Kebaikan susu Fernleaf : 100% dari New Zealand | Ambiiii kemain lagi budak kecil ni minum susu ye. Laju je disedutnya. Kejap lagi nak berebut dengan si abang dengan si kakaknya pulalah tu. Sejak dah pandai sedut sendiri ni, air orang pun dah jadi air dia. Nasiblah si akak dan  si abangnya ok je tapii kekadang jadi juga. Nak-nak kalau minun susu Fernleaf ni. Sebab tu juga kalau nak beli susu ni tak boleh nak beli satu sorang. Paling tak 2 ataupun 3 sorang !! Tapi biasanya akan beli lebihlah senang mak dan mak saudara dia tumpang sekali hehe.



Susu Fernleaf !! 1 jenama susu yang memang tak asing lagi dikalangan kita semua. Tak kiralah siapapun kita,  baik mak, ayah, kakak, abang, acik atau siapa-siapa saje. Dengar je nama susu Fernleaf secara automatik kita terbayangkan lembu-lembu yang banyak di padang rumput New Zealand!! Lembunya yang sihat dan gemuk-gemuk semuanya. Pendek kata memang cukup makan semuanya.


Diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand yang berkhasiat untuk memberikan nutrien penting seperti protein, vitamin A, vitamin D dan kalsium. Mudah diserap dan amat penting untuk menyokong tumbesaran tubuh badan sekaligus memastikan tubuh badan kita dan anak-anak sentiasa aktif dan sihat. Dipercayai sejak dari tahun 104 lagi.

Haha muka tak puas hati


Sejak ia diperkenalkan dalam bentuk pek UHT awal tahun ni, ia sentiasa menjadi pilihan dan kegemaran ciktie sekeluarga. Bukan saje sebab rasanya yang sedap dan enak tetapi ia juga mudah dibawa ke mana-mana. Selain membantu membekalkan tenaga dan meningkatkan pengambilan nutrisi walau dimana kita berada, ia juga sesuai untuk seisi keluarga. Mempunyai 3 perisa iaitu Full Cream, Low Fat dan Chocolate dengan 2 packing yang berbeza iaitu, 200ml dan 1liter !! Tapiii kan


Pernah terfikir tak kenapa susu Fernleaf ini dihasilkan dari New Zealand?? Kenapa bukan tempat lain?? Tempat kita ke ?? Lembu tempat kita pun sihat dan ada yang gemuk-gemuk juga 🙄🙄. Sebenarnya kalau nak tahu, tanah dekat New Zealand tu subur, kawasannya pun luas. Dengan kadar taburan hujannya pun baik dan sinaran cahaya matahari yang banyak menjadikan iklim negara itu amat sesuai sebagai tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.


Lagipun lembu-lembu tenusu disana bebas meragut rumput dimana-mana tanpa terkurung di dalam kandang. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap vitamin D dalam susu lembu tersebut berbanding lembu-lembu tenusu yang terkurung dalam kandang.

Dengan iklimnya yang nyaman dan selesa macam tu, rumput-rumputnya yang tumbuh segar dan berkualiti tinggi serta terbaik dari alam semulajadi, udara dan air yang bersih, lembu-lembu tenusu di sana dapat menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. 

Bukan itu aje, bagi memastikan kualitinya terus terjamin, mereka mempunyai pakar tenusu yang berpengalaman lebih 140 tahun dalam bidang tenusu ini akan melakukan penjagaan rapi setiap peringkat bermula dari awal sehinggalah produk ini sedia diedarkan kepada pengguna. Jadi tidak hairanlah kenapa susu Fernleaf ini mempunyai khasiat yang berkualiti tinggi.




Patutlah sedap kan !! Ia punya jaga kualiti produk tu dari A sampai Z memang terbaik. Memang 100% Mmmmm



Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »