Set percubaan PERCUMA Susu Suffy bGenius di Shopee - Ciktie Dot Com

Breaking

Monday, January 28, 2019

Set percubaan PERCUMA Susu Suffy bGenius di Shopee


Melihat anak-anak membesar, aktif, sihat dan ceria didepan mata memang impian setiap ibubapa. Dengan tingkahnya, gelagat, senyuman, celotehnya benar-benar menghiburkan. Terbang segala bebanan yang tersarang dekat kepala seharian bekerja sebaik melihat wajah polos sikecil tu. Sebab itu memang tidak hairanlah kalau mak-mak dan si ayah ni sanggup berhabis untuk dapatkan susu formula yang sesuai untuk penghadaman dan perkembangan si kecil mereka.

Tapii masalah pula bila susu yang dipilih tu tak sesuai dengan si kecil pula. Ada tu menyebabkan si kecil meragam, takmau minum, kembung perut, cirit-birit dan macam-macam la. Samalah dengan anak buah ni, dah banyak jenis susu dah sebenarnya bagi. Ada tu sampai blur tak tau nak nak try susu mana lagi. Pantang orang rekomenkan pasti nak cuba. Cuma packaging susu itulah pula kadang-kadang tu buat terfikir dua tiga kali hehe.  



Sekarang ni cuba Suffy® B Genius keluaran Suffy Daily Group Sdn Bhd pula. Lagipun ia ada dalam bentuk pek baru tau - 500gm ! Dengan Formula B3 dirumus dengan DHA (15mg/100g), 19 Vitamin, Mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium, iodin, vitamin A,B,D dan selenium serta tambahan Prebiotik – FOS & Manna untuk membantu Si Manja kita kekal sihat, bijak dan kuat. Sebelum tu jom berkenalan dulu dengan syarikat pengeluaran susu berasaskan susu kambing dan susu lembu ni.

Suffy Malaysia
Merupakan sebuah syarikat pengeluar produk tenusu jenama SUFFYY yang beribu pejabat di Ipoh Perak.
Berpengalaman lebih dari 6 Tahun didalam memasarkan produk berasaskan susu ke seluruh Malaysia termasuk  Sabah dan Sarawak.
Mempunyai pelbagai produk susu berasaskan susu lembu dan susu kambing berkualiti tinggi yang diimport dari luar negara
Susu kambing dari Belanda 
dan
Susu lembu dari New Zealand. 
Selamat digunakan dan kualiti sentiasa dijaga !! memiliki Sijil MESTI dari Jabatan Kesihatan dan Sijil HALAL Malaysia.


Susu Suffy® B Genius 
✔️merupakan susu tepung yang dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 1 - 3 Tahun.
✔️Mempunyai campuran kurma dan madu.
✔️Mengandungi DHA komponen utama untuk otak.
✔️Mengandungi keperluan nutrisi simanja dan yang paling penting dirumus khas dengan Prebiotik – FOS & Manna.

KANDUNGAN SUFFY® B GENIUS
 

BRILLIANT

Suffy B Genius mengandungi DHA yang merupakan antara komponen utama di dalam otak. Ia Berfungsi untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak.


BALANCE

Suffy B Genius membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan oleh Si Manja. Nutrisi yang seimbang membantu Si Manja untuk membesar dengan lebih baik.


BOOST

Suffy B Genius dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman Si Manja.

Set percubaan PERCUMA Susu Suffy bGenius di Shopee


Nak tahu macamana rasanya tu? Ok ataupun tak untuk anak-anak kita. Boleh try dapatkan dulu dalam bentuk pek percubaan. Tak mahal pun dalam Rm6 je untuk 3 sachet. Sekarang ni PERCUMA untuk 50 orang pelanggan terawal di Shopee ! Untuk dapatkannya korang  boleh ikuti langkah demi langkah kat bawah ni. Dan jangan lupa gunakan kode SUFFYSBG untuk menebusnya.. dan pastikan korang memang dah mempunyai akaun Shopee !

Tempoh pengunaan kod baucar ni  bermula dari 24/1/2019 sehingga 15/2/2019. Jadi kena cepat ye korang !!


Kaedah pembelian Suffy B Genius di shopee menggunakan phone

Layari laman web 
http://www.suffy.com.my/sampelsususuffy/ kemudian klik simbol senarai. Seterusnya pilih Set Percubaan




Pilih Set Percubaan yang diingini, isi maklumat peribadi, klik term and condition dan klik Submit


Pilih set percubaan yang diingini. Ciktie pilih yang hujung warna purple tu.

Log masuk ke dalam  website Shopee. Klik  pada gambar set  percubaan  yang anda inginkan. Seterusnya klik 'Buy Now'


Masukkan kuantiti yang kita inginkan. Dekat Voucher masukkan kode : SUFFYSBG kemudian klik Apply Seterusnya klik Check Out



Seterusnya klik pada baucar diskaun suffy malaysia official store seterusnya klik ok untuk pengesahan.


Penghantaran akan dibuat  dalam masa 3 hari waktu berkerja. 

Dah selesai ! Tunggu barang sampai ajelah..


Ok, sekarang ni barangannya pun dah sampai. Dah cuba dah pun sebenarnya. Alhamdulillah, serasi je dengan si kakak ni. Dia pun dah tak fobia lagi dengan susu berwarna putih. Minum pun siap minta bertambah pula. Kalau sebelum ni usah ceritalah asyik nak muntah atau cirit-birit je lepas minum susu berwarna putih tapi yang suffy bGenius ni takde ! Ok sangatlah. Kita pun taklah gelabah sangat. 


Nasib baiklah dah ada yang pek 500gm ni sekali. Sesekali 2 orang sepupunya datang bertandang ke rumah boleh juga sama-sama rasa. Kalau serasi juga bolehlah sama-sama berpakat dengan maknya tu dapatkan susu suffy ni banyak-banyak.

Lagipun service penghantarannya memang terbaik. Cepat je sampai ! Yang ni order hari malam Isnin petang Rabu dah dapat dah. Memang puas hati sangatlah. Memang inipun yang kita nak bila bila beli online ni. Tak adalah buat kita tertunggu-tunggu. 

Untuk info lanjut lagi korang boleh layari 

Website

Facebook

Alamat
SUFFY DAIRY GROUP SDN BHD 
No. 8 Jalan Niagar Jelapang 2, 
Halaman Niaga Jelapang, 
30020 Ipoh, Perak

No.telefon
05-5252992






8 comments:

  1. wah byk ingredient yg nutritious dan bagus untuk kesihatan ibu dan bayi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sebab menjadi top komentor blog ejulz JAN 2019..
    https://ejulz.blogspot.com/2019/01/senarai-pengomen-tegar-jan-2019.html

    ReplyDelete
  3. dah sama mcm nama anak kitew.. sufi

    ReplyDelete
  4. Pilihan yang terbaik si manja 👍

    ReplyDelete
  5. sedap kan susu ni 😂 sha ada try minum sikit

    ReplyDelete
  6. macam nama kasih sufi... dh minta gak pek percubaan tu... sedappp la.. best

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************