Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas. Semoga kita masih lagi mampu membuat kebaikan. Insyaallah
Buat kebaikan itu tidak semestinya perlu ditujukan untuk sesiapa pun cukup sekurang-kurangnya ianya mampu untuk menjaga hati kita sendiri 😍 Buka mata aje terus kerah idea nak menyakitkan hati orang. Buang karen je
Selamat Hari Raya Aidilfitri
By the way, lamanya kita nak membebel dekat sini. Dah berhabuk..bersawang semua dah blog kita ni. Hari ni kita masih lagi bercuti. Insyaallah esok dah mula masuk kerja kot
Banyak benda yang kita nak share sebenarnya ni cumaa tak sempat lagi. Nanti kita share satu-satu tak nak la ia hilang. Memori phone pun dah penuh, meluap-luap keluar dah ianya pun.
Dekat sini juga, kita nak ucapkan Selamat berhari raya. Maaf zahir dan batin.. semoga dipermudahkan semua urusan dan ceria-ceria selalu.
Ini ajelah isian balang kuih raya kita untuk tahun ni. Kacang, maruku viral, maruku halus dan kuih semperit. Memandangkan dapur masih lagi takda.. Kita beraya rumah jiran tetangga ajelah. Ada yang buat laksa penang, nasi beriani, pasta carbonara, lontong, sate, mee kari. Alhamdulillah, kenyang perut tapi masalahnya sebulan puasa perut kempis sehari raya dah timbul balik ni dah camne
Selamat Hari Raya
Raya ni kita tema black ! Tapi sekeping pun takde snap gambar. Memandangkan takda kita share video sebelum cuti beraya ajelah
H
Okay korang hingga jumpa lagi.
Next Post »




0 Ulasan
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.