Beautea by Safi : Produk Terbaru Safi 100% Dari Ekstrak Tea Premium

Julai 30, 2019 4 Comments
Beautea by Safi : Produk Terbaru Safi 100% Dari Ekstrak Tea Premium
Haiii korang. Perasan tak dua tiga menjak ini penuh wall media sosial orang viral produk terbaru keluaran Safi, Safi Beautea !

Ciktie sendiri pun tak terkecuali terjebak untuk mencuba sendiri produk yang dihasilkan dari ekstrak tea semulajadi ni. Wangi dan menyenangkan sangat baunya. Best! Packaging pun menarik. Comel sangat.


Beautea by Safi : Produk Terbaru Safi 100% Dari Ekstrak Tea Premium

Safi Beautea, produk terbaru keluaran Safi Malaysia berasaskan 100% ekstrak tea semulajadi  (premium) yang bertindak untuk melindungi kulit dari kesan pencemaran persekitaran, tekanan dan juga penggunaan kosmetik. Seperti yang kita tahu, ekstrak tea memang kaya dengan antioksida yang berupaya melindungi kulit dari sinar UV, membantu menjadikan kulit lebih segar, cerah, sihat berseri.


Mempunyai empat jenis pilihan variasi yang sememangnya sesuai untuk semua jenis jenis kulit :-
  • Green Tea and Neem - Sesuai untuk Kulit Normal/ Berminyak. Juga bertindak menyingkirkan minyak berlebihan disamping mengawal pengeluaran  serum, mengecutkan jerawat serta memudarkan parut. Yang ini sesuai untuk kulit berjerawat.
  • Black Tea & Black Orchid - Yang ini sesuai untuk Kulit Sensitif. Ia membantu memperbaharui kulit wajah disamping mengekalkan kulit yang sihat disamping meremajakan kulit dan melindungi kulit dari kesan penuaan.
  • White Tea & Damask Rose - Yang ini pula sesuai untuk Kulit Kering. Ia bertindak membersihkan kotoran termasuk pada liang yang tersumbat tanpa mengelupas dan mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit menjadikan kulit lebih lembut dan licin.
  • Apricot Tea Revitalising Face Scrub  - Yang ini pula untuk menyingkirkan sel-sel mati dan menjadikan kulit lebih segar dan berseri. 

Ciktie dah cuba dah White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser dan Apricot Tea Revitalising Face Scrub tu. Kebetulan stok pencuci muka dekat rumah pun dah habis. Rembat terus ajelah sekali dengan scrub hari tu. Suka sangat dengan packaging ia tu. Nampak comel, ceria je.

Tapi kalau ditanya mana yang lagi best sebenarnya ciktie pun tak tahu nak jawab. Sebab dua-dua best. Mula-mula tu risau jugalah nak cuba sebab White Tea & Damask Rose tu jenis gel pembersih muka bebas sabun. Teksturnya lembut je. 


Apricot Scrub



Tapi sekarang memang tak menyesallah tergoda dengan apa yang diviralkan tu. Memang sesuai untuk kulit muka kita. Selepas menggunakan tu kulit terasa lebih halus, lembut, bersih dan segar je. Memang bestlah bau dua-dua produk Safi Beautea ini pun WANGI. Memang menyenangkan sangat-sangat! Itu yang kita suka tapiii apa yang lagi kita suka sebenarnya ia telah diuji secara dermatologi, bebas dari Paraben, alkohol, SLS/ SLES juga silikon. Jadi memang tak risaulah nak guna. Memang kena sangat dengan track marks 'selamat dan suci' ianya tu.


Untuk dapatkannya pun mudah. Pergi ke mana-mana Watsons berhampiran ataupun beli je online di http://bit.ly/2JTltHO Kebetulan hari itu pun ciktie beli online juga dekat website Watsons. Gara-gara malas nak keluar tapi still nak dapatkannya juga hehe main click.. click ajelah. Sekarang semua dah dihujung jari, kan. Tapi cepat pula barangnya tu sampai.


Ohh ya, sebelum terlupa sekarang ni Safi Beautea ada offer rm19.80 je untuk 150g berbanding harga asal setiap satunya Rm23.30Untuk info lanjut mengenai produk safi Beautea ini korang boleh layari www.safi.com.my



Bulan Julai Yang Penuh Dengan Birthday

Julai 27, 2019 6 Comments
Bulan Julai Yang Penuh Dengan Birthday
Hii, assalamualaikum dan selamat pagi korang. Alhamdulillah, berjaya juga ciktie update blog kali ni. Entah kenapa terasa macam tiada mood untuk berblog pun ada juga dua tiga menjak ni. Nak kata terkilan sebab payment review lambat masuk pun adalah sikit tapi bukan pasal tu ciktie update blog pagi-pagi ni. Tapi  pasal benda lain. Yang pasal payment tu..it's ok. lambat pun no hal la janji dapat ye. Tapii takmau lah lambat-lambat sangat. Nanti kita lupa pula ke camne kan.

Bulan Julai Yang Penuh Dengan Birthday

Oklah. Berbalik kepada perkara tajuk. Sebenarnya ciktie nak kongsikan tentang istimewanya Bulan Julai ! Banding bulan-bulan lain bulan Julai ini sebenarnya special sikit. Bulan paling ramai sambut birthday di dalamnya. Macam 25 Julai yang lalu, birthday ex-chief dekat office lama dulu. Dia tak pernah lupa birthday kita setiap tahun. Selalu wish! Ada tu wish selamat berpuasa.. selamat hari raya, tahun baru hahaha.. Kebetulan pula birthday kitorang jatuh dalam bulan yang sama. Beza hari je. Walaupun dia jenis tak banyak cakap, pediam, banyak memerhati tapi dia baik. Dah lama sangat tak jumpa dia. Sejak dia pencen sampailah sekarang memang tak pernah jumpa dah. Tapi ada member bagitau dia ada di KL dekat rumah dia tu. Ingatkan dia balik menetap dekat kampungnya di Kedah. Sebab biasanya bila dah pencen kebanyakan penjawat awam ni suka balik dan tinggal dekat kampung. Apapun Happy Belated Birthday Chief Zali. Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia disamping keluarga dan sentiasa diberkati Allah Taala selalu. In Shaa Allah, aamiin.

2 hari sebelum tu, 23 Julai adalah birthday adik ciktie. Kitorang ni bukan setakat berkongsi bulan kelahiran je sebenarnya. Tapi nama kitorang pun nak dekat-dekat sama juga sebenarnya. Nasib baik saiz badan tak sama hehe. 23 Julai tu juga sebenarnya tarikh birthday bff masa sekolah dulu.


18 Julai tu pula, tarikh birthday member baik ciktie dekat office lama. Ingat dulu mana-mana nak pergi mesti cari dia hahaha. Sorry beb selalu sangat susahkan demo. Tapi tak sangka pula demo berkongsi tarikh birthday dengan akak paling sporting dekat office ni. Memang dua-dua win sangat la!!

15 Julai tu pula adalah tarikh birthday anak buah ciktie yang no.2! Hari tu nyaris-nyaris lupa hehe tapi nasib baik tengahari tu ingat. So,balik kerja tu terus singgah beli kek pi sambut dekat rumahnya.


Ok, itu ajelah sebenarnya yang ciktie nak kongsikan untuk kali ini. Kalau korang nak tahu  lagi sebenarnya ada beberapa keistimewaan bulan Julai ni tau. Antaranya adalah ianya
  • Merupakan bulan kelahiran PM kita yang ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad (10) Julai) dan isterinya, Tun Siti Hasmah (12 Julai). Selang 2 hari je birthday diorang ni kan.
  • Birthday Bekas PM pun bulan Julai juga iaitu 23 Julai.
  • Bunga Lakspur atau delphinium pula merupakan bunga yang melambangkan simbol kelahiran bulan July. Mempunyai pelbagai variasi seperti anggu, merah, biru, kuning dan putih.  Mampu bertahan sehingga 2 atau 3 tahun. Batu lakspur melambangkan hati yang terbuka dan keterikatan. Mencerminkan perasaan tanpa beban. Warnanya yang biru..unggu, tinggi camtu kelihatan lawa juga walaupun ciktie sukakan bunga tulip unggu.
  • Permata delima pula merupakan permata yang mewakili bulan Julai.
  • Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan  Yang di-Pertuan Agong ke-16 iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jatuh pada 30 Julai 2019.
  • Apa lagi ye πŸ€”πŸ€” haa ada sesetengah negara menjadikan bulan Julai ni sebagai bulan aiskrim. Bulan memperkenalkan aiskrim tapi negara takde lagi rasanya..

Itu aje kot. Kalau ada info lain nanti ciktie update.

Sinopsis Telefilem Sempurnakah Aku Lakonan Zul Ariffin dan Erra Fazira

Julai 21, 2019 8 Comments
Sinopsis Telefilem Sempurnakah Aku Lakonan Zul Ariffin dan Erra Fazira
First time tengok lakonan gandingan dua-dua ni. Lakonan Zul Ariffin masih lagi sweet dan berbisa macam sebelum ni juga walaupun sekarang hero pujaan ramai ini kelihatan lebih berisi. Sebenarnya kalau tak silap telefilem ini dah ditayangkan dah sebelum ini cumaa kebetulan malam tadi je kita baru terlayan. Ok juga gandingan kedua-dua ni.


Sinopsis Telefilem Sempurnakah Aku Lakonan Zul Ariffin dan Erra Fazira

Telefilem terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan arahan dari Aziz M. Osman mengisahkan Amelia dan Johan yang telah berkahwin selama 8 tahun tapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Amelia dipersalahkan dan dipersendakan oleh mertuanya kerana usia, lalu mertuanya mencari calon isteri baru untuk Johan tanpa mengetahui cerita sebenar. Ditambah pula dengan Johan yang ego tidak mahu melakukan ujian kesuburan.



Fast & Furious: Next-day Delivery for Electronics Purchases on Shopee

Julai 19, 2019 4 Comments
Fast & Furious: Next-day Delivery for Electronics Purchases on Shopee
Fast & Furious: Next-day Delivery for Electronics Purchases on Shopee

KUALA LUMPUR, 19 JULY 2019 – Shopee Mart which comes with a next-day delivery guarantee via its Shopee24 Express Delivery service, not only features groceries, health and beauty products, but also irresistible electronics deals that you will not want to miss! Popular models of mobile phones, accessories, computer peripherals, home appliances such as the Xiaomi Mi 9 SE, Morgan Rice Cooker and more are available at attractive prices and all with a 100% authenticity guarantee. 


Enjoy additional perks such as a 15-day hassle free return policy, free shipping, 0% Shopee installment plan and also earn Shopee Coins (a Shopee currency) along the way. With Shopee Guarantee, shoppers can have peace of mind when shopping on the platform as Shopee holds the money from all purchases in escrow and only releases the payment to sellers after buyers have confirmed receipt of product. Should the user feel that there are any problems or dissatisfaction with regards to their products, they can request for a refund from our friendly customer service crew.


Put in your order by 2pm (excluding Sunday and public holidays) to ensure that you receive your products the next day or your next shipment will be on Shopee. Presently available for users within Klang Valley, Shopee24 serves to answer the call of consumers for speedy fulfillment when shopping online. 

For further savings from now till 21 July 2019, apply the code SMLEMA5 to receive a RM5 rebate with a minimum spend of RM100.

Don’t miss out on the limited-time only special electronics deals available on Shopee Mart:




Bila Yang Dirancang Tidak Menjadi !!

Julai 17, 2019 7 Comments
Bila Yang Dirancang Tidak Menjadi !!
Bila Yang Dirancang Tidak Menjadi !! Adoiii bukan main berbunga-bunga lagi hati ni bila mengingatkan petang ni dah dapat dah menikmati keenakan si rendang ayam. Sekali terpaksa postpone lagi !! Jamah cik epal hijau inilah dulu malam ni. In Shaa Allah, harap-harap esok berjayalah kan. Dah lama dah teringin nak makan tu. Dari raya haritu lagi sebenarnya 🀩🀩.


Tengahari tadi kebetulan keluar lunch, singgahlah hypermarket sekejap dapatkan bahannya. Ayam, santan dan beras pulutnya pula plan on the way balik kerja tu dapatkan dekat pasar. Yang lain-lain dah ada dah ! Sekali ayamnya pula yang takde !! Clear.. cuci bersih tempatnya tu. Selalunya singgah masa-masa camtu ada je lagi tapi kali ni. Adoiii sedihnya rasa tauu 

Rasanya kalau bahan lain yang tiada ok lagi tapii yang ni hmmm. Memang betul-betul bukan rezekiku lagi malam ni. Tapii tak apalah paling tak sempat lagi nak Google resepi rendang ayam best ni 😘😘

Dah lama tak masak !! Resepinya pun tah kemana-mana dah. Tapi masa dekat KL dulu pernah juga beberapa kali masak rendang hijau resepi orang Negeri Sembilan tu. Housemate yang ajarkan cuma cilinya tu kita terpaksa kurangkanlah. Barulah kena dengan lidah kita yang tak berapa nak makan pedas. Ni bila dah lama tak buat hmm memang ke lautlah resepinya.

Eehh korang ada resepi rendang ayam best tak?? Mehlah resepinya tu 



Satukan Rasa Siti Nordiana & Khai Bahar

Julai 08, 2019 10 Comments
Satukan Rasa Siti Nordiana & Khai Bahar
Dah dengar dah lagu Nana dan Khai ni. Dengar gitu-gitu je dulu sebab tak sempat nak fokus sangat lagi tapi sedap jugalah gabungan dua suara ni. Suka tengok si Khai tu.. 

Tampal kat sini dulu nanti boleh layan lagi lepas ni. Siapa yang belum dengar lagi suara diorang ni boleh dengar sekarang ye..

Satukan Rasa Siti Nordiana & Khai Bahar


Lirik lagu Satukan Rasa Siti Nordiana & Khai Bahar

Lamaku Simpan perasaan ini
 Tanpa Terduga rasa cinta hadir
 Puas Menafi bisikan d hati
 Namun Tak terdaya
 Tuk Menghalang rinduu

  Aku, Pendam rasa
 Dan Menjadi teman
 Engkau Ingin ku miliki

 Namun Aku tidak mampu
 Untuk Memiliki cinta
 Yang Semulia sepertimu

 Dikaulah Bidadari
 Temani Tiap mimpi
 Diriku Diselubung rindu

Rasa Penuh prasangka
 Dia Penguat jiwa
 Kita Benta takdirnya
 Pergilah Sepi

 Bulan Bisik padanya
 Benar Ku cinta dia
 Kau Hidupkanlah rasa ini

 Dikaulah Bidadari
 Temani Tiap mimpi
 Sungguhh Aku rindu

 Cinta penuh prasangka
 Kuatkanlahhh Hatiku
 Agar Ikatan ini terjalin

 Bulan Bisik padanya
 Benar Ku cinta dia
 Satukanlah
 Satukan Rasa




Keriangan Anak-anak Yatim Menikmati Kasih llaollao Yogurt sejuk beku

Julai 07, 2019 6 Comments
Keriangan Anak-anak Yatim Menikmati   Kasih llaollao Yogurt sejuk beku
Alhamdulillah !! Syukur merasa juga adik-adik kita dari 12 buah anak yatim meningkatkan keenakan yogurt sejuk beku berasal dari Sepanyol Sepanyol ni. Kalau ikutkan perancangan awal, kempen ini hanya untuk 3buah je tapi disebabkan sambutannya yang mengalakkan.. terus buat untuk 12 buah terus. Alhamdulillah, moga kempen ini dapat dilaksanakab lagi pada masa yang akan. Aamiin

Keriangan Anak-anak Yatim Menikmati Kasih llaollao Yogurt sejuk beku

Kanak-kanak dari 12 rumah anak yatim di Lembah Klang, Ipoh dan Alor Setar bakal menikmati keenakan yogurt sejuk beku llaollao, hasil sumbangan peminat llaollao.

Menerusi kempen Secawan Kasih, Sedekah Budi yang berlangsung pada bulan Ramadan, dimana para pelanggan telah bermurah hati menyumbang satu cawan kecil llaollao pada harga minima RM3.50 kepada anak-anak yatim. Harga pasaran cawan kecil llaollao adalah RM11.85.



Tan Kai Young, Ketua Pegawai Eksekutif Woodpeckers Group Sdn Bhd, berkata kejayaan inisiatif ini adalah hasil dari sokongan padu peminat-peminat llaollao, yang bermurah hati menyumbang hampir 1,000 cawan yogurt sejuk beku sepanjang tempoh kempen itu berlangsung iaitu dari April 26 hingga 3  Jun.

“Sasaran awal kami adalah untuk menghidangkan llaollao kepada tiga rumah anak-anak yatim. Tetapi sokongan yang diterima begitu menggalakkan dan kita telah dapat sumbangan yang cukup untuk melawat 12 rumah anak-anak yatim. “Terima kasih, Malaysia! Melihat senyuman gembira di muka anak-anak kecil ini, saya tahu mereka amat menghargai sumbangan anda,” kata Tan.
Dalam kempen Secawan Kasih, Sedekah Budi, para peminat llaollao telah menyumbang 978 cawan, dan Tan telah menambah 222 cawan lagi, menjadikah jumlah yang dikumpul 1,200 cawan. “Ini adalah inisiatif CSR pertama kami pada skala besar sejak kami mula beroperasi di Malaysia pada akhir 2015, dan kami teruja dengan sokongan yang diterima. Ini menunjukan rakyat-rakyat Malaysia adalah pemurah dan amat mulia sekali. Dengan galakan ini, kami tentunya akan melancarkan banyak lagi program CSR,” kata Tan.
Pada 19 Jun, krew llaollao telah melakukan lawatan pertamanya sempena kempen ini ke Rumah Perlindungan Al Nasuha di Batu Caves. Sementara ahli krew Ilaollao mendirikan booth, kelihatan kanak-kanak sudah tidak sabar untuk menikmati keenakan yogurt sejuk beku yang berasal dari Sepanyol. Mereka kemudiannya berbaris untuk mendapatkan yogurt sejuk beku yang lengkap dengan pelbagai topping dan sos.


Rumah Perlindungan Al Nasuha

Yogurt sejuk beku memang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa, kerana ianya penuh dengan khasiat seperti probiotic dan kalsium tetapi rendah kalori. Krew llaollao seterusnya membuat lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Kuala Lumpur, pada 6 Julai diikuti Rumah Amal Al Firdaus, Shah Alam, pada 7  Julai.

Untuk maklumat terkini mengenai kempen “Secawan Kasih, Sedekah Budi”, boleh layari Facebook llaollao Malaysia di https://www.facebook.com/llaollaoMalaysia/.


Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50%

Julai 07, 2019 3 Comments
Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50%
Wahhh!! Bestnya. Potongan sehingga 50%. Untung juga ada kad ekspres terbaru ni. Bukan setakat potongan pembelian kita dapat tapi juga manfaat sepanjang tahun. Buy 1 free 1 delivery lagi dari 1 Julai hingga 31 Disember 2019, tawaran sempena ulang tahun,offer tawaran bulanan woww i 😍😍😍 apa tunggu lagi. JOMM

Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50%

Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50%

Dengan slogan, It’s All About You, Domino’s Pizza memperkenalkan Kad Ekspres berwajah baharu pada harga yang amat menakjubkan!

Kad Ekspres Fasa 2 yang berwajah baru ini telah dilanjutkan tarikh luputnya yang kini sah sehingga 31 Julai 2020, bukan 31 Disember 2019. Kad ini boleh didapati dengan potongan harga 50% untuk tempoh terhad sahaja, di mana pelanggan boleh membeli Kad Ekspres pada harga RM30 dan bukan RM60. Manakala, pemegang Kad Ekspres sedia ada juga boleh memperbaharui kad mereka pada hanya RM15, bukan RM30.

Dengan Kad Ekspres Domino’s Fasa 2 ini, peminat piza boleh mendapat pelbagai tawaran VIP di Domino’s sepanjang tahun! Manfaat VIP termasuk tawaran beli 1 percuma 1 piza, beli 1 percuma 1 sajian sampingan terpilih, tawaran istimewa sempena hari lahir, dan tawaran bulanan eksklusif khusus untuk pemegang Kad Ekspres. Untuk tawaran masa terhad bulan ini, tawaran Beli 1 Percuma 1 Piza juga boleh didapati untuk penghantaran, bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai 2019.

Di samping itu, pelanggan Kad Ekspres berpeluang membeli piza ala carte dengan potongan harga sebanyak 50% untuk piza saiz Regular, Large dan Xtra Large, tertakluk kepada terma dan syarat. Sebaik sahaja Kad Ekspres diaktifkan dalam talian, pelanggan akan menerima 1 e-Kupon Piza saiz Regular scara percuma, bernilai RM29.90.

Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dalam operasi kami dan kami berhasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang bermakna kepada pelanggan kami. Selaras dengan itu, kami dengan sukacitanya melancarkan Fasa 2 Kad Ekspres kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami kerana sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan kepada Domino’s Pizza. Kami benar-benar berharap rakyat Malaysia akan merebut peluang ini untuk menikmati piza kegemaran mereka bersama keluarga dan kawan-kawan. Seperti biasa, kami amat komited untuk memberikan nilai yang sebaik mungkin kepada pelanggan setia kami, di samping terus menawarkan produk baharu dan menarik.”

Untuk merebut tawaran hebat ini, pelanggan boleh membeli atau memperbaharui Kad Ekspres mereka di mana-mana cawangan Domino’s, menghubungi talian Domino’s di 1-300-888-333, atau mengunjungi laman web Domino’s, sehingga 30 Julai 2019. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kad Ekspres Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi lain yang diadakan sekarang, sila ke laman web kami di http://www.dominos.com.my/.


BIOCHO Herbal Pomade | Pomade semulajadi yang baik untuk kesihatan kulit kepala dan penjagaan rambut

Julai 05, 2019 6 Comments
BIOCHO Herbal Pomade | Pomade semulajadi yang baik untuk kesihatan kulit kepala dan penjagaan rambut
Haii, assalamualaikum dan selamat tengahari korang. Selamat berhujung minggu dan selamat beristirehat bersama keluarga tersayang. Hari ini tak keluar kemana-mana ke?? Mood raya masih lagi menebal dalam diri setiap orang meskipun syawal telahpun meninggalkan kita tapi amalan kunjung mengunjung dan saling bermaafan itu kenalah kekalkan ye. Bercerita tentang amalan kunjung mengunjung ni ciktie teruja dan suka sangat tengok penampilan setiap orang. Kelihatan anggun berseri-seri je masing-masing. Si jejakanya pula kacak bergaya, dengan gaya rambutnya pacak dekat depan. Berpakaian kasual camtu nampak smart sangat. Suka sangat tengok gaya rambut diorang tu. Macam-macam stail! Kemas, hold dan shine je sepanjang hari.

BIOCHO Herbal Pomade | Pomade semulajadi yang baik untuk kesihatan kulit kepala dan penjagaan rambut

Cerita pasal rambut ni, ciktie nak kenalkan korang dengan satu produk keluaran Renoskin International Sdn Bhd yang menggunakan 100% bahan semulajadi iaitu BIOCHO Herbal Pomade! Pomade dengan lelaki memang tidak boleh dipisahkan. Ia antara barang keperluan wajib bagi setiap lelaki untuk tampil lebih bergaya dan penuh stail. Tak kira besar ataupun kecil budak-budak sekolah pun dah pandai guna Pomade tau.



Secara umumnya, pomade kita lebih kenali sebagai minyak rambut! Ia sebenarnya adalah produk penjagaan dan pengayaan rambut (hair styling product) yang diformulakan dari lilin lebah (Beeswax), minyak / bahan air berbeza dengan gel dan wax yang berada dalam pasaran. Menjadi pilihan ramai kerana ia mampu bertahan lebih lama untuk mengekalkan kekemasan dan menyihatkan rambut. Selamat dan diperbuat dari bahan semulajadi.

Dulu Pomade diperbuat daripada lemak beruang! Tapi  sekarang  ia sudah menggunakan Lanolin, Beeswax ataupun Petroleum Jelly. 

Walaupun Pomade menjadi pilihan ramai tetapi bukan kesemua pomade yang berada dalam pasaran elok dan sesuai dipakai untuk satu jangka masa panjang. Ini adalah kerana kandungan yang dimiliki oleh pomade itu sendiri. Ada sesetengah pomade terutamanya jenis gel/ orthodox dan unorthodoc akan menyebabkan kekeringan rambut yang melampau, dermatitis kulit, menyebabkan keguguran rambut. Ada juga Pomade yang diformulasikan dari bahan natural seperti beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semulajadi/ minyak mineral, tidak  mempunyai bahan kimia dan baik untuk kulit tapi susah pula nak cuci!! Perlukan conditioner malahan ia turut menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang akar rambut tersumbat.

Terdapat 4 jenis pomade dalam pasaran iaitu 
1) Pomade Jenis Gel 
Pomade jenis ini biasanya diperbuat daripada bahan kimia seperti lilin sintetik, hair fixates, polymers, alkohol, carbomers dan sebagainya. Merupakan gel yang keras. Walaupun ia mudah dibasuh dan dapat memberikan gaya yang diingini tetapi ia tetap mempunyai kelemahannya yang tersendiri antaranya adalah:- 
  • Penggunaan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan kekeringan rambut yang melampau dan rambut pecah Ia juga boleh menyebabkan dermatitis kulit kepala dalam beberapa sebab dan boleh mengakibatkan keguguran rambut.
  • Tidak sesuai untuk kulit kepala sensitif dan boleh menyebabkan psoriasis, dermatitis, kelemumur, gatal-gatal dan lain-lain. 

2) Pomade Ortodoks Berasaskan Air
Pomade jenis ini pula merupakan kombinasi gel dan minyak tradisional yang mudah dicuci dan digayakan. Ia juga mempunyai kelemahan. Antaranya :- 
  • Boleh menyebabkan rambut gugur dan kulit kepada menjadi kering 
  • Boleh menyingkirkan minyak semulajadi rambut
  • Menyebabkan kegatalan dan kelemumur 

3)  Pomade Berasaskan Unorthodox Berasaskan Air
Pomade jenis ini pula adalah pomade campuran lilin dan minyak yang dicampurkan dengan air menggunakan emulsi sintetik. Ia memberi keupayaan gaya yang diingini dan mudah untuk dicuci.  Walaupun ia mampu melembap dan melindungi rambut tetapi ia masih mengandungi bahan kima berbahaya yang boleh menyebabkan :- 
  • Kerosakan rambut yang teruk
  • Memberi kesan buruk kepada kulit kepala
  • Jangka hayat simpanan lebih pendek

4) Pomade Berasaskan Minyak
Biasaannya dihasilkan daripada beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semulajadi atau minyak mineral. Tidak seperti pomade yang lain, ia tidak mengandungi bahan kimia dan bagus untuk rambut tetapi ia masih lagi mempunyai kelemahannya iaitu sangat sukar dicuci dan boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang akar rambut tersumbat.



Jadi, sebagai penyelesaian kepada beberapa kelemahan yang terdapat pada sesetengah pomade yang berada dalam pasaran sekarang ini, Renoskin International Sdn Bhd sebuah syarikat pengeluar produk berasaskan semulajadi telah menghasilkan BioCho Herbal Pomade!! Satu-satunya Pomade yang lain dari yang lain. Dirumus untuk kesihatan kulit kepala dan penjagaan rambut. Buatan tempatan iaitu dari negara kita sendiri -Malaysia dan pengasasnya sendiri memang mempunyai kepakaran dalam bidang kimia dari UMP!!

Biocho Herbal Pomade | only One  (hair care) for men

BIOCHO Herbal Pomade | Pomade semulajadi yang baik untuk kesihatan kulit kepala dan penjagaan rambut

Merupakan pomade semulajadi (Pomade Natural) yang dirumus khas menggunakan lilin lebah 'Beeswax' dan juga campuran herba berasaskan minyak herba terpilih seperti Argan Oil, Minyak zaitun Extra virgin, Minyak kelapa dara dan Minyak Essential Rosemary yang baik untuk menjaga kesihatan kulit kepala dan penjagaan rambut. Dalam bahasa mudahnya ia bukan sahaja digunakan untuk kekemasan rambut tetapi juga menyihatkan kulit kepala dan rambut dalam masa yang sama ia sangat mudah dibersihkan. Hanya dengan SATU CUCIAN je tanpa menggunakan bahan kimia yang boleh meninggalkan kesan negatif pada pemakainya. Bebas dari bahan kimia, bahan pengawet dan diformulasikan untuk melindungi dan menyuburkan rambut.

Biocho Herbal Pomade | only One  (hair care) for men

Biocho Herbal Pomade | only One  (hair care) for men

Kandungan BioCho Herbal Pomade
Minyak Argan
Dikenali juga sebagai 'liquid gold'! Kaya dengan nutrien seperti asid lemak dan vitamin E, mampu  menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar. Selain mudah diurus dan digayakan. Asid lemak yang terkandung didalamnya  juga membantu mengurangkan keradangan kulit dan mencegah kekeringan. Ia juga berfungsi sebagai perapi rambut untuk mengatasi masalah rambut menggerbang dan bercabang.

Rosemary Oil 
Kaya dengan antioksidan, hasil daripada unsur kimia seperti Carnosol, Carnosa Acid, Asid Ursolic, Rosmarinic Acid dan Caffeic Acid. Bertindak menggalakkan pertumbuhan rambut dan ejen semulajadi anti keguguran rambut. 


Minyak  Zaitun Tulen (Virgin Olive Oil) 
Mengurangkan masalah rambut bercabang, kasar, kering, kerinting serta menguatkan rambut dari akar hingga ke hujung rambut. Ia juga melindungi rambut dari sinar UV, mengawal keguguran rambut serta berfungsi sebagai perapi semulajadi rambut.


Minyak kelapa dara
Seperti yang kita ketahui, minyak kelapa dara mempunyai banyak manfaatnya. Antara manfaatnya pada rambut, adalah ia menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bersinar. Melindungi rambut dari kehilangan protein serta bertindak sebagai anti-kelemumur semulajadi menjaga kesihatan kulit kepala, melawan jangkitan kulat serta menyokong pertumbuhan rambut.

Kenapa BioCho Herbal Pomede menjadi pilihan?

  • Dihasilkan dari bahan semulajadi dan ianya bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, pewangi sintetik dll.
  • Senang dicuci hanya ONE-WASH cucian pomade tanggal sepenuhnya. Tidak seperti kebanyakan pomade yang mengambil masa berkali-kali untuk menanggalkannya. 
  • Teksturnya tidak melekit, mudah digunakan dan gaya stail rambut boleh dipelbagaikan tanpa perlu membasuh rambut terlebih dahulu.
  • Mudah digunakan dan kekemasan rambut tahan lebih lama walaupun seharian berada di luar rumah.
  • Jimat dan harganya mampu milik. Boleh bertahan sehingga 3 atau 4 bulan.
  • Dan yang paling penting, ia sesuai untuk semua orang terutamanya pada mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif, kelumumur ataupun kegatalan kulit kepala.



CARA PENGGUNAAN (Sesuai untuk digunakan dalam rambut lembap)
  • Ambil sedikit pomade (ikut keperluan) 
  • Gosok di antara telapak tangan; dan
  • sapu perlahan di rambut.
HARGA: RM 45 (SS - RM 49)

Sebenarnya penggunaan BioCho Pomade ini tidak terhad kepada kaum lelaki je, kaum Hawa seperti ciktie pun boleh guna. Jangan kerana namanya p.o.m.a.d.e terus hint untuk lelaki, perempuan tak boleh guna.



Untuk pembelian atau pendaftaran menjadi  agen/ pengedar korang boleh Whatssap terus ke 60164907155 atau boleh juga terus beli online di RenoSkin_Malaysia

WEBSITE : BioCho

FACEBOOK : BioCho HQ 

TELEFON : 016-490 7155









Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 01 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 Kini Dibuka | Jom isi sekarang

Julai 01, 2019 7 Comments
Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 01 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 Kini Dibuka | Jom isi sekarang
Hai korang !! Esok dah 01 Julai.. pada siapa yang permohonan BSH - Bantuan Sara Hidupnya  hari tu gagal tetapi memenuhi syarat yang ditetapkan, jangan lupa buat permohonan rayuan ye. Bayaran untuk fasa ke-3 bakal dibuat pada bulan Ogos ni dan seperti yang diwar-warkan permohonan rayuan  sudah boleh dibuat mulai 01 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 ini.

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 01 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 Kini Dibuka | Jom isi sekarang

Tempoh rayuan ini hanya terpakai kepada pemohon maklumat anak yang tidak memenuhi syarat serta penambahan maklumat anak.

Permohonan rayuan boleh dihantar ke mana-mana Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil  (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM bersama dokumen sokongan.

Untuk maklumat mengenainya lanjut kita boleh layari portal rasmi BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di https://bsh.hasil@gov.my


Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja 
  2. Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  3. Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  4. Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
  5. Hubungan anak mestilah:-
  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  • OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Syarat Tidak Layak Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  • Menetap di luar negara 
  • Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak 
  • Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan 
  • Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal 
  • Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) 
  • Pemegang saham / pengarah syarikat
  • Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  • Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  • Memiliki motosikal melebihi 500cc 
  • Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000



My Ping in TotalPing.com