Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com

November 23, 2019
Hushh..lega ! Akhirnya berjaya juga update blog setelah berhari-hari sepi tanpa berita haha. Sebenarnya bukan tiada idea nak update cuma itulah kekangan masa yang tidak begitu mengizinkan. Biasalah hujung-hujung tahun peranan kerja hakiki memerlukan tumpuan yang lebih berbanding sebelumnya. Ditambah pula dengan telatah si anak buah berdua tu bila dah sampai di rumah. Betul-betul mencuit hati. Itu yang boleh sampai terabai si blog kesayanganku ni 😬😬

Tapi terabai sekejap je kot. Now, i come back and i want to join giveaway akhir tahun hasrulhassan.com ! Siapa yang tak join lagi boleh join cepat. 30 penyertaan pertama akan dimasukkan ke dalam bloglist Hasrulhassan.com So, tunggu apa lagi jomlah kita join

Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com

Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com

Hasrul Hassan! Siapa yang tak kenal dengan blogger full-time sejak dari tahun 2010 ni. Rasanya ramai yang sudah mengenali siapa sebenarnya gerangan pemilik blog Hasrul Hassan.com ataupun lebih dikenali dengan HH ni. Tapi bagi siapa yang tak tahu dan nak tahu, boleh rujuk pautan >>Tersenarai Dalam 100 Blog Pilihan HH<< ciktie pernah kongsikan info tentang siapa HH ini sebelum ini. Memang blogger otai ini tau..

Ciktie suka baca entri di blognya itu. Banyak info dan tips-tips berguna yang dikongsikan bukan setakat untuk blogger tapi untuk bukan blogger pun banyak yang dikongsikan antaranya contohnya tips kekeluargaan, tempat-tempat menarik, gaya hidup, panduan dan cara nak tambah side income.. tips affiliate menerusi blog pun ada. Tapi selalunya ciktie lebih suka tentang panduan ataupun tips menulis blog la. Sesekali sempat juga pratik apa yang disampaikan tu.

Template Blogger Hasrul Hassan (HH)

Kena pula panduan dan cara penyampaiannya pun mudah difahami. Beliau pun jenis yang tak kedekut ilmu. Kalau kita tanya apa-apa mesti dijawabnya. Blognya pun bukan saje kemas dan mesra pengguna, SEO tapi juga cepat loading. Itu yang kita suka. Cuma itulah, sekarang macam dah lama tak blog-walking ke sana. Masa blog-walking ke sana pun lebih silent reader je sebenarnya 🙈🙈

Tapi apapun memang kagum sangat dengan semangatnya tu. Walaupun bergelar house husband sepenuh masa tapi beliau begitu konsisten berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Memang terbaiklah HH !! 




Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com