Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 01 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 Kini Dibuka | Jom isi sekarang - Ciktie Dot Com

Breaking

Monday, July 1, 2019

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 01 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 Kini Dibuka | Jom isi sekarang


Hai korang !! Esok dah 01 Julai.. pada siapa yang permohonan BSH - Bantuan Sara Hidupnya  hari tu gagal tetapi memenuhi syarat yang ditetapkan, jangan lupa buat permohonan rayuan ye. Bayaran untuk fasa ke-3 bakal dibuat pada bulan Ogos ni dan seperti yang diwar-warkan permohonan rayuan  sudah boleh dibuat mulai 01 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 ini.

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 01 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 Kini Dibuka | Jom isi sekarang

Tempoh rayuan ini hanya terpakai kepada pemohon maklumat anak yang tidak memenuhi syarat serta penambahan maklumat anak.

Permohonan rayuan boleh dihantar ke mana-mana Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil  (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM bersama dokumen sokongan.

Untuk maklumat mengenainya lanjut kita boleh layari portal rasmi BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di https://bsh.hasil@gov.my


Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja 
  2. Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  3. Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  4. Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
  5. Hubungan anak mestilah:-
  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  • OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Syarat Tidak Layak Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  • Menetap di luar negara 
  • Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak 
  • Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan 
  • Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal 
  • Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) 
  • Pemegang saham / pengarah syarikat
  • Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  • Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  • Memiliki motosikal melebihi 500cc 
  • Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000



5 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  2. good sharing ni, cik tie..membantu utk golongan yg kurang berkemampuan tapi tak layak utk terima BSH..ada info utk dorang rujuk camne nak buat rayuan..

    ReplyDelete
  3. Good info semoga yg buat rayuan tu dapat

    ReplyDelete
  4. semoga yg merayu semua dapat la ye

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************