Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-16

Januari 31, 2019 4 Comments
Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-16
Alhamdullillah ! Dengan secara rasminya, Sultan Pahang - Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ditabal menjadi Yang Di-Pertuan Agong Ke-16 hari ini mengantikan Sultan Muhammad V yang meletakkan jawatan pada 6 Januari lalu.


Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari 2019 mengantikan ayahandanya yang gering mencipta sejarah tersendiri kerana menjadi pemerintah negeri paling singkat rasanya tak sampai sebulan sebelum di pilih menjadi Yang Di-Pertuan Agong bagi tempoh 5 tahun (kuatkuasa hari ini- 31 Januari 2019).



Pemilihan baginda telah dibuat dalam Mesyuarat Raja-raja Ke-251 (Khas) pada 24 Januari 2019 di Istana Negara Kuala Lumpur bagi tempoh 5 tahun. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama yang disandang oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Merafak sembah dan tahniah tuanku semoga dengan limpah dan dibawah payung tuanku negara akan terus makmur dan sejahtera selalu.  

Sumber foto : 
FB Jabatan Penerangan

Set percubaan PERCUMA Susu Suffy bGenius di Shopee

Januari 28, 2019 6 Comments
Set percubaan PERCUMA Susu Suffy bGenius di Shopee
Melihat anak-anak membesar, aktif, sihat dan ceria didepan mata memang impian setiap ibubapa. Dengan tingkahnya, gelagat, senyuman, celotehnya benar-benar menghiburkan. Terbang segala bebanan yang tersarang dekat kepala seharian bekerja sebaik melihat wajah polos sikecil tu. Sebab itu memang tidak hairanlah kalau mak-mak dan si ayah ni sanggup berhabis untuk dapatkan susu formula yang sesuai untuk penghadaman dan perkembangan si kecil mereka.

Tapii masalah pula bila susu yang dipilih tu tak sesuai dengan si kecil pula. Ada tu menyebabkan si kecil meragam, takmau minum, kembung perut, cirit-birit dan macam-macam la. Samalah dengan anak buah ni, dah banyak jenis susu dah sebenarnya bagi. Ada tu sampai blur tak tau nak nak try susu mana lagi. Pantang orang rekomenkan pasti nak cuba. Cuma packaging susu itulah pula kadang-kadang tu buat terfikir dua tiga kali hehe.  



Sekarang ni cuba Suffy® B Genius keluaran Suffy Daily Group Sdn Bhd pula. Lagipun ia ada dalam bentuk pek baru tau - 500gm ! Dengan Formula B3 dirumus dengan DHA (15mg/100g), 19 Vitamin, Mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium, iodin, vitamin A,B,D dan selenium serta tambahan Prebiotik – FOS & Manna untuk membantu Si Manja kita kekal sihat, bijak dan kuat. Sebelum tu jom berkenalan dulu dengan syarikat pengeluaran susu berasaskan susu kambing dan susu lembu ni.

Suffy Malaysia
Merupakan sebuah syarikat pengeluar produk tenusu jenama SUFFYY yang beribu pejabat di Ipoh Perak.
Berpengalaman lebih dari 6 Tahun didalam memasarkan produk berasaskan susu ke seluruh Malaysia termasuk  Sabah dan Sarawak.
Mempunyai pelbagai produk susu berasaskan susu lembu dan susu kambing berkualiti tinggi yang diimport dari luar negara
Susu kambing dari Belanda 
dan
Susu lembu dari New Zealand. 
Selamat digunakan dan kualiti sentiasa dijaga !! memiliki Sijil MESTI dari Jabatan Kesihatan dan Sijil HALAL Malaysia.


Susu Suffy® B Genius 
✔️merupakan susu tepung yang dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 1 - 3 Tahun.
✔️Mempunyai campuran kurma dan madu.
✔️Mengandungi DHA komponen utama untuk otak.
✔️Mengandungi keperluan nutrisi simanja dan yang paling penting dirumus khas dengan Prebiotik – FOS & Manna.

KANDUNGAN SUFFY® B GENIUS
 

BRILLIANT

Suffy B Genius mengandungi DHA yang merupakan antara komponen utama di dalam otak. Ia Berfungsi untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak.


BALANCE

Suffy B Genius membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan oleh Si Manja. Nutrisi yang seimbang membantu Si Manja untuk membesar dengan lebih baik.


BOOST

Suffy B Genius dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman Si Manja.

Set percubaan PERCUMA Susu Suffy bGenius di Shopee


Nak tahu macamana rasanya tu? Ok ataupun tak untuk anak-anak kita. Boleh try dapatkan dulu dalam bentuk pek percubaan. Tak mahal pun dalam Rm6 je untuk 3 sachet. Sekarang ni PERCUMA untuk 50 orang pelanggan terawal di Shopee ! Untuk dapatkannya korang  boleh ikuti langkah demi langkah kat bawah ni. Dan jangan lupa gunakan kode SUFFYSBG untuk menebusnya.. dan pastikan korang memang dah mempunyai akaun Shopee !

Tempoh pengunaan kod baucar ni  bermula dari 24/1/2019 sehingga 15/2/2019. Jadi kena cepat ye korang !!


Kaedah pembelian Suffy B Genius di shopee menggunakan phone

Layari laman web 
http://www.suffy.com.my/sampelsususuffy/ kemudian klik simbol senarai. Seterusnya pilih Set Percubaan




Pilih Set Percubaan yang diingini, isi maklumat peribadi, klik term and condition dan klik Submit


Pilih set percubaan yang diingini. Ciktie pilih yang hujung warna purple tu.

Log masuk ke dalam  website Shopee. Klik  pada gambar set  percubaan  yang anda inginkan. Seterusnya klik 'Buy Now'


Masukkan kuantiti yang kita inginkan. Dekat Voucher masukkan kode : SUFFYSBG kemudian klik Apply Seterusnya klik Check Out



Seterusnya klik pada baucar diskaun suffy malaysia official store seterusnya klik ok untuk pengesahan.


Penghantaran akan dibuat  dalam masa 3 hari waktu berkerja. 

Dah selesai ! Tunggu barang sampai ajelah..


Ok, sekarang ni barangannya pun dah sampai. Dah cuba dah pun sebenarnya. Alhamdulillah, serasi je dengan si kakak ni. Dia pun dah tak fobia lagi dengan susu berwarna putih. Minum pun siap minta bertambah pula. Kalau sebelum ni usah ceritalah asyik nak muntah atau cirit-birit je lepas minum susu berwarna putih tapi yang suffy bGenius ni takde ! Ok sangatlah. Kita pun taklah gelabah sangat. 


Nasib baiklah dah ada yang pek 500gm ni sekali. Sesekali 2 orang sepupunya datang bertandang ke rumah boleh juga sama-sama rasa. Kalau serasi juga bolehlah sama-sama berpakat dengan maknya tu dapatkan susu suffy ni banyak-banyak.

Lagipun service penghantarannya memang terbaik. Cepat je sampai ! Yang ni order hari malam Isnin petang Rabu dah dapat dah. Memang puas hati sangatlah. Memang inipun yang kita nak bila bila beli online ni. Tak adalah buat kita tertunggu-tunggu. 

Untuk info lanjut lagi korang boleh layari 

Website

Facebook

Alamat
SUFFY DAIRY GROUP SDN BHD 
No. 8 Jalan Niagar Jelapang 2, 
Halaman Niaga Jelapang, 
30020 Ipoh, Perak

No.telefon
05-5252992






Lirik Lagu Siti Bilang Cuti

Januari 27, 2019 3 Comments
Lirik Lagu Siti Bilang Cuti
Siti bilang..Siti bilang..dia mahu cuti. Rasa rindu rasa sayang.. sudah lagi tak tertahan ! First time dengar lagu ni dekat radia THR Gegar hari ni. Best jugalah sambil-sambil melihat gelagat si kakak ni bermain. Mula-mula dengar tu macam tak berapa clear sangat liriknya tu. Lama-lama dengar memang jelas la..

Jadi siapa yang belum dengar lagu ni lagi bolehlah sama-sama layan kat sini. 


Lirik Lagu Siti Bilang Cuti


Ini kisah cinta hatiku
Seorang jururawat
Senyuman manis wajah ayu dan menawan Oh

 Lirikan mata nya yang manja
Buat aku tergoda
 Terbayang wajah kau setiap masa

Sekali ku katakan cinta
Selamanya setia
Ku berjanji bersumpah takkan ku mendua Oh

Setelah lama tak berjumpa
Rasa rindu membara
Marilah kita keluar bersama

Huuuu Huuu

Siti bilang Siti bilang
Siti bilang dia mahu cuti
Rasa rindu rasa sayang
Sudah lagi tak tertahan

Oooo

Siti bilang Siti bilang
Siti bilang dia mahu cuti
Rasa rindu bergelora
Agar terubat resah hati cintaku

Siti bilang Siti bilang
Siti bilang dia mahu cuti
Demi abang demi sayang
Kau penenang jiwa rindu

Oooo

Siti bilang Siti bilang
Siti bilang dia mahu cuti
Rasa rindu rasa sayang
Sudah lagi tak tertahan

Siti bilang Siti bilang
 Siti bilang dia mahu cuti
Demi abang demi sayang
 Kau penenang jiwa rindu

 Siti bilang Siti bilang
Siti bilang dia mahu cuti
Rasa rindu rasa sayang
Sudah lagi tak tertahan

Siti bilang Siti bilang
Siti bilang dia mahu cuti
Rasa rindu bergelora
Agar terubat resah hati cintaku

Siti bilang cuti

Ooooo
 Siti bilang cuti
Oh Siti I Love U
Ha Ha Ha

End...

Happy birthday bossku !!

Januari 27, 2019 4 Comments
Happy birthday bossku !!
Happy birthday bossku !! #bossku jugalah ! Sekarang ni tengah tranding perkataan tu. Pasal apa dah lupa dah ceritanya. Yang jelas sana-sini #apasalahnyabossku hehe.  Oklah macam tahun-tahun yang sudah birthhday boy pembuka panggung  untuk awal tahun. Majlis makan-makan yang dirancang di saat-saat akhir berjaya juga dilakukan. Nasib baik yang diraikan ada sama kalau tak huhu so sad 😂😂

Happy birthday bossku !! 


Kek coklat


Btw happy birthday encik. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan hidup sentiasa mendapat rahmat dari-Nya. Aamiin. Jom korang sama-sama usha mana-mana gambar yang ada sepanjang majlis tu berlangsung.. tapi majlis hari tu bukan setakat sambut birthday boy je sebenarnya. Pemberian sedikit sumbangan kepada beberapa orang staf sempena kehadiran orang baru dalam keluarga diorang turut diadakan. Kiranya 2 dalam 1 laa. Comel-comel je baby diorang tu. Bam..bam pula tu. Geram nak cubit-cubit !




Menu simple sambut birthday

Menu hari tu pun simple je roti jala, mihun goreng Singapura, kek dan sedikit kuih-muih memandangkan ianya jatuh pada hari Jumaat, rehat lama pula tu !. Itupun 4 menu yang menjadi pilihan pun tak sempat nak habiskan. 







Gelagat sepanjang majlis berlangsung !! 






























My Ping in TotalPing.com