Kan KuKejar Cinta Kamu

Disember 09, 2018
Sinopsis Kan KuKejar Cintamu | Promo cerita ni memang nampak best sangat ! Tak sabar nak tunggu nak-nak pula yang berlakon tu Amyra Rosli. Entah kenapa nampak dia lawa sangat sekarang ni tau.

Drama #KKKC 28 episode ini menampilkan Amyra Rosli dan Fendy Bakry sebagai peneraju utama. Drama arahan Yusry Abdul Halim ini diadaptasi dari novel karya Fauziah Ashari. Ia bakal menghiasi slot Megadrama di Astro Ria mulai 17 Disember ini jam 10 malam setiap hari Isnin hingga Khamis.


Selain Amyra Rosli, drama ini turut menampilkan Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Hafizuddin Fadzil, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari dan ramai lagi.

SINOPSIS KAN KUKEJAR CINTA KAMU #KKKC
Alma Hakim (Amyra Rosli) dan Mukramin Raiyan (Fendy Bakry) bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara - Ireland dan berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.




Sehari selepas kembali ke tanah air, Raiyan kemalangan sehingga menyebabkan dia amnesia (kehilangan identiti). Tanpa mendedahkan statusnya sebagai isteri. Alma mengatur strategi, dia memburu dan mendekati Raiyan secara diam-diam.

Nek bonda (Delimawati) yang digelar 'Hitler' orang paling berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui bahawa Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya terhadap keluarga Alma, dia merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Dia juga telah memilih Dilaila (Elya Miera) untuk disatukan dengan Ray.

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail (Hafidz Roshdi), anak rakan kongsinya. Alma terpaksa merahsiakan statusnya daripada pengetahuan bapanya kerana bapanya telah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib. Nak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku dan apakah kesudahan hubungan Alma dan Ray?? Kenalah tengok takpun baca novelnya tu ye



Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. hmmmm kenapa rasa macam gabungan takbest haha

    BalasPadam
  2. hero & heroin tu macam tak kena..k.fiezz tak follow citer dia...tengok sedutan gitu2 je kat IG..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com