Jadilah pemandu berhemah di Jalan Raya

Oktober 23, 2018
Jadilah pemandu berhemah di Jalan Raya | Saban hari boleh dikatakan setiap hari di mana sahaja kita terdedah kepada kejadian-kejadian yang tidak diingini yang melibatkan kenderaan di jalan raya ataupun di lebuh raya. Mengikut statistik lebih 80% kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada kecuaian kita selaku pemandu!

Walaupun tidak dinafikan terdapat juga sesetengah faktor seperti keadaan jalan raya dan cuaca tetapi ianya segelintir sahaja. Majoritinya disebabkan oleh pemanduan melebihi had laju, pemandu yang mengantuk atau letih dan tak kurang juga di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika memandu.


Terlintas juga di fikiran ni apalah yang dikejarkannya sangat tu sampaikan macam tu sekali gaya kenderaan itu dibawanya. Had laju langsung tak diikuti, double line (jalan berkembar) dan lampu isyarat tu main langgar je.

Yang perlahan pun satu hal juga sebenarnya haha. Terlalu slow la. Kalau iya pun masuklah lane kiri, tiadalah kita yang kat belakang ini stress sangat kan opss.



Ok, ada hari tu kita ternampak akak sorang ni sambil-sambil drive sambil-sambil mekap. Tak adalah sambil drive sebenarnya, sementara kereta berhenti dekat traffic light dia ambil kesempatan mekap dulu. Mungkin dah terlambat kot ! Itu yang terpaksa mekap dalam kereta. Tapi memang pro lah akak ni tapiii risau juga karang ada benda yang terjatuh ke camne dalam kereta tu ke, tertekan minyak ke macamana.

Tahukah anda, bermula pada 1 Julai 2017, Bank Negara Malaysia telah meliberalisasikan premium insurans/sumbangan takaful motor. Untuk makluman, Tarif adalah senarai set harga tetap di mana syarikat insurans/takaful tidak dibenarkan untuk mengubah harga yang dikenakan ke atas polisi insurans/sijil takaful itu.

Ini penting bagi membolehkan kita layak menikmati kadar tarif premiun/ sumbangan takaful yang lebih rendah dan adil.

Bagi kumpulan berisiko rendah, premium/sumbangan takaful dijangka menjadi lebih rendah. Sebaliknya, bagi kumpulan berisiko tinggi, premium/ sumbangan takaful yang dikenakan dijangka akan lebih tinggi tetapi ini boleh disederhanakan oleh faktor pengurangan risiko yang diamalkan oleh pemegang polisi/sijil. Sebagai contoh, cara pemanduan kita yang lebih selamat untuk mengurangkan kemalangan, pemasangan telematik kereta atau peranti anti-kecurian untuk kereta yang diiktirafkan bagi membantu mengurangkan kecurian.

Dengan liberalisasi, tidak akan ada lagi kadar premium tetap berdasarkan kepada model, usia dan kapasiti enjin kenderaan yang diinsuranskan/dilindungi. Premium kini juga dikenakan berdasarkan profil risiko setiap individu misalnya tabiat pemanduan, sejarah tuntutan, dan lain-lain. Dengan penilaian subjektif sebegini, pasti akan ada perbezaaan dalam premium/sumbangan takaful di kalangan syarikat-syarikat insurans/takaful. Jadi tugas kita sebagai pengguna buat je perbandingan dan pilih perlindungan insurans/takaful yang dapat memenuhi keperluan kita pada harga yang tepat.

Semua pengguna jalan raya kenalah mempunyai kesedaran dalam mengamalkan tabiat memandu yang baik bukan hanya sekadar untuk menikmati premium yang lebih rendah je tetapi juga untuk melindungi keselamatan diri kita sendiri. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut:

Share this :

Previous
Next Post »

22 ulasan

  1. bawak kete ikut suka hati jer..huhu

    BalasPadam
  2. it's truly important to drive carefully... hope everyone is safe and sound, with each and every good drivers around..

    BalasPadam
  3. aida now yg paling geram ialah pe'el tak tahu drive ikut lane yg betul.
    di highway lah.
    kalau 3 lane. mana yg slow less than 90km/j tu, please la consider yg belakang yg drive 100km/j.
    dok tgh, tapi slow yg amat!!!
    kalu 4 lane like dari seremban ke nilai gitu.
    slow tapi dok kat lane kedua kanan. omg!!!
    stress!!!

    BalasPadam
  4. kadang kita dah bawak elok orang datang langgar huhu

    BalasPadam
  5. Macam-macam ragam manusia dekat jalan raya kan,kadang-kadang terfikir juga macam mana diorang nie boleh dapat lesen memandu,sebab geram dengan ragam diorang.Saya pernah 2x terlibat dengan kemalangan sebab kecuaian pemandu lain.

    BalasPadam
  6. Kadang kadang kita ni dah berhati hati dah, tapi sebab kecuaian orang lain, orang lain yang menjadi mangsa.

    BalasPadam
  7. Jangan cakap jalanraya, dekat kawasan perumahan pun ada samseng jalanan ni. Qiya memang sakit sangat hati dengan pemandu yg cuai dan pentingkan diri macam ni. 2 kali nyaris2 Qiya nak kena hentam dengan kereta yg main redah je keluar dari lorong-lorong selumber badak je, laju plak tu. First dgn lelaki drive toyota vios, memang Qiya membebel la kat dia, nasib baik dia minta maaf, kalau tak tak tau la mau kecoh kat situ. Sekali lagi baru-baru ni dgn sorang perempuan naik kereta saga flx kot, pun sama semberono je kua dari lorong terus je nak belok kiri tak tengok kiri kanan, laju plak tu, memang emergency brek la qiya. Setiap lorong memang qiya selalu berhati2 disebabkan attitude sesetangah mangkuk ayun tu. Sekian aduan pengguna jalanraya hehehe

    BalasPadam
  8. geram dgn sesetengah pemandau tu memandu semborono je dan kekadang tu yang asyik main brek walau jarak kereta dia dgn yg depan tu memang jauh..kita yang memandu kat belakang tu mmg stress

    BalasPadam
  9. Setuju...adakala disebabkan kita terlalu berhati-hati tp terkena juga sebab kecuaian org lain...paling kesian kalau melibatkan anak kecik, org tua, ibu mengandung kan...x tau la lepas ni macam mana agaknya...makin lama makin teruk

    BalasPadam
  10. sokong dan setuju dengan entry ni. Kita semua memang perlu jalankan tanggung jawab masing-masing untuk pastikan Jalan raya di Malaysia ni lebih selamat.

    BalasPadam
  11. Pendek kata, semua pengguna jalan raya perlu berhati-hati dan jangan pentingkan diri sendiri..hmm..tang liberalisasi insuran tu yg masih kurang faham sampai sekarang..janji amik yg paling murah, tapi nak cover paling tinggi haha

    BalasPadam
  12. betul2..kadang2 seriau tgk pemandu sambal drice sambal main phone dan ada juga yg mekap..ni kalua oakai lipstick jer takpe juga..tapi mascara sekali aishhh

    BalasPadam
  13. memang bikin panas sikap segelintir pemandu Malaysia ni...sudah lah mereka yang salah mereka marahkan kita pula...setuju dgn artikel ni...semua kena mainkan peranan lah...

    BalasPadam
  14. Bila kita da cukup berhemah,org belakang pulak suka menyondol
    End up kete kita pun sama2 diciumnya.Sabar jelah kan.
    Ni kereta amni dah berbulan2 x repair lagi.tak sempat lagi nak repairnya sbb asyik guna kereta kan.

    BalasPadam
  15. People forget about manners when come to frustration. Sometimes more annoying for them if the radio keep playing about driving safe for this bad temper people. However, hope all these people learnt about others rather than own benefit

    BalasPadam
  16. Sekarang ramai sangat orang memandu tapi tak fikirkan orang lain. Kadang-kadang memandu sambil pegang hp. Bahaya betul sebab tu dah kira tak fokus pada pemanduan. Sebelum jadi apa-apa, Kita kenalah beringat. Dapatkan insurans yang bersesuaian dengan keperluan Kita.

    BalasPadam
  17. Sis memang pantang kalau orang bawak kereta ikut suka hati mak pak dia je. Org lain bawak elok2 tapi sebabkan dia org lain jadi mangsa. Kadang2 kesian bila babitkan jiwa disebabkan kesalahan orang lain...haishh tak tahu lah nak cakap macam mana lagi dengan diaorg ni

    BalasPadam
  18. Pengguna sekarang mementingkan diri sendiri bila bawak kereta. Kadang kita ni dah cukup berhati hati, berjaga jaga sebaiknya. Tapi datang pulak masalah dari pihak yang lain kan.

    Bagus ada perlindungan insuran ni. Kena ambik tahu juga bab ni.

    BalasPadam
  19. Kesal dengan rakyat kita ni dalam taman perumahan pun bawak kereta macam tengah lumpa di litar sepang. Terkejut zumal ni bila terselisih dengan manusia gini, kadang2 dari simpang terus keluar tak tengok kiri kanan. Rasa macam degupan jantung nak stop ja...

    BalasPadam
  20. x sabar sokmo main ngn pengguna jln raya ni

    BalasPadam
  21. Bab double lane dengan langgar lampu isyarat tu paling menyamaph. Sebab dia sebuah boleh jadkan ramai mangsa keadaan. SELFISH !

    BalasPadam
  22. Biasalah tu.. kite dh memandu secara berhemah tetapi org lain pulak x berapa nak berhemah..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com