4 Daerah Di Kelantan Dilanjutkan tempoh PKPB sehingga 20hb dan Larangan Rentas Sempadan Dibenarkan - Ciktie Dot Com

Breaking

adsense 7hb11

Khamis, 10 Disember 2020

4 Daerah Di Kelantan Dilanjutkan tempoh PKPB sehingga 20hb dan Larangan Rentas Sempadan Dibenarkan


Alhamdulillah, walaupun bukan keseluruhan negeri Kelantan diisytiharkan pkpp minggu lepas tetapi sekurang-kurangnya ada perubahan positif ke arah itu. Negeri lain pun sama walaupun masih ada lagi yang terpaksa bersabar dan terus bersabar untuk memastikan rantaiannya mampu diputuskan. In Shaa Allah, kita mesti menang walaupun saban hari ada je penambahan kes pandemik Covid-19 ini.


4 Daerah Di Kelantan Dilanjutkan tempoh PKPB sehingga 20hb dan Larangan Rentas Sempadan Dibenarkan

Risau memanglah risau. Siapa tak risau kan..risikonya dijangkiti dan menjangkiti tu ada nak-nak kita tak tahu dengan siapa kita berhubung setiap hari tu, dari mana tapi itulah sampai bila kita kena berkurung camtu aje. Perut perlu juga diisi sampai bila nak harapkan bantuan datang camtu je. 


Tiada lagi sekatan jalan raya melepasi sempadan negeri atau daerah

Cuma macam konpius sikitlah apabila kebenaran rentas negeri ataupun daerah ini sudah dibenarkan kecuali bagi kawasan yang diisytiharkan sebagai PKPD. Mesti mereka yang berada di zon merah akan memasuki kawasan zon hijau. Begitu juga mereka yang berada di zon hijau kan? Lainlah kalau kawasan yang dikelilingi kawat besi dan dikawal rapi oleh abang-abang keselamatan kita tu. Kita nak melaluinya pun risau



Tapi apa yang pasti, bermula 7 Disember 2020 tiada lagi sekatan jalan raya ataupun keperluan untuk mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis dahulu untuk merentasi daerah ataupun negeri seperti sebelum ini. Sedikit sebanyak perkara ini telah melegakan hati banyak pihak terutamanya mereka yang telah lama tidak berjumpa termasuklah ciktie sendiri. Sudah boleh pulang ke kampung berjumpa mak ayah, sanak saudara ataupun menziarahi sesiapa sahaja selagi tempat itu bukan diisytiharkan sebagai PKPD! Nak pergi bercuti, tenangkan fikiran pun dah boleh dah. Cumanyaaa sudah bersediakah kita untuk menerima kunjungan mereka yang sebelum ini berada di zon merah?? Cukup bersediakah kita untuk menerima sebarang kemungkinan selepas ini.


Sesuatu bakal terjadi samada ianya sesuatu yang mengembirakan ataupun sebaliknya. Ianya juga tidak akan terjawab sekiranya kita tidak mencuba. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah terus pratik dan sentiasa berwaspada setiap masa. Jaga keselamatan diri sendiri dan amalkan selalu 3w dalam menjalani kehidupan normal baru kita setiap hari setiap masa. Elakkan berada di tempat yang sesak, penjarakkan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka serta hanya keluar jika perlu.


Dalam kita mengamalkan normal baru dalam kehidupan kita, marilah kita sama-sama membantu menjana kembali ekonomi dengan menggunakan produk tempatan. Saling menyokong dan menggunakannya. Apa orang kata sama-sama support bisnes orang-orang kita. Kalau bukan kita yang nak tolong beli..tolong guna siapa lagi. Cukup ramai yang terkesan dengan pandemik covid19 ni. Tak dapat banyak kita bantu..dapat bantu sikit-sikit pun dah kira ok.



4 Daerah Di Kelantan (Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas) Dilanjutkan tempoh PKPB sehingga 20hb 

Perincian penuh PKPB mengikut negeri

1) Kelantan: PKPB tamat kecuali Machang, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah. 

2) Kuala Lumpur: Diteruskan sehingga 20 Disember 

3) Putarajaya: PKPB tamat 

4) Selangor: Diteruskan sehingga 20 Disember, kecuali Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. 

5) Negeri Sembilan: PKPB tamat kecuali Seremban dan Port Dickson. 

6) Pulau Pinang: PKPB tamat kecuali Mukim 1 Barat Daya dan Mukim 1 di Timur Laut. 

7) Perak: PKPB tamat kecuali daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong. 

8) Johor: PKPB di Mersing tamat 6 Disember, PKPB Kota Tinggi dilanjutkan sehingga 20 Disember, PKPB di Johor Bahru, batu Pahat dan Kulai diteruskan sehingga 19 Disember. 

9) Sabah: PKPB diteruskan sehingga 20 Disember 

10) Wilayah Persekutuan Labuan: PKPB tamat 


Update : PKPB di 4 Daerah di Kelantan - Kota Bharu, Machang, Tanah Merah & Pasir Mas ditamatkan !



Tiada lagi had kapasiti menaiki kenderaan

Selain tiada lagi sekatan jalan raya, kerajaan baru-baru ini juga telah membenarkan kita menaiki kenderaan mengikut kapasiti seat penumpang. Haa tiada lagi had kapasiti penumpang sesebuah kenderaan seperti sebelum ini. Semoga dengan sedikit kelonggaran yang diberikan ini tidak mematahkan semangat kita untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan sekaligus sama-sama memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dalam negara kita. In Shaa Allah, aamiin.



Jika hari itu, kita telah hampir nak berjaya tetapi sekarang tidak bermakna kita dah gagal. Jangan alpa dan jangan biarkan kesilapan kita berulang kembali. Sama-sama kita berusaha. Kita jaga diri kita sendiri. 


Buat semua penduduk di Selangor terutamanya harap terus tabah dan bersabar. Besar betul dugaan anda tahun ini. Dengan penambahan kes pandemik covid19 yang terus mencanak naik ditambah pula dengan masalah ketiadaan bekalan air. Sesungguhannya mereka yang pernah mengalaminya aje mengetahui keperitannya macamana. Kami hanya mampu melihat dan mendoakan yang terbaik aje dari jauh. Semoga terus diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapinya. In Shaa Allah, semoga usaha kita semua tidak sia-sia. 





1 ulasan:

  1. ohh masih pkpb lagi la kota bharu ni .. adeh ingatkan mcm dah tamat

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************