang sekeliling tabahlah hadapi kerenah diriku ni yang macam-macam kan 😜 






8 ulasan:

  1. Kadang2 risau bila mana terkerdip2 ni huhu

    BalasPadam
  2. aduhhhhhhhh maksud3 ni smua org tua tua dulu kan tapi sometimes menjadi ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulahh ada juga orang kata camtu. tu yang risau tu

      Padam
  3. boleh percaya ke semua ni.. heheh
    kadang2 tu sebab keletihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. caya tak caya camtu ajelah hahaha kira buat penyedap rasa ajelah kot

      Padam
  4. Pernah rasa, tapi tak ingat lepastu jadi apa.. hahahahaa... tak terfikir pulak nak google masa tu..... Tapi kita sentiasa berharap segalanya yang baik baik je.. kan

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************