Penangan Tempias Ribut Tropika Pabuk - Ciktie Dot Com

Breaking

Saturday, January 12, 2019

Penangan Tempias Ribut Tropika Pabuk


Sepatutnya entry ni dah published  minggu lepas lagi tapi disebabkan kesibukan sikit terbawa sampai ke hari ini. Kiranya throwback ajelah ni.

Penangan Tempias Ribut Tropika Pabuk

Seharian bumi Pengkalan Chepa dibasahi hujan. Bermula dari malam 2hb sampailah malam 3hb tu. Entah pukul berapa sebenarnya ia berhenti tak pastilah. Ciktie dah terlelap sedar-sedar dah pagi, dalam 2 lebih camtulah. Sejuk !! Memang terasa sangat nak-nak bila sesekali angin bertiup camtu. Tapi macam seronok pula nengok sorang-sorang lena diulit mimpi malam tadi hikhik.


Tapi seriously bila mengingatkan hujan lebat dan angin kuat tu. Ya Allah !! Memang risau sangat-sangat takut jadi apa-apa terutamanya dekat rumah. Keluar rumah pagi tu memang dah hujan sebenarnya cuma tiadalah selebat dan sekencang angin ketika sampai dekat selekoh menuju ke airport tu. Sampai je office terpaksa lepak dalam kereta dulu sebelum redah hujan tu. Ishhh memang sejuk ! Mula-mula tu tunggulah juga kot-kot ianya akan reda sikit ke lepas tu tak boleh nak tunggu lagi. Sebab langsung tiada tanda nak reda pun.



Sebelum itu menerusi kenyataan media, Met Malaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50km/j hingga 60km/j dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu minggu lepas. Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti laut dan persisiran pantai.

Tempias Ribut Tropika

Ini adalah berdasarkan ramalan dan pemerhatian Jabatan Meteorologi Malaysia, mengenai tembias ribut Siklon Tropika, Pabuk yang bergerak menuju ke tanah besar yang turut terkesan di negeri Pantai Timur. Seriau je tengok air dan ombak yang bergelora macamtu dalam video yang dikongsikan oleh mereka yang berada  di Pelantar semasa berlakunya kejadian tempias ribut tropika Pabuk tu.

Ribut tropika Pabuk yang pertama kali membadai di luar musim monsun sejak 30 tahun lalu ini sebenarnya turut membadai Koh Phangan, Koh Tao dan Koh Samui sebelum melalui tanah besar.

Pabuk

Yang bererti ikan keli gergasi di Laos, juga diramal membawa hujan lebat ke selatan, termasuk kawasan tumpuan pelancong di Laut Andaman seperti Krabi dan wilayah yang bersempadan dengan Malaysia iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala. 



Tapi alhamdulillah, syukur sepanjang tempoh tempias ribut tropika Pabuk melanda negara kita tu tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Berkat solat hajat, doa semua orang dan langkah berjaga-jaga yang diambil, tempias ribut tropika Pabuk yang membadai negeri Pantai Timur juga tiadalah seteruk yang diramalkan. Cuma dekat selatan Thailand dengarnya ia meragut 3 nyawa. Lagipun teruk juga tempat diorang dilanda ribut tu.


2 comments:

  1. Takutnya tengok angin kuat haritu.. Terengganu terkena jugak ribut ni tapi tak teruk sangat

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox