Bulan Julai Yang Penuh Dengan Birthday - Ciktie Dot Com

Breaking

Saturday, July 27, 2019

Bulan Julai Yang Penuh Dengan Birthday


Hii, assalamualaikum dan selamat pagi korang. Alhamdulillah, berjaya juga ciktie update blog kali ni. Entah kenapa terasa macam tiada mood untuk berblog pun ada juga dua tiga menjak ni. Nak kata terkilan sebab payment review lambat masuk pun adalah sikit tapi bukan pasal tu ciktie update blog pagi-pagi ni. Tapi  pasal benda lain. Yang pasal payment tu..it's ok. lambat pun no hal la janji dapat ye. Tapii takmau lah lambat-lambat sangat. Nanti kita lupa pula ke camne kan.

Bulan Julai Yang Penuh Dengan Birthday

Oklah. Berbalik kepada perkara tajuk. Sebenarnya ciktie nak kongsikan tentang istimewanya Bulan Julai ! Banding bulan-bulan lain bulan Julai ini sebenarnya special sikit. Bulan paling ramai sambut birthday di dalamnya. Macam 25 Julai yang lalu, birthday ex-chief dekat office lama dulu. Dia tak pernah lupa birthday kita setiap tahun. Selalu wish! Ada tu wish selamat berpuasa.. selamat hari raya, tahun baru hahaha.. Kebetulan pula birthday kitorang jatuh dalam bulan yang sama. Beza hari je. Walaupun dia jenis tak banyak cakap, pediam, banyak memerhati tapi dia baik. Dah lama sangat tak jumpa dia. Sejak dia pencen sampailah sekarang memang tak pernah jumpa dah. Tapi ada member bagitau dia ada di KL dekat rumah dia tu. Ingatkan dia balik menetap dekat kampungnya di Kedah. Sebab biasanya bila dah pencen kebanyakan penjawat awam ni suka balik dan tinggal dekat kampung. Apapun Happy Belated Birthday Chief Zali. Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia disamping keluarga dan sentiasa diberkati Allah Taala selalu. In Shaa Allah, aamiin.

2 hari sebelum tu, 23 Julai adalah birthday adik ciktie. Kitorang ni bukan setakat berkongsi bulan kelahiran je sebenarnya. Tapi nama kitorang pun nak dekat-dekat sama juga sebenarnya. Nasib baik saiz badan tak sama hehe. 23 Julai tu juga sebenarnya tarikh birthday bff masa sekolah dulu.


18 Julai tu pula, tarikh birthday member baik ciktie dekat office lama. Ingat dulu mana-mana nak pergi mesti cari dia hahaha. Sorry beb selalu sangat susahkan demo. Tapi tak sangka pula demo berkongsi tarikh birthday dengan akak paling sporting dekat office ni. Memang dua-dua win sangat la!!

15 Julai tu pula adalah tarikh birthday anak buah ciktie yang no.2! Hari tu nyaris-nyaris lupa hehe tapi nasib baik tengahari tu ingat. So,balik kerja tu terus singgah beli kek pi sambut dekat rumahnya.


Ok, itu ajelah sebenarnya yang ciktie nak kongsikan untuk kali ini. Kalau korang nak tahu  lagi sebenarnya ada beberapa keistimewaan bulan Julai ni tau. Antaranya adalah ianya
  • Merupakan bulan kelahiran PM kita yang ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad (10) Julai) dan isterinya, Tun Siti Hasmah (12 Julai). Selang 2 hari je birthday diorang ni kan.
  • Birthday Bekas PM pun bulan Julai juga iaitu 23 Julai.
  • Bunga Lakspur atau delphinium pula merupakan bunga yang melambangkan simbol kelahiran bulan July. Mempunyai pelbagai variasi seperti anggu, merah, biru, kuning dan putih.  Mampu bertahan sehingga 2 atau 3 tahun. Batu lakspur melambangkan hati yang terbuka dan keterikatan. Mencerminkan perasaan tanpa beban. Warnanya yang biru..unggu, tinggi camtu kelihatan lawa juga walaupun ciktie sukakan bunga tulip unggu.
  • Permata delima pula merupakan permata yang mewakili bulan Julai.
  • Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan  Yang di-Pertuan Agong ke-16 iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jatuh pada 30 Julai 2019.
  • Apa lagi ye 🤔🤔 haa ada sesetengah negara menjadikan bulan Julai ni sebagai bulan aiskrim. Bulan memperkenalkan aiskrim tapi negara takde lagi rasanya..

Itu aje kot. Kalau ada info lain nanti ciktie update.

6 comments:

  1. aah la kan... sekeliling saya pun penuh dgn beday org. hahaha


    https://puansyah.blogspot.com/2019/07/open-belajar-forex-untuk-wanita-sahaja.html

    ReplyDelete
  2. ramainya sambut birthday bulan julai.. happy birthday semua.. cantik bunga biru tuu

    ReplyDelete
  3. OHH masih berhubung dengan Chief Zali ya..

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************