Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah

Cepatnya masa berlalu.. rasa macam baru je baca doa awal dengan akhir tahun. Tup-tup hari ni dah masuk tahun lain dah. Semoga tahun ini akan lebih baik, dipermudahkan dan lancar dalam setiap perjalanan mencapai tujuan. Aamiin

Nasib baik petang semalam rajin scroll status Whatsapp. Kalau tak memang dah tak ingat dah bab doa akhir tahun dan doa awal tahun ni. Tapi bab hari ni cuti memang tak lupa la.


Ciktie Cuti Awal Muharram


Best kan kalau hari Rabu off camni. 2 hari kerja off pastu masuk balik 2 hari kemudian off pula 2 hari. Nikmatnya 😄😄 tapiii lucu la bila teringatkan cerita awal bulan hari tu. Tah camne la boleh lupa 1hb tu cuti ! Seawal yang boleh pula tu bertapak depan mesin punchcard tapi nasib baik tak sampai office tingkat 3 tu lagi. Masih dekat parking.. patut pun pelik sampai-sampai parking masih banyak yang kosong. Rupanya... alahaiii kita yang mamai datang kerja rupanya 😂


Blog ciktie tak updated

Dah lama sangat rasanya tak updated jurnal kesayangan ni. Bukan rasa lagilah Mek.. memang dah iya dah pun. Bukan tak sempat sebenarnya cumanya tak tau macamana nak mulakan je.


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 

1448H

Hari ni kebetulan cuti umum sempena Awal Muharram, tengah free la katakan sambil-sambil duk tinjau Teratak Bonda yang baru siap tapi tanpa kelengkapan dan perabot sepenuhnya lagi la. Insyaallah pelan-pelan kita bawa masuk ikut keperluan dan bajet dalam poket. 

Oklah sempena kedatangan tahun baru hijrah kali ni, semoga apa yang kita dirancang dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya.

Dan semoga apa-apa azam yang belum tertunai sebelum ini, yang mana dah repeat saban tahun tu akan menunjukkan sedikit demi sedikit bibik-bibik kemajuan. Insyaallah, aamiin

Ciktie  juga berharap kita mampu untuk terus istiqomah dalam mengejar impian. 

InsyaAllah

Selamat tahun baru korang !



Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »

Catat Ulasan

0 Ulasan