Bila Yang Dirancang Tidak Menjadi !! - Ciktie Dot Com

Breaking

Wednesday, July 17, 2019

Bila Yang Dirancang Tidak Menjadi !!


Bila Yang Dirancang Tidak Menjadi !! Adoiii bukan main berbunga-bunga lagi hati ni bila mengingatkan petang ni dah dapat dah menikmati keenakan si rendang ayam. Sekali terpaksa postpone lagi !! Jamah cik epal hijau inilah dulu malam ni. In Shaa Allah, harap-harap esok berjayalah kan. Dah lama dah teringin nak makan tu. Dari raya haritu lagi sebenarnya 🤩🤩.


Tengahari tadi kebetulan keluar lunch, singgahlah hypermarket sekejap dapatkan bahannya. Ayam, santan dan beras pulutnya pula plan on the way balik kerja tu dapatkan dekat pasar. Yang lain-lain dah ada dah ! Sekali ayamnya pula yang takde !! Clear.. cuci bersih tempatnya tu. Selalunya singgah masa-masa camtu ada je lagi tapi kali ni. Adoiii sedihnya rasa tauu 

Rasanya kalau bahan lain yang tiada ok lagi tapii yang ni hmmm. Memang betul-betul bukan rezekiku lagi malam ni. Tapii tak apalah paling tak sempat lagi nak Google resepi rendang ayam best ni 😘😘

Dah lama tak masak !! Resepinya pun tah kemana-mana dah. Tapi masa dekat KL dulu pernah juga beberapa kali masak rendang hijau resepi orang Negeri Sembilan tu. Housemate yang ajarkan cuma cilinya tu kita terpaksa kurangkanlah. Barulah kena dengan lidah kita yang tak berapa nak makan pedas. Ni bila dah lama tak buat hmm memang ke lautlah resepinya.

Eehh korang ada resepi rendang ayam best tak?? Mehlah resepinya tu 



3 comments:

  1. takpe2,, nanti lepas lah keinginan tu.. boleh lari mood jugak ni kalau bab makan.. semua benda tak jadi.. huhuuuu

    ReplyDelete
  2. alahai....
    sama la selalu jadi cmtu juga bila dah plan nak masak apa,sekali tu bahan utama xde..hmmm

    ReplyDelete
  3. Tetiba mama plka terasa nak makan rendang gak

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox