Cabaran Bebas Jerawat Dalam Masa 2 Minggu Bersama Eucerin ® Proacne Solution A.I Clearing Treatment

Mac 30, 2018
Alahaiii naik pula cik jerawat ni !! Geram pula nengoknya. Biasanya kalau naik sekejap je dah ok tapi kali ni ianya seperti mahu menapak ke dekat muka ni. Mulalah tangan ni gatal-gatal nak picit 😅 Tapi bila dah picit, lain pula jadinya..

Bila berdepan masalah macam ni #jerawat dan #radangkulit kita akan sedaya upaya mencari dan memcuba  pelbagai tips ataupun produk untuk menghapuskannya.  Namun sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kerengsaan. Bagi mengatasi masalah ini ciktie telah menyahut cabaran bebas-jerawat menggunakan produk Eucerin®  dalam masa 2 minggu iaitu ProACNE Solution A.I Treatment. 

Cabaran Bebas Jerawat Dalam Masa 2 Minggu Bersama Eucerin ® Proacne Solution A.I Clearing Treatment

Eucerin® ProACNE Solution A.I Treatment merupakan produk terbaru yang berbentuk pelembap untuk kulit berjerawat. Ia bertindak mengurangkan jerawat komedon seperti bintik-bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu dalam masa 2 minggu tanpa mengeringkan kulit. Ia juga bertindak mengawal kerengsaan untuk kulit lebih sihat dan licin.



Formula Eucerin® ProACNE Solution A.I Treatment terdiri daripada :
  • 10 % Hydroxy Complex, kombinasi 3 ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (Asid glikodik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui kulit muka, membersihkan pori, mengurangkan bakteria yang menyebabkan jerawat serta menanggalkan sel kulit mati;
  • Licochalcone A, merupakan bahan anti radang yang boleh mengurangkan kemerahan pada wajah;
  • Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 merupakan pelembab yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit serta melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Minggu pertama ciktie menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I Treatment ini kulit terasa sedikit pedih. Mungkin ketika itu ia sedang bertindak balas terhadap kulit. Selepas itu dah ok,  dah tak pedih dah selesa je guna. Ok, walaupun tak ketara sangat perubahannya tu, Ciktie perasan bintik-bintik hitam pun dah semakin pudar. Kulit pun terasa lebih lembut dan cerah. Pori-pori kulit pun dah semakin mengecil 😆😆 itu baru 2 minggu ciktie menggunakannya kalau lagi lama rasanya ia lagi ok!




Ia boleh juga digunakan pada malam hari. Baunya yang tak kuat, wangi je dan teksturnya yang lembut dan sifatnya yang mudah meresap terus ke dalam kulit memang mudah sangat digunakan. Penggunaan secara konsisten ini bukan sahaja dapat mengurangkan dan menghalang pertumbuhan jerawat baru tetapi juga mampu mengurangkan parut jerawat, bintik-bintik hitam, mengurangkan bengkak jerawat tetapi ia juga dapat mengekalkan kelembapan kulit dan membersihkan pori-pori kulit yang tersumbat.

Dengan keputusan yang memberangsangkan ini, ciktie mengajak korang semua untuk mencuba sendiri produk Eucerin® ProACNE Solution A.I Treatment ini. Sekarang ini sedang berlangsung Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 hari. Untuk menyertainya korang hanya perlu mengikuti 2 langkah mudah ini je.


Langkah Pertama 
Ambil gambar kulit muka korang pada hari pertama dan juga hari ke 14 selepas penggunaan selama 14 hari.



Langkah Kedua 
Poskan gambar 'sebelum dan selepas' korang dan kongsi pengalaman korang menggunakan produk ini di Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE


Dan  pemenang berpeluang memenangi hadiah yang sangat lumayan iaitu :-

Hadiah Utama 
Produk Eucerin bernilai RM 5,000

Tempat Kedua
Produk Eucerin bernilai RM 2,000

5 Pemenang Bertuah
Produk Eucerin bernilai RM 1,000 setiap seorang


Selain Eucerin® ProACNE Solution A.I Treatment ini terdapat juga pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang daripada senarai produk penjagaan komprehensif ProACN*. Ia boleh diperolehi di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62.

* Sebelum ini Eucerin® ProACNE ini lebih dikenali sebagai Eucerin® DermoPURIFYER.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY




Share this :

Previous
Next Post »

5 ulasan

  1. woww nampak perubahan tang parut tu..

    BalasPadam
  2. tengok ramai yg kat bagus produk ni mcm rasa nk cuba jugak lagipun mudah jer boleh dpt kat mana-mana farmasi jer kan..

    BalasPadam
  3. kan. mek pun jadi jugak untuk lindsay lohan mek tu.
    ehehe.

    BalasPadam
  4. nampak perbezaan cik tie guna tu..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com