Unboxing Christmas Wish Lish - Ciktie Dot Com

Breaking

Wednesday, January 16, 2019

Unboxing Christmas Wish Lish


Ho..ho..ho... now, time to sharing about  my wish list Christmas !! Sorry, terpaksa buat korang tertunggu-tunggu. Ciktie sibuk sikit settle kan kerja yang terbengkalai gara-gara cuti  seminggu hujung tahun hari tu. Sekarang ni dah boleh tarik nafas lega sikit kalau tak. Tak cukup tangan rasanya nak clear kan meja sikit hehe..

Ok, kita tinggalkan dulu urusan dengan pejabat tu. Back to topic okay. Sebelum ini ciktie ada buat 10 wish list Christmas ! Korang boleh rujuk <My Wish List Christmas> macam yang ciktie bagitau sebelum ini, daripada 10 wish list tu ada yang ciktie dah cuba dan ada yang belum. Agak-agaknya berjaya tak ciktie dapatkan kesemua 10 Wish list tu ?? Jeng je jeng hahaha jom tengok berjaya atau tak??

Unboxing Christmas Wish Lish



Laju ek video ni?? Ok takpa kat bawah ni ciktie senaraikan apa yang ada dalam kotak biru ni. 5 barang je tak banyak pun. Kotak biru ni ciktie suka sangat. First time dapat yang limited macam ni 😍😍 lepas ni harapnya berpeluang lebih lagilah untuk dapatkan box yang limited collection macamni. Ok, jom tengok apakah 5 barang ni dan kenapa korang kena dapatkannya juga.

Lip Sleeping Mask (20g) by Laneige  


ciktie dah cuba dah ! Bau dia ni memang buat kita nak makan. Manis-manis strawberi camtu ! ciktie suka. Hanya oles je dekat bibir pada malam hari sebelum tidur. Pagi esoknya tu kita boleh rasai perbezaanya. Bibir terasa lebih lembut, tak mudah mengelupas, pecah dan masalah bibir kering pun tiada lagi. Cuma sekarang ciktie kena konsistenlah gunanya setiap malam untuk dapatkan bibir ala-ala pinky macam korang tu.

Bubble-bubble Lips Mask (12ml) by RiRe


Yang ni pun ciktie dah cuba. Best tau !! Kecil-kecil cili padi.. Guna sikit je tapi hasilnya amat-amat ciktie suka. Sapu atau oles je dekat bibir lepas tu, ia bertukar jadi bubble kecil yang halus. Bertindak menyingkirkan sel-sel kulit mati dekat bibir nni. Jadi tiada lagi masalah kulit bibir kering dan merekah. Tangan pun tiadalah sibuk sangat nak melekat dekat bibir untuk tanggalkan kulit yang mengelupas bagai kan.

CP_1 Raspberry Hair Vineger (500ml) 


Yang ni ciktie belum cuba lagi. Rembat je dulu sebab memang nak rawat masalah rambut. Lagipun ia bukan sebarang perapi ni tau. Ia mempunyai konsistensi cecair-y yang membolehkan ia digunakan secara merata dan bertindak menembusi setiap helai rambut kita. Dengan cuka raspberry sebagai bahan utamanya, ia mempunyai pH berasid sedikit yang melembutkan, detangles dan menghaluskan rambut bermasalah. Baunya pun best !!


Pink Square Dual Shading (10g) by Coringco



Yang ni ciktie belum cuba lagi. Tapi ciktie suka tengok orang buat shading tu. Teknik makeup yang menyembunyikan bahagian-bahagian tertentu yang kita tidak kehendaki untuk mendapatkan rupa atau bentuk muka yang ideal /virtual. Nak bagi hidung lebih mancung, pipi lebih terserlah, dagu lebih tirus, wajah lebih runcing dan macam-macam lagi tanpa kita perlu mengubah apa-apa pada wajah kita. Haaa lebih kurang gitulah.

Hadir dengan 2 warna yang sepadan dalam 1 pakej ! #mud shake dan #choco powder.. ciktie suka kedua-duanya ni. Warna natural sesuai untuk kebanyakan kulit wanita Asia. Boleh guna satu-satu / berasingan camtu ataupun campurkan kedua warnanya tu untuk dapatkan kesan yang lebih menarik dan berkilat.

Lucent Star Cushion (12g/3g/3g) by Ri Re 


Yang ini pula 1 produk dengan 3 fungsi. Kira macam kombinasi semua dalam 1 !! Multi-functional..cukup lengkap dengan semua yang kita perlukan untuk menyiapkan diri. Bukan untuk muka/wajah je tapi pipi dan bibir juga. Cushion ada 2 kode #21 dan #23 ! Ciktie punya #23. Kira gelap sikit dari #21. Sesuailah dengan kulit muka ni. Walaupun nampak je ia gelap camni tapi sebenarnya ia diperbuat dari formula yang bertindak untuk melembap, mencerah dan melindungi kulit dengan SPF 50+ PA+++ Best !! Lembut je walaupun teksturnya nampak macam pekat. Melekit ataupun berminyak lagilah tak. Baunya pun slow je. Antara bau tak bau camtulah. Tapi best !!


2 warna lips & cheek yang diberikan ni pun cantik. Ia membuatkan wajah kita nampak lebih segar (Fresh) semulajadi ! pink, coral, pink, coral tapi untuk lebih menyerlah dan kelainan ciktie suka gabungan keduanya tu. Untuk pipi dan eyeshadow ciktie tak cuba lagi.



Sebenarnya yang lagi membuatkan ciktie terpikat dengan produk ni adalah cover bekas ia ni, Gillter 3D. Cantik !! Macam pasir halus. Suka tengok.. Lagi satu 2 in 1 !! Senang nak bawa dan jimat ruang haha.

Lucent Star Cushion dan Pink Square Dual Shading ni memang nyata tiada dalam wish list sebenarnya tapi ciktie terpikat dengan warnanya tu.


Produk terbaik Althea Korea

Ok !! Inilah antara 5 barang yang telah berjaya ciktie mencuri perhatian ciktie baru-baru ini. Sebenarnya ada lagi tau..next  entry ciktie shared lagi antara produk terbaik dari Althea Korea yang memang betul-betul memikat hati. Dan korang memang patut dapatkannya juga. Produk Althea Korea memang membuatkan kita rambang mata untuk memilih. Tapi ianya cukup berbaloi untuk dimiliki. Diterbangkan khas dari Korea dan tak memerlukan masa yang lama untuk sampai ke tangan kita. Harganya pun mampu milik  ditambah pula dengan diskaun yang ditawarkan. Woww !! Memang menjadikan kita pembeli yang bijak.

Mana tak bijaknya.. untuk kelima-lima produk ni ciktie dapat dengan harga rm 210 je berbanding harga asal keseluruhannya rm 242 !! Semuanya disebabkan diskaun yang ditawarkan dekat website Althea Korea tu sendiri. Haaa untung kan?? #jangankataciktietakbagitau

Untuk dapatkan lebih banyak produk terbaik keluaran Althea Korea, korang boleh layari website Althea Korea di https://my.althea.kr







7 comments:

  1. Tergoda la dgn rire bling2 tu.. Cantikkk..

    ReplyDelete
  2. wahh makin cantiklah dengan produk althea nanti

    ReplyDelete
  3. amboi..menariknya pilihan cik tie..tertarik plak k.fiezz dengan Lucent Star Cushion tu..sebab 3 in 1..ni senang bawa travel atau ke opis untuk touch up lepas solat...

    ReplyDelete
  4. Lawa semua tuu, geramnya tengok.. Mesti makin cantik cik tie nanti 😍

    ReplyDelete
  5. klu LANEIGE Lip Sleeping Mask tu mmg HG myra! Suka sangat sampai pernah beli yg Vanilla sekali.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  6. aduh cntiknya yg pink2 semua tu tergoda. Haha

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox