Bacaan Selawat

September 24, 2017 1 Comment
Bacaan Selawat
Yaa Nabi Salaam 'alaika
Yaa Rasul Salaam ' alaika
Yaa Habib Salaam ' alaika
Salawaatu'llah 'alaika

Ashraqa'l Badru 'alaina
Fakhtafat Minhu'l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra'aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori

Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu's-Sudoori

Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama'l Qiblataini






Selamat Tahun Baru Hijrah 1439h

September 22, 2017 1 Comment
Selamat Tahun Baru Hijrah 1439h
Assalamualaikum dan selamat malam semua..
1 Muharram sudahpun berlalu sekejap lagi 2 Muharram bakal mengambil tempatnya. Begitulah juga dengan kehidupan kita ini. Yang sudah tu..sudah la. Ia tetap akan berlalu dan yang akan datang ini bakal kita tempuhi jua. Semoga ianya lebih baik dan lebih sempurna. In shaa Allah, Aamiin.


Selamat Tahun Baru Hijrah 1439h.
Semoga tahun ini lebih bermakna buat kita semua. Fikir yang baik².. Cakap yang baik²..in shaa Allah apa yang kita dapat pun yang baik² 



Muhasabah Diri

September 18, 2017 2 Comments
Muhasabah Diri
Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Apa khabar?? Rasanya cam dah lama tak bertanya khabar korang semua ni. semoga semuanya sihat la ya. Jaga diri tau sekarang ini musim orang deman. batuk-batuk, selsema. banyakkan minum air kosong tu. semoga antibodi badan kita kuat melawan segala penyakit tu. In shaa Allah, aamiin

Alhamdulillah, kesihatan family ciktie pun nampaknya dah bertambah baik. mood ciktie pun dah kembali ok haha terima kasih ya Rahman.. semoga ianya berterusan camni, aamiin. Dalam kehidupan kita ini, apa yang kita buat itulah juga yang kita dapat. Apa yang kita laburkan itulah pulangan yang kita dapat, betul tak? Pelaburan itu tak semestinya perlu keluarkan wang ringit, keringat semua. Dengan hanya mengukirkan senyuman pun kita dah dapat pulangannya kan. Hati kita pun senang. Tak fikir macam-macam. raut wajah pun manis tak gitu 

Jadi cubalah ukir senyuman tu meskipun tak ikhlas. Kita ni bukannya tak selalu jumpa, terserempak lagi la selalu tapii kalau nak ukirkan senyuman pun susah. jangan katakan nak tegur. orang nak pandang pun tak nak.. Masa tu jangan pula nak menuding jari salahkan orang pula. Biasalah mood kita ni ada masa-masanya turun dan ada masa-masanya naik. Macam air laut la, ada masa ianya pasang kan tapi rasanya tak pernah pula ianya asyik air pasang je tapi tak taulah kot-kot ada :)

Jangan ada yang salah faham pula. ini sekadar coretan untuk muhasabah diri tak lebih dari itu. Biasalah kita ni suka sangat bercerita kelemahan dan keburukan orang tapi keburukan kita?? Oklah sebelum melaluk lebih panjang.. stop kat sini dulu. 

Dah, jom pi solat









Udang celup tepung viral

September 14, 2017 1 Comment
Udang celup tepung viral

Lunch makan udang celup tepung ni je hari ni. Inipun makan office mate punya. Memula tu dia gtau nak bawa balik tup-tup bagi kita makan hehe.. Thanks shaz

semua dihujung jari dah sekarang ni. Teringin boleh terus order.. Tak perlu susah-susah dah. Hanya tunggu pesanan tiba pastu bayar je. Caj penghantaran pun rm2 je.

Rm10 je untuk 40 ekor udang. 
Cod area P.C.B, Pengkalan Chepa, Kedai Buloh,Kuala Besar, Penambang dan Kota Bharu.
Memang berbaloi-baloi la. Dah la sedap !!
Nak tempah hubungi je nombor bawah ni
01111140269









120917 Perginya Bapa Saudaraku

September 13, 2017 3 Comments
120917 Perginya Bapa Saudaraku
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Sesungguhnya kematian itu pasti akan datang kepada kita. Bila dan dimana hanya Dia yang lebih mengetahui. Bila mengingatkan saat itu memang terasa takut sangat.


Pagi semalam seorang lagi hamba-Nya dijemput pulang. Takziah buat semua keluarga arwah bapa saudaraku. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan hambanya yang beriman. 
Aamin.

Tak sangka usaha kerasnya untuk membolehkan urusan di Pejabat Tanah Bachok berjalan lancar sebelum ini merupakan urusan terakhirnya untukku. Nada suaranya lembut je bila bercakap. Penampilannya sentiasa kemas. Sentiasa senyum.. Semoga arwah tenang disana.

Orang baik² ni sekejap je Allah pinjamkan kat sini kan. Segala kebaikan yang diberikan selama ini sentiasa diingatan. 

Takziah juga buat seluruh warga kedah diatas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.







Office Cat Baru

September 11, 2017 3 Comments
Office Cat Baru

Baru nampak segar sikit office ni. Kalau tak cam kusam je walaupun orang dalam ni tak camtu hikhik. Rasanya dah lama kot dinding office ni tak dicat baru tapi tak tau la kan, ciktie kat sini pun baru masuk tahun ke-2. Sebelum ni warna dinding ni ala-ala kuning cair camtu tapi kali ni warna putih plus gray. Nampak lebih jelas kan. Luas pun luas nampak ruang dalamnya pun


Ini pun dah masuk minggu keberapa dah proses mengecat ni. Dari sebelum raya haji hari tu sampailah sekarang ni tapi sebenarnya baru 3 hari diorang datang catnya. Ini pun asyik tertangguh je sebenarnya.. Yalah tetiba office dapat stand down..ada time² nya pula kitorang dalam ni sibuk sangat..diorang kena cat kat office lain dulu. So, layan je laa. Maybe esok siap dah kot 😄😄 tengok tadi cam sikit je lagi tinggal tu


Suasana dalam office pun masih lagi cam kapal pecah. Sana sini merata barang. Sekali tengok memang sakit kepala la. Tapi lagi sakit kepala nak tahan bau catnya tu








Like Us