Tersenarai dalam carta top 5 pengomen tegar

Oktober 14, 2018
Tersenarai dalam carta top 5 pengomen tegar | Edisi September !! Tak sangka tersenarai dalam top 5 ni. Biasanya nak masuk ranking pun bukan main susah. Tapii kali ini tersenarai sebagai pengomen tegar untuk 2 blog ini. Rasanya dah lama juga kita tak bergelar top 5 dekat mana-mana blog ni. Thanks ye kak Mia dan thanks juga buat rabia sebab dah berjaya kongsikan sesuatu yang cukup bermakna dekat blog memasing seterusnya membuatkan kita tersenarai ni.


Sebenarnya sebelum ini dah pernah tersenarai dalam top 5 ataupun top 10 blog kak Mia tu dah. Lepas tu asyik keluar masuk keluar masuk carta je. Sekarang ini masuk balik. Agak-agak boleh kekalkan ranking ni tak lepas ni 🤔🤔

Oklah dah alang-alang tersenarai ni, kita review sikit tentang 2 blog ini. Dah alang-alang korang bw ke mari apa kata korang terjah sekali blog diorang berdua ni. Yang mana belum berkenalan bolehlah pelan-pelan berkenalan juga.


Nama sebenar pemilik blog ini adalah Juliana Ngahdirin. Seorang Penolong pegawai teknologi maklumat di salah satu agensi kerajaan. Pemegang Ijazah sarjana muda dengan kepujian Teknologi Maklumat dan penerima anugerah Commonwealth Educational Media Centre For Asia (CEMCA) dari  Universiti Open Malaysia.

Mula berblog awal tahun 2007 ! Ahli team blogger Jdt. Dah lebih dari 10 tahun dah blog ini wujud. Blog berkisarkan kerjaya, hobi, keluarga, isu semasa dan banyak lagi. Nak tahu tentang apa boleh singgah blog kak Mia. Pencapaian blognya pun cukup-cukup membanggakan tu. 

Merupakan Ratu contest !! Kalau korang perasan Rabia ni suka join contest. Daripada sebelum buat blog sampailah ada blog, boleh dikatakan semua contest, GA, segmen atau apa-apa peraduan lain yang dianjurkan mesti dia join tak kisahlah dekat blog ke FB ke IG ke majoritinya  mesti dia join sebagai tanda sokongan penganjuran contest tu. Dan kebanyakan contest tu pula memang rezeki dia. Alhamdulillah, banyak hadiah yang dia menang. Nak tahu apakah hadiah yang dia menang tu, korang boleh singgah blog Rabia ye.


Masih lagi belajar dan merupakan ahli team Blogger Pantai Timur #teambpt paling muda rasanya setakat ini. Berasal dari Terengganu. Bakal bergelar pendidik lepas grad nanti. In Shaa Allah, aamiin. 

Dan buat Rabia semoga terus sukses dalam pelajaran ye.



Share this :

Previous
Next Post »

14 ulasan

  1. Wah tahniah ciktie, jom masuk ranking kinah pulak hihi

    BalasPadam
  2. Tahniah dah nampak Blogger mia ni kan selalu buat kejutan2 yang mendebarkan..kan hehehe

    BalasPadam
  3. alamak.... touchingnya baca entri ni. terima kasih sangat kepada cik tie kerana sudi support blog mia... (^_^)

    BalasPadam
  4. lama dah tak tersenarai dekat blog... bila nak buat macam dulu hahaha

    BalasPadam
  5. nak screen shot...nak posting..eh eh cantik pic rabia.

    BalasPadam
  6. Terima kasih sangat2 sudi review . congrats to u too pengomen tegar.

    BalasPadam
  7. Tahniah Cik Tie kerana tersenarai dalam carta.. Kedua-dua blogger nie memang familiar sangat..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com