Cara Menyimpan Duit Paling Bijak Dan Mudah

Oktober 08, 2022

Sejak akhir-akhir ni banyak betul nak guna duit. Harga barang pun banyak yang dah naik. Si Hitam kesayangan pun dah pandai meragam. Memang terasa sangat nak-nak selepas pandemik covid-19 ni. Nasib baiklah juga kita ni jenis suka selitkan duit poket. Adalah sikit buat tambah-tambah mana yang terdesak.


Kerja kerajaan dan bujang terjejas pun terjejas juga ke ??

Mungkin bagi sesetengah orang, apalah terjejas sangat orang kerja kerajaan, makan gaji. Tiap-tiap bulan duit masuk. Bujang pula tiada komitmen anak. Nak kena fikir belanja susu, pampers, belanja sekolah anak-anak. Amboii, sesedap rasa aje bercakap. Tapi jangan ingat orang bujang ni tiada komitmen lain. Nak senaraikan satu-satu memang jenuhlah. Pendek kata tiap-tiap orang ada komitmennya masing-masing. Yang dah kahwin dengan komitmen dah kahwinnya dan yang bujang dengan kehidupannya sendiri. 



Komitmen dan tanggungjawab kita memang lain-lain tapi ianya bukan penyebab kena mengeluh. Ini tak cukup itu tak cukup. Ciktie sebenarnya respect sangat dengan adik ciktie sorang ni. Walaupun cuma bisnes sendiri, kecil-kecilan online jual tudung. Dengan income tak menentu dan bergantung kepada berapa yang mampu dijual. Ada tu langsung tak masuk tapi dia bijak menabung. Diam-diam masuk akaun.

Cara Menyimpan Duit Paling Bijak Dan Mudah

Pepatah 'Simpan dulu baru belanja' memang tepat. Cumanya kebanyakkan dari kita ni belanja dulu baru simpan. Patutnya sebelum nak berbelanja tu fikirkan dulu untuk apa? Sekadar memenuhi kehendak ataupun memang dah keperluan. So, tiadalah kita terlebih bebelanja. Dapatlah juga menabung.

Tak kata pada sesiapa, ciktie sendiri pun liat bab menabung, menyimpan ni. Cumanya adalah beberapa tips cara simpan duit gaji cara mudah dan gerenti berjaya yang telah dan pernah ciktie cuba. Mungkin korang yang  jenis liat macam ciktie boleh cuba tips ini.


6 Tips Menyimpan Wang Paling Bijak Dan Mudah

Asing Akaun Gaji dan Akaun Simpanan

Asingkan siap-siap masuk akaun bank yang susah nak buat keluar. Macam ASB dan Tabung Haji, tapi jangan pula kita link ke mana-mana akaun bank. Tak pasal-pasal dari tak boleh bawa keluar asyik ketirisan berbelanja aje tabungan korang tu masuk akaun bank. Biarkan aje ianya camtu sehingga kita betul-betul terdesak memerlukannya.


Selesaikan Hutang

Ok, yang ini wajiblah !! Memang kena bayar dan usaha langsaikan juga. Tak kiralah hutang tu banyak ataupun sedikit. Dengan bank ataupun orang perseorangan. Tertungak ke macamana. Kena usahakan juga orang kata. Zaman sekarang ini kalau tak berhutang, macamanalah nak survive. Jadi sebolehnya cuba selesaikan hutang yang kecil-kecil dulu.

Alhamdulillah, setakat ni ciktie konsisten lagi. Mampu bayar dengan amaun yang ditetapkan setiap bulan. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan cepat habis. Bolehlah tambah satu lagi koleksi. Dan dapatlah ciktie tambah satu lagi koleksi kegemaran ni.

Guna Tabung


Guna Tabung *Susah Nak Keluarkan atau Untuk Kecemasan 

Sebolehnya guna tabung yang susah nak keluarkan isi dalamnya. Tunggu ia penuh baru keluarkan. Dan yang penting juga bukan jenis tranferans (nampak isi dalam). Kalau tak aishhh jenuh menyabarkan diri. 

Tapi ciktie ada 2 tabung simpan duit ! Satu yang ni dan satu lagi untuk kecemasan ataupun untuk keperluan segera. Awal-awal tu konsisten ikut jadual simpan duit, simpan ikut colour oren dan hijau. Lama-lama janji masuk ajelah. Dah tak berapa nak konsisten dah ikut warna. Itu yang ada termasuk syiling sekali ni.

Tapi kadang-kadang tu ciktie suka selitkan duit celah-celah laci ataupun bawah lipatan kain. Lipat-lipat pastu selit aje. Nak ambil pun mudah 🤭🤭


Beli Emas

Yang ni rasanya ramai yang berminat. Ciktie pun dah ada buat. Awal-awal dulu cuma beli emas 1gram dengan officemate aje tapi sekarang dah beralih ke barang kemas sejak-sejak dah menetap dekat kampung ni. Memang rambang mata tengok design barang kemas ni. Macam-macam ada, jenis lipan, mesin, tapak gajah, bangle, pandora macam-macam lagi la.

Beli labur emas

Beli dinar

Barang kemas ini selain kita boleh pakai sendiri, ia juga boleh dibuat pelaburan. Boleh jual ataupun pajak sekiranya perlukan duit. 

Simpanan Online (Kutu Online Online Maybank)

Cara yang ini macam kita main kutu (Create Goal Maybank). Bezanya kita main sorang-sorang dan masukkan dalam akaun sendiri. Bila dah cukup jumlah dalam masa tertentu yang kita tetapkan, duit itu terus masuk akaun bank. Tak perlu susah-susah nak kena kira ataupun bawa ke bank untuk deposit. 


Tambah Pendapatan Sampingan

Walaupun dah ada kerja tetap tiada salahnya kalau kita nak tambah income. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja hakiki, rasanya tiada siapa yang kisah. Paling mudah, kita boleh join mana-mana affiliate yang kebanyakkan tidak memerlukan modal. Cuma kongsikan link yang diberikan dan kita akan dibayar komisen. Tiadalah kita buat kerja sia-sia. Tapi yang paling best kalau join program affiliate luar negara kita akan dibayar komisen dalam usd. 

Tapi bukan semua affiliate ini percuma tau. Ada jugalah affiliate yang memerlukan kita membeli produk diorang tu dulu. Kena baca dan fahami terma serta syarat yang ditetapkan dulu.

Berblog ataupun buat blog juga merupakan satu cara buat duit online juga. Ia bukan sahaja boleh memberikan wang sampingan, malah boleh dijadikan sebagai pendapatan tetap melalui iklan ataupun affiliate yang di masukkan di dalamnya tu. 



Ok, ini ajelah antara tips menabung duit di rumah yang pernah ciktie cuba sehingga setakat ini. Mungkin korang juga boleh share cara korang pula macamana. Kalau nak harapkan duit lebih memang tiada kesudahan. Sampai bila-bila tak akan lebih, kita yang kena bijak mengurus.


Bagaimana Cara Kira Simpanan Pelaburan Guna Saving Calculator Online ?

Cara Kira Simpanan Pelaburan Guna Saving Calculator Online

Jom ketahui cara pengiraan simpanan menggunakan saving calculator online  dengan cepat dalam tempoh masa yang kita inginkan.

Caranya mudah je kita cuma masukkan jumlah permulaan yang diingini kemudian masukkan kadar faedah bersama dengan tempoh masa untuk melabur. Masukkan  sekiranya ingin 

Untuk membuat pengiraan deposit sekaligus tanpa urus niaga berulang, masukkan jumlah yang kita ingini atau pengeluaran secara berkala. Pilih "Never" pada kekerapan transaksi, tambahkan nilai berapa deposit yang diinginkan pada pada Deposit setiap kitaran.  

Cara Kira Simpanan Pelaburan Guna Saving Calculator Online

Automatik ia akan menunjukkan jumlah wang yang akan disimpan sebelum cukai pendapatan, jumlah cukai pendapatan yang perlu di bayar & jumlah baki wang yang bernilai dalam terma sebenar selepas mengambil kira inflasi. Mudah aje kan.

Semoga bermanfaat korang..




Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. SA plak...memang menabung syiling ngan duit RM20...asal ada je baki duit RM20 memang masuk tabung...memang beli tabung yang x boleh buka...hehhe..kadang selit gak duit RM5...lepas tu memang wajib 2 minggu sekali masukkan duit dalam ASB...persediaan untuk kecemasan...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com