Selamat Hari Raya Aidilfitri

April 20, 2023 2 Comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Berdentum-dentum bunyi bunga api berselang-seli dengan mercun nampaknya malam ni. Seronok benar nampaknya masing-masing bila Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan Sabtu raya ni. Daripada selepas pengumuman berhenti sekejap untuk solat terawih dan ni sambung kembali. Ciktie pun suka juga, alhamdulillah masih lagi berpeluang sehari lagi berada dalam bulan Ramadan. 


Status 25 April | Cuti Ke

Selain sibuk bakar mercun dan bunga api haa ni satu lagi yang akan menyebabkan kita sibuk aka kalut juga 🀭🀭 Status esok dah nyata -nyata dah dapat cuti pelepasan am, yang PM umum tu. Cumanya untuk hari Isnin tu. Office kita kerja ikut KL cumanya kita kan dekat sini.  Aci aje kan kalau kita nak cuti juga Isnin tu lagipun, dah mohon cuti kan. Bahagian kita memang takda masalah pun cuma ialah nak tumpang nyibuk juga la.


Cuti Negeri Kelantan, Cuti Kelantan, Cuti Raya, Status 25 April, 25hb, Cuti Ke, Cuti Peristiwa


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Penghujung ramadan dan sebelum syawal menjelma, dekat sini Ciktie nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Kita tau sepanjang bulan puasa kali ni, mood kita memang teruk sikit..sikit ke hahaha entah la. Cuba juga untuk bertenang tapi ialah πŸ˜‡πŸ˜‡ Siapa yang kena tu kena la. Apapun minta maaf banyak-banyak. Yang taknak sembang tu memang niat la, cuma nak fokus siapkan kerja.

Kita ni kalau dah dapat sembang alamaknya kerja pun slow. Dah la masa tak berapa nak ada..selalu je nak kena kejar. Jadi minta maaf banyak-banyak mana yang tersinggung, terasa hati dengan tindak tanduk, ucapan, nada suara ni. Kita memang bukan yang sempurna tapi kita cuba nak beri yang terbaik je. Tapi ialah nak puaskan hati orang memang susah..hati sendiri pun celaru kan.


Aishhh panjang pula ucapan raya kita kali ni ye πŸ˜…πŸ˜… Mood berblog baru timbul kot. Apapun esok ialah hari terakhir buat persiapan sambut raya. Esok juga nak minta anak buah depan mata ni cuba baju. Baju yang beli online sebelum ni terkecil la pula. Macam tak berapa sesuai nak pakai raya. Senteng ! Takra cantik la macam kata P.Ramlee dalam filem apa tah. Lupa dah dialog tu.


Untuk menu raya tu hmmm.. tak timbul lagi la. Tapi yang nyata duit raya kita dah tukar dah. Dapat yang nilai rm20 je. Itupun bukan duit baru..tak kisah la janji ada. Tapi esok nak cuba riki-riki duit nilai rm1. Sambut raya ni kalau takda duit raya macam tak lengkap je. Tak kisah la biskut raya, baju raya atau kasut raya takda pun. Janji ada duit tu yang penting. Tidak kesian la budak-budak mai beraya tu. Teringat kita kecil-kecil duluπŸ™ˆπŸ™ˆNaik muak makan biskut raya tapi tuan rumah macam buat-buat tak faham pula. Siap kabor lagi dah besar takda duit dah 😭😭


Ok, stop dulu sebelum melaluk lagi panjang. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. 

Selamat Hari Raya Korang. Maaf Zahir dan Batin








Giveaway "Raya Gift By Uyum 2023"

April 14, 2023 2 Comments
Giveaway "Raya Gift By Uyum 2023"

Hiii, assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Allah lamanya ciktie tak bersiaran. Blog pun dah berhabuk tahap apa dah. Korang sendiri pun tah ingat tah tak dah dengan ciktie. Sedih tau πŸ˜ͺπŸ˜ͺ elehhh macam la kita tu femes sangat kan 🀭🀭


Sekejap je masa berlalu kan. April pun dah masuk pertengahan, Ramadhan pun dah hampir ke penghujung dah. Semoga semua amal ibadat kita diterima. Aamiin



Giveaway "Raya Gift By Uyum 2023"

Sebagai tanda nak kembali aktif berblog semula, ciktie nak mulakan dengan join Giveaway ni. Tak silap hari ni last dah tapi sempat lagi nak join. Tanggal 14April masih lagi belum melabuhkan tirainya. Syaratnya pun mudah je. Tampal je banner dan lengkapkan ayat


Lengkap kan ayat berikut, "Saya suka tengok Uyum kerana .........." 


Semestinya kerana Uyum comel, cute, petah berkata-kata, dengan gaya dan senyum dia buat kita geram nak peluk² tau.


So, pada korang yang tak join lagi GA ni dan nak join, just klik banner atas tu ye ✌




Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam

Mac 04, 2023 2 Comments
Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam

Tak sangka dalam sikit-sikit pun jenuh juga nak merasa setiap menu yang terhidang ni. Kalau ikutkan perancangan sebelum ini, cuma akan ada 1 / 2 menu tambahan je kot untuk jamuan kali ni. Tak sangka pula bila dikumpul semuanya tu. Haa ambik ko


Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam

Kali ke-2, office buat jamuan ! 1st sempena birthday boss bulan Januari hari tu dan kali ini sempena persaraan akak office bawah - Kak Siti Noor yang dahpun mula bercuti aka menghabiskan cuti rehat sebelum bersara wajib bulan April ni. Selamat bersara kak. Semoga akak diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam semua urusan, aamiin. 


Penangan lambat kot, sampai tak sempat nak snap gambar ramai-ramai geng office ! Terus serbu sebaik je selesai bacaan doa. Ialah mana tak berdondang sayang perutnya kalau plan pkl 10 dekat 11 lebih-lebih kot baru nak mula. Itu yang terus lupa semua benda. Cuma menu ajelah masing-masing sempat snap awal-awal tu. 

Hadiah hasil collection bersama pun tak sempat nak snap walaupun sebenarnya dah beberapa hari ianya kat meja belakang kita ni. Kira aci ajelah snap masa penyerahan camtu kan 😁😁 Apapun terima kasih kepada semua yang sudi sponser menu ni dan terima kasih juga pada yang hadir. Tak silap sorang anak buah ciktie takde tadi. Taktau nape.. hari tu pun takde jugak 😢😢



Apapun, jom tengok menu hasil collection bersama dan juga yang di sponser hari ni. 1st kot hikhik ciktie dapat rasa semua sekali! Eehhh ada juga yang tak sempat tapi apapun semua sedap-sedap belako. Perghhh kenyang walaupun cuma try sikit-sikit je semuanya tu


Menu potluck

Nasi komok by all ! Sedap ayam dia. Ingat nak makan lagi lepas lunch tu tapi perut tak bagi kerjasama lagi.

Nasi komok

Mihun penang by kak ani cinonet ! Why cinonet ?? Entah la mungkin empunya dia kecil molek kot πŸ˜…πŸ˜… mihun dia sedap ! Siap minta tapau bawa balik 

Mihun penang


Mihun penang


Makaroni goreng and bakar by Abdullah Zawawi ! Selalu tak puas makan yang goreng tapi kali ni, yang bakar tu macam lagi sedap la. Adakah disebabkan ianya dah tak banyak

Makaroni Bakar

Makaroni Goreng


Mee kari by Tini !! Ramai yang serang ni sampai tak cukup kuah. Isinya memang banyak sampaikan terlebih-lebih.

Mee kari

Mee Kari


Puding caremal, popia begedil and  mee kari by Tini ! Puding Caramel tu menu 1st kita ngap 🀭🀭 geram nengok officemate sorang tu duk potong-potong.

Mee kari tu pula ramai yang serang sampai tak cukup kuah. Isinya memang banyak ..


Roti Jala

Brownies


Yang ini je kita sponser !! Macam biasa roti jala dengan ex-classmate, browies order gan my cousin dan roti jala by my sister tapi kuah lupa nak snap la.

Kek marble jelita

Best kek marble jelita ni ! Dekat rumah baru boleh try. Sedap ! Boleh repeat Sponser by kak ila (Norsakila)

Kek keladi

Kek keladi by Hairi ! Juga sedap tau

Ketupat

Ketupat by Kak Noor ! Yang diraikan

Puding Koktail

Puding laici by En.Syed ! Dah hujung-hujung baru nak try. Sedap penuh buah koktail

Puding Caramel

Puding Caramel by Tini ! Menu 1st kita ngap 🀭🀭 geram nengok officemate sorang tu duk potong-potong.


Popia Begedil

Popia begedil juga by Tini ! 


Roti Sardin

Roti sardin goreng dan tepung apam aka apam nasi 


Tapai

Tapai by Kak Wani ! Yang ni my fav sebenarnya janji tapai pulut hitam tapi yang biasa pun belasah juga πŸ‘


Air koktail

Last, air koktail by zamri ! Koktail dia memang tak pernah mengecewakan lagi setakat ni. Sedap !! Terima kasih sebab asingkan aiskrim tu. 



Tak pasti apa sebenarnya motif kerusi kat depan tu πŸ€”πŸ€”











Sinopsis Satu Hari Di Bulan Februari Lakonan Hebat Sazzy Falak & Aida Aris

Februari 18, 2023 1 Comment
Sinopsis Satu Hari Di Bulan Februari Lakonan Hebat Sazzy Falak & Aida Aris

Sedih juga cerita ni! Kisah tentang kehidupan 2 budak, Mia dan Kasih yang tertukar sejak kecil. Gara-gara kehidupan Aminah yang serba kekurangan, cuma penjual nasi lemak menyebabkan orang pandang rendah keupayaanya dan haknya ingin dirampas.


Satu Hari Di Bulan Februari 

Sedih masa kehidupan dia macam di perlekehkan camtu. Memanglah dia tak mampu beri kemewahan dan kesenangan macam yang Lia berikan tapi dia mampu berikan perhatian dan tumpuan yang tak diberikan oleh Lia dan suaminya. Orang sibuk dengan kerjaya, dari kecil anak dah terpaksa berdikari, semua terpaksa di lakukan sendiri. Camtulah lebih kurang jalan ceritanya pun πŸ˜…πŸ€­


Menampilkan pelakon hebat Sazzy Falak sebagai liz aka mama, Aida Aris sebagai Aminah aka mak, Esma Daniel, Geof Andre Feyaets, Fifi Laura Olivia, Heidi Aleesya, Aidit Noh dan ramai lagi.


Satu Hari Di Bulan Februari,Sazzy Falak,Aida Aris, tertukar anak masa kecil


Sinopsis Satu Hari Di Bulan Februari | Lakonan Hebat Sazzy Falak dan Aida Aris

Mengisahkan 2 wanita iaitu Aminah (Aida Aris) dan Liz (Sazzy Falak) yang dilema apabila terpaksa berpisah dengan anak yang dibela sejak kecil setelah mengetahui status anak mereka yang  tertukar ketika dilahirkan.

Situasi kehidupan dan cara hidup  Mia dan Kasih dibesarkan cukup berbeza, Mia dibesarkan dalam kehidupan cukup mewah dan serba mencukupi berbanding dengan Kasih yang serba sederhana, cukup makan dan penuh perhatian. Setelah kebenaran terbongkar, mereka akan diserahkan semula kepada keluarga kandung masing-masing tetapi konflik timbul apabila Liz tidak mahu menyerahkan Mia kerana tidak mahu anak jagaanya hidup susah. Dia berhasrat merebut hak penjagaan Mia dan Kasih dan perbalahan antara mereka berakhir apabila mahkamah memutuskan anak-anak mereka itu perlu diserahkan kepada ibu kandung masing-masing.


Perhatian dan kasih sayang Aminah menyebabkan Mia mudah menerimanya berbeza dengan Kasih, yang sering menangis kesunyian disebabkan kesibukan Liz dan suaminya. Teringat dan rindukan Aminah, menyebabkan dia melarikan diri ke rumah maknya. Walaubagaimanapun perbalahan berterusan diantara Liz dan Aminah menyebabkan kedua-dua anak itu (Mia dan Kasih) melarikan diri dari rumah. Ini sekaligus menyedarkan kedua-dua ibu itu. 


Tapi hujung-hujung tu, Liz akhirnya dapat juga hak penjagaan ke atas Mia dengan izin ayah Mia setelah Aminah meninggal. Tapi sedih la masa Liz berkeras nak juga Kasih dalam masa yang sama taknak lepaskan Mia. Tapi Henry, suami Si Liz tu baik betul, memahami isi hati seorang ibu. Tak macam Liz, tamat ! Kesian budak-budak berdua tu. Terpaksa menurut. Sedih saat mereka nak dipisahkan tu ..




Khairul Juara All Together Now Malaysia Musim Ke-Dua

Februari 08, 2023 2 Comments
Khairul Juara All Together Now Malaysia Musim Ke-Dua

Lamanya tak update apa-apa dekat sini. Rindu sangat tapi asal nak update taktau nak mula dari mana. Lagipun kebelakangan ini sibuk sikit dengan tugasan hakiki. Sebenarnya tak adalah sangat cuma tak berapa nak ada mood gara-gara komputer kat office tu k.o! Tak boleh nak on, hardisk jadi kosong terpaksalah melepak guna komputer lama sebelum ni. Nasib baik juga tak hantar ke HQ lagi walaupun komputer itupun seringkali k.o, buat hal juga. Tapi  dalam k.o pun settle jugalah kerjaan kita pun tu. Alhamdulillah 🀲🀲


Siapa tengok final  All Together Now Malaysia baru-baru ni? Amacam puas hati tak ?? Tapi kalau tanya ciktie macam tak berapa nak puas hati la. Kebanyakan lagu yang di bawa tu macam tak kena aka tak sesuai je. Tak menyegat sangat dengan suara diorang. Peserta fav kita  Dayah Si Tukang Jahit sebelum ini pun turut kecundang sama. Macam semput je dia malam tu. Kurang best la berbanding sebelum ni.


Khairul Juara All Together Now Malaysia Musim Ke-Dua 

Akhirnya, daripada 16 peserta yang membuat persembahan Juara All Together Now Malaysia Musim Ke-2 milik Khairul Nizam ! Tahniah walaupun pada pusingan ke-2 tu cukup mendebarkan saat-saat berkongsi markah 94 dengan pesaing rapatnya tu, Jesper.  

Juara All Together Now Malaysia Musim Ke-Dua, All Together Now Malaysia, Khairul Nizam, Jesper, Lazarul

Tahniah sekali lagi kerana berjaya membawa pulang Rm 50k

Tapi Ciktie suka kedua-dua persembahan Jesper tu, rilek..santai-santai je πŸ‘πŸ‘


Persembahan Lazarul pun best juga. Dengan gayanya tersendiri, ingatkan 1st persembahan dia tu dapat markah penuh juga. Terr miss 2 dan untuk persembahan ke-2 dia pula dapat 72 markah. 


Kenapa Juara Je Terima Hadiah All Together Now Malaysia

Juara je yang dapat hadiah bersama trofi ye? Tapi kalau dia buat tiga-tiga dapat hadiah kan atau trofi lagi seronok sebenarnya tu. Terasa macam berbaloi la juga kan.. juri dah ramai, 50 orang dah. Topup sikit lagi untuk hadiah, mesti lagi best macam pertandingan realiti yang lain-lain tu.


 



Sinopsis Cenduai Lakonan Syazwan Zulkifli, Wafariena Roslan

Januari 15, 2023 2 Comments
Sinopsis Cenduai Lakonan Syazwan Zulkifli, Wafariena Roslan

Laaa..ending dia camtu je !

Chalit mati ke .. Detektif tu pula kenapa tiba-tiba mata merah? Dah kena rasuk dah ke?  


Cenduai 

Sebenanrnya macam tak berapa nak faham juga tengok cerita ni mula-mula tu. Konpius camner dengan mudah, Chalit boleh terpengaruh dengan hasutan tu. Walaupun bukan dia yang bunuh Inang tapi dialah penyebab Inang meninggal, tergelincir jatuh dek terkejut melihat dia.

Tapi sampai hati dia buat Inang camtu sedangkan ayah Inang, Wak Kandar selalu melindungi dia. Inang sendiri pun sebelum ni baik aje dengan dia.


Dalam pada tak berapa nak faham tu. Berjaya juga layan telefilem ni gara-gara terpengaruh dengan posting instagram ni πŸ˜…πŸ˜…


Sinopsis Cenduai Lakonan Syazwan Zulkifli, Wafariena Roslan

Mengisahkan seorang pemuda, Chalit (Syazwan Zulkifly) yang dilahirkan dengan wajah cacat, dipercayai berpunca daripada sumpahan ke atas keturunan ibunya sejak berkurun lamanya. 

Kelahirannya dirahsiakan malahan Bidan Esah yang menyambut kelahirannya juga diugut supaya merahsiakan keadaan tersebut. Dia juga hampir dibunuh bapa kandungnya sendiri yang percaya dia dilahirkan bersama Qarin jahat namun sempat diselamatkan oleh ibunya. 


Kelahirannya juga turut menjadi punca keretakkan rumahtangga kedua ibu bapanya. Ayahnya lari meninggalkan mereka. Sejak kecil, dia dikurung di ruang sempit bawah rumah sehinggalah umurnya mencecah belasan tahun. Pengamatannya terhadap dunia luar hanyalah melalui celahan papan tempat kurungannya. Setelah ibunya meninggal, dia diserahkan kepada Wak Kandar untuk dipelihara. Sejak it juga, dia mula membantu Wak Kandar menggali kubur. 


Suatu hari, dia telah terdengar bisikan Qarin yang mahu “membantu” Chalit untuk keluar daripada kesengsaraannya dengan cara mendapatkan dan menggunakan minyak dagu daripada mayat gadis sunti. 


Semenjak dia menggunakan minyak dagu, berubah menjadi lebih kacak. Dia mula obses untuk mendapatkan lebih banyak minyak dagu.


4 Hidden Gem Recommendation To Visit in Malaysia

Januari 09, 2023 1 Comment
4 Hidden Gem Recommendation To Visit in Malaysia

4 Hidden Gem Recommendation To Visit in Malaysia

As a Malaysian, you might get bored with famous attractions that usually become the destinations of most people who are first comer to Malaysia. Not to mention, some of them might include such as Petronas Twin Tower, KL Tower, or even the Country Zoo. 


Well, little did you know? Malaysia also has various hidden gem attractions that are also attractive and worth the time to see! Plus, these places are rarely known by foreigners, so, even in the peak season, you are still able to breathe and feel amazed with the view. 


However, before we explain more about the attractions, before the holiday, don’t forget to book your ticket flights on Traveloka AirAsia booking. Traveloka offers various promos and even big discounts, especially for the new member.


So, back to the topic about hidden gem attractions’ recommendations, here are some of the recommendation:

Hidden Gem Attractions in Malaysia

  1. Kuil Thean Hou

The first hidden gem recommendation for tourist attractions around Malaysia is Thean Hou Temple. This is a Buddhist temple which is also one of the largest temples in Southeast Asia.


Thean Hou Temple is located on Old Klang Road. When viewed from the ornaments of pictures and paintings. The Thean Hou Temple displays not only Buddhist teachings, but also elements of Confucianism and Taoism that can be seen in the hall with a Buddhist pagoda inside.


Kuil Thean Hou

Not only the temple, around Thean Hou Temple there are also gardens planted with Chinese medicinal plants, turtle ponds and prayer wells for visitors.



  1. Brickfield

In Malaysia, you can not only meet ethnic Malays. In fact, there is an area called Brickfield where the majority of the population is Indian.


Brickfield

Brickfield itself is also known as Little India in Malaysia. Here, you can see not only Indian settlements in Malaysia, but also temples, goods and buildings from India, and even markets.


For those of you who want to see a different side of Malaysia, this can be an option. This is because Brickfield not only provides housing for Indians, you can even see country houses from colonial times.


Not only that, you can also see various buildings from the colonial era, even traditional Indian-style items. When you go to Brickfield, you can also visit Nu Sentral which is one of the tourist attractions that you can visit while in Brickfield.



  1. Kampong Baru

Have you ever visited a village older than your age? In Malaysia, in Kuala Lumpur to be precise, you can find a village that is over a hundred years old!


Kampong Baru

Kampong Baru


It's not only the age that can amaze you, in Kampong Baru you will also find an experience, where the residents are very friendly to the community.


When you go to Kampong Baru, don't forget to enjoy a variety of local foods too. There are several foods that you can try, such as chicken satay, curry, grilled meat, and other Malay specialties.



  1. Kwai Chai Hong

The last choice of tourist attractions that you can meet while in Malaysia is Kwai Chai Hong. This is one of the areas in Malaysia where you can learn about Malaysian history.





Not only that, the area around Kwai Chai Hong which is very classic will also be a special attraction, because it is very photogenic. Apart from that, around Kwai Chai Hong there are also various paintings depicting past moments in the form of QR codes, so that they can be enjoyed online via the internet.


Let’s Go Vacation to Malaysia Through Traveloka

By now, of course, you already know a lot about the various choices of hidden gem tourist attractions around Malaysia. Among the several places above, which one is the most enchanting and would you most like to visit when you arrive in Malaysia?


Whatever the tourist attractions, don't forget, when you want to go on vacation to Malaysia, don't forget to order tickets only through Traveloka. Traveloka is an all in one application, where you can order various needs while on vacation through just one application.


In addition, during this New Year period, there are many choices of discounts, promos, or even discounted prices that you can take advantage of for a more enjoyable holiday while in Malaysia with Traveloka.


Let's check Traveloka right now.


Sinopsis Drama Penghulu Interim Lakonan Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Roy Azman

Januari 06, 2023 1 Comment
Sinopsis Drama Penghulu Interim Lakonan Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Roy Azman

Hmmm.. scroll punya scroll benda sama je yang keluar sejak petang tadi. Hot and spicy betul certa pasal pengakuan anak Yusuf Haslam yang telah beristeri dua tu. 


But bukan pasal dia yang kita nak story dekat sini. Perasan tak dua tiga menjak ni drama-drama tv asyik tayang certa macam lebih kurang je semua. Pasal masalah dalaman rumahtangga, cerai berai, curang, ada orang ke-tiga, cemburu, panas baran, gila talak, gila bayang dan seangkatan dengannya lagi la. Pendek kata lebih kurang sama je sekarang ni. Tapi taktaulah kot kita sorang je rasa camtu kan πŸ˜…πŸ˜…


Nikah, Cerai, Rujuk  ! 

Cina Buta !

Bukan Syurga Pilihan !


Walaupun setiap drama yang ditayangkan itu ada pengajarannya tersendiri, kita pun sebenarnya pun suka layan tetapi bendanya macam lebih kurang sama je. Bezanya mungkin drama yang itu cara pembawanya stail gila-gila sikit, yang tu matang, serius gaya orang dewasa. Memang trend kot buat apa-apa mesti kena sama atau lebih kurang. 


Sinopsis Penghulu Interim, Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Roy Azman, full episode Penghulu Interim


Penghulu Interim

Setakat ni, drama yang ni beza sikit ! Macam ala-ala Pi Mai Pi Mai Tang Tu #takbosan Memaparkan realiti kehidupan seharian yang dihadapi penduduk flat teringat masa kita duk flat dulu pun ada. Setiap hari isu berlainan yang dibawakan. Macam-macam ragam macam-macam peel, daripada mula-mula pencalonan sebagai ketua sampailah bila dah jadi Penghulu. Macam-macam masalah yang cuba diselesaikan, daripada sebesar-besar isu sampailah ke seremeh-remeh isu. Semalam kes masalah air, sebelum tu pasal kes penipuan skim cepat kaya, kes putus cinta nak bunuh diri. Sekejap tadi kes pinjam duit Along.


Sinopsis Drama Penghulu Interim Lakonan Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Roy Azman

Drama bersiri 24 episod ini mengisahkan Borhan (Beto), seorang technician kilang yang dilantik menjadi Pengerusi JKK Flat Sri Kenanga mengantikan Pak Ladin yang koma kerana banyak menghisap rokok.

Dia dicemburui oleh Kassim (Roy Azman) seorang peniaga buah dan Zul Speaker (Issey) seorang freelance deejay kenduri kahwin dan tokey set karaoke. Tapi mujurlah ada Pak Abu Pencen (Rosli Rahman Adam) selaku bendahari JKK yang banyak memberi dorongan san semangat.

Sibuk dengan tugasnya menyebabkan huhungannya dengan isteri, Izzah (Nadiya Nisa) seorang nurse hospital kerajaan mula mengalami krisis. Haaa camtulah secara ringkasnya sinopsis drama ni.


Penghulu Interim Full Episode

Episod 01 - Penghulu Interim

Ahli JKK kemudiannya bermesyuarat tentang hal pengurusan rumah flat memandang keadaan Pak Ladin, Pengerusi JKK yang telah koma di hospital. Mereka perlu melantik seorang ketua bagi menguruskan acara Malam Muhibbah yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan. 

Masing-masing memberi alasan untuk menolak jawatan tersebut dan akhirnya mereka bersetuju mencadangkan Borhan yang tidak hadir ketika itu. 


Episod 02 - Penghulu Interim

Borhan yang baru melakukan tugasan sebagai pemimpin terkejut selepas dimaklumkan berkaitan masalah kewangan. Beliau harus bertindak dengan segera memandangkan acara Malam Muhibbah sudah semakin hampir. Beliau mendapat idea dengan mengadakan kutipan derma daripada penduduk dan juga menjual ‘burger’ untuk menjana pendapatan untuk menampung perbelanjaan acara tersebut nanti. 


Episod 03  - Penghulu Interim

Kassim tidak berpuas hati dengan perlantikan Borhan kerana bukan dia yang dilantik sebagai Pengerusi walaupun ketika itu dia sedang memegang jawatan Timbalan Pengerusi JKK. Kassim cuba menghasut Zul untuk bersekongkol dengannya untuk menyingkirkan Borhan dari jawatan baharunya yang dilantik oleh YB Manan. 


Episod 04  - Penghulu Interim

Kassim meneruskan kempen tanda tangan petisyennya dengan memburukkan Borhan di kalangan penduduk. Semakin ramai penduduk termakan dengan hasutan Kassim. Beliau sentiasa memarahi dan menyalahkan Borhan setiap kali terserempak dengannya. 

Disebabkan rumahnya dipecah masuk pencuri, dia mula menyalahkan Borhan tentang isu keselamatan di kawasan apertment mereka.


Episod 05  - Penghulu Interim

Kekecohan berlaku apabila Kassim dan Zul yang terkejut selepas melihat sejumlah kasut yang banyak sebaik mereka masuk rumah Saparuddin. Mereka menahan dan memukul Saparuddin kerana mengandaikan kasut tersebut merupakan kasut penduduk apartment yang hilang. 

Pak Abu bergegas memaklumkan pada Borhan tentang insiden tersebut. 


Episod 06  - Penghulu Interim

Borhan berasa hairan apabila terserempak dengan Kassim yang sedang mengutip derma di kawasan rumah pangsa mereka bagi pihak Ustaz Nizam. Borhan teringat yang Ustaz Nizam sudah pun mengadakan kutipan derma pada minggu sebelum ini untuk pembinaan surau.


Episod 07  - Penghulu Interim

Borhan berjaya memujuk cubaan seorang gadis yang hendak terjun dari dari flat. 


Episod 08  - Penghulu Interim

Rakan Baik Borhan, Pepol kini sedang hebat dilamun cinta dengan seorang gadis yang dikenalinya di internet. Dia mula pakai smart-smart dan bergaya. 


Untuk next episod itu, sempat nanti kita update semula ye. Sekarang nak kena selesaikan kerja lain dulu. Oklah, hingga jumpa lagi korang.

Bye ...


Kredit : Myinfotaip.com



My Ping in TotalPing.com