Sinopsis Puteri Buluh Lemang lakonan Johan As'ari dan Atikah Suhaimi

Jun 01, 2020
Alahaiii Arip !! Mati-mati ingatkan dia betul-betul dah kaya dah. Rupanya hahaha memang angan-angan mat jenin betul la. Beria kita nengoknya pun. Sabar ajelah walaupun terlepas babak macamana dia boleh dapat belian ataupun permata banyak-banyak tu.


Telefilem Puteri Buluh Lemang yang bersiaran di TV2 ini menampilan Johan As'ari dan Atikah Suhaimi sebagai peneraju utama. Lawak jugalah cerita ni..

Sinopsis Puteri Buluh Lemang lakonan Johan As'ari  dan Atikah Suhaimi 

Mengisahkan Arip (Johan), seorang penganggur yang bercita-cita tinggi menjadi orang kaya. Dia menyukai seorang gadis yang tidak menyukainya. Kecewa diperlekehkan kerana tidak berharta apatah lagi mempunyai pekerjaan tetap oleh bapa gadis yang disukainya itu menyebabkan dia berusaha untuk menjadi kaya dengan menjual lemang. Tidak diduga, semasa mencari buluh lemang dia bertemu puteri Buluh Lemang yang cedera ditetak orang.

Bermula dari situ, kehidupannya mula berubah. Dia dikenali dengan orang kaya baru boss (OKBB). Walaupun telah kaya-raya dia masih lagi menginginkan gadis yang tidak menyukainya itu sebagai pasangan hidupnya. Kekayaan yang dimilikinya menjadi kelebihan buatnya untuk mendapat tempat di hati bapa gadis pilihannya itu yang sememangnya mementingkan kekayaan harta benda walaupun tidak dipersetujui oleh anak dan isterinya.

Berjaya ataupun tidak Arip mendapatkan gadis pilihan hatinya itu korang kenalah tengok sendiri ye hehe #gelakjahat



Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. oo..ada tengok citer ni haritu, ingtkan telemovie. Berepisod rupanya?haritu akak tukar channel lain sebab x berapa minat pelakon utama dia 2 orang tu. Johan As'ari dgn Atikah..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com