Prego Sos Pasta Terbaharu | Prego Mac & Cheese Pasta Sauce

September 18, 2019
Super leleh !! Wow dah lama tak makan pasta ni. Teringinlah pula malam-malam macam ni. Tambah-tambah pula ada sos Prego terbaharu pula sekarang ni. Korang dah cuba ke sos prego terbaru yang ni? Amacam rasa dia ok tak..

Prego Sos Pasta Terbaharu | Prego Mac &  Cheese Pasta Sauce 

Macam-macam nama panggilannya ni, makaroni dan keju! Mac & cheese atau Maccheroni al formaggio! Walau apa jua nama panggilannya, kombinasi pasta, keju meleleh dan sos putih ini ternyata sukar dilupakan. Makaroni dan keju! hidangan mengenyangkan yang digemari ramai. Sesuai sangat digabungkan dengan makaroni, pasta, spaghetti ataupun pelbagai jenis mee. Ternyata ianya pilihan popular waktu makan dan melibatkan pelbagai jenis proses penyediaan dan sos enak disampingnya.

Walaupun penyediaan sosnya mengambil banyak masa dan agak leceh. Golongan kaum hawa sentiasa menyediakannya untuk keluarga. Selalunya, mereka akan meluangkan sejam untuk masak dua atau tiga hidangan ringkas. Selain menjadi lebih kreatif ketika memasak, kami juga akan mencuba pelbagai resipi baru dan dengan apa jua cara asalkan dapat memuaskan hati orang yang tersayang.

Prego Super Leleh

Dan hari ini, 53.5% kaum wanita lebih dikenali sebagai sumber figura yang amat penting dalam mengembangkan ekonomi dan menjadi teraju penting dalam dunia pekerjaan. Kekangan masa yang dihadapi menyebabkan  mereka terpaksa mencari jalan penyelesaian yang mudah untuk menyediakan makanan buat keluarga tersayang.

Peneraju sos pasta di pasaran Malaysia, Prego merupakan jenama dari Campbell Malaysia, syarikat mutinasional terkemuka yang menawarkan penyelesaian menerusi Prego Sos Pasta Makaroni & Keju yang pekat dan enak.

Prego Sos Pasta Terbaharu

Menurut  Pengarah Urusan Campbell South East Asia Sdn. Bhd. mengenai Prego Sos Pasta Makaroni & Keju, May Lim

Para Ibu di luar sana tahu bahawa tiada yang dapat menandangi masakan di rumah. Mereka sering tercari-cari cara untuk menyediakan hidangan yang mengenyangkan namun, senang untuk dimasak buat keluarga tersayang. Mereka lebih suka masakan yang senang dan cepat dimasak serta mempunyai rasa yang lazat. Prego Sos Pasta Makaroni & Keju menawarkan para ibu pilihan yang mudah untuk masak dalam masa yang singkat.

Pada zaman kini kita bukan sahaja mencari makanan yang mengenyangkan malah boleh menjimatkan masa para ibu dan pengguna di luar sana agar mereka dapat menyediakan hidangan yang segar dan pada masa yang sama mencipta momen indah bersama Prego

Bak kata orang, bila ada keperluan di situ ada jalan dan sebagai seorang ibu, mereka perlu sentiasa kreatif dan inventif. Prego Sos Pasta Makaroni & Keju dicipta untuk memberi peluang untuk para ibu bereksperimentasi dengan masakan kerana ianya cukup versatil dan menawarkan kepelbagaian yang tidak terhad. Mereka berpeluang memenuhi keinginan untuk bereksperimentasi dengan cita rasa barat dan pada masa yang sama mengembirakan hati keluarga dengan pelbagai masakan berasaskan sos Prego.

"Kami percaya yang mudah tidak semestinya tidak berkualiti atau kurang sedap. Tahun demi tahun, kami berjaya membuktikan bahawa walaupun produk kami boleh didapati dalam bentuk pelbagai pek, kami sentiasa berdaya saing di dalam industri makanan. Prego Sos Pasta Makaroni & Keju ini dihasilkan dengan teliti demi memastikan rasanya kekal asli" ujar May Lim lagi. 

Prego Sos Pasta Makaroni & Keju menawarkan cita rasa terbaharu untuk masakan sekeluarga di rumah. Ia boleh diperolehi di pasar raya besar dan pasar raya seluruh negara dengan harga yang cukup berpatutan, iaitu RM6.49 je setin.



Share this :

Previous
Next Post »

6 ulasan

  1. Tak pernah makan soa prego ni kalau kita seorang jah ygv makan pasta hahhaa

    BalasPadam
  2. wahhh murah je RM6.49 setin! bagi yang pasta and spaghetti lover, mesti beli ni! hhehehe

    BalasPadam
  3. Baru last week beli sos Prego Carbonara, x nampak sos Prego Mac & Cheese ni. Mgkn blm sampai di KK. Mesti try!

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com