Sabarlah lagi - Ciktie Dot Com

Breaking

Tuesday, April 30, 2019

Sabarlah lagi


Adoiii stress je rasa !! Tak buat kan tak siap. Nak kena buat juga tapii kalau asyik macam ni je, memang sakit hati juga la lama-lama. Merungut kan nampak macam tak bersyukur pula tapi  kalau asyik camni memang tiada kesudahanlah nampaknya. Tak tau nak buat macamana ni. Gua stress je rasa bila terpaksa mengadap komputer.. mengadap sistem ni. Line tak laju-laju..komputer alahaii belum masuk bab printer gan mesin fotostat lagii. Keluar sekeping dua dah sangkut-sangkut. Rasa macam nak lempang je. 

Ada orang baik tak?? Mai tolong meh, tengok apa yang tak kena kat sini niii. 


Sabarlah lagi

Hmmm memang kena sabar ajelah. Kalau tak sabar memang dah lama kita blah kan hikhik. Btw siapa pernah kerja dalam suasana macam ni?? Print dokumen 5helai je tapi dia punya proses. Sekali keluar sekali kena tekan, sekali keluar sekali kena tekan belum masuk bab sangkut/ paper jam lagi. Mau sampai sejam jugalah nak print 2/3 helai dokumen.

Kadang-kadang tu tengah syok-syok buat kerja tetiba blackout pula. Bukan sekali dua berkali-kali sampai tu dah jadi rutin. Dokumen tu pula tak sempat nak save. Ya Allah, memang tuhan je yang tahu macamana rasanya nak-nak lagi kalau kerja tu urgent tapiii kelakar juga kadang-kadang tu bila diingatkan balik. Mana nak dapat pengalaman semahal camni.

Apapun dalam susah tu ada senangnya juga. Nak kata banyak yang susah tu taklah juga sebab yang senang pun macam lagi banyak je ☺️☺️

Oklah korang, sebenarnya ciktie nak ucapkan Selamat Hari Pekerja dan selamat bercuti je buat semua. Macam dah lama sangat tak merepek meraban dekat blog kesayangan ni. Orang kata kerja, kerja juga tapiii hati kena senang ma. Tak senang camne nak hadap kerja yang susah tu 😜



4 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox