Patutlah viral !! Sedap rupanya NANAS GORENG ni

Julai 05, 2020
Adoiii terliur pula bau aroma nasi kukus kak na kubang Kerian ni. Tapi kalau beli tapau bawa balik siapa nak makan nasi dan lauk yang dah dimasak kat rumah tu. Membazir lagilah jawabnya kalau beli ni. Hmmm takpalah kita ambil bau ajelah nasi kukus. Nextime mai sini lagi kita tapau awak bawa balik.

Inilah jadinya kalau tak makan siap-siap sebelum keluar. Nak cepat..gaduh-gaduh keluar hidupkan kereta sempat jamah nanas goreng je. Walaupun bagi ciktie makan buah nanas fresh-fresh camtu lagi sedap tapi bila dah goreng camni ia tak kurang sedapnya juga. Rasa masam-masam manis camtu. Sedap! Nak-nak pula kita goreng spicy lagilah mabelles. 


Patutlah viral !! Sedap rupanya NANAS GORENG ni

Siapa yang jenis kurang gemar makan buah nanas, buah nenas fresh camtu mungkin boleh cuba nanas goreng ni. Bagi ciktie ianya alternatif lain untuk membolehkan kita menikmati buah ini sebenarnya. 


Kelihatan tak ubah seperti goreng pisang kan??


Resepi Mudah Nanas Goreng Viral tu

Bahan-bahan untuk goreng nanas

1 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk cili *boleh lebihkan jika nak
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula 
1 sudu kecil kapur makan
Setengah cawan air 

Cara membuatnya

  • Campurkan kesemua bahan kecuali tepung beras. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian barulah masukkan tepung beras. Kacau lagi sehingga sebati
  • Seterusnya masukkan air sedikit demi sedikit (seperti bancuhan untuk goreng pisang, goreng keropok) sehingga bancuhan tidak kelihatan agak pekat dan tidak juga kelihatan cair. Kiranya melekat elok pada nanas.
  • Panaskan minyak
  • Celup ataupun masukkan nanas yang telah dipotong ke dalam acuan dan masukkan dalam kuali satu per satu. 
  • Biarkan seketika *jangan  masak terlalu lama.
  • Angkat dah boleh dihidangkan ..


Sebenarnya kalau korang terasa terlebih rajin. Takmau bancuh sendiri aduannya ni pun boleh je. Korang dapatkan je tepung bestari tu. Haa goreng je guna tepung tu. Sedap juga tau nak-nak guna tepung bestari yang pedas tu. Perghhh dap-dap





Share this :

Previous
Next Post »

14 ulasan

  1. wow, tak pernah perasan pulak ada viral nanas goreng, nampak menarik jee

    BalasPadam
  2. uishhh terliur pula membayangkan nanas goreng. nak cuba la nanti

    BalasPadam
  3. Bolehlah cuba try
    nanas kat rumah nia banyak.

    BalasPadam
  4. First time dengar. Nak try la nanti. Kena cari nanas yang tak terlalu masak, baru tak serap minyak kot

    BalasPadam
  5. wahh ramai dah cuba nampaknya..shida pun kena cuba juga..
    tq sharing cik tie :)

    BalasPadam
  6. tu lah tengok org duk share pasal nenas goreng tapi belum cuba lagi eheeee

    BalasPadam
  7. xpernah try lg..sedap ea..heee =D

    BalasPadam
  8. Tak pernah makan lagi. Nanti nak try buat

    BalasPadam
  9. First time nampak and tau boleh goreng nenas.

    BalasPadam
  10. wahh dah cuba. kita je belum cuba lagi.

    BalasPadam
  11. As salam, Hai. Boleh cuba juga nie

    BalasPadam
  12. rasa dia macam mana..tak pernah la cuba lagi

    BalasPadam
  13. baru tahu nanas pun boleh digoreng skrg!

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com