Resepi Aneka Jenis Tart

Jun 14, 2020
Alahaiii comel-comel je rupa tart korang ni. Macam-macam pattern dan macam-macam perisa ada. Masa ciktie kecil-kecil dulu tart nenas yang tekup tu ajelah yang adanya pun. Alahhh yang klasik tu. Jem kat tengah-tengah tu haa. Bila besar sikit lagi baru jumpa tart nenas rupa macam paha ayam goreng kfc tu pula. Masa tu mak order je dengan orang kuih raya tu..mana nak sempat buat. Tempahan baju raya banyak sangat tak siap masa tu. Dekat 2 tahun jugalah mak order kuih dengan orang yang sama tu. Tapii berbaloi la kuihnya semua sedap.


Resepi Aneka Jenis Tart 
Bila dah besar camni pula, rupanya macam-macam pattern boleh buat tart nenas ni. Terbaru tart nenas berbentuk daun kot. Comel je nampak. Dan memandangkan tart nenas tahun ni macam-macam pattern, macam-macam jenis kita share dulu aneka macam pattern tart nenas ni.

Pattern dan keunikan design tart nenas

#1 : Tart Tulip
Ceria je nampak tartnya ni. Inti dekat luar !



#2 : Tart Dan
Kreatif betul !

#3 : tart rumah Spongebob
Sekali imbas tak ubah seperti buah nenas masak !

#4 : Tart Kerang

#5 : Tart Cadbary komando

#6 : tart berduri

#7 : tart kiub

#8 : Tart Bunga

#9 : tart rose

#10 : tart labu

#11 : Tart Gulung

Pendek kata semua sebenarnya adalah TART NENAS ! Ehhh..nenas ke nanas ye 🤔🤔 lagi satu tart yang tengah femes sekarang ni, tart cheese. Kalau dekat kedai ianya berbeza sikit harganya berbanding tart biasa yang ni. Siapa dah pernah cuba??

Berikut ini pula aneka macam resepi tart ! Ada tart blueberry, strawberi, coklat dan macam-macam lagi.

Resepi Aneka Jenis Tart 

#1 : Resepi Tart Epal

Tart apple

Bahan untuk inti tart epal
7 biji epal hijau
Air batu /ais
Air perahan limau kasturi
Gula pasir
Sedikit pewarna hijau

Cara penyediaan inti tart epal
  • Kupas dan rendamkan dalam air (air biasa + air batu + air perahan limau kasturi) untuk mengelakkan buahnya lebam
  • Parut halus dan tapis. Buang airnya.
  • Masukkan gula pasir *ikut tahap kemanisan korang
  • Masukkan sedikit pewarna hijau
  • Masak sehingga kering

Cara membuat tart epal
Adunan dohnya sama seperti tart nenas bezanya masukkan pewarna hijau dan tukar intinya.

Kredit : umi.cutie

#2 : Resepi Tart Nenas Gulung menggunakan sukatan cawan 

Resepi ini dapat menghasilkan 60 pcs tart nenas tapi bergantung pada acuan yang digunakan juga ye.

Bahan-Bahan Utama
3 1/4 cawan gandum (1/4 tu sukatan die kurang dari separuh cawan) 
2 sb tepung jagung *supaya tart yang dihasilkan tak keras apa sudah sejuk 
2 sb tepung kastard *supaya tart terasa creamy sedap
2 sb minyak sapi *supaya tart gebu, gold dan rasa sedap lemak susu camtu
1 cawan butter 
3 sb susu pekat 
1 biji kuning telur 
Sedikit esen vanila 
Sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakan Doh Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan
  • Satukan bahan seperti butter, susu pekat, kuning telur, esen vanila, pewarna kuning dan minyak sapi dalam bekas adunan. Kacau menggunakan senduk sahaja.
  • Kemudian, masukkn 1 cawan tepung gandum, 2 sb tepung custard diikuti 2sb tepung jagung.
  • Kemudian, tuangkan baki selebihnya tepung gandum tadi.

Nota
sukatan 3 1/4 cawan ni bagi sesiapa yang pakai acuan tart kalau pakai penggelek boleh tambah 1/4 jd 1/2 cawan. Maksudnya sukatan untuk guna penggelek 3 cawan setengah tepung gandum sebab nak doh keras sedikit supaya senang nak gelek. 

  • Uli sampai dapat doh yang cantik dan lembut. Ambil sedikit adunan doh, dan masukkan sedikit dalam acuan tart. 
  • Tabur tepung atas dulang atau talam semasa menerap tart.
  • Sapukan sedikit butter atas tray sebelum diletak tart untuk dibakar dalam oven.
  • Sapukan kuning telur yang dicampur dengan sedikti pewarna kuning untuk dapatkan kesan gold pada permukaan tart. 
  • Panaskan oven pada suhu 170 darjah dalam 5 minit. Masukkan tart dalam oven dan bakar dengan suhu 160 darjah selama 25 minit atau mengikut oven masing-masing. 
  • Bila dah nampak permukaan tart dah gold means tart nenas dah boleh diangkat.
Kredit : Azlina Ina 

#3 : Resepi Tart Nyonya 

resipi tart nanas ini mampu  menghasilkan kurang lebih 58 biji tart tapi ianya bergantung pada acuan yang kita gunakan jugalah ye.

Bahan-bahan untuk Tart Nyonya
200 gram mentega
300 gram tepung gandum
2 sudu besar rata tepung jagung
2 sudu besar rata tepung kastard
1 kuning telur gred A
2 sudu teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning makanan
Inti jem nanas secukupnya

Cara Membuat Tart Nyonya
  • Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard ke dalam mangkuk besar. Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari hingga berderai seperti serbuk roti 
  • Sementara itu, satukan kuning telur dengan esen vanilla dan pewarna kuning makanan dan kacau rata. Tuang sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk adunan sambil digaul hingga menjadi doh yang tak melekat di mangkuk adunan. Bulatkan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan. Rehatkan doh dalam 15 minit
  • Bahagi kepada 2 doh, ambik 1 bahagian dan canai antara 2 lapisan plastik bersih dalam + cm dan terap dengan acuan kuih tart kegemaran. Susun dalam dulang. Buat hingga siap dan taruk jem nanas yang telah dibulatkan sebesar hujung ibu jari. Tekan sedikit agar inti melekat 
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165°C (api BAWAH sahaja) selama 25-30 minit atau hingga masak. Bakar api bawah saja akan menghasilkan kuih tart nanas yang lembap intinya, tak kering. Selamat mencuba #atnanasnyonya

Kredit : Che Mat

#4 : RESEPI TART NENAS KERANG

Bahannya untuk Tart Biasa
Bahan A
150 gram butter
100 gram majerin
50 gram gula icing
50 gram susu tepung
50 gram tepung jagung
1/4 sudu kecil emplex
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
Pewarna untuk doh *jika suka

Bahan B
350 gram tepung gandum (tepung nanti boleh diubah suai supaya dpt doh yg lembut)
Inti nenas/epal yang secukupnya

Untu sapuan...
1 biji kuning telur
beberapa titik pewarna kuning
1 sudu kecil susu cair

Caranya
  • Sebatikan butter, majerin, gula dan telur gunakan senduk saja. kemudian campurkan semua bahan-bahannya kecuali intinya.
  • Uli doh sehingga doh tidak lekat ditangan, pastikan doh lembut supaya mudah untuk proses menekan doh. 
  • Setelah siap uli dohnya, perap sekejap dohnya supaya bahan-bahanya lebih sebati dan mesra. 
  • Ambil sedikit doh, masukkan dalam acuan tart kerang ..masukkan inti nenas dan tutup dengan sedikit doh lagi. Kemudian tekan acuan tart kerang. untuk mengeluarkan tart tadi.
  • Susun dalam loyang pembakar. Oleskan bahagian atas dengan sapuan kuning telur.
  • Sedia untuk dibakar. Bakar selama25-30 minit dengan suhu 170c atau mengikut oven masing-masing.
Kredit : Resepi Dapur Bidadari

#5 : Resepi tart labu

Bahan untuk tart labu
Jem nenas *boleh beli dekat bakery
250g Butter
500g Tepung Gandum
100g Gula kastor/ising
1 biji Kuning telur
Secubit garam *tak letak pun boleh
Esen Vanilla

Untuk sapuan
#kuning telur +pewarna kuning dan esen vanila utk sapuan atas biskut)

Cara penyediaan tart labu
  • Pukul butter dan gula hingga kembang, boleh guna mixer dulu sehingga kembang kemudian tukar menggunakan spatula
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila 
  • Garam 
  • Tepung. Gaul smpai rata dan uli sekejap menggunakan tangan.
  • Sapukan perwarna kuning dan asingkan sedikit adunan untuk warna hijau.
  • Bentukkan doh labu *Ikut kreativiti masing-masing.
  • Sapu kuning telur ke atas biskut dan bakar  pada suhu 150° selama 20-25mini atau bergantung pada oven masing-masing.
  • Dah siap !

Kredit : Norazira Jamal 

#6 : Resepi Tart Coklat Cabrary


Bahan untuk Tart Cabrary
250gm mentega
3sb minyak sapi
3sb susu pekat
2sb tepung jagung
2sb tepung kastad
1 biji kuning telur
3sb serbuk almond Esen vanilla
3+1/4 cawan tepung gandum
Coklat cadbury
Pewarna  ungu *masuk bnyak sikit.

Untuk hiasan
Apa-apa hiasan atasnya pun boleh


#7 : Resepi Nutella tart

Bahan-bahan untuk Nutell Tart
250gm butter 
60gm gula halus 
1 biji kuning telur 
450gm tepung gandum *sangai dulu kalau tak nak pun boleh untuk lebih ringankannya
1 tsp red velvet emalco

Tips
Perbezaan nak buat tart biasa dengan tart red velvet ni hanya pada  red velvet emalco. Kalau yang biasa tak perlu masukkan
Bahan inti
Nutella Coklat 
1/2 tsp almond flavour *tak letak pon boleh

Cara-caranya
  • Pukul manja mentega dan gula sampai sebati bukan sampai kembang tau. 
  • Kemudian masukkan kuning telur. 
  • Akhir sekali masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
  • Terapkan doh menggunakan acuan tart dan susun diatas dulang pembakar. Kalau tak pandai guna acuan, boleh juga bulatkan dohnya dan buat lubang kat tengah-tengah.
  • Paipkan nutella ikut banyak mana yang kita nak kemudian tabur badam cincang (yang telah dibakar seketika) diatasnya.
  • bakar selama 15-20 minit. Kalau nak ianya biskutnya tu garing sedikit, bakar biskutnya tu dulu selama 5 minit kemudian barulah paipkan coklat nutella. Bakar lagi selama 10-15 minit.
  • Dah siap !

Kredit : Umie Nurhayati

#8 : RESEPI TART BLUEBERRY menggunakan sukatan cawan


Bahan untuk Tart Blueberry
3+1/2 cawan tepung gandum
3 sb tepung kastard
3 sb tepung jagung - ayak bahan2 ni
250g butter (saya guna farmcows)
2 sb gula kastor @ gula halus
1 sb minyak sapi *jika suka
1 biji kuning telur
1 sk blueberry emulco @ blueberry essence
Pewarna ungu secukupnya
Inti blueberry secukupnya *boleh beli di kedai bahan-bahan kuih

Cara penyediaan Tart Blueberry
  • kacau butter, gula, minyak sapi, kuning telur, blueberry emulco dan pewarna hingga sebati. 
  • masukkan campuran tepung sikit-sikit hingga mendapat doh yang lembut.
  • uli hingga rata. 
  • Tambahkan tepung gandum jika doh agak lembik.
  • sediakan inti dah acuan tart *buat seperti tart nanas.
  • bakar pada suhu 170'C selama 25 hingga 30 minit *hingga masak
  • boleh hias atasnya tu dengan coklat putih yang dicairkan secara double boil.
  • Dah siap !

#9 : Resepi Cheese Tart Kembong Magnum


Bahan-Bahan untuk cheese tart
shell tart * boleh beli dekat bakery
250gm butter *suhu bilik
1/2 cawan gula ising
500gm tepung gandum
1bji kunng telur
Sedikit esen vanilla
1sb air sejuk

Cara membuatnya
  • Mix butter dn gula ising sehingga sebati. Guna spatula pun boleh 
  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul hingga sebati
  • Kemudian masukkan tepung dan air sejuk dari peti ais..uli hingga menjadi doh 
  • Terap atau bentuk doh dalam acuan shell tart berukuran 4.5cm.cucuk dasar doh dengan garfu 
  • Bakar pada suhu 120°c api atas bawah 20-25minit atau hingg masak ataupun bergantung pada oven masing-masing 

Bahagian topping cheese nya
300g cream cheese
60g -80g gula castor * diblend
2 sb kuning telur
1 sb butter/majerin
1 sk esen vanila

  • Pukul cream cheese smpai sebati masukkan esen vanila,kuning telur dan butter td pukul sekejap. Kemudian masukkan gula sket2 pukul sebati semua dan siap.

Bahan lain topping magnum dia
Choc dark compound beryls
2 Sb cocoa butter *kalau takde shortening pun boleh
Kacang cincang almond *bakar dahulu sekejap

Cara-caranya
  • masukkan filling nutella atau coklat chips dalam shell Pastu piping cream cheese membukit. 
  • Bakar 170° selama 5minit. Dah siap. Ketepikan. 
  • Cairkan beryls +cocoa butter,double boil 
  • Celup permukaan cheese tart tadi ke dalam choc yang dah panas dan cair ni. Kemudian terus tabur kacang bahagian tepinya. Buat cepat masa choc tu masih panas nanti dah beku die takmau lekat.siap susun dan masukkan dalam chiller baru susun dalam bekas
Kredit : Suraya Cheeszif

#10 : Resepi Bebola Tart Nenas Cheese menggunakan sukatan cawan

Bahan-Bahan Bebola Tart Nenas Cheese
500 gram atau 2 cawan butter
3 sudu susu pekat
3 sb gula halus
2 sudu minyak sapi Ghee
1 biji telur gred A atau 2 biji gred B (ambil telur kuning sahaja)
Esen vanilla
Pewarna kuning
lemon
125g cream cheese tatura
4 cawan tepung gandum
1 sudu tepung kastard
Bahan Inti Jem nenas yang secukupnya.  *kalau terbeli yang ready made, ada rasa masam, masak semula dengan menambah sedikit gula.

Bahan Sapuan Tart nenas
2 biji kuning telur
Keju parut secukupnya

Cara Menyediakan Bebola Tart Nenas Cheese menggunakan sukatan Cawan Resepi Viral Azlina Ina
  • Campurkan butter, susu pekat dan gula halus, minyak sapi Ghee, kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning dan lemon. Kacau semua bahan sehingga rata.
  • Campurkan sekali dengan cream cheese tatura yang lembut. Tak kisah gaul menggunakan tangan ataupun senduk. Mana-mana boleh. 
  • Masukkan 4 cawan tepung gandum (standby lagi 1/2 cawan jika adunan sedikit lembut). Cawan tu cawan minum kopi tapi boleh guna mana-mana cawan cuma kene add on sikit-sikit dalam adunan 1 sudu tepung kastad. Gaul menggunakan tangan sampai jadi doh yang cantik
  • Seterusnya bentukkan tart ikut kesukaan dan kreativiti sendiri. Letak jem kat tengah-tengah dan bahagian luar, sapu kuning telur yang dah dicampur dgn pewarna kuning, lemon.
  • Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 °c dalam masa 25 minit atau bergantung suhu oven masing-masing.

#11 : Resepi Tart Strawberry

TART buah strawberry

Bahan untuk tart strawberry
500g tepung gandum
360g butter
2 biji kuning telur
1 tapi  esen vanilla
1 tsp pewarna merah
Jem strawberi
Coklate putih secukupnya
40g gula kastor
30g tepung jagung
Manik hiasan

Cara menyediakan tart strawberi
  • Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula kastor. Kacau hingga rata
  • Seterusnya masukkan butter dan kacau hingga acuan sebati.
  • Kacau sebati dahulu esen vanilla dan kuning telur sebelum dimasukkan ke dalam acuan.
  • Masukkan pewarna merah dan kacau lagi.
  • Agak-agak doh dah cantik, bentukkan tart mengikut kemahuan dan kreativiti sendiri. 
  • Bakar pada suhu 150°c selama 30 minit.
  • Keluarkan dan hias dengan coklate putih dan diletakkan atasnya manik hiasan.
  • Dah siap !!




Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. Seronoknyaaa tengok banyak kuih sedappp. Hehe. Selamat hari raya Ciktie :)

    BalasPadam
  2. Ya Rabbi...banyaknya tart... tapi saya makan tepungnya aja...hehehe..

    BalasPadam
  3. Comelnya rupa kuih tart tu..nak makan pun tak sampai hati hehehe

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com