Testing Cik Akok Terengganu - Ciktie Dot Com

Breaking

Thursday, January 3, 2019

Testing Cik Akok Terengganu


Testing Cik Akok Terengganu | special nya dia dibakar guna dapur kayu.  Memang ketara sangat baunya ni. Terbayang kesedapan menikmati air yang dimasak menggunakan dapur kayulah pula masa-masa camni. Rindu kenangan menggunakan dapur kayu dulu. Berkebuk debu-debu kayu berterbangan bila sesekali kayu-kayu ditiup gara-gara nak hidupkan air hahaha ciktie tak reti mana nak hidupkan api tu. Itu yang jenuh nak hidupkan !! Tapi bukan pasal dapur kayu yang ciktie nak ceritakan sebenarnya ni tapiii pasal cik kuih tradisional yang semestinya popular dikalangan kita-kita ni - Cik Akok Terengganu !!


First time cuba sebenarnya ni. Adik yang bawa balik dari Terengganu. Dekat mana dia beli tak sempat nak tanya pula. Kebetulan dia nak balik KB dia singgah beli dulu. Katanya nak beli akok kelate dekat situ tapi kebetulan diorang tak buat masa tu. Hmm rasanya sepanjang ciktie belajar dekat Terengganu dulu tak adelah jumpa pula akok Terengganu ni kalau nasi dagang Terengganu selalu la 🤔🤔 




Rasanya memang lain dengan akok kelate. Warnanya pun tapii bab warna tu kita boleh je ubah guna pewarna ataupun daun pandan kan. Ok, tentang rasanya tu memang lain macam manis gula je tak ada rasa lemak-lemak telur camtu. Sekali imbas nampak macam bukan kuih akok pun ya tapi kuih beko. Isi dalamnya tu pun macam tu..saiznya pun besar sikit dan rasanya pun tak lembik mana hehe apalah ciktie ni!! Lain tempat lainlah cara dan rasanya. Kalau semua sama tiada lagi yang special nya. Not bad la cuma ciktie tak gemarkan sangat mungkin sebab tak biasa dan dah terbiasa dengan kuih-muih tradisional Kelate. Mana-mana pergi wajib nak menu asal tempat kita.  Tapi sesekali ubah selera cuba hidangan dari serata tempat ok juga dok !

5 comments:

  1. tak pernah try kuih akok ni..time bulan puasa, selalu nmpk ada jual gak kat KL ni..

    ReplyDelete
  2. Pernah makan kuih akok Kelantan je huhuhu

    ReplyDelete
  3. masa duduk Trengganu skejap ritu ada jumpa tapi tak trasa nak makan. not my fav tapi kadang2 rasa tingin hehe.. penahla makan yang di Kelantan punya. CT okay je rasa boleh diterima =)

    ReplyDelete
  4. sebenarnya shu suka sangat kuih ini. lembut je

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************