Penawar Deman Denggi

September 30, 2014 2 Comments
Penawar Deman Denggi
Sebenarnya, pucuk betik memang cukup mustajab untuk mengubati deman denggi.
Orang kampung sendiri pun turut mengiyakannya. Sebabnya dia sendiri dah guna pucuk betik untuk ubati deman dengginya. Bezanya dia tidak minum air rebusan pucuk betik cam ku tetapi minum air kisaran pucuk betik. Kalau air rebusannya je dah cukup pahit. Yang dikisar tu tak terkata la pahitnya. Bau aje dah cukup membuktikannya. Kalau nak sembuh jangan berkira sangat..


Untuk mengelak dari rasa pahit air rebusan betik tu. Jus Jambu Batu jadi pilihanku. Tak kira la yang hijau atau yang merah. Tapi yang lebih elok yang hijau tu la. Sebenarnya bukan saje-saje nak minum air jus tu. Jus Jambu ni sebenarnya untuk meningkatkan plate late darah.


Selain air rebusan betik dan jus jambu batu..
Air putih juga tak kurang pentingnya. Bukan tak kurang lagi tapi amat penting !! untuk singkirkan toksin-toksin dalam badan. Memang akan berulang alik ke tandas la jawabnya lepas tu. Tapi itu yang eloknya.

ctnoraishah

Bila ingat balik kena tahan di wad hari tu..
memang berbotol-botol la minum air putih tu
excited nak balik kampung punya pasal hehe
Alhamdulillah...
semua berjalan lancar


Kain Prada Lace

September 27, 2014 2 Comments
Kain Prada Lace
Nak acting la hehe..  
acting kat sini je. Tak nak kat tenpat lain. Nanti kan lain lak jadinya.
  
ctnoraishah

Kain ni jenis kain Prada Lace. Edisi terhad tau kombinasi warna biru dan kuning. 
Cantik sangat. Belum jadi baju lagi dah cantik, kalau dah jadi baju lagi-lagi lah cantik kan.. 
mau tak cantik harganya je dah RM120. Upah jahit tah berapa la pula..apapun tak sabar rasanya nak hantar pergi jahit. Hmmm..kalau buat baju kurung moden mesti meletop ni. Tapi dari membazir baik buat baju kurung je, kan... anytime akan pakai.

Teng's puan..
Dah jadi baju nanti saya snap pict




Kecenderungan Menggunkan Otak Sebelah Kiri

September 27, 2014 Add Comment
Kecenderungan Menggunkan Otak Sebelah Kiri
Biasanya kecenderungan menggunakan otak sebelah mana lebih ketara yae? Sebelah kanan ke kiri.. Orang kata kalau lebih banyak menggunakan logik akal, ianya sebelah kiri..  Sebelah kanan lak macamana yae?? Tapi betul ke lebih cenderung guna otak kiri..

Mustahil berotak kiri je.. kanan ia juga !!


Ehhh !! betul la. Cenderung guna otak sebelah kiri !
Hmmm pandai gua teka na haha. Uolls pun pun boleh cuba test kat SINI. Tengok result uolls pula macamana. Jangan risau jawapan dia senang je. Ini atau itu je pilihan yang diberi.




Soalan UPSR Bocor Lagi !!

September 23, 2014 2 Comments
Soalan UPSR Bocor Lagi !!
Bocor lagi !!
Kesian betul gan adik-adik yang ambil exam UPSR tahun ni.
Tak habis-habis kena repeat paper. Ambil pastu ambil lagi..
Belum pun habis debaran jawab test dah kena jawab balik

Kecian betul !! manalah tak haru diorang semua tu.

Yang tukang bocorkan ni pun satu.
Kalau yae pun agak-agak la..
Jangan kerana anda seorang tak pasal-pasal susahkan mereka semua. 
Dah elok-elok mereka dapat rest..tak pasal-pasal kena ulang balik.
tak kecian ke...

Hmm..2014
Memang macam-macam sejarah terukir




Telemovie Tercipta Untukku @TV9

September 14, 2014 2 Comments
Telemovie Tercipta Untukku @TV9
Tercipta Untukku... Ku Kan Memiliki Mu !!
laa.laa..la..laa..la..

ctnoraishah
Nur Fathia as Riana

Layan telemovie di tv9. Best juga layan telemovie malam-malam camni. Tekan chanel tu chanel ni last-last tv9 jadi pilihan. Memang kena sangat gan trademark dia tu.. sentiasa dihati hehe.

Dibintangi oleh Nazim Othman, Nur Fathia, Sharnaaz Ahmad, Anzalna Nasir, Abby Nadzri yang mengisahkan insiden pertemuan singkat diantara Mikhail dengan Riana di sebuah kedai buku yang telah membuahkan rasa cinta. Malam temu janji yang dirancang menemui pelbagai halangan menyebabkan mereka tidak sempat berjumpa. Kemudian masing-masing saling memendam rasa kerana masing-masing telah mempunyai  teman. Hmmm pastu tanpa mereka sedar, rupa-rupanya Adira merupakan kawan lama Zurina - teman wanita Mikhail. Dia telah dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan temannya itu. Apapun, perkahwinan itu tidak berlaku.

ctnoraishah
Page last novel yang menjadi rebutan

Dahhh..
Orang kata kalau dah jodoh.. tak kan ke mana


September Yang Penuh Dengan Kejutan !!

September 12, 2014 3 Comments
September Yang Penuh Dengan Kejutan !!
Assalamualaikum uolls..
baru sempat nak update blog kesayanganku ni. Sebelum ni asyik tak sempat je. Bukan tiada masa sebenarnya tetapi disebabkan kepenatan je hehe. Nak rest juga. Asyik travel je seminggu dua ni hehe sejak bila minat travel pun tak tau. Travel sangat la camtu haha

Minggu lepas, bff kawin. 
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz die selamat bergelar isteri kepada Encik Abang tersayangnya tu. 
Tahniah kak ina !
Kak Ina cantik sangat !! i like you but i will miss you too..

First time, hadiri majlis kawin camtu.
Die siap buat majlis berinai lagi. Menarik !! 
Tak pernah tengok orang palu kompang malam-malam hehe
hajat pengantin yang ingin meneruskan tradisi orang Johor.
Alhamdulillah, semua perancangan berjalan lancar.
Hmm dah tak tau nak taip apa dah
apapun happy sangat pergi Kulai. Diorang happening..tak sombong langsung
layan kita baik je..

Ohh ya, kalau nak tau.. ni first time kita kena jadi pengapit tau
pengapit bidan terjun lak tu 
apapun belasah je lahhh
Nasib baik pihak sebelah lelaki tak bagi pantun,
kalau tak mana nak karang pantun tetiba camtu huhuh..
nasib la kak ina dapat kawan cam kita ni hikhik.
  
Ok, dah 
hmm..sebenarnya banyak kejutan berlaku dalam bulan ni.
kira bulan September dalam sejarah la.
bukan bulan je yang dalam sejarah tapi juga Tahun 2014 dalam sejarah sebenarnya.

My boss last day hari ni.
Sedihnya uhukhukk
InsyaAllah, beliau kan berkhidmat gan KKM pula selepas ini.
Congratulatinos and Gud luck, puan !
Thanks for everything !!

Congrats and Gud luck juga untuk jiranku a.k.a Encik Rashid ni !
biasanya orang posting dan bersara sorang-sorang tapi kali ni..
sorang bersara..3 posting keluar !!

Semua bos-bos lak tu.
Gud luck di tempat baru Tuan, Puan dan Encik !!
Jasamu ku kenang 







I'm Back Now

September 05, 2014 2 Comments
I'm Back Now
Aii assalamualaikum uolls..

Selamat pagi dan salam jumaat. Semoga hari ini meninggalkan seribu tanda kegembiraan kepada kita semua. InsyaAllah, aamiin.

Dah lama tak bw. Sejak tak sihat hari tu tak sempat nak bw. Curi-curi masa je sempat baca coretan rakan-rakan blogger. Nak tinggalkan jejak pun tak sempat hihih mengalahkan PM lak ke'bizian'nya tu. Hehe.. pandai-pandai je guna ayat ni. Ada ke dalam bahasa melayu ayat ni. Main belasah je.

Malam nanti, ex-housemate merangkap bff nikah. Tah sempat atau tak nak tengok nanti. 
Tiket 4.30petang.. harapnya sempat la. camni la gayanya, plan last minute. Konon nak ajak kawan tu temankan tapi lain lak jadinya. It's ok.. nak buat camane kan. Terima je la..sape suruh buat silap, kan..

Hmm first time kena pergi sana sorang-sorang lak ni. Risau juga la..
Apapun, insyaAllah..
semoga Dia memudahkan segala-segalanya. 
Aamiin.

 **blurrr je rasa**
*cam dah penat pun ada !! *
*apasal la jadi camni..kalau tau awal-awal kan bagus*
*susahnya nak faham*




Like Us