Dah 2/3 hari area ni tak berasap. Petang ni kembali ke agenda pedih mata ataupun bau asap semula. Biasalah dekat kampung-kampung ni agenda membakar daun kering ataupun rumput kering memang dilakukan sebelah petang ataupun pagi bagi mengelakkan menganggu aktiviti penduduk sekitar. Tapi tak dinafikan ada juga sesetengah orang melakukan pembakaran ni tengah hari, area 9 - 11 tengahari camtu. Tapi itulah dah tak boleh nak jemur kain, nanti melekat bau dan habuknya tu. Dah kena cuci basuh semula.
Pembakaran dekat kampung-kampung ni tiadalah banyak sangat. Setakat daun kayu, ranting sekerat dua ataupun rumput kering yang di mesin sehari atau beberapa hari sebelum hari berkenaan tu je. Kalau masuk plastik hitam memang bandaran tak ambil la kalau letak biasa tu, nak kena bawa keluar ke jalan besar. Orang kampung dengan tiada kenderaan nak bawa keluar, inilah cara paling selamat dan terbaik lagipun boleh juga elakkan pembiakan nyamuk.
Jerebu lagi hari ini
Tapi yang tak bestnya hari ni macam jerebu makin teruk je. Dari mula keluar pagi tadi sampailah bertolak balik petangnya. Dengan pandangan terbatas memang tak best betul nak tengok sekeliling. Dah la kita yang kena drive. Rasa macam nak renyeh mata je. Semalam rasanya ok dah sikit dalam beberapa hari ni. Mungkin juga disebabkan sehari dua ni hujan lebat.
Walaupun Indeks Pencemaran Udara dekat KB ni masih lagi di tahap sederhana tapi dah banyak tempat dah sebenarnya IPU yang berada di tahap tidak sihat. Kita diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mengurangkan aktiviti diluar rumah. Haa satu lagi kena pakai mask walaupun tak selesa.
Jerebu makin teruk
Aiii bilalah betul-betul nak reda jerebu ni. Setiap tahun mesti jadi, dah jadi musim pula. Gara-gara nak mudah..nak jimat bersihkan semak dan buka tanah, orang lain pula yang kena susah. Nak kena selesaikan masalah korang. Bab kaut untung mau ribu-riban tak mau rugi sikit pun. bab nak clear kan tu mai guna cara mudah, cara lama. Bakar je !
Bila dah merembak hmmm agak-agak kalau orang atau company berkenaan tu dikenakan tindakan tutup dulu aka sita setahun dua sehingga betul-betul guna teknologi atau cara terbaik untuk elak pembakaran hutan boleh tak. Dah alang-alang sengaja buat (nyalakan api sebabkan kebakaran) tu kita bagilah upah sikit. Biar sepadan dengan apa yang diperbuat !
Dah la sekarang ni El-Nino lagi cepat la ia merebak. Paling-paling tak cerah la sikit langit biru atas ni. Rasa macam dah lama pula tak tengok langit biru atas ni. Asyik kelam, suram je. Nak tengok burung terbang pagi hari pun dah susah. Nasib baiklah sesekali nampak gerangannya atas pokok gajus belakang rumah tu.
Ok cukuplah dulu bebelan kita kali ni.
Next Post »




0 Ulasan
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.