DIY Cushion Made by PrintCious

Januari 17, 2019
Awal-awal tahun camni memang tak sah kalau tak buka website Printcious ! Macam-macam gift idea/ custom made boleh didapati dari websitenya tu. Semua lawa-lawa dan cantik-cantik belaka. Ada tu sampai taktau nak pilih custom made yang mana satu. Nampak lebih eksklusif bila ianya kita sendiri yang design mengikut kreativiti kita sendiri..kira lain dari yang lain gitu.

DIY Cushion Made by PrintCious 



Amacam ?? Lawa tak cushion made kita ni.. ni last year punya custom made yang ciktie buat khas untuk anak buah ciktie dua orang tu. Lagi tiga orang In Shaa Allah tahun inilah pula kot. Mula-mula tu nak design yang lain sikit tapi disebabkan kekangan masa hari tu terpaksa pilih mana-mana design yang dah disediakan je. Hasilnyaaa camni pun dah cantik banyak dah ! Bukan main happy lagi si kakak tu bila terima cushion dengan wajahnya sendiri. Siang malam asyik di kilik je kerjanya.



Yang seronoknya tu cepat  je penghantarannya. Tak silap buat hari jumaat, hari Isnin selang 2/3 hari camtu dah sampai ke tangan ciktie dah. Memang bestlah dan menjadi sangatlah suprise hari tu. Tapi kalau tak silap ianya bergantung kepada jenis custom made apa yang kita pilih juga la kan.


Sebenarnya ini bukan pertama kali ciktie guna perkhidmatan dari Printcious ni. Sebelum ini ciktie dah cuba buat mug colour hadiah birthday my sister. Boleh rujuk : Hadiah Peribadi hanya di Printcious Kali ini cuba buat untuk cushion pula. Menarik dan tertarik punya pasal, itu yang terus rembak sampai dua sekali. Lagipun tak susah mana nak buat pun. Buntu idea tak keluar, kita boleh je guna mana-mana design yang dah sediada dekat website tu. Lepas tu kita ubah-ubahlah sikit ikut kreativiti sendiri. Cepat memang cepat je idea mencurah-curah masa tu. Klik situ klik sini maka terhasillah ianya.


Selain personal gift untuk ulangtahun kelahiran, reunion, printcious juga sebenarnya menawarkan menyediakan perkhidmatan corporate gift, door gift, idea hadiah perkahwinan seperti button badges, colour mug, magic mugs, lanyardscushions, mousepad ! Best juga tu seragam semua satu office. Lagilah nampak kita mengamalkan eksa dekat office betul tak hehe

5 sebab kenapa perlu memilih Printcious

  • Website mesra pengguna (friendly)..mudah digunakan dan tak cepat hang terutamanya bila kita menggunakannya untuk membuat design mengikut kreativiti  kita sendiri tu. Guna phone pun boleh tau
  • Proses untuk membuat pembayaran pun mudah. Ada 2 cara iaitu melalui mesin ATM dan juga pembayaran dalam talian (online).
  • Penghantaran cepat dan boleh beli banyak !
  • Berkualiti dan mempunyai banyak pilihan custom made ! kita hanya perlu pilih, buat design / upload gambar /masuk teks atau apa-apa je dan order je.

Haaa kalau nak tahu perkhidmatan Printcious ni tak terhad dekat Malaysia je. Dekat Singapura, Australia dan New Zealand pun ada juga tau. Jadi kalau korang yang berada di luar Malaysia tu ataupun korang nak buat kejutan untuk mereka yang berada dekat situ pun boleh. Layari je mana-mana website Printcious mengikut negara pilihan korang tu. 

Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. CCL pernah guna perkhidmatan printcious . Kualiti printing dia memang terbaik

    BalasPadam
  2. Memang bagus ni and senanglah kalau nak bg hadiah kt sesape kan.

    BalasPadam
  3. lama tak masuk website printcious ni..penah diy barang kat sini..memang best..kalau kreatif, lagi lawo hasil dia..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com