Sinopsis Cemburu Seorang Perempuan - Ciktie Dot Com

Breaking

Sunday, September 29, 2019

Sinopsis Cemburu Seorang Perempuan


Tak sabar nak tunggu cerita ni ditayangkan. Hari tu dengar cerita ianya akan ditayangkan penghujung bulan September. Ini dah hujung dah nak masuk bulan Oktober dah pun hehe. By the way sabar menunggu ajelah ianya ditayangkan.

Drama 20 episode arahan Eyra Rahman ini diadaptasi dari novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hazneza menampilkan Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong sebagai peneraju utama dan turut dibintangi oleh Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Mior Darwish. Pasangan suami isteri Fauzi Nawawi, Lisdawati pun ada juga tau.

Ciktie

SINOPSIS CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

Zikri (Amar Baharin) dan Dhiya (Amyra Rosli) sebenarnya telah berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya bukan dari keluarga yang berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Ciktiedotcom

Zikri kemudiannya berkahwin dengan orang yang dicintainya iaitu Emilia (Emma Maembong). Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia disahkan tidak boleh mengandung lagi. Untuk mengikat kasih sayang Zikri kepadanya, Emilia telah meminta Dhiya untuk mengandungkan anak dari benih mereka sebagai bukti keikhlasan persahabatannya.

Atas dasar menolong dan sayangkan Zikri, Dhiya bersetuju menjadi ibu tumpang kepada anak-anak mereka. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Keakrapan dan keikhlasan Dhiya menyebabkan Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.


Semasa ketiadaan Zikri, Emi telah bertindak untuk menghapuskan Dhiya. Insiden itu menyebabkan dia dan 2 anaknya meninggal. Dhiya lumpuh, kedua-dua tangannya kudung dan wajahnya cacat. Zikri benar-benar teruji, Dhiya bukan lagi seperti sebelumnya. Tapi not bad lah. Happy ending ! Akhirnya Dhiya dapat juga melahirkan zuriat dari darah dagingnya sendiri. Hidup bahagia disamping suaminya.

Macam biasa aje sinopsisnya tu kan tapi sebenarnya penuh liku. Nak tahu apa yang  sebenarnya tu kenalah tunggu cerita ni ditayangkan. Tak sabar nak tengok gandingan 3 nama besar tu




2 comments:

  1. akak dah baca novel in rasanya 2 bulan sudah tu pun bila kawan dlm grp kaki novel dok kata best..terus sambar kat Google books dan memang sedih dan tragis..tup tup dengar kata akan diadaptasi...

    jemputla baca http://www.iamfuzy.com/2019/09/review-novel-cemburu-seorang-perempuan.html

    ReplyDelete
  2. Dh baca sinopsis novel ni...malas nk layan..confirm akak emo...boleh imagine dh watak si emilia cemburu membuta tuli tue...

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************