PERJUANGAN RICHWORKS 2021 | KOMITED BANTU 605,000 USAHAWAN BANGKIT DARI PANDEMIK

Januari 20, 2022 Add Comment
PERJUANGAN RICHWORKS 2021 | KOMITED BANTU 605,000 USAHAWAN BANGKIT DARI PANDEMIK
Tahun 2021 merupakan tahun yang penuh cabaran dan ujian buat negara kita. Bukan setakat negara je kita sendiri pun sama. Belum pun reda kes pandemik Covid19, pada penghujung tahun lepas, negara dikejutkan pula dengan musibah banjir besar yang melanda beberapa negeri. Banyak kerosakan dan kemusnahan harta benda yang berlaku. 

Menghadapi dugaan besar di luar jangkaan bukanlah sesuatu yang mudah dan pastinya ramai yang patah semangat untuk bangkit semula terutamanya golongan peniaga dan para usahawan. Mereka menunjukkan kesan hilang semangat apabila mula mengeluh, terasa umpama rebah tersungkur. 


"Barang untuk niaga semua dah rosak" 

"Kedai tiada insurans untuk banjir" 

"Bagaimana nak mula berniaga semula ?" 

"Duit dah habis guna sepanjang pkp !" 


PERJUANGAN RICHWORKS 2021 | KOMITED BANTU 605,000 USAHAWAN BANGKIT DARI PANDEMIK

Sedar dengan situasi yang melanda, pengasas RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) yang cukup ternama dan terkenal dalam industri perniagaan iaitu Dato Wira Dr Azizan Osman telah tampil bersama-sama membantu meringankan masalah para peniaga ini.

Insan yang cukup terkenal dan ternama di Malaysia dan luar negara ini banyak memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada para usahawan agar terus maju dan berjaya membina masa depan.


Dato Wira Dr Azizan Osman

RICHWORKS PRIHATIN KEADAAN ORANG RAMAI - KESUSAHAN EKORAN PANDEMIK & BANJIR 

Sebenarnya tahun 2021 juga merupakan tahun yang sangat mencabar buat Dato Wira Dr Azizan Osman apabila beliau bersama 31 ahli keluarga yang lain turut diuji positif Covid 19 dan hampir meragut nyawanya sendiri selepas doktor menyatakan beliau sudah tiada harapan sekiranya tiada perubahan positif selepas beliau diberi bantuan menggunakan mesin bantuan pernafasan. 

Alhamdulillah, Dato' Wira pulih dari COVID-19 setelah beberapa hari diberi bantuan pernafasan tetapi ibu mertuanya meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahirajiun.. takziah buat Dr Azizan sekeluarga. Bagi Dr Azizan, kesembuhan dirinya ini merupakan peluang kedua yang diberikan Allah SWT buatnya untuk meneruskan lagi usahanya membantu usahawan terutamanya yang berada di bawah bimbingannya.

Sepertimana mana mangsa-mangsa banjir yang lain, sekali lagi penghujung tahun 2021, Dato Wira Dr Azizan Osman turut di uji dengan musibah banjir namun alhamdulillah, beliau tidak pernah putus semangat. 



TIDAK PUTUS ASA DAN YAKIN ADA SINAR HARAPAN DI SEBALIK UJIAN 

Meskipun masih lagi terasa kehilangan ahli keluarga dan juga keadaan dirinya yang baru sahaja sembuh dari wabak pendemik, ia sama sekali tidak menghalang semangat beliau untuk kembali berjuang dan membantu usahawan. 

Buktinya selepas keluar dari hospital dan masih dalam proses penyembuhan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Revolusi Dr Azizan

REVOLUSI Dr Azizan

UNTUK APA BELIAU BERSUSAH PAYAH ? 

Ahaa la kan kita pun pernah terfikir juga kenapa beliau beria bersusah payah semua tu. Sebenarnya ia tidak lain tidak bukan kerana Dr Azizan ingin membimbing anak didik mereka memperoleh kejayaan dan membantu para usahawan agar tidak berputus asa, dan berjaya membina masa depan sebagai usahawan. 


RICHWORKS BANTU RAKYAT 

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam berjaya beliau berikan untuk memberi tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 

Secara keseluruhannya pada tahun 2021, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks. 


KEPRIHATINAN RICHWORKS BANTU WANITA DIIKTIRAF DEWAN RAKYAT 

Richworks bantu rakyat dengan programnya. Satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga telah mendapat pengiktirafan kerajaan apabila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

RichWorks kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Radz Mohd yang merupakan Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks memberitahu pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). 


"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr Azizan pada Julai tahun lalu, berjaya mengumpul RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga." 


Tidak terhenti di situ, sumbangan kilat sebanyak RM500,000 berjaya dikumpulkan daripada usahawan mereka dan RichWorks itu sendiri dalam masa 24 jam untuk membantu mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu. Telah banyak Richworks bantu rakyat dan usahawan-usahawan turut bekerjasama bersama mereka.

RichWorks bantu mangsa banjir


RichWorks bantu mangsa banjir

RichWorks bersama ahli Titanium dan spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban kali ini. 

Selain itu, sempena Maulidur Rasul, ahli Titanium dan anak didik RichWorks turut menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000. 


ZERO TO MILLION | DISINI BERMULA USAHAWAN JUTAWAN 

Sejak ditubuhkan 13 Jun 2008 sehingga hari ini, RichWorks ataupun RichWorks International yang merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia ini terus mendapat perhatian daripada kebanyakan usahawan dalam negara. Syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya ini tetap meneruskan misi mereka untuk membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap yang lebih tinggi. 

Buktinya, tahun lalu sahaja jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks International (Titanium, Spire dan EliteX) seramai 1,885 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion. 

ZERO TO MILLION

ZERO TO MILLION

Bagi ahli Titanium saje, seramai 312 usahawan telah berjaya menghasilkan RM3.2 billion, RM 495 juta (519 ahli Spire RichWorks) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX). Richworks bantu rakyat untuk jadi usahawan jutawan dengan ilmu terbukti berjaya.

Melalui program bimbingan Spire, RichWorks menyediakan didikan dan tamparan semangat kepada para usahawan untuk mencapai jualan RM1 juta pertama dalam masa setahun. Alhamdulillah, seramai 72 usahawan telah berjaya mencapainya.

ZERO TO MILLION


ZERO TO MILLION 

Bukan setakat itu, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks telah berjaya mencapai jualan lebih RM10 juta, 5 bisnes (RM50 juta ke atas) dan 5 bisnes (RM100 juta ke atas) pada tahun 2021. 


SIAPA SEBENARNYA RICHWORKS ? 

KENAPA RAMAI USAHAWAN BERJAYA CAPAI HASIL JUTA-JUTA SELEPAS SERTAI RICHWORKS? 

Kalau nak tahu, RichWorks International merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar (penganjur acara serta seminar) yang paling berjaya di Malaysia terutamanya dari segi penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan untuk sesebuah syarikat.

SIAPA RICHWORKS

Sejak tahun 2008, RichWorks telah berjaya melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Percaya atau tidak, RichWorks sebenarnya telah berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya saya tempoh 6-24 bulan, dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring. 

Visi RichWorks adalah untuk menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang tahun 2025 nanti. 


VIDEO PERJALANAN DAN PERJUANGAN RICHWORKS TAHUN 2021 

Jom saksikan sendiri video perjalanan RichWorks dan sebahagian daripada kejayaan yang berjaya dirakam team RichWorks sepanjang tahun 2021. 



BAGAIMANA NAK JOIN RICHWORKS? 

BERAPA HARGA SEMINAR DR AZIZAN? 

Pada korang yang bercita-cita menjadi usahawan berjaya serta berminat untuk menyertai program bersama RichWorks bolehlah melayari website rasmi RichWorks. Jangan risau dan jangan susah hati sebabnya team RichWorks sentiasa menyediakan banyak program secara percuma. 

Dengan bantuan dan kepakaran mentor RichWorks, semakin ramai usahawan yang mampu berjaya dan terus maju. Sesungguhnya tanpa mentor, tidaklah mudah untuk berjaya dan menggapai impian. Makin kita berjaya, semakin tinggi pencapaian kita semakin ramai lagi orang lain yang boleh kita tolong. 

Semoga tahun 2022, RichWorks akan semakin maju dan dapat membantu lebih ramai lagi usahawan yang lain. In shaa Allah, aamiin.

#RichWorks 
#RichworksAcademy 
#PerjuanganRichworks 
#PerjalananRichWorks2021 
#UsahawanJutawan 
#BitersXRichworks




My Ping in TotalPing.com