Perletakan jawatan Sultan Muhammad Ke-V

Januari 07, 2019
Perletakan jawatan Sultan Muhammad Ke-V | Oo.. sahih rupanya khabar angin yang mengatakan Sultan Muhammad Ke-V akan meletakkan jawatannya sebagai Yang Di-Pertuan Agong ni. Macam tak percaya je. Baru kelmarin  rasanya baginda kembali memulakan tugas selepas bercuti menjalani rawatan 2 November hingga 31 Disember 2018. Dan sepanjang tempoh itu, tugas baginda dipangku oleh Timbalannya, Sultan Nazrin Shah yang juga merupakan Sultan Perak tup-tup petang ni lain pula ceritanya. 

Perletakan jawatan Sultan Muhammad Ke-V


SULTAN Muhammad Ke-V dilaporkan meletakkan jawatannya sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, hari ini - Ahad, 6 Januari 2019 bersamaan dengan 29 Rabiulakhir 1440H selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan. Baginda yang telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah oleh mesyuarat Raja-raja kali ke-243 pada 13 Disember 2016.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata, peletakan jawatan baginda itu sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

Katanya lagi, sepanjang menjalankan tugas, baginda sudah berusaha memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua negara dan berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan dalam kalangan rakyat.

Walaupun masih lagi terkejut dengan keputusan ini, sebagai rakyat  Kelantan terutamanya ciktie terima dengan hati terbuka. 

Selepas ini agaknya giliran siapa pula bakal dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ye?? 



Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. Semoga Sultan Muhammad ke-V sentiasa sihat walafiat di singgah sana Negeri Kelantan

    BalasPadam
  2. Semoga Sultan diberikan kesihatan yang baik.

    BalasPadam
  3. siapalah ye agong baru kita nanti

    BalasPadam
  4. agak terkejut.
    balik bercuti, terus letak jawatan tanpa alasan. sedih la jugak.
    pertama dlm sejarah.
    pe pun, sultan surely ada sebab yg kuat.
    bukan mudah nak pikul tanggungjawab as pemimpin. akhirat kelak, bakal ditanya.
    next, is pahang :)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com