Kebaikan susu Fernleaf : 100% dari New Zealand - Ciktie Dot Com

Breaking

Monday, October 8, 2018

Kebaikan susu Fernleaf : 100% dari New Zealand


Kebaikan susu Fernleaf : 100% dari New Zealand | Ambiiii kemain lagi budak kecil ni minum susu ye. Laju je disedutnya. Kejap lagi nak berebut dengan si abang dengan si kakaknya pulalah tu. Sejak dah pandai sedut sendiri ni, air orang pun dah jadi air dia. Nasiblah si akak dan  si abangnya ok je tapii kekadang jadi juga. Nak-nak kalau minun susu Fernleaf ni. Sebab tu juga kalau nak beli susu ni tak boleh nak beli satu sorang. Paling tak 2 ataupun 3 sorang !! Tapi biasanya akan beli lebihlah senang mak dan mak saudara dia tumpang sekali hehe.



Susu Fernleaf !! 1 jenama susu yang memang tak asing lagi dikalangan kita semua. Tak kiralah siapapun kita,  baik mak, ayah, kakak, abang, acik atau siapa-siapa saje. Dengar je nama susu Fernleaf secara automatik kita terbayangkan lembu-lembu yang banyak di padang rumput New Zealand!! Lembunya yang sihat dan gemuk-gemuk semuanya. Pendek kata memang cukup makan semuanya.


Diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand yang berkhasiat untuk memberikan nutrien penting seperti protein, vitamin A, vitamin D dan kalsium. Mudah diserap dan amat penting untuk menyokong tumbesaran tubuh badan sekaligus memastikan tubuh badan kita dan anak-anak sentiasa aktif dan sihat. Dipercayai sejak dari tahun 104 lagi.

Haha muka tak puas hati


Sejak ia diperkenalkan dalam bentuk pek UHT awal tahun ni, ia sentiasa menjadi pilihan dan kegemaran ciktie sekeluarga. Bukan saje sebab rasanya yang sedap dan enak tetapi ia juga mudah dibawa ke mana-mana. Selain membantu membekalkan tenaga dan meningkatkan pengambilan nutrisi walau dimana kita berada, ia juga sesuai untuk seisi keluarga. Mempunyai 3 perisa iaitu Full Cream, Low Fat dan Chocolate dengan 2 packing yang berbeza iaitu, 200ml dan 1liter !! Tapiii kan


Pernah terfikir tak kenapa susu Fernleaf ini dihasilkan dari New Zealand?? Kenapa bukan tempat lain?? Tempat kita ke ?? Lembu tempat kita pun sihat dan ada yang gemuk-gemuk juga 🙄🙄. Sebenarnya kalau nak tahu, tanah dekat New Zealand tu subur, kawasannya pun luas. Dengan kadar taburan hujannya pun baik dan sinaran cahaya matahari yang banyak menjadikan iklim negara itu amat sesuai sebagai tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.


Lagipun lembu-lembu tenusu disana bebas meragut rumput dimana-mana tanpa terkurung di dalam kandang. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap vitamin D dalam susu lembu tersebut berbanding lembu-lembu tenusu yang terkurung dalam kandang.

Dengan iklimnya yang nyaman dan selesa macam tu, rumput-rumputnya yang tumbuh segar dan berkualiti tinggi serta terbaik dari alam semulajadi, udara dan air yang bersih, lembu-lembu tenusu di sana dapat menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. 

Bukan itu aje, bagi memastikan kualitinya terus terjamin, mereka mempunyai pakar tenusu yang berpengalaman lebih 140 tahun dalam bidang tenusu ini akan melakukan penjagaan rapi setiap peringkat bermula dari awal sehinggalah produk ini sedia diedarkan kepada pengguna. Jadi tidak hairanlah kenapa susu Fernleaf ini mempunyai khasiat yang berkualiti tinggi.




Patutlah sedap kan !! Ia punya jaga kualiti produk tu dari A sampai Z memang terbaik. Memang 100% Mmmmm



19 comments:

  1. Susu fernleaf uht nie mmg seriously sgt sedap. Suka sangat makan dgn bijirin setiap pagi. Good luck ya kak for the competition.

    ReplyDelete
  2. Comel baby minum susu tu.Fernleaf mmg jenama yang dipercayai sejak dahulu lagi.No wonder dia bertahan sampai hari ni kan

    ReplyDelete
  3. Cutenya baby minum susu Fernleaf...=) Semoga berjaya juga ya utk competiton tu

    ReplyDelete
  4. merata2 blogger review susu fernleaf.. memang awesome nampak sedap.. lagi2 minum sejuk.. perghh.. layan habis.. cutekan straw spek tu..

    ReplyDelete
  5. Ala comelnya adik suka minum susu yer abang pun suka minum terutama yang perisa coklat memang kegemaran sangat hehehehe bestnya hari-hari minum nak putih wakakakaka..

    ReplyDelete
  6. I bukan susu fernleaf je ...even yogurt from thus brand sedap giler. My favourite every morning. This is a goodctrusted brand for dairy products.

    ReplyDelete
  7. Bila baca sejarah Fernleaf ni rasa lebih yakin nk minum susu. Rasa lebih sihat lepas tu. Cukup semua nutrien yang diperlukan badan ada dalam susu Fernleaf tu kan.

    ReplyDelete
  8. Sis sekeluarga memang dah lama amalkan Fernleaf ni, rasa dia memang sedap..terbaik dari ladang..:D. Anak sis pepagi inilah sarapan dia..suka campur dengan cornflake

    ReplyDelete
  9. Yup betul tu, nad pun baru tau pasl fakta tu..haha..selama ni tau minum je..susu dia sedap..yang coklat tak manis sangat pun. kerap juga beli untuk fariza..

    ReplyDelete
  10. Susu fernleaf memang bagus, sy suka perisa coklat. Kalau ada promosi kena beli restok dalam peti sejuk.. Minum sejuk2 sedap sekali.

    ReplyDelete
  11. Susu UHT Fernleaf ni memang sedap. Kita suka sangat perisa coklat tu. Anak anak siap berebut tak cukup minum. Kena repeat beli la.

    ReplyDelete
  12. Memang bagus syarikat yg menghasilkan susu fernleaf nie. Sangat berpengalaman dlm industri tenusu. No wonderlah rasa susu fernleaf uht sangat sedap. Terutama sekali yg berperisa coklat tu.

    ReplyDelete
  13. Jenama fernleaf ni semestinya memang terbaik. Susunya ngan yogurt mmg slalu beli ni..untuk competition gudluck ye

    ReplyDelete
  14. susu Fernleaf is the milk that i used to drink when I was little girl. now they are more easy to consume it and so much flavor with more nutrition added. i still love Fernleaf milk milk too!

    ReplyDelete
  15. Rawlin suka minum yang baru keluar fridge - sejuk dan lazatnya yang amat. Anak saudara Rawlins pun suka minum nie.

    ReplyDelete
  16. Susu Fernleaf ni memang terbaik sesuai untuk seisi keluarga. Lia pun minum susu ni sejak kecil sampai dewasa. Susu perasa coklat tu pilihan Lia sekarang

    ReplyDelete
  17. Comeynyaaa ank u...siap buat muka geram.lagi dengan spec tu...ahhahah..so cute...fernleaf ni bukan saya ja suka..anak2 pun suka gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe terima kasih tapi sebenarnya ini anak buah kita yang no.5 awak

      Delete
  18. Susu fernleaf memang sedap terutamanya yg perisa coklat tue.. AM suka minum susu fernleaf.. minum dengan straw yg rare tue mmg comel betul..

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox